Monday, August 31, 2009

Merdeka nya.....

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) .

Oleh kerana masyarakat kita hari ini menafsirkan maksud kemerdekaan secara zahir dan tidak berpandukan syariat Allah makanya Malaysia yang merdeka menjadilah sebuah Negara yang bebas melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan langsung dan menyedari bahawa kita sebenarnya belum merdeka. Maka muncullah slogan-slogan seperti ‘malaysia boleh’,ya….malaysia boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka. Kerana itu tidak hairanlah semasa ulangtahun kemerdekaan Malaysia banyak sekali kita lihat gejala-gejala social yang makin parah. Atas nama sambutan kemerdekaan yang ke sekian-sekian makanya bolehlah kita berhibur sesuka hati tanpa mempedulikan langsung hukum-hukum Allah. Konsert-konsert yang lebih best-nyer dirasmikan oleh pemimpin kita sendiri. Konsert-konsert yang mana kita boleh lihat ‘free show’,artis-artis Malaysia kita mendedahkan sebahagian tubuh mereka,tidak lupa juga masing-masing galak melalak ingin melawan lalakan anjing yang mana konsert-konsert seperti inilah yang anak-anak muda kita semakin galak dan ghairah meraikan ‘kemerdekaan’.

Maka sewaktu sambutan ulangtahun-ulangtahun seperti inilah maka lahirlah fenomena-fenomena yang sudah biasa dan menjadi ruji kita di Malaysia ini iaitu zina,rogol,minum arak dan berjudi. Tidak lupa juga kepada mereka-mereka yang ghairah menunjukkan kehebatan masing-masing baik di jalanraya,di atas katil atau di kelab-kelab malam. Fenomena seperti inilah yang biasa berlaku semasa ulangtahun kemerdekaan.

Merdekanya kita bila kita masih mengambil barat menjadi idola kita. Merdekanya kita bila kita masih suka melancong atau pergi ke Negara-negara barat tanpa sebab yang munasabah. Merdekanya kita bila masyarakat kita saling tak tumpah seperti masyarakat di Negara-negara eropah. Bebas bergaul lelaki dan perempuan. Bebas memakai pakaian yang kita suka. Bebas melakukan apa yang kita suka. Ya….. itulah kemerdekaan yang wujud di Negara kita.

Saya hairan, apalah ertinya merdeka bila kita masih tetap serupa tapi tak sama macam orang-orang kafir. Dimana maruah kita sebagai orang islam? Islam ialah agama yang suci dan agama yang agung. Bukanlah agama pilihan atau ciptaan manusia. Jadi mengapa pemikiran kita masih lagi mahu mengikut barat.? Sedarkah kita yang sebenarnya kita dipermainkan oleh barat? Barat mengkaburkan mata kita dengan siaran-siaran televisyen yang merosakkan? Muzik-muzik yang mengkhayalkan? Kemewahan hidup yang menyeronokkan? Sedarkah kita ?

Mengapa umat islam hari ini yang melaung-laungkan slogan kemerdekaan masih lagi tidak sedar yang kita sebenarnya masih belum lagi merdeka? Adakah hanya kita sebuah Negara yang tidak dijajah sudah cukup dikira sebagai sebuah Negara yang merdeka? Tetapi bagaimana pula dengan pemikiran kita? Pemikiran kita yang masih lagi dijajah oleh barat dan ditipu bula-bulat oleh pemimpin-pemimpin kita yang kononnya menjanjikan itu dan ini hakikatnya mereka sendiri seperti barat? Mengapa kerajaan kita mempromosikan kempen-kempen belilah barangan Malaysia,belilah buatan Malaysia,sokonglah jenama Malaysia dan menyuruh semua rakyatnya agar mempergunakan barangan dan keluaran Malaysia bilamana mereka sendiri yang mempromosikannya tidak menggunakannya? Bilamana kerajaan kita sendiri menggunakan jenama barat,pergi belajar ke Negara barat,dan menghantar anak-anak mereka ke Negara barat? Jadi tak hairanlah masyarakat kita saling tak tumpah seperti barat,kerana pemimpin kita sendiri yang mengajar kita benda tu semua secara tidak sedar. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Jadi bagaimana? Anda yang diluar sana tu tidak hairankah,kita taat kepada pemimpin yang munafiq,yang mengajar rakyatnya lain dan yang dia sendiri perbuat adalah lain.

Ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian, jika benarlah Malaysia ini sebuah Negara islam,buktikanlah ianya sebuah Negara islam. Kerana dari pengamatan saya,Malaysia saling tak tumpah seperti Negara-negara kuffar. Dimana islam yang kita junjung? Islam itu sesuai untuk sepanjang zaman dan dimana sahaja. Tolonglah jangan me-melaysiakan islam,sebaliknya Malaysia lah yang seharusnya di-islamkan. Tetapi saya sedih bilamana masih ada kata-kata yang islam ini harus ikut suasana di Malaysia. Kerana kata-kata seperti inilah makanya Malaysia hanya islam pada nama tidak pada perbuatan. Orang melayu kita dipijak-pijakkan cukup senang. Dihamburkan dengan kata-kata manis seperti ‘malaysia boleh’,’satu malaysia’,’cemerlang,gemilang dan terbilang’. Ya,memanglah Malaysia boleh…boleh melakukan apa sahaja yang disukai walaupun bercanggah dengan agama. Ya…satu Malaysia,bilamana orang-orang islam sendiri menghormati agama-agama lain,sekaligus mengiktiraf agama mereka. Dimana maruah islam yang kita pikul? Adakah islam itu sama seperti agama-agama yang lain? Mungkinlah bagi sesetengah masyarakat Malaysia. Ya…Malaysia sebuah Negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang dengan isu pergaduhan sesama bangsa,sesama agama,cemerlang dalam menaikkan graf gejala social yang semakin parah dikalangan kaum muda kita. Ya…itulah yang kita bangga-banggakan selama hari ini. Itulah merdeka yang kita ingini. Saya tidak boleh membayangkan bagaimanalah generasi muda kita akan menjadi pewaris Negara dengan sikap mereka yang seperti tidak beragama dan tidak berbangsa.

Itupun kita masih lagi enggan melakukan perubahan terhadap Negara dan agama kita. Masih lagi mahu mentaati pemerintah yang munafiq. Percayalah dengan sikap masyarakat kita yang hanya pandai mengikut maka Malaysia tidak akan berubah malah Negara kita akan menjadi lebih teruk dan parah lagi daripada Negara kafir.

Allah SWT berfirman : “Yaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata : "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula) : "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan) : "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan : "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, karena kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis.” (An-Nisaa’ : 46)

Adakah kita seperti mereka? Yang hanya pandai berka-kata tetapi tidak mahu mengamalkannya?.... sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah. Tidak ada ertinya sijil yang menggunung tetapi masih degil memerdekakan fikiran kita dari pemikiran barat. Tidak ada maknanya menyambut dan bergembira dengan status merdeka bila sebenarnya kita masih belum lagi merdeka . yang lebih menyedihkan kita sendiri pun tak sedar yang sebenarnya kita masih belum lagi merdeka. The only way nak menjadi betul-betul merdeka ialah dengan memerdekakan hidup,fikiran,hati dan perasaan kita daripada selain Allah. Apabila matlamat,hidup,hati dan perasaan kita semuanya kita lakukan kerana Allah semata-mata dan demi mencari keredhaannya barulah kita layak menggelarkan diri kita sebagai merdeka. Merdeka daripada syirik kepada Allah,Tuhan sekalian alam.

Wallahua’lam…..

Saturday, August 29, 2009

If...

IF you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise:

If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build 'em up with worn-out tools:

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: 'Hold on!'

If you can talk with crowds and keep your virtue,
' Or walk with Kings - nor lose the common touch,
if neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man, my son!

Thursday, August 27, 2009

Risiko

Risiko

Ketawa itu mengambil risiko kelihatan bodoh.
Menangis itu mengambil risiko kelihatan sentimental.
Menghulur tangan itu mengambil risiko terlibat.
Meluahkan perasaan itu mengambil risiko mendedahkan diri sebenar.
Meletakkan idea dan impian di hadapan orang ramai itu mengambil risiko kehilangannya.
Mencintai itu mengambil risiko tidak dicintai kembali.
Hidup itu mengambil risiko mati.
Berharap itu mengambil risiko kecewa.
Mencuba itu mengambil risiko gagal.

If you never try then you will never know…..Kehidupan itu bukanlah ibarat sifir yang telah tetap 1 x 1 = 1,tetapi kehidupan itu sesuatu yang tidak pasti,oleh itu kita hanya boleh merancang tetapi belum tentu racangan kita itu Berjaya….Kadangkala benda yang kita takut-takutkan itu tidak pun terjadi.Oleh itu janganlah memandang hidup ini ibarat matematik atau fizik atau sains yang memang telah tetap,tetapi lihatlah hidup ini sebagai satu cabaran,pengalaman dan ujian yang mana kita takkan tahu keputusan sesuatu perkara itu dengan tepat dan pasti melainkan kita telah mencubanya.Never afraid to try even though you think it is a waste of time cuz you never really know what benefit might come if you try or even if you try and fail.
Wallahua'lam

Friday, August 21, 2009

For Ramadhan...

