Thursday, December 31, 2009

Syukurlah....!


Seringkali manusia seperti kita ini lupa dan sering terlupa bahawa betapa pemurahnya Tuhan kita iaitu Allah SWT. Dalam pada kita kecewa,sedih,tertekan dengan berbagai masalah yang menghujani kita,berbagai ujian yang menimpa kita,kita terlupa untuk mensyukuri nikmat rezeki yang Allah berikan kepada kita. Kerana kita selalu terlupa dan keliru dengan makna rezeki. Kita sangkakan bahawa rezeki itu hanya dalam bentuk wang,makanan dan minuman tetapi kita lupa akan nikmat rezeki yang begitu melimpah ruah Allah berikan kepada kita. Kerana salah nampak kita akan rezeki Allah ini maka kita pun lupa untuk mensyukuri nikmat rezekinya kepada kita. Kita kecewa,sedih dan tertekan dengan masalah yang kita rasakan begitu berat sekali. Kita sedih dengan poket yang kosong. Kita tertekan dengan hutang keliling pinggang. Dan berbagai-bagai lagi masalah kita sehari-hari.


Tetapi setiap hari kadangkala kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Sejak dari awal kita mencelikkan mata bangun pagi,kita lupa untuk bersyukur bahawa kita masih bernyawa,masih lagi bernafas untuk melihat dunia ini. bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita tidak dapat mencelikkan mata pada keesokan hari. adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi mati ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki penglihatan,pendengaran dan percakapan yang masih lagi berfungsi. Bagaimanalah agaknya keadaan kita sekiranya kita buta ? atau bisu ? atau pekak ? bagaimanalah keadaan kita?. Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki kaki,tangan dan anggota badan kita yang sempurna dan cukup sifatnya. Bagaimanalah keadaan kita sekiranya tangan kita kudung ? atau kaki kita tempang ? atau anggota badan kita tidak sempurna dan kurang sifatnya? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki masih dikurniakan ibu,ayah,suami,isteri,adik beradik dan anak-anak yang mendampingi kita. bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita hilang salah seorang dari mereka ? atau kita hilang semuanya dan tinggal sebatang kara ? Bagaimanalah keadaan kita ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki memiliki pakaian yang cantik-cantik,rumah yang mewah,kereta yang selesa,memiliki segala isi perabot dan apa yang ada di dalam rumah kita. Bagaimanalah keadaannya sekiranya kita hanya mempunyai sehelai pakaian untuk dipakai? hanya berumahkan pondok atau lebih teruk tidak berumah ? tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak ? tidak memiliki apa yang kita miliki sekarang ? bagaimanalah keadaan kita ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki memakan makanan yang sedap-sedap dan tidak kebuluran. Bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita tidak mempunyai walau sesuap nasi untuk dijamah ? walau seteguk air bersih untuk diminum ? dan selama berhari-hari kita terpaksa mengikat perut ? bagaimanalah keadaan kita ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki dikurniakan tubuh badan yang sihat,mempunyai kekasih hati,teman-teman yang sentiasa mendampingi kita. Bagaimanalah keadaan kita sekirana kita sakit ? tidak dicintai dan tidak mempunyai teman-teman atau sesiapa yang peduli tentang kita. sedihkan?


Punca utama yang menyebabkan kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat rezeki yang Allah berikan kepada kita adalah kerana kita terlalu melihat kepada apa yang kita tiada berbanding dengan apa yang kita ada. Kita terlalu melihat kemewahan tanpa melihat kemiskinan. Kita melihat mereka yang di atas tanpa melihat kepada mereka yang di bawah.


Apabila kita mula melihat apa yang kita ada berbandig apa yang kita tiada,apabila kita mula melihat kemiskinan berbanding kemewahan,apabila kita mula melihat apa yang di bawah berbanding apa yang diatas. Kita akan mula menyedari betapa bertuah dan beruntungnya aku,memiliki apa yang akau miliki hari ini,makan apa yang aku makan hari ini. dan dengan cara ini barulah kita boleh benar-benar mensyukuri nikmat rezeki yang melimpah ruah Allah berikan kepada kita saban hari.


Bersyukurlah dengan segala rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita. hargailah apa yang kita miliki. Bak kata pepatah ; Jangan yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran. Jangan sampai Allah menarik balik semua nikmat rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita baru kita terasa akan kehilangannya. walaupun kita tidak mempunyai walau RM10 pada hari ini,tapi bersyukurlah kita masih mempunyai saki baki makanan yang tersimpan di dalam peti. Masih lagi boleh menjamah apa yang ada walau tidak mewah.


bayangkanlah penderitaan mereka-mereka yang berada di negara-negara yang diserang musuh,yang hidup dalam ketakutan,yang tiada tempat tinggal,hatta makanan untuk dimakan. Bayangkanlah.... dan bersyukurlah negara kita masih aman dari serangan walau dengan seribu satu pertelingkahan. Kita masih tidak hidup dengan ketakutan.


Bersyukurlah dengan segala rezeki yang Allah kurniakan. Gunakanlah segala rezeki yang Allah berikan kepada kita itu kejalan yang diredhainya. Taati lah perintahnya,jauhilah larangannya. Ikutilah dan beramallah semampu kita. Sedarlah siapa diri kita...TanpaNya siapalah kita?

Monday, December 21, 2009

Berkongsi Suami


Seringkali saya ditanya oleh beberapa orang wanita,tentang isu suami ingin berpoligami atau dirinya akan dimadukan dan sebagainya. Dan seringkali juga saya terfikirkan apakah jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka-mereka yang bertanya : menagapa anda sanggup berpoligami ?

Menjawab persoalan rela bermadu,ada beberapa perkara yang sering bermain difikiran saya dalam soal rela bermadu,antaranya ialah :

1. Memahami dan mengetahui bahawa suami ialah ALAT dan bukan MATLAMAT. Yang dimaksudkan dengan alat ialah suami hanyalah wasilah kita mencapai matlamat kita yang utama iaitu Allah. Bagaimana suami dapat membantu kita mendekati Allah. Kebahagiaan yang sebenar bukan terletak pada bahagianya sesebuah rumahtangga kerana kebahagiaan alam rumahtangga hanyalah sementara. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila sepasang suami isteri yang berganding bahu dan berusaha sedaya mampu mereka untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki iaitu di syurga kelak.

2. Memahami dan mengetahui bahawa suami hanyalah PINJAMAN Allah kepada kita. Dan pada bila-bila masa Allah boleh mengambilnya semula. Banyak kes-kes yang kita dengar di dada-dada akhbar sepasang suami isteri yang baru menikah kemalangan dan menemui ajal. Dan banyak lagi kisah-kisah seumpamanya. Adakah dengan kita Berjaya mengahwini lelaki yang kita cintai separuh hati itu boleh menjamin kebahagiaan sehingga ke tua? Bak kata pepatah,Kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari. Boleh jadi seseorang itu walau sudah berpuluh tahun kahwin dan bercucu tetap boleh berpisah apatah lagi kita,apa yang akan jadi sepanjang perkahwinan kita hanya Allah lah yang mengetahui.

3. Ramai yang kita temui tidak sanggup bermadu... punca utama kenapa mereka enggan bermadu adalah kerana pada dasarnya tujuan mereka berkahwin adalah atas dasar cinta semata-mata. Maka apabila suami menyuarakan hasrat untuk berpoligami maka si isteri akan merasakan bahawa suaminya telah mengkhianati cinta mereka. Dan mereka merasakan bahawa diri mereka tidak disayangi lagi oleh si suami. Kerana itu ada yang sampai bercerai berai. Sekiranya tujuan mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta sebaliknya kerana Allah semata-mata,maka mereka tidak akan merasa takut atau resah sekiranya suami mereka ingin berkahwin lagi. Kerana mereka tahu bahawa suami mereka hanyalah sebagai alat dan pinjaman Allah kepada mereka untuk mencapai syurgaNya.

