Tuesday, September 29, 2009

Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Saya ada terbaca di sebuah forum yang tajuknya seperti dibawah. Dan pernah juga beberapa orang sahabat bertanyakan tentang masalah yang melibatkan kaum lelaki… tidak kurang juga ramai yang bertanyakan tentang mengapa lelaki begitu dan begini. Mengapa hubungan kami begitu dan begini. Apa yang harus saya lakukan?

Disini saya ingin memberikan sedikit nasihat bagi mereka yang mungkin tertanya-tanya berkenaan masalah ini…

Kenapa lelaki slow sangat dalam meluahkan perasaan?

Sebab-sebab utama kenapa lelaki slow sangat dalam meluahkan perasaan :

1. Lelaki tersebut sebenarnya tak suka pun kita tapi dia buat-buat suka sebab nak test market n saje nak mempermainkan kita
2. Dia saja suka tengok kita syok sendiri kat dia n saje nak main tarik tali
3. Dia tak jujur dengan kita
4. Dia bukanlah seorang lelaki yang baik

Seorang lelaki yang baik dan jujur akan meluahkan perasaannya kepada wanita tersebut dengan caramenyampaikan hasratnya untuk mengahwini wanita tersebut dan segera masuk meminang. Lelaki yang kata nak kahwin dengan kita tapi menangguh-nangguhkan atau beralasan itu dan ini untuk melambatkan perkahwinan bukanlah seorang lelaki yang jujur dan baik.

Ingatlah wahai saudariku,

Lelaki, sekalipun telah meluahkan perasaan cinta dan sayang kepada kita tanpa melafazkan hasratnya untuk berkahwin dengan kita sooner or later pasti anda akan berpisah dengan lelaki tersebut,percayalah… dan masa itulah anda akan sedih,kecewa,broken heart dsbnya… Hanya lelaki yang baik dan ikhlas serta jujur sahaja yang akan terus melafazkan hasrat untuk memperisterikan anda dan ingin segera berkahwin dengan anda.

Tetapi masalah utama masyarakat kita hari ini,saya hairan mereka kalau boleh nak berkenalan dulu,bercinta dulu barulah nak kahwin. Kalau ada lelaki yang baru dikenali nya hendak masuk meminang terus ditolaknya…kerana apa? Kerana tak tau hati budi lelaki tersebut… bukankah Allah telah memberikan ikatan halal (ikatan perkahwinan) supaya lelaki dan wanita boleh saling berkasih-kasihan,bercinta,berkawan dsbnya?

Wanita musuh utama kita ialah perasaan,jangan biarkan perasaan kita dipermain-mainkan oleh lelaki yang kononnya ‘baik’… jangan mudah termakan pujuk rayu dan kata-kata manis lelaki. Kata-kata dan pujuk rayu lelaki hanya boleh diguna pakai apabila lelaki tersebut telahpun bergelar “suami kita” ….. walaupun kita ini adalah kaum wanita dan kaum wanita adalah kaum yang lemah berbanding lelaki tetapi janganlah wahai saudari-saudariku sesekali membiarkan diri kita dipermainkan oleh kaum lelaki dengan begitu senang. Dimana maruah kita sebagai wanita? Kita adalah wanita islam! Bukan wanita kafir yang bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya. Kita adalah wanita islam yang tubuh badan dan kecantikan kita adalah begitu mahal dan berharga untuk kita pertayangkan kepada kaum lelaki. Jagalah maruah diri kita. Biarkan lelaki-lelaki yang di luar itu kalau mahu melihat wajah dan tubuh serta kecantikan wajah kita haruslah mengahwini kita terlebih dahulu dengan membayar harga mas kahwinnya. Janganlah dibiarkan lelaki-lelaki yang tidak jujur,kaki perempuan dan hanya pandai berbicara itu melihat dengan free tubuh serta kecantikan wajah kita. Kita ialah wanita islam yang hanya berbicara dan bergurau senda hanya dengan kekasih kita yang sebenar iaitu suami kita. Bukan dengan sembarangan lelaki yang hanya mahu bergelar kawan dengan kita. Ingatlah bahawa kita ialah wanita islam!! Dan wanita islam itu mahal harganya. Janganlah merendahkan harga diri dan maruah kita demi lelaki-lelaki yang tidak layak. Ingatlah bahawa apabila kita menaikkan harga diri kita,harga maruah kita begitu tinggi hanya lelaki-lelaki yang betul-betul layak,baik,jujur dan ikhlas sahaja yang mampu ‘membeli’ kita. Jadi bagimana nak cari lelaki yang baik di zaman ini? Mudah sahaja…. Pelihara dan jagalah diri,maruah serta akhlak kita pastinya akan ada seorang lelaki yang baik untuk kita. Sesungguhnya wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat,dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik.