A Quick preparation for RAMADHAN



1. Start reading Quran daily after Salat al-Fajr.

2. Spend some time listening to recitations from the Quran..

3. Train yourself to go bed early so that you can wake up far Salat al-Fajr.

4. Keep yourself in a state of Wudu (Ablution) most of the time.

5. Evaluate yourself daily before going bed.

6. Thank Allah for good deeds, and repent to Him for your mistakes and sins.

7. Start giving Sadaqah daily, no matter how little. Make it a habit like eating and drinking.

8. Find time to pray extras, such as Tahajjud prayers.

9. Spend more time reading Islamic books, especially the Quran, Hadith, and Fiqh.

10. Find time to help others with your wisdom, knowledge and other talents.

11. Try to write articles on Islam for Muslims as well as for non-Muslims.

12. Associate with Muslim scholars / ulama and other pious people so that you may learn from them.

13. Train yourself to do good, render free service to others to seek the pleasure of Allah.

What to avoid

1. Avoid/reduce watching TV; instead spend more time reading the Quran and other Islamic literature.

2. Avoid looking at unlawful pictures, whether magazines, department store catalogs or others.

3. Spend free time in Masajid, Islamic organizations and make that a daily habit.

4 . If you smoke, try to reduce daily usage; otherwise Ramadan will be very difficult for you to observe.

5 . If you have friends who do not practice the teaching of Islam, try to avoid socializing with them.

6 . If you travel a lot on business, try to do more local business, so you can be more closer to your family and community.

7 . If you are used to staying up till midnight, try to go to bed earlier, so that you will be able to wake up early for Salat al-Fajr and Tahajjud prayers as well.

To prepare ourselves before the month of Ramadan arrives is far better than waiting till it comes. To prepare ourselves for anything in life is a sign of wisdom and maturity. No one is assured of living one day more; tomorrow may not come. So hurry and benefit from blessings and rewards from Allah.

Remember: 'Time is not money or gold; it is life itself and is limited. You must begin to appreciate every moment of your life and always strive to make the best use of it.'

A Quick Checklist

1. Make a resolve to win the maximum favour of Allah by performing extra Voluntary prayers (Nawaafil), making frequent Dua and increased remembrance.

2. Try to recite some Holy Quran after every Prayer. In fact if you read 3-4 pages after every Prayer you can easily finish the entire Quran in Ramadan!

3. Study the Tafseer (commentary) every morning.

4. Invite a person you are not very close with or your relatives to your home for Iftaar, at least once a week (Weekend). You will notice the blessings in your relationships!

5. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.

6. Make commitment to join Islamic study circles to learn more about Islam and improve your own life.

7. Donate generously to the Masajid, Islamic organizations, and any where people are in need or oppressed. 'Because Ramadan, is a month of sharing!'

8. Share month of Ramadan and its teachings of peace and patience with your neighbours.

9. Sleep little, eat little! Make sure you do not defeat the purpose of fasting by over-indulging in food and being lazy.

10. Seek the rare and oft-neglected rewards of the night better than 1000 months ( Laylatul-Qadr / Shab-e-Qadr).

11. Weep in private for the forgiveness of your sins: Ramadan is the month of forgiveness and Allah's Mercy! It's never too late.

12. Learn to control your tongue and lower your gaze. Remember the Prophet's (pbuh) warning that lying, backbiting, and a lustful gaze all violate the Ramadan fast!

13. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything that Allah dislikes. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with zeal, passion, and sympathy.

14. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the Itikaf retreat during the last 10 days of Ramadan.

Please remember me always in your dua.


Thursday, August 20, 2009

Seorang wanita idaman...

Seorang wanita idaman...
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat lelaki ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca azkar dan Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Seorang wanita idaman ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada lelaki yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan lelaki ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang lelaki yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Seorang wanita idaman adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah wanita idaman itu??

Sama-samalah kita berusaha ke arahnya....

Wallahua'lam...

Monday, August 17, 2009

Kerana wanita terlalu ingin dimengerti

Kerana wanita-wanita itu terlalu ingin dimengerti hinggakan mereka tega membiarkan minat,hati,nafsu dan perasaan mereka menguasai diri mereka sendiri secara sedar atau tidak. Mereka beralasan bahawa kami ini makhluk yang lemah,yang perlu dibimbing,dilayani dan dihormati sebagai seorang wanita sesuai dengan ciri-ciri kewanitaannya tetapi mereka sendiri cukup angkuh dan sombong untuk mengakui kebenaran dan terlalu mengikutkan perasaan dan minat mereka walaupun sudah terang,jelas dan nyata sesuatu kebenaran itu. Mereka ingin dimengerti,hati dan perasaan mereka ingin dijagai,mereka inginkan itu dan ini,alasan demi alasan diberikan asalkan hati, kehendak dan perasaan mereka terpenuhi. Sedangkan mereka lupa akan hadith yang telah jelas oleh Rasulullah SAW ;

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Hadits ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tentang penduduk Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan neraka yang majoriti penduduknya adalah wanita. Tetapi hadith ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menghantarkan mereka ke dalam neraka dan menjadi majoriti penduduknya, namun disebutkan dalam hadith lainnya.

Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka maka beliau bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita". Sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

Sesungguhnya di dalam hadith ini dapat kita ambil beberapa point yang ingin disampaikan oleh Rasulullah ; pertamanya : Kaum wanita lah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Kerana apa kaum wanitalah yang ramai menghuni neraka?kerana kekufuran mereka. Keduanya : di dalam hadith ini Rasulullah sendiri mengakui bahawa walaupun seorang wanita itu telah dilayani dengan baik oleh suaminya dalam jangka masa yang panjang kemudian apabila terdapat sifat atau perbuatan dari diri suaminya yang tidak ia sukai nescaya dia akan berkata : “ aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu”. Tetapi adakah hanya kerana inilah wanita diamasukkan ke neraka?
Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).

Antara juga penyebab kenapa ramai kaum wanita memasuki neraka adalah kerana, pertama : hawa nafsu mereka. Nafsu meraka kepada dunia,harta dan sesisinya. Kedua : kerana mereka inginkan hidup bersenang-senang di dunia. Tidak mahu hidup susah apatah lagi berkahwin dengan lelaki yang susah. Ketiga : kerana lemahnya akal mereka,mereka mudah ditipu oleh kemewahan hidup di dunia,yang mana menyebabkan mereka malas untuk beramal dan beribadah kepada Allah. Keempat : wanita-wanita itu adalah fitnah dan wanita-wanita itu jugalah yang menjadi penyebab kaum lelaki terpedaya dengan kecantikan susuk tubuh mereka dan wangian-wangian mereka. Keenam : kaum wanita terutamanya di zaman sekarang mudah terpedaya dengan hal-hal dunia dan kejayaan yang dikecapinya di dunia tetapi mereka lupa untuk mencari kejayaan di akhirat yang lebih kekal abadi.

Sememangnya naluri dan fitrah seorang wanita itu lemah lembut,mudah tersinggung dan di ibaratkan oleh Nabi seperti tulang rusuk yang bilamana cuba diluruskan akan patah dan jika dibiarkan akan terus membengkok. Kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya berlaku baik terhadap wanita yakni isteri-isteri mereka dan tidak adalah seorangpun yang lebih baik terhadap isteri-isteri mereka melainkan Rasulullah SAW sendiri. Oleh itu sewajarnya lelaki-lelaki yang bergelar suami melayani isteri-isteri serta perempuan-perempuan mereka seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Wanita-wanita islam di Malaysia hari ini ramai yang mengaku muslimah,mujahidah,solehah dan sebagainya tetapi adakah tafsiran solehah itu hanya dengan memakai tudung labuh,mendengar nasyid-nasyid islamik,ukhuwah fillah sana dan sini,pergi ke kelas-kelas agama di university atau di masjid-masjid sudah dikira solehah tanpa ingin bersusah payah dan berusaha serta berjuang bermati-matian untuk menegakkan islam seperti isteri-isteri Nabi dan para sahabat-sahabat wanita yang lain ?

Sebelum kita wanita-wanita islam di Malaysia ini khususnya mahu dimengerti,difahami,dibelai dan dilayani dengan lemah lembut,sopan dan santun oleh suami-suami atau bapak-bapak kita. Mahu ditegur dan dinasihati dengan baik serta mahu dijaga perasaanya oleh lelaki-lelaki,haruslah kita ingat bahawa adakah kita seperti isteri-isteri Rasulullah atau isteri-isteri para sahabat atau seperti wanita-wanita Ansar?

Diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:
“Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (Q.S. An-Nur: 31).

Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala dan wajahnya, karena percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya.

Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.
"Sesungguhnya jawapan orang-orang muk’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab :

“Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (Q.S. An-Nur: 51-52) .

Adakah kita wanita-wanita di malaysia ini yang apabila telah diperintahkan menutup auratnya segera menutup aurat mereka tanpa berdolak dalih dan mempersoalkan serta merubah-rubah perintah yang telah diturunkan? Adakah kita seperti wanita-wanita Ansar yang apabila telah diperintahkan untuk menutup aurat mereka segera mentaatinya tanpa banyak soal jawab. Adakah kita seperti mereka? Kami dengar dan kami taat.?