4. Saya kurang bersetuju dengan kata-kata bahawa apabila suami fitrahnya sukakan poligami maka isteri sebaliknya. Tetapi pada pendapat saya yang fitrahnya seorang isteri ialah mempunyai perasaan cemburu,bukannya tidak sukakan poligami. Kerana ramai yang saya lihat sahabat-sahabat saya yang bermadu dan rela bermadu dengan senang hati,sekiranya masih terdapat wanita-wanita seperti mereka ini jadi mana mungkin fitrahnya serang wanita tidak suka dimadu. Tetapi asam garam rumahtangga dan fitrahnya seorang manusia bukan sahaja wanita tetapi juga lelaki untuk mempunyai sifat cemburu. Hanya yang membezakan ialah bagaimana mereka menangani sifat cemburu itu.

5. Bagi saya tidak ada yang peliknya apabila seorang wanita yang masih muda merelakan dirinya dipoligami. Kerana bagi saya mereka faham bahawa agama mesti didahulukan dan diutamakan berbanding perkara yang lainnya termasuk perasaan mereka,kata-kata masyarakat atau budaya nya. Kerana mereka tahu mereka bukanlah manusia yang sempurna. Kerana mereka sayangkan suami merekalah yang menyebabkan mereka merelakan suami mereka berpoligami. Kerana mereka faham tujuan dan matlamat suami mereka ingin berpoligami. Kerana mereka inginkan suami mereka tidak terus bergelumang dengan dosa menatap dan berbicara dengan wanita yang bukan mahram mereka dalam dunia yang semakin rosak ini. Kerana mereka sayangkan suami-suami mereka dan mereka ingin melihat suami-suami mereka merasa gembira dan bahagia dan mereka sanggup berkorban apa sahaja asalkan dapat melihat suami mereka tenang dan tersenyum gembira.

Mereka-mereka inilah yang baru benar-benar menyayangi dan mencintai suami mereka. Bukanlah dengan mengepung suami-suami mereka dan tidak membenarkan mereka berpoligami itu tandanya sayang tetapi itulah tanda-tanda orang yang mementingkan diri sendiri. Seorang isteri itu lebih tahu kebaikan-kebaikan suaminya yang dapat dikongsi oleh wanita lain. Bukannya dengan hanya melihat kepada keburukan-keburukan suami mereka dan mengatakan bahawa suami-suami mereka sebenarnya tidak mampu atau tidak layak berpoligami. Bak kata pepatah lagi,buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Melihat kepada kelemahan atau keburukan suami semata-mata untuk mencipta alasan bahawa suami ku sebenarnya tidak layak berpoligami hanyalah akan menumbuhkan bibit-bibit benci di hati kita terhadap suami. Tetapi sebaliknya lihatlah kepada kebaikan-kebaikannya terhadap kita,kasih sayangnya,keprihatinannya,senda guraunya dan lain-lain yang mana apabila kita melihat kepada kebaikan-kebaikan dan keistimewaan suami kita bahkan menambahkan dan menguatkan lagi cinta kita terhadap suami. Dan ingatlah bahawa ajal,maut,jodoh dan pertemuan dan rezeki setiap seorang itu telah dicatatkan dan telah ditetapkan oleh Allah SWT,maka apakah yang kita khuatiri dan bimbangkan,sedangkan setiap manusia itu ada rezekinya masing-masing. Berimanlah dengan qada dan qadar Allah nescaya anda mampu mengahadapi asam garam rumahtangga dengan mudah. Insya Allah...

Sebagai penutup bicara,ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Dan kita adalah apa yg kita beri dan bukan apa yg kita simpan. Lebih banyak kita memberi lebih banyak ‘simpanan’ kita di akhirat kelak. Remember : sharing is caring... =)

Tuesday, December 1, 2009

Banyak meminta Kurang memberi..

Sebagai seorang perempuan,seringkali kita lupa,alpa dan leka dengan sikap kita sendiri. Sikap yang manakah itu? Sikap kita sebagai manusia yang inginkan itu dan ini.

Sebagai isteri, kita inginkan layanan dan belaian mesra dari suami. Ingin suami memanjakan dan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Kita juga inginkan pakaian-pakaian yang baru,kasut baru,beg tangan baru dan macam-macam lagi yang kita nak.

Sebagai seorang ibu,kita inginkan anak-anak mendengar kata-kata kita,mengikut cakap kita tidak kurang juga menghulur sekeping dua untuk kita.

Sebagai seorang perempuan,kita inginkan perasaan kita dijaga,hati kita di ambil,dilayan dengan baik,dipuji tak kurang juga dihormati.

Sebagai seorang anak, kita inginkan perhatian ibu bapa,nasihat mereka,kasih sayang mereka atau bagi yang masih muda dan bujang inginkan itu dan ini daripada ibu bapa.

Tetapi,pernahkah kita terfikir atau memikirkan aku sebagai seorang isteri inginkan layanan dan belaian mesra dari suami,tetapi adakah aku memberikan layanan dan belaian mesra kepada suami? Aku ingin suamiku memanjakan dan memebelaiku dengan penuh kasih sayang,tetapi adakah aku memanjakan dan membelai suamiku dengan penuh kasih sayang? Seringkali saya lihat kita sebagai isteri inginkan suami menyayangi dan mencintai kita hanya seorang. Sehinggakan apabila suami menyuarakan hasrat untuk berpoligami maka ributlah satu kampong. Tetapi kita sering lupa dan tidak memikirkan adakah aku seorang isteri yang baik? Yang taat pada suami? Yang sanggup berkorban untuk suami? Yang membantu suami?yang pandai berhias untuk suami? Mari kita sama-sama bermuhasabah balik, adakah aku seorang isteri yang tip top layanannya terhadap suami? Apa yang kita terer adalah meleter suami,demand itu ini,sedang diri kita ? tanyakan kepada diri kita sendiri adakah aku seorang isteri yang baik? Yang solehah? Kadangkala terasa malu dan segan pada suami lantaran diri yang banyak menyusahkan suami dari membantu tetapi inginkan itu dan ini. Ingatlah wahai saudariku,suami juga adalah manusia,sebagaimana kita ingin dibelai dan dimanja,begitulah juga suami kita. Dan kita juga sering terlupa untuk bersyukur,walau dalam keadaan diri kita yang banyak kelemahan, suami kita tetap juga pandai mengambil hati kita,bergurau,bermesra dan melayani kita dengan penuh kasih sayang. Kadangkala dibelikannya kita apa yang kita minta jika mampu. Itupun kita sebagai isteri tidak Nampak betapa dalamnya kasih sayang suami kepada kita. Seringkali kita lebih banyak merungut dari bersyukur. Merungut dengan sikap suami yang itu dan ini. Tetapi tidak pula kita melihat kepada sikap kita kepada suami. Apabila teringatkan sikap dan layanan kita pada suami dibandingkan dengan apa yang suami beri kepada kita,ah….terlalu malu sungguh rasanya diri ini.