Ingatlah wahai saudariku,

Air mata kita itu mahal harganya… janganlah biarkan ia mengalir hanya kerana seorang lelaki yang bukan bergelar suami kita… tunjukkan pada lelaki-lelaki di luar sana itu siapa kita!.... biar mereka tahu kita ialah wanita islam yang menjaga aurat kita,yang tidak akan berhias dan bercantik-cantik melainkan untuk suami tercinta. Yang tidak akan berbicara dan bergelak ketawa dengan yang bukan mahram kita. Yang sentiasa menjaga akhlak dan peribadi kita. Kita ialah wanita islam…bukannya wanita kafir……oleh itu buktikanlah anda seorang wanita islam! Jangan biarkan mereka melihat kita saling tak tumpah seperti wanita-wanita barat. Jangan biarkan agama kita dijual beli. Ingatlah wahai saudariku, Allah sahajalah yang mengetahui isi hati manusia,yang berkuasa terhadap setiap perbuatan dan pergerakan kita. Yang Maha membolak-balikkan hati manusia. Maka,saudari ku, jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kita.

Islam itu mudah. Janganlah kita menyusah-ntusahkan agama islam itu hanya kerana mahu menjaga hati dan perasaan kita atau sesiapa pun. Berkahwinlah wahai saudariku sekalian. Dengan perkahwinan dapat menegalakkan kita dari maksiat. Dapat menjadikan kita seorang yang lebih matang. Dapat mendidik kita menjadi seorang yang lebih sabar, bertanggungjawab dan amanah. Janganlah terlalu mengejar cita-cita kita sehingga syariat-syariat agama diketepikan.

Hadis Sahl bin Saad r.a:

"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin. Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz "

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2554

Hadith diatas mengajar kita bahawa nak kahwin itu bukanlah susah… kalau kita mengikut cara islam yang sebenar-benarnya. Tak perlu belanja mahal… tak perlu berkenalan atau berkawan atau bercintan… dan tak perlu jadi kaya atau bersusah payah nak kumpul duit nak kahwin…. Kita ini wanita islam…. Kita ikut islam… bukan ikut barat yang memerlukan belanja besar untuk kahiwn… yang perlu diambil hati dan perasaan kita baru boleh kahwin…. Kalau wanita di zaman sahabat dahulu boleh melakukannya…kita juga pasti boleh! Its all in ure mind…. Jangan kata aku banyak dosa atau takder ilmu dsbnya… kalau tahu kita banyak dosa maka berubah dan bertaubatlah selagi hayat dikandung badan… kalau tahu takder ilmu,pelajari dan tuntutlah ilmu sampai kita tahu. Jangan jadikan saya sedang menuntut di universiti atau saya sedang bekerja yang bercampur lelaki perempuan jadi bagaimana?

Kalau kita masih menuntut di universiti, jagalah adab sopan dan akhlak kita sebagai wanita islam… jangan bercampur dengan lelaki… cuba elakkan dari bercampur dan bercakap-cakap atau bergelak ketawa dengan lelaki melainkan hal-hal yang perlu sahaja… apa wanita sesama wanita tidak boleh bersahabat? Tidak boleh bergurau senda? Mesti jugakah dengan ada lelaki baru lebih seronok? No…. sesama wanita pun boleh bergembira hanya kita sahaja yang menetukan mahu bergembira dengan siapa? Lelaki atau wanita?

Dan kalau kita bekerja di tempat yang bercampur dengan lelaki perempuan, kita boleh elakkan dari bercampur sekiranya mampu… kalau tak mampu… carilah pekerjaan yang tidak terlalu banyak melibatkan percampuran dengan lelaki dan perempuan…

Sekiranya kita wanita islam,menjaga aurat kita dengan sempurna,menjaga akhlak kita dengan baik,memelihara agama kita dengan betul pasti tidak akan ada lelaki yang berani menggangu kita… kerana mereka hormat kepada kita bukan kerana apa-apa.

Akhir kata…. Kalau benar kita ini wanita islam,maka buktikan kita wanita islam… be extraordinary… jangan jadi seperti wanita-wanita biasa yang tidak tahu hala tuju hidupnya,matlamat hidupnya dan hanya hidup kerana diri masih hidup dan nyawa belum diambil dari jasad nya. Kita wanita islam hidup kita bermatlamat, bukan suka-suka. Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itulah destinasi kita. Jadi ayuhlah bangkit dari kewenang-wenangan hidup kepada hidup yang bermatlamat . jangan sia-sia kan masa dan usia kita kepada benda-benda yang tidak membawa manfaat sedikitpun kepada agama kita. Terutamanya, janganlah sia-siakan masa,tenaga,usia,air mata,dara dan sebagainya kepada lelaki yang bukan mahram kita. Tunujukkan kepada lelaki-lelaki diluar sana aku ini wanita islam yang tidak boleh dipermainkan dengan sesuka hati antum! Jika lelaki-lelaki tersebut mahukan aku maka bayarlah harganya!