Adakah kita apabila Allah telah memerintahkan agar ditutup auratnya termasuk wajah-wajah mereka agar tidak menjadi fitnah segera kita menutup wajah-wajah kita tanpa mempersoalkan adakah sesuai atau tidak pada waqi’ malaysia dan sebagainya? Sesungguhnya Allah telah melarang kita,janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji,yakni semua jalan-jalan yang boleh menuju kepada zina itu adalah haram lebih-labih lagi percampuran antara lelaki dan perempuan baik di sekolah-sekolah,universiti-universiti atau di tempat-tempat pekerjaan. Adakah kita apabila telah dilarang bercampur dengan lelaki dan perempuan bertekad tidak mahu mengambil bidang-bidang pengajian di universiti yang banyak melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan ? terutamanya bidang-bidang pengajian seperti kejuruteraan, yang mana bidang ini memang akan melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan,dan juga bidang-bidang lain yang sama sepertinya sungguhpun ini adalah minat saya dan cita-cita atau impian saya sedari kecil.? Adakah kita akan segera menolak tawaran-tawaran melanjutkan pengajian akademik di negara-negara eropah dengan beralasan wanita tidak boleh bermusafir tanpa mahram,lagikan pula ianya di Negara kafir ? adakah kita akan segera menerima pinangan dari lelaki-lelaki soleh dan baik agamanya kerana ingin mengelakkan fitnah dan menjaga agama kita sugguhpun kita tidak mempunyai perasaan kasih atau suka sekalipun terhadap lelaki tersebut ? dan bahawa kita tahu bahawa kita harus dibimbing dan oleh itu kita memerlukan seorang suami yang baik agamanya dan soleh untuk membimbing kita mencapai matlamat kita iaitu syurga. Adakah kita akan terus menyetujui dan redha sekiranya suami kita ingin berpoligami tanpa mempersoalkan status kewangannya dan meyoalkan adakah suamiku mampu berlaku adil? Mampukah kita mengenepikan perasaan minat,cinta,cemburu dan sebagainya kerana Allah semata-mata ? mampukah kita segera berhenti kerja sekiranya kita dapati bahawa pekerjaan kita itu memang banyak memerlukan urusan antara lelaki dan perempuan sekalipun gajinya lumayan dan itulah minat kita ? adakah kita akan segera bernikah sekiranya telah dilamar oleh lelaki yang baik dan soleh tanpa memberi alasan mahu membalas jasa ibu bapa (menjaga mereka)dahulu atau saya masih belum bersedia untuk bernikah ? Ramai pastinya akan mengatakan bahawa bukankah Rasulullah memberi hak kepada wanita untuk berkahwin tanpa dipaksa-paksa ? Ya, memang benar Rasulullah memberi hak kepada wanita untuk memilih samada mahu berkahwin atau tidak tanpa dipaksa –paksa tetapi adakah wajar kita menolak pinangan lelaki yang baik demi hanya kerana belum bersedia untuk berkahwin dan sedangkan kita tahu bahawa usia kita memang patut pun untuk berkahwin ? tidakkah kita berfikir bahawa di dunia zaman sekarang yang telah rosak ini bahawa aku ingin berkahwin untuk menjaga agama ku dan sekiranya aku tidak berkahwin maka akan lebih bnyak mendatangkan fitnah kepada diri ku ?

Adakah kita akan menerima kebenaran itu sekalipun pahit menelannya dengan hati yang terbuka dan ikhlas ? adakah kita akan mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan iman dengan memperjuangkan agama kita bermati-matian sekalipun terpaksa berpapa kedana? Adakah kita seperti wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah yang bersusah payah,berhempas pulas demi menjaga maruah dan agama mereka? Adakah kita akan kurangkan bertanya soalan yang remeh temeh dan terus sahaja mentaati dan melaksanakan perintah Allah kepada kita? Adakah kita akan menyesuaikan islam dengan diri kita atau kita akan menyesuaikan diri kita dengan islam ?

Wanita-wanita islam hari ini hanya mahu mengikut islam dengan cara dan minat mereka bukan mahu mengikut islam dengan al-quran dan as-sunnah. Baik dari kalangan wanita-wanita islam biasa-biasa atau yang menggelar diri mereka muslimah,solehah dan sebagainya . semua wanita adalah sama sahaja selagi mana mereka meletakkan hawa nafsu,minat dan perasaan mereka melebihi kebenaran al-quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak ada maknanya kita memakai tudung labuh dan mengikuti kelas-kelas agama,merasakan diri kita sudah cukup baik dan bagus kalau kita masih mengikut hati,perasaan dan minat kita walaupun telah nyata sesuatu kebenaran itu. Lebih parah lagi wanita-wanita islam di Malaysia hari ini mereka langsung tidak mempunyai matlamat hidup. Kononya matlamat mereka adalah syurga,tetapi mahu memasuki syurga dengan bersenang-senang tanpa perlu bersusah payah dan berkorban. Mereka inginkan syurga Allah tetapi mereka enggan dan angkuh ingin mengikuti dan melaksanakan perintah-perintah Allah. Jadi bagaimana ? tidakkah ianya sesuatu yang melucukan apabila kita ingin dibelai dan dimanja tetapi diri kita sendiri masih belum mampu nak berkorban walau sedikitpun untuk islam?