Kita juga sebagai ibu seringkali kita lupa bahawa anak-anak kita juga adalah manusia. Sebagaimana kita ingin dilayan begitulah seharusnya kita melayani orang. Seringkali kita memarahi anak-anak kita kerana kesalahan mereka. Cepat melenting dan merasakan akulah sahaja yang betul. Tetapi pernahkah kita terfikir atau memikirkan…mengapa anak aku berkelakuan sedemikian? Adakah aku kurang perhatian terhadapnya? Atau adakah aku kurang tegas dan disiplin padanya? Atau masih belum cukup ilmu dan didikan yang aku beri padanya? Seringkali ibu-ibu seperti kita lupa untuk menyoal kembali diri kita sendiri. Adakah aku seorang ibu yang baik? Sebaliknya kita lebih Nampak kesalahan anak-anak berbanding kelebihan-kelebihan mereka. Kita ingin mereka mendengar cakap kita tapi kita tak mahu mendengar cakap mereka. Mulalah hai kecil kita berbisik,ah! Dia anakku,masih muda dan mentah..aku yang lebih dahulu makan garam darinya. Seharusnya dialah yang perlu mendengar cakap aku. Kadangkala kita lupa bahawa anak kita sudah menginjak dewasa,banyak ilmu-ilmu yang dipelajarinya mungkin tidak kita tahu. Ya,tidak dinafikan pengalaman hidup kita sebagai ibu jauh lebih banyak daripada anak-anak kita yang baru berusia setahun jagung. Tetapi itu soal kehidupan,bagaimana pula dengan soal agama,ilmu dan lain-lain? Dunia sudah berubah,zaman sudah maju… anak-anak kadang lebih advance dari kita ibu-ibu. Dan kadangkala kita yang harus belajar dari anak kita bukan sebaliknya. Adapun bagi saya yang lebih tepat ialah kita sama-sama belajar di antara satu sama lain. Ibu harus belajar mendengar jika mahu anak mendengar. Ibu harus memahami anak jika mahu anak memahami. Treat others like you want to be treated. Samalah kita dengan anak-anak.

Keinginan,naluri dan perasaan seorang perempuan itu memang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Sehingga seringkali kita sebagai perempuan membuatkan lelaki tertanya-tanya,apakah maksud kita? Apakah yang kita mahu? Kaum lelaki boleh menjadi pening dan buntu melihat sikap kita yang cepat berubah musim. Kita perempuan lebih suka melayani perasaan kita baik berupa sedih,kecewa,marah,gembira atau apa sahajalah sehingga kadangkala kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya telah menyusahkan atau merisaukan beberapa pihak. Kita perempuan terlalu sibuk dan mementingkan diri sendiri kerana asyik memikirkan perasaan kita hati kita dan kehendak kita. Tetapi kita terlupa malah tidak terfikir pun untuk memikirkan perasaan orang,hati orang dan kehendak orang. Kita mahu orang mengikut hati dan perasaan kita tapi tidak pula kita memikirkan hati dan perasaan orang. Kita marah apabila orang tidak menerima atau menolak pendirian kita,tapi tidak pula kita fikir apa perasaan orang apabila kita melakukan hal yang sama kepada mereka? Kita perempuan selalu lupa dan malah tidak sedar pun yang sebenarnya perbuatan kita itu telah menyusahkan ramai pihak,walaupun bagi kita ianya tidaklah apa-apa. Kita terlalu memilih,inginkan sesuatu atau seseorang yang mengikut taste kita. Kita hanya pandai memilih,mahu yang seperti itu dan ini tetapi kita tidak terfikir adakah aku akan terpilih. Kasihan kaum lelaki yang menjadi mangsa pilihan kita,sedangkan lelaki tidaklah begitu cerewet seperti kita dalam hal-hal pilih memilih ni. Lelaki tidak cerewet memilih bakal isteri tetapi kita perempuan pula yang cerewet,inginkan yang seperti itu dan ini. Dalam pada kita sibuk memilih criteria2 yang kita nak dan sibuk melayan perasaan kita,kita lupa untuk melihat kembali pada diri kita sendiri,adakah aku sudah cukup baik? Atau adakah aku layak pun untuk memilih-milih sedangkan aku tidaklah sehebat mana. Sedangkan sahabat-sahabat wanita tidak cerewet memilih pasangan hidup mereka,kita pula yang tak tahu malu inginkan itu dan ini. Bak kata seorang sahabat baik saya,jangan terlalu melihat pada keburukan seseorang kerana pasti ada kebaikan padanya yang masih belum kita Nampak. Dan jangan terlalu melihat kebaikannya sahaja kerana dia juga manusia pasti ada kelemahannya yang masih kita belum Nampak.

Sebagai seorang anak kita lupa bahawa kita ada ibu dan bapa yang perlu dihormati. Seringkali kita terasa seperti ibu kita mahu mengongkong kita dari berbuat itu dan ini dan dari pergi kemana yang kita mahu. Tetapi kita lupa untuk memikirkan kenapa ibu aku begitu manjaga aku dengan begitu ketat sekali tidak seperti adik-adik lelaki atau abang-abang ku yang lain yang lebih bebas berbuat apa yang mereka suka. Mungkin kebanyakan kita remaja perempuan masih tidak menyedari,tujuan ibu dan ayah kita begitu menjaga setiap gerak geri an perlakuan kita adalah kerana mereka sayangkan kita. Mereka tidak mahu kita menjadi seperti barang-barang kemas palsu yang bersepah di kaki lima atau di pasaraya-pasaraya yang sesiapa sahaja boleh memegang dan membelinya tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal. Sebaliknya mereka mahu kita menjadi seperti barang kemas yang harganya mencecah ribuan,malah puluhan ribu ringgit yang tersimpan cantik di dalam gelas atau kotak yang dijaga rapi,tanpa ada sesiapa yang boleh memegang hatta mencuitnya sekalipun. Hanya bagi mereka yang layak n berkemampuan sahaja yang dibenarkan melihat dan membelinya. Adik-adikku,mahukah kalian menjadi barang kemas murahan dan palsu atau ingin menjadi barang kemas yang mahal dan asli? Sedangkan kita perempuan kalau berhias pun hanya mahukan yang cantik dan ori,apatah lagi lelaki. Lelaki juga mahukan perempuan yang cantik dan ori,bukan perempuan murahan dan palsu yang gemar berlegar-legar di pusat membeli belah atau melepak2 tanpa arah tuju. Seperti mana kita sukakan barang-barang yang cantik,mahal-mahal,berjenama dan bergaya begitu jugalah dengan lelaki. Jadi janganlah merendahkan martabat kita sebagai perempuan yang mana martabat kita telah diangkat oleh islam. Tujuan kita disuruh menutup aurat dengan sempurna(bukan hanya bertudung) tidak lain ntuk mejaga maruah dan diri kita dari dilihat dan diusik oleh lelaki-lelaki jahat diluar sana. Islam mahu memlihara kita tetapi mengapa kita pula yang enggan dan angkuh? Ingatlah adik-adikku,tidak ada yang kekal di dalam dunia ini baik kecantikan,harta atau apa sahaja. Semuanya akan berlalu pergi. Jadi mengapa membuang masa,tenaga dan wang kita pada alat-alat make-up,pakaian yang beratus ringgit hanya semata mata untuk bergaya,kelihatan cantik dihadapan orang ramai. Kalau di hadapan suami,lainlah cerita,besar pahala menanti anda.

Ingatlah kita semua akan mati,entah esok atau lusa. Jadi bersukurlah dengan apa yang kita ada,hargailah orang-orang disekeliling kita,sebelum kita meminta muhasabah diri kita. Jangan pentingkan diri sendiri.

Wallahua'lam...

Wednesday, November 25, 2009

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not
travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Thursday, November 19, 2009

Pembetulan Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
-al-Iraqi: Aku tidak menjumpai asal bagi hadis ini.
-Imam Subkiy juga menilai hadis ini sebagai hadis yang tidak didapati asal baginya. (Tabaqat Syafieyyah Kubra).

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.- Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560).

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
no 5 & 6 adalah gabungan satu hadith.
-Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath. - Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Tidak direkod dalam kitab-kitab hadis utama. Dibawakan oleh Abdul Rahman al-Sofuri dalam Nuzhatul Majalis, tanpa penjelasan sanad.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Direkod oleh Al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq, dan disebut oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu'aat 2/276, dan Suyuti dalam 'Al-Laali al-Mashnu'ah' (himpunan hadis-hadis palsu) 2/150, dan dinukilkan penilaian Al-Hafiz al-Iraqi bahawa: Sanadnya Amat Dhaif.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Direkod oleh Ibn Adiy 1/141, dan Dailami 4/234.- Dinilai oleh Albani sebagai: Amat Dhaif. (Silsilah Dhaifah 10/36).

