Wednesday, September 9, 2009

Teori Perkahwinan..

Berikut ialah teori prkahwinan Islam yang sy pernah belajar di yaman smasa mengikuti suami ke markaz-markaz pgajian agama.

Sebab saya mendapati perkahwinan yg brlaku di malaysia hari ini byk brcanggah dgn teori perkahwinan Islam…

Kenapa guna prkataan teori ? sebab ianya Cuma jadik teori apabila tak ramai org yg mengamalkanya …

Apakah teori perkahwinan Islam ?



Teori Perkahwinan Islam

(mengikut Quran n hadith)

1) Berlakunya usaha meminang wanita (baik mggunakan utusan/org tengah/ diri sendiri)
2) Ketika seseorg wanita dipinang, org lain tdk boleh masuk meminang
3) Berkenalan dan berta’aruf pun berlaku hanya SETELAH peminangan (menyatakan hasrat untuk nikah) kepada pihak wali & gadis
4) Setelah dicium bau mulut, ketiak, dilihat wajah, diselidiki kesuburan, dilihat kepada agama n peribadi wanita …masing-masing berkenalan n mengenali luaran masing-masing.
5) Membuat keputusan n mlakukan solat istikharah
6) Berkenan or tidak berkenan ??? kalau berkenan terus menyatakan persetujuan utk kahwin
7) Kalau tak berkenan…berpisah n menolak dengan baik – ukhuwah terpelihara
8) Kalu berkenan, setuju utk kahwin….menetapkan maskahwin
9) Tiada jarak waktu yg lama selepas persetujuan utk nikah (tunang) dgn waktu akad nikah kecuali skadar memberi peluang utk mengumpulkan maskahwin
10) Berkahwin apabila maskawin sudah cukup n akad nikah pun brlaku
11) Malam pertama
12) Suami n isteri kena saling mencintai,memahami, bertaqwa
13) Bercinta hanya selepas kahwin

Kesimpulan dr teori di atas :

a) Pertunangan yg lama spt 1 tahun, 2 tahun yg diamalkan di Malaysia…tidak wujud dlm Islam n bercanggah dgn islam sbb mezalimi wanita n jugak membuka ruang fitnah sbb menurut sunnah jarak waktu nikah n slpas mnyatakan prsetujuan utk kahwin adalah sgt sekejap skadar utk mmberi peluang bagi pihak lelaki mengumpulkn maskahwin

b) Perkenalan, berkawan lelaki n perempuan tak WUJUD sebelum Kahwin

c) Melihat Muka wanita pun hanyalah berlaku selepas meminang ( muka bukanlah aurat tetapi ini menunjukan bahawa TIADA COUPLE , CINTA, PERKENALAN sebelum mnyatakn hasrat utk brnikah…tak wujud nak kwn dulu ker..nak kenal2 dulu ker tak wujud selagik belum masuk meminang

d) Cinta hanya selepas nikah

e) Prkahwinan hendaklah dipermudahkan

f) Maskahwin/ belanja kawin haruslah murah

g) Seks n kperluan utk memenuhi tuntutannya adalah wajib, nikah boleh dibatalkn jika salah satu pasangan gagal mmemenuhi kprluan ini

h) Putus tunang spatutnya mjd prkara biasa…krn prkenalan hanya boleh brlaku dlm proses PERTUNANGAN

i) Couple, persahabatan, cinta sblum kahwin TIDAK boleh wujud

j) Kahwin adalah ibadah, cinta adalah kemanisan perkahwinan ttp bukan matlamat

sekarang kita bandingkn pulak dgn teori satu lagi....


Teori Perkahwinan Agama ISLAMSIA (Islam versi Malaysia)

(mengikut perasaan n budaya)


1. Berkawan lelaki n perempuan (maybe permulaannya ialah sbg kwn skelas, kwn skerja, kwn sana-sini, adik angkat, abang angkat, chatting )

2. Lama-lama tertarik n wujud PERASAAN

3. Apabila ada PERASAAN barulah boleh menerima pasangan tersebut

4. Perhubungan akan lebih mesra, caring, romantis, akan mula menunjukan perasaan suka, sayang n prihatin n membibitkn CINTA

5. Meluahkan hati n perasaan kpd pasangan masing-masing

6. Diterima n ditolak

7. Kalu ditolak akan kecewa n sedih, menangis n mula mencari Al-quran utk jadik ubat penenang jiwa, mula solat n dtg kelas agama sbb nak rawat hati n bila dah sembuh kembali balik ke cara lama.

8. Kalu diterima akan happy n rasa bahagia…mula pasang angan-angan n impian

9. Berdoa n solat kpd Allah utk mintak si DIA mjadi pasangan hidup

10. Masuk meminang..

11. Menetapkan tarikh pertunangan setahun atau dua tahun mengikut situasi

12. Menjadi tunang n mencintai n dicintai sebagai pasangan tunang

13. Putus tunang adalah tidak boleh diterima n dianggap mengkhianati cinta, belot n mungkir janji

14. Keluarga Menetapkn maskahwin

15. Setelah cukup tempoh prtunangan maka barulah akan nikah

16. Maskahwin n belanja adalah mahal mengikut status wanita (pelajar universiti, graduan bidang trtentu dalam atau luar negeri etc)

17. Majlis kahwin di buat besar-besaran (kahwin hanya skali seumur hidup)

18. Malam prtama

19. Honey moon

20. Suami n istri mula mdpt penyakit “cinta yg pudar” , cinta tak sperti yg diharapkn…

21. Bercerai sbb masalah n cinta sudah hilang…


Kesimpulan dr teori perkahwinan ISLAMSIA

a) Cinta mesti sebelum nikah

b) Perasaan yang menentukan segala-galanya

c) Kahwin mesti kerana cinta

d) Kahwin ialah lestari cinta, tanpa cinta perkahwinan adalah tdk mungkin
brlaku maka perlu bercerai.


---------------------------------------

Apakah TEORI n AGAMA pilihan anda ??

ISLAM, Kami mesti pilih!…hehe mcm slogan bank rakyat ler pulak..



penulisan di atas sy petik dr tulisan Sheikh Abd Majid Az-Zindani (Rektor Uni. Al-Iman, Yaman) brtajuk "Zawaj Friend"

Beliau mrupakn org prtama kata suami sy yg mengemparkn dunia arab dgn idea "Zawaj friend" sehingga mjd topik hangat dlm forum2 arab n diskusi ilmu trmasuk stesen TV n jaridah arab.




sgt baik utk dibaca oleh kita...cuma xpasti dah ada trjemahan ke blum..huhu.

Wallahua'lam...

2 comments:

..::بشرى::.. said...

saya sgt mengkagumi penulisan ustaz emran berkaitan siyasah,saya sgt gile membaca,tatkali saya menatap blog ini..ghairah saya untk menhadam habis semua penulisan di sini begitu membuak-buak..suami isteri yg hebat menulis..alhamdulillah,semoga di berkati Allah...
tapi berkenaan pertunangan di Malaysia,saya ada menyemak kes-kes putus tunang di mahkamah syarie,yg mana jika pihak lelaki membatalkan pertunangan dgn sengaja,di kira bersalah dan perlu membayar denda,saya tertanya2..apakah dlm Islam tidak di benarkan putus tunang atau ijtihad uruf di Malaysia shj yg begitu? saya agak terkeliru,mohon pencerahan

Ahliahnizam said...

Semoga Allah swt menjadikan agama sebagai maksud hidup kita .....