Ramai pastinya yang akan memberi alasan demi alasan bahawa nak buat itu dan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ya , memang saya nyatakan dan tegaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang senang dan saya ingin ingatkan bahawa untuk menjadi wanita solehah itu juga bukanlah senang,dan untuk mendapatkan syurgaNya bukanlah senang. Kerana itu Allah telah menceritakan perihal wanita-wanita ahli syurga dan wanita-wanita ahli neraka untuk dijadikan sebagai pedoman dan ikutan . kerana itu kita disuruh mengambil contoh dari ibu-ibu kita ummul mukiminin yakni isteri-isteri Rasulullah sepertimana Khadijah ra yang menghabiskan seluruh hartanya di jalan Allah . jangan beralasan kita tidak mampu menjadi sekuat isteri-isteri nabi atau para sahabat-sahabat wanita yang lain kerana merekalah contoh terbaik wanita-wanita solehah yang dijamin syurga. Punca utama mengapa kita beralasan bahawa kita bukanlah seperti mereka kerana kita enggan dan bongkak mahu menerima apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita tanpa banyak soal dan usul periksa. Ketidakupayaan,ketidak bolehan dan alasan itu semua berpunca dari diri kita sendiri yang lemah dan mengikut hawa nafsu. Ingatlah bahawa wanita-wanita di zaman Rasulullah juga adalah wanita seperti kita,mempunyai fitrah yang sama seperi kita tetapi mengapa mereka para sahabat dan isteri-isteri Nabi boleh melakukannya,boleh berusaha untuk membayar harga untuk menjadi seorang wanita solehah tetapi mengapa tidak kita ? mengapa kita ingin menjadi wanita solehah dengan cara yang mudah tanpa perlu bersusah payah ? mengapa kita gemar memberi alasan demi alasan dan mempersoalkan hukum-hukum Allah terhadap kita sedangkan wanita-wanita zaman Rasulullah dulu langsung tidak menyoalkan perintah yang telah diturunkan kepada mereka.

Jadi bagaimana kita ingin dimengerti ? bagaimana kita ingin dibelai,dilayan dengan lemah lembut dan dijagai hatinya sedangkan kita masih lagi ingkar dan angkuh mahu menerima perintah Allah dengan hati yang ikhlas dan terbuka ? seharusnya kita wanita-wanita zaman sekarang memuhasabah balik diri kita,melihat kembali dimana salah kita sebelum kita ‘demand’ itu dan ini dari suami kita… sebelum kita layak untuk dimengerti.

Wanita solehah tidak banyak khayalnya atau rambangnya dalam sirah Islam, mereka menyedari bahawa matlamat hidup ialah untuk beribadah kepada Allah lalu mereka berlumba-lumba kepada kebaikan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Di antara kebaikan ialah menerima dan menyukai kebaikan serta berani melakukannya tanpa ragu-ragu.

Sayang sekali wanita yang baik dan dididik dengan suasana yang baik tidak menghargai peluang untuk menerima kebaikan dan sebaliknya bersikap ragu-ragu dan masih bertanya untuk apa kebaikan tersebut diberikan kepadanya.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar." (At-Taubah: 71).

Baginda rasulullah juga bersabda : “Bersedeqahlah kalian! Kerana kebanyakkan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai
Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari) .

Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”.

Pada riwayat lain dalam Sahih Muslim dari Sahabat Jabir Rasulullah mengisyaratkan dengan sabdanya: ”Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan, dan membelakangi dalam bentuk syaitan.”

“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Q.S. Al A’raaf: 27 ).

Jadilah seorang wanita islam yang solehah sebelum anda layak untuk dimengerti atau anda ingin dimengerti.

Wallahua'lam.....

Sunday, August 16, 2009

Berani Gagal

“Jika kamu hanya terus melakukan apa yang sentiasa kamu lakukan,kamu akan hanya memperolehi apa yang telah sentiasa kamu perolehi.”

“Kadangkala hidup itu keras,sekeras keluli mangkuk pijar.Ia mempunyai detik-detik suram dan menyiksakan. Bagaikan air yang tetap mengalir di dalam sungai,hidup ini juga mempunyai detik-detik kemarau dan detik-detik bah. Seperti putaran musim yang sentiasa berubah,hidup ini mempunyai kehangatan musim panas yang menyegarkan dan kedinginan musim sejuk yang menusuk….. tetapi kita berupaya mengangkat kembali diri kita daripada kelesuan kekecewaan kepada keriangan harapan dan mengubah lembah penderitaan yang gelap gelita dan sunyi sepi menjadi laluan terang benderang menuju kea rah ketenangan jiwa”

“Penderitaan itu datang untuk memuliakan insan,untuk membersihkan fikirannya daripada keangkuhan dan kecetekan,untuk memperluaskan ufuk akalnya.Secara ringkas,tujuan penderitaan adalah untuk memperbaiki apa yang rosak pada keperibadian seseorang itu”

“Kesukaran itu wujud hanya supaya dalam mengatasinya kita menjadi gagah dan hanya mereka yang telah menderita sahaja yang mampu untuk menyelamat.”