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
-Kami tidak menjumpai teks yang tepat seperti ini. Yang ada ialah: "Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin".
-Tidak didapati dalam kitab-kitab utama sunnah. Disebut dalam Kanzul Ummal (16/408): Diriwayatkan oleh Abu Syeikh (Al-Ashbahani) daripada Ibn Umar.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Direkod oleh Dailami 1/282- Dibawakan oleh Zahabi dalam Mizan 3/324, dan Ibn Hajar dalam Lisan 3/112 ketika menyebut biografi Sulaim bin Amru al-Ansari. Kata mereka berdua: ALi bin Ayyasy meriwayatkan daripadanya khabar yang batil.- Disebut dalam Kasyful Khafa 2/68 dan al-Maqasid al-Hasanah m/s 462: Diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam Makrifah, dan al-Dailami.. Sanadnya Dhaif, tetapi ada syawahid.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu:Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: "Adakah kamu mempunyai ibu?" Jawabnya: "Ya". Kata Nabi: "Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya". Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
- Dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 2472)

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
Direkod oleh Tirmizi (no: 1916) dan beliau menilainya DHAIF. Katanya: Hadis Gharib.

19. Daripada Aisyah r.a.: Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
-Direkod oleh Bukhari (no: 1352) dan Muslim (no: 2629).

Wallahua'lam...

Sila Rujuk : http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/al-quran-dan-hadis/02-026/

Wednesday, November 18, 2009

Nasihat Buatmu Wanita...

Bagaimana menjadi wanita solehah dalam dunia yang serba fitnah.


Wanita adalah makhluk Allah yang diciptakan cukup dengan semua sifat bagi melengkapkan kaum lelaki. Adalah seperti Hawa,ibu manusia yang diciptakan oleh Allah bagi mendampingi dan menemani Adam. Manakala tujuan asal wanita itu diciptakan adalah 1) sebagai hamba Allah 2) Sebagai isteri 3) Sebagai ibu. Susahkah menjadi seorang wanita ?

Mari kita lihat kebaikan-kebaikan yang kita boleh dapat dalam menjadi seorang wanita :

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a.: Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Begitu banyak hadith berkenaan wanita dan hikmah-hikmah yang boleh kita perolehi dalam menjalani kehidupan kita sebagai muslimah. Tetapi tahukah anda walaupun wanita mudah mendapat pahala wanita juga mudah mendapat dosa? Ini juga berdasarkan hadith
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Hadits ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tentang penduduk Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan neraka yang majoriti penduduknya adalah wanita. Tetapi hadith ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menghantarkan mereka ke dalam neraka dan menjadi majoriti penduduknya, namun disebutkan dalam hadith lainnya.

Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka maka beliau bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita". Sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR. Nasa’i di dalam Al Kubra dari Abdullah bin ‘Amr. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 76)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya (tanpa sebab) maka haram baginya wangi Surga.” (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi serta selain keduanya. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 85)
Baginda rasulullah juga bersabda : “Bersedeqahlah kalian! Kerana kebanyakkan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari) .

Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”.

Begitu banyak juga hadith-hadith yang memberi peringatan terhadap kaum wanita tentang betapa ramainya di kalangan kaum wanita yang begitu mudah untu masuk neraka. Sebagaimana mudah untuk kita masuk ke syurga begitu juga begitu mudah untuk kita ke neraka.

Baiklah,saya tak mahu membahaskan tentang hadith-hadith di atas cukuplah sekadar kita mengetahui bahawa ada ganjaran dan amaran terhadap kita. Lalu bagaimanakah kita hendak mendapat syurganya atau bagaimanakah kita hendak menjadi seorang wanita islam yang benar-benar solehah bukan hanya dengan kata-kata tetapi perbuatan?

Mari kita lihat dahulu sedikit sebanyak sikap yang ada pada majoriti wanita zaman sekarang:

1. Suka bersembang
2. Suka atau hendak kelihatan cantik

Inilah diantara sifat-sifat yang biasa atau semua ada pada diri seorang yang bergelar wanita. Persoalannya,salahkah kita mempunyai sifat-sifat seperti diatas?
Ianya tidak salah sekiranya digunakan pada jalan yang betul.

1. Suka bersembang – ramai diantara kita tidak dinafikan yang suka untuk bersembang. Bersembang adalah sesuatu yang baik apabila yang disembangkan adalah berkenaan ilmu-ilmu agama,nasihat-menasihati atau tunjuk ajar. Apabila apa yang kita sembangkan mengandungi seperti apa yang tersebut maka kita akan dapat pahala. Kerana kita telah mengikut perintah Rasulullah dalam menyuruh kita menyampaikan ilmu walau satu ayat,menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Tetapi harus diingat bersembang boleh membawa kepada dosa dan sia-sia bilamana apa yang disembangkan ialah perkara-perkara yang berunsur umpatan,kejian,makian atau berbual-bual kosong baik sesame wanita atau dengan lelaki. Rasulullah melarang kita dari mengumpat sahabat kita,dari mencela atau mengkeji sahabat kita dan Rasulullah melarang kita dari berbual-bual kosong. Dan jika kamu tidak mempunyai apa-apa yang BAIK untuk diperkatakan maka Diam. Jadi langkah-langkah yang boleh kita ambil dalam menjadi wanita solehah ialah :
a) Tinggalkan perbualan-perbualan kosong
b) Jangan bersembang dengan lelaki kecuali jika terdesak atau perlu. Seperti jika ingin bertanya tentang sesuatu masalah atau meminta nasihat. Tetapi cukup sekadar itu. Tidak perlu menceritakan perkara-perkara yang tak patut iaitu yang tidak perlu,yang jika kita tak bagitahupun tidak akan membawa kesan apa-apa. Ramai saya lihat wanita-wanita yang bersembang di forum yang bercampur dengan lelaki dan menyembangkan perkara-perkara yang bagi saya ianya hanyalah a waste of time. Tidak salah mahu bertanya di form kepada ustaz-ustaz atau sesiapa yang berkenaan tetapi TANYA HANYA APA YANG PERLU. Elakkan dari mencelah perbualan di forum terutamanya yang bercampur lelaki dan perempuan. Seperti, ‘ oh saya pun begitu saya pun begini” dan kita pun nak menceritakan perihal kita di forum terbuka. Bagi saya ini hanyalah perbuatan sia-sia dan boleh mengundang dosa bilamana apa yang kita katakana itu tidak membawa sebarang manfaat kepada sesiapa pun. Jadi adalah lebih baik ELAKKAN.
c) Cakap hanya perkara yang baik.

2. Suka berhias – memang naluri atau fitrah wanita itu suka akan kecantikan. Tidak salah untuk kelihatan cantik atau berhias TETAPI hanya dihadapan suami atau muhrim kita sahaja. Manakala yang selainnya adalah HARAM. Bagi saya ramai yang dikelirukan dengan istilah cantik dan menutup aurat. Ingatlah saudari sekalian,dalam menutup aurat tidak ada istilah kelihatan cantik. Tetapi bukanlah bermakna saya suruh anda berpakaian selekeh. No… kita berpakaian kemas,bersih sopan menutup aurat tetapi tidak boleh pakaian kita itu kelihatan cantik. Kerana kelihatan cantik itu dikira sebagai Tabarruj. Dimana ianya adalah haram bagi wanita. The term “seindah hiasan adalah wanita solehah” adalah bukan pada wanita itu memakai tudung labuh dan jubah yang cantik berkeli-kelip. Tetapi kepada peribadi dan seorang wanita solehah tidak akan berpakaian cantik di hadapan lelaki ajnabi. Hatta sekiranya warna pakaian yang dipakai seperti tudung labuh warna pink dan jubah warna merah sekalipun sekiranya menampakkan kecantikan dan dilihat cantik oleh mata yang memandang ianya juga adalah dikira tabarruj. Habistu kita nak pakai baju warna apa? Pakailah pakaian yang berwarna gelap atau suram seperti hitam,kelabu,dark brown,dark blue, and semua yang dark colours boleh pakai dan elakkan memakai pakaian yang berwarna cerah seperti putih,cream,pink dan sebagianya warna-warna yang soft colours. Tak semestinya warna-warna yang striking tetapi warna-warna soft colours pun elakkan.