Apalah gunanya diiklankan di TV : “kerana dirimu begitu berharga”…. Buktikan harga kita… lagi berkualiti sesuatu barang itu lagi mahal harganya. Begitulah juga dengan wanita. Lagi berkualiti seorang wanita itu lagi susah untuk mendekatinya.

Apakah harga diri anda? Anda tentukan!

Wallahua'lam..

Saturday, September 19, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Kegagalan



Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal

Ia hanyalah bererti anda masih belum Berjaya lagi


Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa


Ia sebenanya bererti anda sudah mempelajari sesuatu


Kegagalan bukanlah bererti anda seoang bodoh kerana mencuba


Ia bererti anda berani,anda berhati teguh,bersemangat waja – berbanggalah dengan diri anda


Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan Berjaya


Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi masa


Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang


Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula;mencuba sesuatu yang baru


Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda


Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik


Jadi benarlah,kegagalan itu tidak pernah muktamad .......

---------------------------

Dipetik dari buku Berani Gagal oleh Billi p.S Lim

Friday, September 11, 2009

Bukan Mudah...


"Bukan mudah terima madu"

Harian Metro , Ahad, 09 Ogos 2009

KUALA LUMPUR: “Bohonglah saya jika mengatakan tidak sedih apabila tahu suami mahu berkahwin lagi. Pada mulanya memang saya menangis, tapi saya tetap tabah dan kuatkan semangat.

“Saya yakin pada janji Tuhan bahawa jika kita taat dan melakukan kebaikan, ganjarannya juga baik, sama ada di dunia atau akhirat,” kata Norlia Ahmad, isteri pertama Fakhrurrazi Ashaari, 48, yang memiliki tiga isteri.

Norlia, 45, juga mengaku pada mulanya bukan mudah untuk dia menerima madu, lebih-lebih lagi wanita itu teman sepejabatnya.

“Apabila suami memaklumkan dia bakal berkahwin buat kali kedua dengan rakan sepejabat saya, saya terkejut tapi cuba menerima perkhabaran itu dengan dada yang lapang.

“Saya dan madu memang rapat di pejabat. Saya kemudian memberi sedikit penerangan berkaitan suami serta perkara berkaitannya sebagai tips kepada bakal madu,” katanya yang mempunyai sembilan anak hasil perkongsian hidup dengan Fakhrurrazi yang juga anak sulung pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Bagi isteri ketiga Fakhrurrazi, Latifah Abdul Kahar, 42, semuanya bermula apabila dia bertugas di pejabat GISB di Indonesia.

“Saya tidak pernah kenal Fakhrurrazi secara peribadi, tetapi menerima jodoh itu dengan hati terbuka kerana Allah SWT dan yakin pasti ada balasan baik sebagai ganjaran daripada-Nya.

“Kini saya gembira dapat bersama dua lagi madu menguruskan rumah tangga, tugas di pejabat, anak dan semua yang ada di sekeliling kami.

“Saya dan madu kini rapat dan terasa seperti kehilangan apabila seorang daripada kami tiada di sisi,” katanya.

Sementara itu, Fakhrurrazi yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif GISB serta Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI) berkata, mustahil tiada masalah berlaku dalam hubungan suami isteri serta antara madunya….. readmore


-------------------------------------------------------------------------------------------

Hmmm...... saya hairan....cukup hairan dengan muslimah-muslimah kita yang kononnya menyokong poligami..... hairan kerana mereka hanya "cakap tak serupa bikin".

Hanya pandai mengatakan poligami bagus itu ini bla bla bla tapi bila dah terkena batang hidung sendiri.... ada sahaja alasannya.... mak tak bagi lah, takder perasaan lah itulah inilah.... semuanya serba tak kena bila kena batang hidung sendiri.

Tidak adakah "WANITA" di dalam Malaysia ni yang apabila di ajak poligami terus sahaja bersetuju tanpa banyak soal dan banyak cerewet? Masalah keluarga ke perasaan ke boleh ditolak tepi dan sedaya upaya diusahakan. Kalau lelaki yang ajak kita berkahwin itu sudah beristeri tetapi lelaki tersebut adalah seorang yang baik dan soleh mengapa harus kita tolak? Adakah kerana sikap isterinya atau sikap kita yang terlalu memandang kesempurnaan. Bukankah semua manusia itu ada sikap buruk dan baiknya? Tidak bolehkah kita hanya Buang yang keruh ambil yang jernih? Susah sangatkah....???

Perempuan-perempuan zaman sekarang yang kononnya menyokong poligami bagi saya hanyalah mengatakan kata-kata yang kosong jika tidak dipraktikkan atau diamalkan apa yang dikatakan.