“Janganlah menakuti angin kesusahan.Ingatlah- Layang-layang itu terbang tinggi dengan menentang angin dan bukan dengan mengikutinya.”

“Kesukaran adalah peluang untuk memperbaiki keadaan, ia merupakan batu loncatan ke pengalaman yang lebih besar.Barangkali suatu hari nanti anda akan bersyukur kerana sesuatu kegagalan sementara dalam sesuatu arah yang tertentu. Sebagai hukum alam, apabila sebuah pintu itu tertutup,sebuah pintu lain akan terbuka.Ini semestinya berlaku untuk memastikan keseimbangan.”

“Dia yang tidak pernah menderita itu hanya telah hidup separuh kadar.Dia yang tidak pernah gagal itu tidak pernah berusaha atau mencari.Dia yang tidak pernah menangis itu tidak tahu erti ketawa yang sebenarnya.Dan dia yang tidak pernah meragui itu tidak pernah berfikir.”

Dipetik dari buku Berani Gagal karangan Billi P.S Lim.

Character cannot be developed in ease and quiet. Only through experience of trial and suffering can the soul be strengthened, vision cleared, ambition inspired, and success achieved.

Great ideas often receive violent opposition from mediocre minds.

The important thing is this: To be able at any moment to sacrifice what we are for what we could become.

We could never learn to be brave and patient if there were only joy in the world.

Difficulties increase the nearer we get to the goal.

A life spent making mistakes is not only more honorable but more useful than a life spent in doing nothing.

When you meet someone better than yourself, turn your thoughts to becoming his equal. When you meet someone not as good as you are, look within and examine your own self.

Mistakes are a part of being human. Appreciate your mistakes for what they are: precious life lessons that can only be learned the hard way. Unless it's a fatal mistake, which, at least, others can learn from.

Do not lose your inward peace for anything whatsoever, even if your whole world seems upset.

Doomed are the hotheads! Unhappy are they who lose their cool and are too proud to say, "I'm sorry.

The person who tries to live alone will not succeed as a human being.
His heart withers if it does not answer another heart.
His mind shrinks away if he hears only the echoes of his own thoughts and finds no other inspiration.

You are educated when you have the ability to listen to almost anything without losing your temper or self-confidence.

How you think about a problem is more important than the problem itself - so always think positively.

The problem is not that there are problems. The problem is expecting otherwise and thinking that having problems is a problem.

Nothing in life is to be feared. It is only to be understood.

Not only is the universe stranger than we imagine, it is stranger than we can imagine.


Thursday, August 6, 2009

Diskusi Hala Tuju Muslimat Di Dalam Islam

Assalamualaikum
Kehadapan semua Muslimat,



Diskusi Hala Tuju Muslimat di dalam Islam Berlandaskan Ahlul Sunnah Wal Jamaah


Fokus perbincangan :

1. Membincangkan Arah tuju Muslimat di dalam Kehidupan Menurut Islam

2. Peranan dan skop Muslimat di samping mengenali batasan dan kekangan muslimat dlm Islam

3. Soal jawab Isu berberbangkit perihal rumahtangga, perkahwinan, isu2 muslimat seperti musafir tanpa mahram, wanita bekerja, berpolitik dan berjamaah, purdah, dan lain-lain.

4. Memperluaskan pengetahuan dan informasi agat tidak jumud dan beku dengan SATU ALIRAN dan pendapat sahaja

5. Pesona wanita Muslimah, isu kahwin lambat, hati tidak terbuka untuk bernikah, tiada calon sesuai (Ini tajuk tambahan, jika ada kesempatan masa dan jika tdk akan disambung pd sessi yang lain)


Pembentang : Ustaz Emran bin Ahmad


(pendakwah bebas dan penulis agama di blog ustaz.blogspot.com)

Tarikh : 9 Ogos 2009 (bersamaan hari Ahad)

Masa : 3.00 - 5.00 pm.

Lokasi : akan dimaklumkan kemudian KEPADA PESERTA YANG BERDAFTAR SAHAJA (sekitar KL atau Selangor) InsyaAllah.

Penyertaan : Adalah terbuka untuk semua muslimat dan PERCUMA

Nota untuk tajuk akan disediakan dan dijual selepas diskusi dengan harga RM 5 kepada sesiapa yang berminat atau percuma bergantung kepada pihak sponsor.