Di dalam dunia yang serba moden,canggih dan banyak terdedah kepada maksiat inilah kita sebagai wanita harus memainkan peranan yang bijak agar kita tidak sama-sama join dunia yang serba fitnah ini tetapi menjadikan diri kita hiasan dunia dengan berkeperibadian sebagai seorang muslimah solehah mengikut acuan al-quran yang sebenar.. jangan kita pula yang terpengaruh dengan dunia. Jangan kata saya buat itu dan ini kerana dunia ini macam ni atau dah semua orang buat atau dah boss suruh. Selagi mana ada jalan keluar dari menegelakkan diri kita terdedah kepada fitnah maka elakkan.

Kerana itu penting perkahwinan bagi wanita. Kenapa saya katakana wanita bujang lebih terdedah kepada fitnah? Kerana apabila dia bujang dia harus belajar supaya nanti dia boleh bekerja dan menyara dirinya. Belajar di university-universiti yang bercampur lelaki dan perempuan sahaja sudah cukup mendedahkan dirinya kepada fitnah apatah lagi apabila sudah bekerja. Kerana itu adalah lebih baik wanita-wanita yang bujang segera berkahwin,kerana apabila sudah berkahwin tanggungjawab mencari nafkah jatuh kepada suami dan wanita tidak perlu keluar bekerja untuk mencari makan hatta kalau dia masih belajar dia akan menjadi seorang yang lebih berhati-hati di university dan mempunyai seorang suami yang dapat menjaganya.

Bagaimana jika tak ada calon nak kahwin? Selagi kita boleh usaha untuk mencari calon maka kita perlu usaha disamping berdoa. Berdoa sahaja tidak mencukupi. Jangan hanya tunggu bulan jatuh ke riba. Kerana sampai bila-bila pun kita tak akan jumpa. Kita yang perlu mencari lelaki yang baik untuk berkahwin tetapi bukan dengan cara berkenalan dengan lelaki sekian dan bercinta,bersms,bercakap-cakap kononnya bagi berkenalan. No! inilah yang haram kita lakukan dan wajib kita elakkan.

Lalu bagaimana nak cari lelaki untuk dikahwini. Tanyakan pada sesiapa yang ada kenal mana-mana lelaki yang baik akhlaknya dan soleh maka segeralah menawarkan diri kepadanya dan berkahwin. Berkenalan hanya selepas kahwin. Bercinta hanya selepas kahwin. Jangan beri alas an nanti kalau saya tak dapat mencintai dia macammana? Its all in ure mind. Kalau awak niat berkahwin kerana Allah,semata-mata menari redha Allah dan ingin mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat maka Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penayayang. Perasaan itu akan timbul dan muncul sendiri perlahan-lahan tanpa kita sedari sekiranya kita tidak menghalang atau set dalam otak kita yang kita tak boleh nak cinta suami kita. Kita yang sebenarnya menghalang diri kita dari berbuat perkara yang baik.

Atau minta pada ibu-bapa carikan. InsyaAllah baik. Yang penting niat kita mesti betul. Jangan kita nak kahwin sebab dah boring hidup atau alas an-alasan yang tak munasabah.
Lagi, elakkan dari berkawan dengan kawan-kawan yang boleh membawa kita terjerumus dalam dosa. Tinggalkan. Carilah kawan-kawan yang baik akhlaknya dan agamanya.

Tuntutlah ilmu agama sebanyak mungkin dari seramai guru yang mungkin.dan jangan taasub pada satu-satu aliran sahaja. Belajar semua pendapat dan aliran bezakan mana yang betul dan mana yang salah sesuai dengan Al-quran dan sunnah. Hadirilah kelas-kelas agama dan jangan pilih bulu. Jangan kerana kita tak sukakan peribadi seseorang itu kita menolak semua kata-katanya walaupun ada yang benar. Ambil yang keruh buang yang jernih. Pedulikan sikapnya yang penting ilmunya yang kita mahu. Bukannya dalam nak belajar ilmu pun kita nak pilih guru. Yang best-best kita pergi yang Nampak syadid sikit kita taknak pergi. Yang senang kita pergi yang susah kita tinggal. Jangan sesekali amalkan sikap ni.

Banyakkan membaca buku-buku agama. Kenali tokoh-tokoh ilmuan islam dan ambil iktibar dari kisah hidup mereka. Ambil pengajaran dari sejarah-sejarah islam. Tuntutlah ilmu selagi mana ianya boleh membawa kita kepada Allah. Tinggalkan ilmu-ilmu yang kurang manfaatnya pada agama.

Akhir kata, jagalah diri,peribadi dan perwatakan kita di dunia ini. Jangan berlebih-lebih dan bersederhanalah. Tanyalah jika kita tak tahu walaupun ianya membuatkan kita kelihatan bodoh. Pedulikan persepsi orang dan masyarakat. Kerana sekiranya kita terlalu bergantung kepada cakap orang dan persepsi orang selamanya kita takkan boleh mancari dan mendapat kebenaran. Kerana masyarakat kita hari ini adalah masyarakat yang rosak yang jauh terpesong dari al-quran dan sunnah. Sistem dan undang-undang yang ada adalah ciptaan kafir. Dan satu-satunya sistem dan undang-undang yang wajib kita patuhi adalah undang-undang dan sistem-sistem Allah berdasarkan Al-quran dan sunnah. Yang selain daripada ini maka tinggalkan,abaikan,elakkan kerana ianya boleh mengundang syirik kepada Allah.


Wallahua’lam…

Sekadar nasihat yang tidak seberapa untuk kita semua.

Thursday, November 12, 2009

Karya Zauji Habibi...


Dapatkan Segera Sementara Masih Ada.....

Usia.....

Untuk membacanya...

Moga-moga dengan membacanya akan lebih memahamkan kita sedikit sebanyak tentang agama...

Tahniah saya ucapkan buat Suami kerana telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang InsyaAllah dapat diambil manfaat oleh semua...

Moga-moga dengan terbitnya buku ini menambah semangat penulis untuk melahirkan lebih banyak buku-buku yang bermanfaat.

Kami disini sentiasa mendoakan penulis.

Khas Buat Suamiku Yang Tercinta,

Kita Hanya disuruh BERUSAHA,dan tidak perlu bimbang apa yang akan terjadi atau apa yang dikatakan orang.... Semuanya telah ditetapkan dan kita hanya perlu beriman dengannya.

Barakallahulak. Teruskan Usaha!

=)

Saturday, October 31, 2009

Peringatan Untuk Kita


Sabda Rasulullah : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah Wanita yang solehah." (Hadis riwayat Muslim)

Wanita diciptakan mempunyai matlamat dan tujuan ianya diciptakan.