Betapa susahnya nak jumpa PEREMPUAN yang sudi berpoligami...... Semua yang ada hanya pandai cakap seribu bahasa sejuta kata-kata tapi sebenarnya semuanya adalah DUSTA SEMATA-MATA!!

Ambillah iktibar dari artikel di atas... kalau mereka boleh lakukan mengapa tidak kita??

Wallahua'lam...

p/s: Hanyalah luahan perasaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati....Harap Maaf.





Perempuan atau Betina?



Berdasarkan petikan filem di atas boleh kita keluarkan beberapa pengajaran yang ingin disampaikan oleh Tan Sri P.Ramlee.... pertamanya pengajaran buat kaum wanita yang boleh dicontohi daripada watak puspawangi, di dalam filem ini beliau adalah seorang perempuan yang bijak dan cerdik. Buktinya semasa puspawangi dan “Tok Janggut”(Tun Nila) menyeberangi hutan dan sungai. Boleh juga kita katakan bahawa lagi susah hidup kita lagi banyak yang kita boleh pelajari. Perbezaan watak di antara puspawangi yang hidupnya susah sebagai orang kampung dibandingkan dengan “Tok Janggut” Raja Muda Pura Cendana yang hidupnya boleh dikatakan mewah. Kekurangan pengalaman “Tok Janggut” dapat dilihat apabila beliau bersama dengan puspawangi menyeberangi hutan dan sungai.

Kecerdikan Puspawangi terserlah apabila “Tok Janggut” memintanya untuk memasakkan makanan yang di dalam uncang yang dibawanya. Berbeza dengan perempuan-perempuan yang pernah ditemuinya sebelum ini,semuanya enggan memasak uncang yang dibawa “Tok janggut” kerana uncangnya bercampur aduk. Ada juga diantara mereka yang mengatakan bahawa “Tok Janggut” ini gila dan enggan memasakkan uncangnya. Tetapi puspawangi pula sebaliknya, beliau tidak terus mengatakan “Tok Janggut” ini gila kerana mencampur adukkan makanan di dalam uncangnya. Sebaliknya mengatakan yang “Tok Janggut” ini adalah seorang yang bijaksana. Mengapa puspawangi berkata demikian? Kerana puspawangi tahu bahawa “Tok Janggut” itu bukanlah sembarangan orang. Beliau ialah Tun Nila Utama dari Pura Cendana. Jadi masakan seorang lelaki yang sebegini dikatakan gila? Sebaliknya Puspawangi bersangka baik dan menyangka pasti ada muslihat di sebaliknya. Walaupun kerja-kerja mengasingkan makanan yang bercampur aduk di dalam uncang itu adalah sesuatu yang menyusahkan seperti kata ibunya Puspawangi sendiri,tetapi Puspawangi tetap tidak mahu menyerah dan berusaha walaupun payah mengasingkan makanan atau bahan-bahan tersebut kerana beliau yakin pasti ada “udang di sebalik batu”.

Dan akhirnya tepat sekali sangkaan Puspawangi. Sebenarnya “Tok janggut” atau Tun Nila sedang mencari perbezaan di antara perempuan dan betina. Maka beruntunglah Puspawangi kerana dapat bersuamikan seorang Putera raja.

Tetapi pasti kita hairan mengapakah Tun Nila menggunakan uncang yang bercampur aduk sebagai kayu ukur di antara perempuan dan betina? Kerana dari situ dapat beliau bezakan antara perempuan dan betina kerana Betina apabila melihat uncang tersebut yang bercampur aduk akan terus mengatakan pasti tuan punya uncang ini gila atau bodoh kerana mencampurkan bahan-bahan di dalam uncangnya tanpa berfikir panjang. Ditambah pula dengan sikap betina yang tidak mahu mengotorkan tangan dan berpenat lelah menyusahkan diri sendiri mengasingkan bahan-bahan di dalam uncang tersebut. Manakala Perempuan pula apabila melihat uncang tersebut tidak terus mengatakan tuan punya uncang ini gila,sebaliknya akan berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Dan juga sifat bersangka baik,tidak mudah putus asa dan tidak malas adalah sifat-sifat sebenar seorang yang bergelar Perempuan.

Dari filem ini dapat kita muhasabah balik tentang diri kita adakah kita seorang perempuan atau betina? Adakah kita seperti betina yang mudah berprasangka buruk,malas,tidak berfikir panjang dan tidak mahu berusaha? Atau kita seperti perempuan, yang tidak cepat bersangka buruk,tidak malas,tetap berusaha walaupun tidak tahu akan apa hasilnya yang bakal kita perolehi samada ianya buruk atau baik bagi kita dan sentiasa berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan?