Cara penyertaan : Sila maklumkan (Nama, pekerjaan, umur dan no. hp ) anda kepada saya di alamat email : amiratun_nadhirah@yahoo.com atau menghubungi saya di talian : 019- 6344168 (selepas jam 6 petang) untuk menentukan bilangan peserta yang akan hadir (lokasi adalah bergantung kepada bilangan peserta) dan tarikh akhir makluman penyertaan ialah pada 8 Ogos 2009 jam 6 pm.

p/s : Kepada peserta yang berminat, sila bawa kitab/buku/ artikel/rujukan berkenaan isu-isu yang ingin diperbincangan, anda adalah digalakkan untuk BERTANYA dan menyatakan pendapat anda dengan harapan selepas diskusi ini anda akan lebih memahami hujah-hujah setiap perkara yang menjadi pegangan anda dan hala tuju kita adalah lebih jelas.

Sekian,

Terima Kasih.

Amirah

Sunday, August 2, 2009

Fenomena...

Pada hari khamis yang lalu,suami saya telah dijadualkan untuk pergi ke kuantan selama 2 hari untuk mengajar selama 2 jam pada 2 hari tersebut.kalau ikutkan kami memang malas nak pergi...tapi nak wat canerkan kerja punyer pasal.....maka kami pun bertolaklah dr kuantan ke KL pada jam 5 petang,sebab malam tu pulak suami ada ceramah di subang bestari....dan dah janji ngan akhawaat depa nak join skali.......


kami pun sampai di KL jam 7 petang...janji ngan depa nak jumpa di masjid shah alam,sebab kalau suruh depa pi sendiri mesti sesat punyerlah.....kami pun ingat nak elak 'jam' kami pun lalulah lebuhraya NKVE. nak kata tak 'jam','jam' jugak...biasalah kan hari jumaat....





orang balik kerja atau nak balik kampung mungkin....masuk jer kami di shah alam,punyerlah 'jam' sepanjang-panjang jalan.....dahlah kami dah lewat,janji ngan Dr.Hasnul pukul 9 start class.....tapi pukul 8.30 masih stuck lg kat shah alam....biasalah shah alam jam,tapi ini 'jam' teruk ni....ingatker ader accident ker,road block ker....yang 'jam' sangat tuh....apabila kami menghampiri stadium barulah kami tahu yang buat 'jam' ni ada bola malam tuh.....tak taulah ultraman lawan superman kot yang ramai sangat orang nak pi tengok tuh yang sampai 'jam' tuh yang tension tuh....saborjerlah......



Bola punyer pasal kami lewat sampai sejam....jam 10 malam barulah sampai kat rumah Dr.Hasnul...kesian dia lama tunggu....

Itulah dia masyarakat kita hari ini.....kalau Bola punyer pasal....sanggup bersesak-sesak sampai 'jam' jalan....tapi cuba kalau suruh pi ceramah agama....boleh kira ngan jari jer berapa ramai yang datang....Masyarakat kita,kalau bola punyer pasal.....sampai jam 2-3 pagi pun sanggup stay.....tapi cuba kalau suruh bangun qiyamullail......Liat...........



Apa yang melucukan lagi,saya lihat iklan-iklan di TV menyuruh rakyat mengamalkan membaca,jaga kebersihan,bersopan santun......siap buat kempen lagi....kempen membaca....kempen jaga kebersihan.....kempen bersopan santun berbudi bahasa.......nampak sangat masyrakat kita malas membaca....tak reti jaga kebersihan........n tidak berbudi bahasa.....tak betul?.....orang-orang jepun semua rajin membaca,so tak perlu nak buat kempen mari membaca.....orang-orang turki pandai jaga kebersihan.....so tak payah nak buat kempen jaga kebersihan.....even seteruk-teruk orang arab yaman tu pun ada sopan santun berbudi bahasa paling2 pun pada kaum yang lebih tua dan wanita2....Masyarakat kita??......



Pada hari sabtu mlm tu pulak....tengoklah berita....start2 jer berita pasal demostrasi di KL mansuhkan ISA.....saya bukan aper,saya setuju sangat2 mansuhkan ISA tapi apa yg saya kurang setuju ialah berdemonstrasi....bagi saya demonstrasi ni banyak buruk dr baiknya.....


Antaranya pencampuran antara lelaki dan perempuan......perempuan-perempuan berasak-asak berdemonstrasi....bagi saya perempuan tak sesuai berdemonstrasi.....lagi pula melibatkan berbagai peringkat umur.....dan juga yang masih menuntut di peringkat sekolah.....for me,"The direct use of force is such a poor solution to any problems,it is only employed only by small children n large nation"....



Wallahua'lam......