Pertama : Sebagai Hamba Allah

Kedua : Sebagai Isteri

Ketiga : Sebagai Ibu

Sebagai seorang wanita Islam sekiranya kita adalah seorang isteri atau seorang ibu hendaklah kita berusaha untuk menjadi seorang isteri yang taat kepada perintah suami selagi mana ia memenuhi tuntutan syarak, menjaga maruah diri dan suami,menjaga harta suami dan keluarga serta berusaha mencari ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Begitu juga peranan kita sebagai seorang ibu kepada anak-anak. Tugas kita ialah mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dalam mematuhi dan memenuhi kehendak Allah SWT mengikut panduan dan ajaran yang telah diberikan oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah semampu kita. Kita harus ingat bahawa anak-anak ialah AMANAH Allah kepada kita untuk kita pelihara dan didik mengikut syariat Allah. Anak-anak ialah pinjaman dan amanah Allah kepada kita yang harus kita bertanggungjawab ke atasnya.Dan bukanlah anak-anak kita itu milik kita akan tetapi hanyalah amanah dan pinjaman Allah kepada kita dalam mencapai matlamat dan tujuan Utama kita diciptakan iaitu sebagai Hamba Allah.

Dan sekiranya kita bukanlah lagi bergelar seorang isteri ataupun seorang ibu maka tanggungjawab kita sebagai hamba Allah harus dan wajib kita penuhi. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke perkara yang lebih besar. Bagi mereka yang masih berstatus 'bujang' hendaklah kita sentiasa ingat bahawa Allah lah yang menciptakan kita diatas muka bumi ini yang tanpaNya kita pun tidak akan wujud di dunia ini untuk merasai nikmat yang kita perolehi hari ini. Oleh itu saudari-saudari ku,dalam apa sahaja yang kita lakukan,ingatlah bahawa Allah itu sentiasa melihat dan mengetahui gerak geri,perbuatan serta percakapan kita.

Pendek kata sekiranya saudari-saudari yang masih belum bergelar isteri dan ibu yang hanya mempunyai satu peranan iaitu sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini gagal untuk melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya,maka apalah guna dan manfaat kita hidup di dunia ini ? sedangkan fungsi dan tugas utama kita diciptakan iaitu sebagai hamba Allah pun gagal kita penuhi,apalah yang tinggal pada diri kita ini? ijazah?harta?kecerdikan?kecantikan?....semuanya tidak berguna jika tugas utama kita sebagai hamba Allah pun gagal kita penuhi. Sama-samalah kita bermuhasabah dan berfikir...

There is still a long way to go after we die....Is it Heaven or Hell ? ARE WE PREPARED ?



Wallahua'lam

Friday, October 30, 2009

Nasihat Buat Hati yang Ragu

Usah Bersedih, Bimbang dan Ragu Membuat Keputusan

Imam Tirmizi r.a meriwayatkan dalam sunannya sebuah hadis daripada Abdullah bin 'Abbas r.a yang berkata: Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari dan baginda bersabda : "Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah ALLAH (pelihara hak-NYA), nescaya ALLAH akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH (taati perintah-NYA dan jauhi larangan-NYA), nescaya engkau akan mendapati DIA akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada ALLAH dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada ALLAH.

واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ولو اجتمعواعلى أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك رفعت الأقلام وجفت الصحف

Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah dapat memberi mudharat mereka itu kepada-Mu melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan).”
- Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2516.


Monday, October 26, 2009

Masalah Oh Masalah !



Di dalam dunia ini tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari diuji oleh Allah. Baik berupa ujian dari segi kewangan,rumahtangga,pekerjaan dan sebagainya. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang kita hadapi,baik masalah yang kecil atau yang besar. Sungguhpun begitu,kita harus ingat bahawa sedangkan setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati inikan pula masalah yang kita hadapi hari-hari,pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang yang benar-benar beriman dengan Allah akan mengambil setiap masalah yang dihadapi sebagai ujian atau peluang kepada dirinya. Samada ujian bagi meningkatkan imannya,ujian untuk menjadikan dirinya seorang yang lebih matang atau menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Dia juga akan mengambil ujian atau masalah yang dihadapinya sebagai peluang kepada dirinya. Peluang untuk berubah. Berpindah dari satu fasa ke fasa yang lebih baik. Tetapi ramai diantara kita yang gagal dalam melihat bahawa ujian atau sesuatu masalah itu sebgai ujian buat diri kita dan juga sebagai peluang untuk kita.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”(Al-Ankabut : 2)

Apabila seseorang itu gagal menangani masalah yang dihadapinya dengan baik,maka akan timbullah seribu satu macam masalah lagi seperti tekanan perasaan,stress dan pelbagai penyakit lain. Ini hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Oleh kerana itu kita haruslah mengetahui bagaimana nak menangani masalah yang kita hadapi. Saya bukanlah seorang pakar perunding atau kaunselor,tetapi dengan ilmu saya yang tidak seberapa ini bolehlah saya kongsikan sedikit sedikit sebanyak apa yang saya tahu.

Pertamanya, the first rule in handling a bad situation or a problem is always think positively. Sekiranya apabila datang kepada kita sesuatu masalah atau ujian jika pada mulanya kita sudah memandang ianya sebagai sesuatu yang negative maka tindakan,perbuatan kita yang seterusnya akan menyebabkan kita semakin tertekan dengan masalah yang dihadapi. Tetapi sekiranya kita memandang sesuatu ujian atau masalah itu dengan pandangan yang positif pasti kita akan dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah kita ini dengan mudah. Benda ni memerlukan latihan. Maksud saya ialah memang agak sukar apabila datangnya sesuatu masaah itu kita nak melihatnya sebagai sesuatu yang positif tetapi sekiranya kita telah melatih otak kita untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan pasti ianya akan menjadi mudah. Seperti sentiasa bersangka baik dengan apapun dan sesiapa pun. Dengan cara ini kita dapat melatih otak kita untuk memikirkan perkara yang positif dahulu sebelum perkara yang negative.

Kedua, kita haruslah sentiasa tenang. Ada perkara yang kita perlu take it seriously dan ada perkara yang tidak perlu take it seriously pada waktu itu (masanya belum tiba). Apabila kita tenang dalam menghadapi hidup kita yang hari-hari ditimpa seribu satu masalah,maka kita akan dapat mengatur masalah itu mengikut priority nya. Maksudnya,masalah mana yang perlu difikirkan dahulu dan mencari jalan penyelesaiannya dan masalah mana yang tidak perlu sekarang untuk difikirkan kerana tidak ada apa yang boleh kita buat tentang masalah itu dalam waktu sekrang sekalipun kita bersusah payah memikirkannya. Dengan cara ini kita dapat megurangkan stress dan dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah dengan cepat dan mudah. Sekiranya kita memikirkan kesemua masalah yang kita hadapi secara serentak maka lama-lama kita boleh dapat brain damage…. ;D bukan jadual seharian sahaja yang perlu kita susun mengikut waktu dan masanya tetapi juga masalah kita. Perlu kita susun masalah kita mengikut waktu dan masanya.

Ketiga, sentiasa mengingati Allah. “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”(al-Ra’d : 28)

Ingatlah bahawa setiap ujian atau masalah yang datang semuanya telah ditakdirkan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Tinggal sahaja kita samada pandai mengendalikan masalah tersebut dengan cara yang betul atau salah. Ucapkanlah Innalillahiwainnailaihiraajiuun, setiap kali kita ditimpa masalah.

Keempat, sabar. “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah : 153). Kita harus banyakkan bersabar dengan cara beristghfar dan mengingati Allah supaya kita tidak cepat melatah apabila ditimpa sesuatu masalah.

Kadangkala Sesuatu masalah itu timbul adalah kerana dari kesalahan diri kita sendiri. Oleh itu sebelum kita menuding jari kepada orang lain, lihatlah diri kita sendiri. Tanyakan kepada diri kita, mengapa masalah sebegini boleh timbul? Adakah kerana aku tersilap melakukan itu dan ini.? Sehingga menyebabkan masalah yang aku hadapi ini timbul? Muhasabahlah kembali,kadang kala masalah itu timbul memang berpunca dari diri kita sendiri. Kerana itu kita disuruh mengambil ujian atau masalah itu sebagai satu eluang untuk kita memperbaiki diri supaya kelak tidak akan berulang lagi masalah yang sama. Terimalah nasihat dari sesiapapun sekalipun ianya pahit untuk ditelan. Ingat ! bahawa bukan semua ubat itu manis rasanya. Adakalanya ia terlalu pahit untuk ditelan tetapi kita harus gagahkan juga diri kita untuk menelannya supaya dengan izin Allah kita beroleh manfaat darinya.

Wallahua’lam.

Tuesday, October 20, 2009

Kejahilan yang tersusun

Saya hairan dengan situasi masyarakat melayu di Malaysia ini. Kehidupan masyarakat melayu di Malaysia seolah-olah mempunyai satu sistem yang dimana semua masyarakat melayu mengikuti sistem itu tanpa mereka sedari. Sungguhpun sistem tersebut bercanggah dengan syariat Islam.


Mari kita lihat apa yang sebenarnya saya maksudkan dengan ‘sistem’ yang tersusun. Seseorang melayu yang dilahirkan secara automaticnya menjadi Islam,selepas dilahirkan dijaga dan dibesarkan sehingga usia mencapai 3-4 tahun dimana pada usia ini mereka akan dihantar ke taska atau tadika untuk memulakan sesi pembelajaran di dalam hidup mereka. Setelah meningkat usia 7 tahun,mereka di hantar ke sekolah rendah bagi memulakan sesi pembelajaran yang lebih tersusun mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Setelah meningkat darjah 6,mereka akan mengambil ujian UPSR(yang mana saya pun tak tahu apa tujuan ujian ini sebenarnya). Kemudian mereka akan melangkah masuk pula ke tingkatan 1,fasa pembelajaran sesuai usia keremajaan mereka. Mereka akan mengambil peperiksaan PMR pada usia 15 tahun dan peperiksaan SPM pada usia 17 tahun. Setelah tamat sesi persekolahan mereka akan melangkah masuk pula ke sesi pengajian yang lebih tinggi iaitu di peringkat university/kolej dan seumpamanya. Setelah tamat pembelajaran di peringkat university maka bermulalah fasa ‘bekerja’. Setelah itu mungkin berkahwin mengikut adat istiadat melayu,melahirkan anak,mendidik anak-anak sepertimana mereka dididik dahulu yakni menghantar anak-anak ke sekolah sehingga ke peringkat university dan seterusnya dan benda ini berpusing-pusing dan apakah kesudahannya?


Adakah kita hidup di dunia ini sebagai seorang Islam yang mengamalkan ajaran dan undang-undang islam atau seorang bangsa melau yang beragama Islam yang menetap di Malaysia dan mengikut ajaran yang diterapkan di sekolah-sekolah dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan?

Apakah tujuan dan matlamat hidup kita di dunia ini? Adakah untuk belajar,bekerja,kemudian berkahwin dan berharap hidup bahagia dengan perkahwinan dan anak-anak sahaja? Atau lebih dari itu?


Bukankah tujuan dan matlamat asal kita sebagai manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepadanya? “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”(Adz-Zaariyaat : 56)

Marilah kita bermuhasabah kembali, adakah dengan cara kehidupan kita yang tersusun mengikut sistem yang telah ditetapkan ini membantu kita dalam mengabdikan diri kepada Allah? Sejak dari bangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan percampuran di antara lelaki dan perempuan,atas nama rakan sekelas atau classmate. Sedangkan di dalam islam melarang sama sekali percampuran di antara lelaki dan perempuan kecuali dengan ikatan perkahwinan. Segala ilmu yang kita pelajari sejak dari sekolah rendah sehingga ke peringkat university,adakah semua ilmunya dari sumber yang sahih. Sedangkan di dalam teks sejarah sekolah menengah banyak penipuan dan penyelewengan tentang sejarah dunia. Dan anak-anak kita mempelajari ilmu yang telah ditapis sumbernya dan maklumatnya semata-mata hanya untuk lulus periksa.


Bukankah ianya agak melucukan? Anak-anak kita menjadi seperti robot yang di arahkan untuk ke sekolah mempelajari ilmu yang telah siap dimasak tanpa menokok nambah dan disuruh untuk belajar rajin-rajin supaya boleh lulus periksa. Matlamat anak-anak ke sekolah adalah untuk lulus periksa. Bukannya untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. Sama sahaja dengan mereka yang di peringkat university. Mempelajari bidang-bidang tertentu yang telah ditetapkan untuk mendapatkan sekeping ijazah yang hanya diperbuat daripada kertas supaya membolehkan mereka untuk menggunakan ijazah tersebut bagi menacari pekerjaan. Sekiranya takder nijazah maka tak boleh atau sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Siapakah yang menetapkan sistem pembelajaran sebegini? Yang semua orang akan merasa tidak senang duduk dan tidak kena apabila gagal mendapatkan segulung ijazah. Dan bagi mereka yang Berjaya mendapatkan ijazah pula amat berbangga dengan sijil di tangan mereka. Seolah-olah kita semua ini adalah robot yang telah diprogramkan untuk mempelajari bidang sekian sekian dan mendapat pekerjaan sekian sekian. Masyarakat kita terlalu sibuk mengejar sekeping ijazah,baik master atau pHD. Tetapi tidak ada pun yang sibuk nak mempelajari ilmu agama dengan bersungguh-sungguh sepertimana mereka mempelajari ilmu-ilmu dunia. Bagi mereka ilmu dunia kena belajar sungguh-sungguh sebab nak lulus periksa. Tapi ilmu agama tak perlu sungguh-sungguh sebab takder siapa nak periksa.



Begitulah mentality masyarakat kita yang terlalu taasub dengan sistem pembelajaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa dengan mengikut sistem pembelajaran yang telah ditetapkan inilah yang menyebabkan mereka menjadi jahil agama,taasub buta dan di control oleh kerajaan juga pihak-pihak tertentu. Mereka gentar dan resah apabila anak-anak mereka tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam pelajaran di sekolah atau university sedangkan mereka tidak pula risau atau resah sekiranya anak-anak mereka tidak menutup aurat dan tidak solat.


Bagi mereka agama itu cukup sekadar dengan pergi solat jumaat tiap-tiap hari jumaat,berpuasa di bulan ramadhan,bayar zakat n cukup dengan hanya sesekala mengikuti kelas-kelas agama di masjid atau di surau. Dengan hanya mendengar apa yang disampaikan samada yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan atau menerima apa yang diceramahkan bulat-bulat tanpa mencari adakah ilmu yang aku dapati dari masjid atau surau ini sahih atau tidak.
Mereka sanggup menghabiskan duit beribu-ribu ringgit supaya anak mereka dapat belajar sehingga ke luar Negara. Yang mana mereka tidak sedar apabila anak-anak mereka ke luar Negara itulah yang makin merosakkan anak-anak mereka dengan gejala sosialnya dan sebagainya.bagi mereka adalah satu kebanggaan sekiranya anak-anak mereka menyambung pelajaran di luar Negara terutamanya di Negara-negara barat. Tetapi langsung tidak terdetik di hati mereka untuk memberikan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Cukuplah sekadar anak aku tahu berpuasa di bulan ramadhan dan boleh beraya apabila tiba syawal.