Sifat Puspawangi yang yakin bahawa pasti ada muslihat disebalik perlakuan Tun Nila yang mencampur adukkan bahan-bahan di dalam uncangnya tanpa menyangka buruk terhadap Tun Nila,tanpa risau mungkinkah jika aku asingkan bahan-bahan ini akan ada akibat yang buruk terhadapku dan hanya membuang masa dan tenagaku sahaja. Jarang sekali kita lihat sifat seperti ini ada di dalam perempuan-perempuan zaman sekarang. Kebanyakan mereka di zaman sekarang semuanya hanya mahu melihat kepada hasil kerja bukan kepada usaha kerja. Semuanya mahu hasil yang boleh dimanfaatkan pada diri sendiri dan sekiranya tidak tahu apakah hasil usahanya di dalam sesuatu perkara atau yakin yang usahanya hanyalah sia-sia tidak mahu mengotorkan tangan-tangan mereka. Tanpa ingin “mencuba” untuk berusaha. Ingatlah wahai saudari ku sekalian bahawa Allah itu melihat pada usaha-usaha kita bukan pada hasilnya. Kerana itu kita tahu bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Kerana cara kita mencapai matlamat itu penting. Tidak hanya matlamat semata-mata.

Usaha kita ke arah sesuatu yang baik dan ikhlas pastinya diberi ganjaran oleh Allah walaupun matlamat kita tidak tercapai dan walaupun kita tahu matlamat kita takkan tercapai,tetapi kita tetap berusaha selagi mana ianya perkara yang baik yang disukai dan diredhai Allah. Janganlah hanya mahu mengambil jalan mudah dan hanya nak main kira-kira kalau dapat hasilnya maka kita buat kalau hasilnya tidak memuaskan kita tak buat. Sikap seperti inilah yang menjadikan kita betina bukannya seorang perempuan. Sikap tidak mahu berusaha dalam apa jua perkara yang baik dan mudah menyerah. Bersangka baiklah dengan sesiapa pun yang kita jumpa atau kenali. Jangankan hanya kerana seseorang itu fikiran atau sifat atau kelakuannya tidak seperti kita atau mencurigakan dengan mudah kita menghukumnya dan membencinya.

Sama-samalah kita bermuhasabah....

Wallahua’lam...

Wednesday, September 9, 2009

Teori Perkahwinan..

Berikut ialah teori prkahwinan Islam yang sy pernah belajar di yaman smasa mengikuti suami ke markaz-markaz pgajian agama.

Sebab saya mendapati perkahwinan yg brlaku di malaysia hari ini byk brcanggah dgn teori perkahwinan Islam…

Kenapa guna prkataan teori ? sebab ianya Cuma jadik teori apabila tak ramai org yg mengamalkanya …

Apakah teori perkahwinan Islam ?



Teori Perkahwinan Islam

(mengikut Quran n hadith)

1) Berlakunya usaha meminang wanita (baik mggunakan utusan/org tengah/ diri sendiri)
2) Ketika seseorg wanita dipinang, org lain tdk boleh masuk meminang
3) Berkenalan dan berta’aruf pun berlaku hanya SETELAH peminangan (menyatakan hasrat untuk nikah) kepada pihak wali & gadis
4) Setelah dicium bau mulut, ketiak, dilihat wajah, diselidiki kesuburan, dilihat kepada agama n peribadi wanita …masing-masing berkenalan n mengenali luaran masing-masing.
5) Membuat keputusan n mlakukan solat istikharah
6) Berkenan or tidak berkenan ??? kalau berkenan terus menyatakan persetujuan utk kahwin
7) Kalau tak berkenan…berpisah n menolak dengan baik – ukhuwah terpelihara
8) Kalu berkenan, setuju utk kahwin….menetapkan maskahwin
9) Tiada jarak waktu yg lama selepas persetujuan utk nikah (tunang) dgn waktu akad nikah kecuali skadar memberi peluang utk mengumpulkan maskahwin
10) Berkahwin apabila maskawin sudah cukup n akad nikah pun brlaku
11) Malam pertama
12) Suami n isteri kena saling mencintai,memahami, bertaqwa
13) Bercinta hanya selepas kahwin

Kesimpulan dr teori di atas :

a) Pertunangan yg lama spt 1 tahun, 2 tahun yg diamalkan di Malaysia…tidak wujud dlm Islam n bercanggah dgn islam sbb mezalimi wanita n jugak membuka ruang fitnah sbb menurut sunnah jarak waktu nikah n slpas mnyatakan prsetujuan utk kahwin adalah sgt sekejap skadar utk mmberi peluang bagi pihak lelaki mengumpulkn maskahwin

b) Perkenalan, berkawan lelaki n perempuan tak WUJUD sebelum Kahwin

c) Melihat Muka wanita pun hanyalah berlaku selepas meminang ( muka bukanlah aurat tetapi ini menunjukan bahawa TIADA COUPLE , CINTA, PERKENALAN sebelum mnyatakn hasrat utk brnikah…tak wujud nak kwn dulu ker..nak kenal2 dulu ker tak wujud selagik belum masuk meminang

