Tuesday, September 8, 2009

Sungguh Bertuah Sekali...


Sesekali aku tertanya-tanya,ketika segalanya tidak kena...
Apakah Tuhan telah melupakan daku,dan meninggalkan ku sendiri?
Lalu aku mengingati,semasa segala dugaan dan derita..
Dia selalu bersamaku..

Aku memohon kepada Tuhan kekuatan,agar mampu ku mencapai,
Aku dijadikanNYA lemah,agar ku belajar mentaati dengan rendah diri..
Aku memohon kesihatan,agar mampu kulakukan perkara besar,
Aku dikurniaiNYA kesengsaraan agar mampu ku lakukan perkara baik..
Aku memohon kekayaan agar aku bahagia,
Aku dikurniaiNYA kemiskinan agar aku bijaksana.

Aku memohon kuasa,agar aku dihamburi pujian insan,
Aku dikurniaiNYA kelemahan,agar ku rasai perlunya Tuhan..
Aku memohon segalanya,agar mampu ku nikmati kehidupan,
Tidak kuperoleh apa pun yang kupinta-tetapi segala yang ku harapkan,
Dan walau begitu kejahilanku,doa yang tidak kulafazkan semuanya dimakbulkan..
Kerana, DIA selalu bersamaku...
Sunnguh bertuah sekali diriku...

Dipetik Dari Buku Berani Gagal oleh Billi P.S Lim

No comments: