Friday, September 11, 2009

Bukan Mudah...


"Bukan mudah terima madu"

Harian Metro , Ahad, 09 Ogos 2009

KUALA LUMPUR: “Bohonglah saya jika mengatakan tidak sedih apabila tahu suami mahu berkahwin lagi. Pada mulanya memang saya menangis, tapi saya tetap tabah dan kuatkan semangat.

“Saya yakin pada janji Tuhan bahawa jika kita taat dan melakukan kebaikan, ganjarannya juga baik, sama ada di dunia atau akhirat,” kata Norlia Ahmad, isteri pertama Fakhrurrazi Ashaari, 48, yang memiliki tiga isteri.

Norlia, 45, juga mengaku pada mulanya bukan mudah untuk dia menerima madu, lebih-lebih lagi wanita itu teman sepejabatnya.

“Apabila suami memaklumkan dia bakal berkahwin buat kali kedua dengan rakan sepejabat saya, saya terkejut tapi cuba menerima perkhabaran itu dengan dada yang lapang.

“Saya dan madu memang rapat di pejabat. Saya kemudian memberi sedikit penerangan berkaitan suami serta perkara berkaitannya sebagai tips kepada bakal madu,” katanya yang mempunyai sembilan anak hasil perkongsian hidup dengan Fakhrurrazi yang juga anak sulung pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Bagi isteri ketiga Fakhrurrazi, Latifah Abdul Kahar, 42, semuanya bermula apabila dia bertugas di pejabat GISB di Indonesia.

“Saya tidak pernah kenal Fakhrurrazi secara peribadi, tetapi menerima jodoh itu dengan hati terbuka kerana Allah SWT dan yakin pasti ada balasan baik sebagai ganjaran daripada-Nya.

“Kini saya gembira dapat bersama dua lagi madu menguruskan rumah tangga, tugas di pejabat, anak dan semua yang ada di sekeliling kami.

“Saya dan madu kini rapat dan terasa seperti kehilangan apabila seorang daripada kami tiada di sisi,” katanya.

Sementara itu, Fakhrurrazi yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif GISB serta Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI) berkata, mustahil tiada masalah berlaku dalam hubungan suami isteri serta antara madunya….. readmore


-------------------------------------------------------------------------------------------

Hmmm...... saya hairan....cukup hairan dengan muslimah-muslimah kita yang kononnya menyokong poligami..... hairan kerana mereka hanya "cakap tak serupa bikin".

Hanya pandai mengatakan poligami bagus itu ini bla bla bla tapi bila dah terkena batang hidung sendiri.... ada sahaja alasannya.... mak tak bagi lah, takder perasaan lah itulah inilah.... semuanya serba tak kena bila kena batang hidung sendiri.

Tidak adakah "WANITA" di dalam Malaysia ni yang apabila di ajak poligami terus sahaja bersetuju tanpa banyak soal dan banyak cerewet? Masalah keluarga ke perasaan ke boleh ditolak tepi dan sedaya upaya diusahakan. Kalau lelaki yang ajak kita berkahwin itu sudah beristeri tetapi lelaki tersebut adalah seorang yang baik dan soleh mengapa harus kita tolak? Adakah kerana sikap isterinya atau sikap kita yang terlalu memandang kesempurnaan. Bukankah semua manusia itu ada sikap buruk dan baiknya? Tidak bolehkah kita hanya Buang yang keruh ambil yang jernih? Susah sangatkah....???

Perempuan-perempuan zaman sekarang yang kononnya menyokong poligami bagi saya hanyalah mengatakan kata-kata yang kosong jika tidak dipraktikkan atau diamalkan apa yang dikatakan.

Betapa susahnya nak jumpa PEREMPUAN yang sudi berpoligami...... Semua yang ada hanya pandai cakap seribu bahasa sejuta kata-kata tapi sebenarnya semuanya adalah DUSTA SEMATA-MATA!!

Ambillah iktibar dari artikel di atas... kalau mereka boleh lakukan mengapa tidak kita??

Wallahua'lam...

p/s: Hanyalah luahan perasaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati....Harap Maaf.





2 comments:

ummi09 said...

sabar ye =)

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ....

Bukan mudah untuk menerima hakikat untuk berkongsi suami. Walaupun ganjaran dan pahala besar telah dijanji Allah swt.

Cuma banyak2 kan sabar dan doa .... semoga apa yang telah atau akan terjadi menbawa kebaikan kepada kita, Insya-Allah.