d) Cinta hanya selepas nikah

e) Prkahwinan hendaklah dipermudahkan

f) Maskahwin/ belanja kawin haruslah murah

g) Seks n kperluan utk memenuhi tuntutannya adalah wajib, nikah boleh dibatalkn jika salah satu pasangan gagal mmemenuhi kprluan ini

h) Putus tunang spatutnya mjd prkara biasa…krn prkenalan hanya boleh brlaku dlm proses PERTUNANGAN

i) Couple, persahabatan, cinta sblum kahwin TIDAK boleh wujud

j) Kahwin adalah ibadah, cinta adalah kemanisan perkahwinan ttp bukan matlamat

sekarang kita bandingkn pulak dgn teori satu lagi....


Teori Perkahwinan Agama ISLAMSIA (Islam versi Malaysia)

(mengikut perasaan n budaya)


1. Berkawan lelaki n perempuan (maybe permulaannya ialah sbg kwn skelas, kwn skerja, kwn sana-sini, adik angkat, abang angkat, chatting )

2. Lama-lama tertarik n wujud PERASAAN

3. Apabila ada PERASAAN barulah boleh menerima pasangan tersebut

4. Perhubungan akan lebih mesra, caring, romantis, akan mula menunjukan perasaan suka, sayang n prihatin n membibitkn CINTA

5. Meluahkan hati n perasaan kpd pasangan masing-masing

6. Diterima n ditolak

7. Kalu ditolak akan kecewa n sedih, menangis n mula mencari Al-quran utk jadik ubat penenang jiwa, mula solat n dtg kelas agama sbb nak rawat hati n bila dah sembuh kembali balik ke cara lama.

8. Kalu diterima akan happy n rasa bahagia…mula pasang angan-angan n impian

9. Berdoa n solat kpd Allah utk mintak si DIA mjadi pasangan hidup

10. Masuk meminang..

11. Menetapkan tarikh pertunangan setahun atau dua tahun mengikut situasi

12. Menjadi tunang n mencintai n dicintai sebagai pasangan tunang

13. Putus tunang adalah tidak boleh diterima n dianggap mengkhianati cinta, belot n mungkir janji

14. Keluarga Menetapkn maskahwin

15. Setelah cukup tempoh prtunangan maka barulah akan nikah

16. Maskahwin n belanja adalah mahal mengikut status wanita (pelajar universiti, graduan bidang trtentu dalam atau luar negeri etc)

17. Majlis kahwin di buat besar-besaran (kahwin hanya skali seumur hidup)

18. Malam prtama

19. Honey moon

20. Suami n istri mula mdpt penyakit “cinta yg pudar” , cinta tak sperti yg diharapkn…

21. Bercerai sbb masalah n cinta sudah hilang…


Kesimpulan dr teori perkahwinan ISLAMSIA

a) Cinta mesti sebelum nikah

b) Perasaan yang menentukan segala-galanya

c) Kahwin mesti kerana cinta

d) Kahwin ialah lestari cinta, tanpa cinta perkahwinan adalah tdk mungkin
brlaku maka perlu bercerai.


---------------------------------------

Apakah TEORI n AGAMA pilihan anda ??

ISLAM, Kami mesti pilih!…hehe mcm slogan bank rakyat ler pulak..



penulisan di atas sy petik dr tulisan Sheikh Abd Majid Az-Zindani (Rektor Uni. Al-Iman, Yaman) brtajuk "Zawaj Friend"

Beliau mrupakn org prtama kata suami sy yg mengemparkn dunia arab dgn idea "Zawaj friend" sehingga mjd topik hangat dlm forum2 arab n diskusi ilmu trmasuk stesen TV n jaridah arab.




sgt baik utk dibaca oleh kita...cuma xpasti dah ada trjemahan ke blum..huhu.

Wallahua'lam...

Tuesday, September 8, 2009

Sungguh Bertuah Sekali...


Sesekali aku tertanya-tanya,ketika segalanya tidak kena...
Apakah Tuhan telah melupakan daku,dan meninggalkan ku sendiri?
Lalu aku mengingati,semasa segala dugaan dan derita..
Dia selalu bersamaku..

Aku memohon kepada Tuhan kekuatan,agar mampu ku mencapai,
Aku dijadikanNYA lemah,agar ku belajar mentaati dengan rendah diri..
Aku memohon kesihatan,agar mampu kulakukan perkara besar,
Aku dikurniaiNYA kesengsaraan agar mampu ku lakukan perkara baik..
Aku memohon kekayaan agar aku bahagia,
Aku dikurniaiNYA kemiskinan agar aku bijaksana.

Aku memohon kuasa,agar aku dihamburi pujian insan,
Aku dikurniaiNYA kelemahan,agar ku rasai perlunya Tuhan..
Aku memohon segalanya,agar mampu ku nikmati kehidupan,
Tidak kuperoleh apa pun yang kupinta-tetapi segala yang ku harapkan,
Dan walau begitu kejahilanku,doa yang tidak kulafazkan semuanya dimakbulkan..
Kerana, DIA selalu bersamaku...
Sunnguh bertuah sekali diriku...

Dipetik Dari Buku Berani Gagal oleh Billi P.S Lim

Sunday, September 6, 2009

Berkenaan Jodoh....


Kita selalu berdoa supaya Allah memberikan kita lelaki yang soleh dan baik tetapi pernahkah kita terfikir tentang bagaimanakah Allah akan memakbulkan doa kita ?

Ust pernah ckp, dia pernah berjumpe mlm lailatulqadar…antara doanya ialah supaya diberikan istri2 yg solehah.

Sy tanya dia..kalau mcm tu apakah doanya makbul sbb sy bukanlah wanita solehah sgt pun masa kawen dgn dia…n skrg pun blum lg rasanyer jadik istri yg solehah…

Ust jwb..apakah Allah akan bagi istri yg solehah tue seketul-seketul pd kita bile kita doa ?

Misalnya kalau kita minta bahagia…ya Allah berikanlah aku kebahagiaan di dunia n akhirat…

Apakah kita rasa Allah akan mmberikn “kebahagiaan” itu seketul-seketul kepada kita ? dicampak rasa bahagia dlm hati kita ? mcm tu ke cara Allah bagi ?
Atau..

Allah akan bagi kita peluang utk mdpt bahagia ?...Allah prmudahkn kita ikut kelas agama….Allah lembutkn hati kita..takder rasa ego or blagak dgn status kita…Allah beri kita peluang utk jumpe ust..jumpe org alim n beri kita ksempatan n masa utk baca buku agama n kita faham tujuan hidup kita n mulai sedar hakikat ssuatu…lalu kita jadik sabar…jadi redha…jadik tenang…rasa bahagia…???

Macam mana ?

Kita slalu silap…silap faham lantaran kejahilan..

Kita slalu mintak doa agar dijodohkn dgn Mr. Right Person…

Tapi kita tidak sedar…apakah Allah akan membalas doa kita dgn memberikan seorang lelaki yg perfect 100% sbg Mr. Right kita ?

Atau…

Allah akan prmudahkn kita brjumpe dgn lelaki yg baik, soleh n wara’ utk mminang kita..Allah beri kita peluang utk mengenali dia..Allah beri kita ruang utk dijodohkn dgn dia ??

Namun apakah kita akan dpt brkahwin dgn dia atau tdk…ianya tetap akan mjd tanggungjawab kita utk mjayakan apa yg kita doakan…

Kita mintak anak yg soleh…doa kita dimakbulkn…oleh Allah..

Misalnya sy…suami sy prnah brdoa di dpn ka’abah dkt multazam…mintak diberikn oleh Allah dgn anak-anak yg soleh…

Jadik..apakah anak-anak yg sy lahirkn semuanya soleh scara automatik ? krn sy yakin doa sy akn dimakbulkan ???

Sy tak perlu buat apa-apa or tak perlu risau lg ?

Atau…doa itu dimakbulkn dgn cara…anak-anak sy dipermudahkn utk mjd soleh…mdpt bapak yg faham agama n ibu yg sukakn agama…prsekitaran yg baik…dipermudahkn…

Ttapi akhirnya tanggungawab utk mjdikan mreka anak yg soleh tetap terpikul di bahu sy ??

Begitukah bukan…??

Itulah aqidah ahlul sunnah wal jamaah…dlm bab doa…!

Ianya sekitar tanggungjawab kita sendiri utk menjayakan apa yg kita doakan…

Sebab itulah…

Kepada muslimah yg diluar sana…

Apabila anda brdoa…utk mdpt lelaki yg soleh…mdpt suami yg baik…
Allah tdk akan mmberikn anda…seseorang..atau seketul begitu shj…
Anda yg perlu memanfaatkn peluang yg telah diberi oleh Allah swt…

Kisah benar…

Ada seorg wanita yg sudah berumur tetapi blum brnikah…dia brkata..Akak sudah brdoa utrk mdpt Mr. Right ! tetapi sehingga skrg belum lg dapat bertemu…apabila ditanyakan kpd dia..akak dah pernah dipinang ke belum ? dah berkali-kali dah dipinang tapi x sesuai…trpaksa menolak..

Jawapan sy…boleh jadik..yg ditolak itulah Mr Right…yg slalu didoakan slama ini…Allah telah permudahkn…Allah telah berikan peluang…tetapi kita sndiri yg menolak apa yang diberikan oleh Allah krn mengikut perasaan, hati, ckp orang, sekeliling, duniawi etc…

Apabila akak mgharap Mr Right…dia tdk datang kpd akak sbg Mr Right dr Allah…ttapi sbg peluang utk akak dan untuk dia…agar sama-sama mjd right…
Kita perlu berusaha mendptkn apa yg kita mahukan…kita mahukn bahagia ? maka kita perlu berusaha utk membinanya…bukan hanya mgharap doa itu dimakbulkn tanpa usaha…

Krn tiada doa yg dimakbulkn tanpa usaha !

Maryam, di saat mengandungkn Isa, walau mgalir sungai di bawah kakinya n digugurkan kurma dr pokok yg berhampiran tetapi dia tetap perlu berusaha…berusaha ?

Iya…

Firman Allah : ”Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.” (Maryam : 25)

Kena goyangkan sendiri buahnya…

nabi Ibrahim ketika meminta agar diperlihatkan mukjizat bagaimana Allah menghidupkan makhluk yang sudah mati Allah menyuruh Ibrahim mencari sendiri 4 ekor burung untuk dijadikan bukti bagaimana Allah menghidupkan makhluk yang mati (lihat dlm al-baqarah 260)

Kenapa Allah tdk wujudkan seekor burung n matikan serta hidupkn di hadapan Ibrahim ? jimat masa..n mudah kerja…tdk sbaliknya Allah melazimkn usaha…mgapa bani israel di suruh menyembelih seekor sapi betina…utk menghidupkn org yg sudah mati ? krn agama Allah ini dilazimi usaha…

Prkara yg sama dgn jodoh kita…

Apabila kita dipinang…ianya sudah satu nikmat n peluang…sewajarnya kita meghargai…memrhatikn apakah itu peluang dr Allah utk kita mgubah diri kita…peluang utk memanfaatkn agama kita..peluang…utk mdptkan Mr Right yg di doakan sblum ini…

Itulah peluang dr Allah…

Malangnya…org kita mmandang sebaliknya…mgkin trbiasa dgn sikap memandang kpd fizikal…

Ibarat membeli kereta….kita sudah ada ciri-ciri yg kita idamkn…kita masuk ke dlm kereta…lihat-lihat, uji pandu n buat kputusan apakah mahu membeli atau tdk…jika bkn kereta idaman kita maka terus ditolak…

Tetapi manusia tdk sama…manusia bukan kereta…

Kereta ialah benda….manusia ialah makhluk…

Kehidupan manusia trtakluk kpd agama..kpd kehendak Allah…

Manusia boleh berubah…tdk dapat menghukum dgn hanya melihat-lihat…mendengar n uji pandu shj…kita seharusnya mngetahui bagaimanakah pula caranya hendak menilai apakah seseorg itu brpeluang mjd Mr Right kita atau tdk…

Kita harus menilai..prestasi n potensi manusia/lelaki itu mjd Mr Right kita…apakah dia dpt mmbimbing kita…apakah dia dpt mmanfaatkn agama kita…

Krn itulah peluang yg diberikn oleh Allah kpd kita…

Boleh jadik…lelaki yg meminang kita itu..yg kita abaikan n tdk hargai itu ialah lelaki terakhir di dlm hidup kita…yg akan meminang kita….lebih malang lg…rupa-rpanya di lauf mahfuz…tertulis dialah lelaki Mr. Right 100 % yg paling ssuai ditakdirkn utk kita…tetapi di tulis juga di lauf mahfuz bahawa walau lelaki ini diciptakan sesuai (Mr Right 100 %) utk kita tetapi telah ditakdirkn kita tdk akan dapat memilikinya disebabkan oleh kejahilan kita…

Hargailah apa shj peluang yg Allah berikn kpd kita…

Sebab itu dlm sebuah kuliah arab…apabila seorg wanita mgadu kpd sheikh ttg ketidak adilan n situasi buruk yg menimpa mereka n mmpersalahkn takdir…maka di jawab dgn ayat ini..

Firman Allah : “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Al-Rahman : 13,16,18, etc )

Tralu byk peluang n nikmat yg sudah tuhan berikan..ttp kita yg gagal mensyukuri n menghargainya…baik krn jahil, krn ego, krn sombong, krn merasa diri lebih matang n bijak, krn mendengar ckp org, krn mgikut ckp org ramai, krn keluarga, krn kawan-kawan, krn terpengaruh oleh godaan nafsu, kerana n kerana….maka apakah tuhan n takdir yg hendak kita persalahkn atas malang yg menimpa kita ???

Haruskah & Wajarkah kita katakan itu ujian sedang kesalahan n kesilapan itu berpunca dr diri kita ??

Muhasabah utk kita…
Wallahua'lam...