Sungguh tidak malu masyarakat kita ini,mereka tidak mahu mengikut ajaran dan undang-undang islam dengan sebaik-baiknya tetapi tergedik-gedik apabila tibanya syawal. Hari raya ialah hari yang Allah suruh umat Islam bergembira setelah sebulan berpuasa. Tetapi masyarakat kita hanya mahu mengikut yang seronok sahaja. Bab-bab lain yang Allah suruh buat,halal dan haram yang Allah telah tetapkan semuanya mereka langgar. Dan yang lebih melucukan ialah mereka merasa bersalah dan takut sekiranya melanggar lampu isyarat,tidak mempunyai surat nikah,tiada surat beranak atau tidak ke sekolah tetapi mereka tidak pula takut dan rasa bersalah apabila tidak menutup aurat,tidak solat,musafr tanpa mahram dan sebagainya. Mereka lebih taat dan takutkan undang-undang kerajaan melebihi takut dan taat mereka kepada undang-undang Allah. Mereka lebih taat dan takut kepada raja-raja dan perdana menteri melabihi taat dan takut mereka kepada Allah. Sedarkah mereka bahawa yang menciptakan raja-raja dan perdana menteri itu adalah Allah Tuhan sekalian alam? Yang tanpa rahmat dan ihsan daripada-Nya orang-orang islam dan juga kafir,munafik atau yang syirik kepada-Nya masih dapat menikmati hidangan makanan dan meminum air yang menghilangkan dahaga mereka? Yang tanpa rahmat-Nya mereka tidak akan dapat apa yang mereka dapat sekarang?

Hairan…. Allah tuhan yang akan mengadili mereka dan menghukum mereka atas dosa-dosa yang mereka lakukan di dunia ini di akhirat kelak tidak mereka takuti tetapi mereka lebih takutkan ancaman,amaran dan hukuman dari kerajaan yang entah esok lusa akan digulingkan. Siapa tahu?


Wahai muslimin dan muslimat sekalian,ingatlah bahawa Syeikhul islam Muhammad bin Abdul Wahab itu memberontak terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah,bukan kerana kezaliman kerajaan Turki Uthmaniyyah tetapi kerana mereka telah SYIRIK kepada Allah. Dan kita pula yang memang kita tahu kerajaan dan sistem undang-undang di Malaysia ini banyak yang melanggar syariat Allah dan dengan mengikutinya secara membuta tuli kita sebenarnya telah disyirikkan oleh kerajaan yang kononnya mengaku beragama islam dan masih kita tidak sedar? Masih lagi kita mahu taat dan mengikuti sistem yang telah ditetapkan? Jangan salah faham….bukannya saya menyarankan atau mengajak anda untuk memberontak tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir,apakah yang selama hari ini kita buat ni menepati kehendak Allah dan mengikut syariat Islam? Baik dari segi pembelajaran,pekerjaan,perkahwinan dan sebagainya. Benarkah kita hidup ini kita telah mengabdikan diri kepada Allah? Setiap perbuatan dan pekerjaan serta perasaan kita semata-mata hanya untuk Allah. Atau kita telah mensyirikkan Allah? Baik mensyirikkan Allah dengan kerajaan,isteri,ibu-bapa,anak-anak hatta perasaan kita sendiri? Amatlah mudah untuk kita syirik kepada Allah tanpa kita sedari terutamanya bagi kaum wanita yang kerap kali saya lihat melebihkan hati dan perasaan mereka melebihi Allah. Dan mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah mensyirikkan Allah dengan perasaan mereka.

Jadi bagaimanakah solusinya? Kerana itu kita disuruh menuntut ilmu untuk diamalkan bukan untuk lulus periksa atau nak sambung master atau pHD. Adalah lebih penting menuntut dan mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi ilmu-ilmu dunia. Bukan maksud saya ilmu dunia ini tidak penting sama sekali,tetapi ilmu agama itulah lebih peniting jangan sampai ada yang bertanyakan “aqidah tu apa”? which I doubt masih ramai lagi yang tidak tahu aqidah itu apa. Which is,amatlah berbahaya sekali kerana ianya boleh menyebabkan kita syririk dan kufur kepada Allah tanpa kita sedari. Instead of kita hantar anak-anak kita pergi mengaji bidang kejuruteraan atau apa sajalah bidang ke luar Negara yang menelan belanja beribu-ribu ringgit adalah lebih baik kita habiskan duit tersebut menghantar anak-anak kita ke markaz-markaz belajar mengaji secara talaqqi dengn syeikh-syeikh yang berfahaman sunnah. Bukankah nanti anak-anak kita yang SOLEH itu akan mendoakn kita apabila kita sudah tiada? Ingat! Hanya anak yang SOLEH bukan sebarang anak yang doanya diterima oleh Allah apbila kita sudah mati.

Semua yang didunia ini akan terputus hubungannya dengan si mati kecuali 3 perkara. Ilmu yang BERMANFAAT,sedekah jariah dan anak-anak SOLEH yang mendoakn kita. Bukannya master atau pHD kita,bukannya harta kekayaan kita dan bukannya title yang kita sandang tetapi 3 perkara itulah sahaja .

Ini baru bab sistem pembelajaran di Malaysia,belum masuk bab pekerjaan,perkahwinan,adat istiadat dan sebagainya. Yang mana sistem-sistem yang telah ditetapkan inilah yang menyebabkan kita yang mengikutinya telah turut sama menjadi jahil. Dijahil dan disesatkan oleh sistem-sistem yang sedia ada dan lebih malang lagi,kita meredhainya dan mengikutinya atas nama sistem,undang-undang atau yang seangkatan dengannya. Sebab itu tidak hairan banyak amalan dan budaya orang melayu yang bercanggahan dengan syariat. Sebab kita adalah masayarakat robot yang hanya mengikut sistem dan undang-undang sedia ada tanpa mempertikaikan samada ianya menepati syarak atau tidak.

Kita sudah lupa siapa yang menciptakan kita dan tujuan asal kita diciptakan. Apa yang saya lihat berlaku di Malaysia ini seolah-olah kerajaan lah yang telah menciptakan kita,yang memberi kita makan dan minum. Bukannya Allah. Sebab kita lebih takut dan taat pada sistem dan undang-undang kerajaan melebihi takut dan taat kita kepada undang-undang dan sistem yang telah Allah tetapkan.

Naudzubillahiminzaalik! Inilah yang saya maksudkan dengan kejahilan(sistem) yang tersusun.

Wallahua’lam.

Thursday, October 15, 2009

Sejarah Melayu - Tok Janggut

Perjuangan Sebenar Tok Janggut



Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.

Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh zionis kuffar. Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.

Tok Janggut …….
atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei 1915,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,


Zionis kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini (baca: gugusan kepulauan melayu), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. Pemikiran ini telah ditanam dari nenek moyang kita sehinggalah ke generasi hari ini. Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam. Dan Tok Janggut adalah antara figure yang cuba menjalankan kewajipan syahadah ini.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [Surah Al-Baqarah, 2:30]

Di bawah ini disertakan bahan perkongsian yang dipetik dari laman web raykinzoku yang ditulis oleh Tengku Ahmad Zarir, seorang graduate dari Kinki University, Osaka.

Penulis asal berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang
demi agama dan bangsa.

Dahulu, lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya pernah mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut.

Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :

i am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of Tok Janggut’s grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.

Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.

Apa yang saya maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.


Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :

Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.

Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.

Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.

From :
Arkib Negara Malaysia : Hari Ini Dalam Sejarah Online : ” PERANG TOK JANGGUT “

[img]http://iniceritakita.files.wordpress.com/2008/11/184532791.jpg?w=500&h=345[/img]

* Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )

Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?

Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) …..

…. dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !

Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :



Source :
The New York Times Online Archive, 15 November 1914 ( PDF format here )

Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.

Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama – tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..

Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?

Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ” ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).

Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.

Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.

Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “ ).

Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.

Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.

Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas – sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.

Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam – kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.

Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.

Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

BACAAN BERKAITAN

Nasron Sira Rahim, Berita Harian : ” Tok Janggut “

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Rujukan alternatif

Emmeline Tan, The Star Online ; November 24, 2007 : ” One Moment In Time “

The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.

A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.

SP Star : ” Penentangan di Kelantan “

Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.

Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.

Hasrizal Abdul Jamil : ” Hubungan Alam Melayu – Turki : Merentasi Sejarah “

Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.

Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.

Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.

w3.spancity.com/yosri/DaftarT.htm

Tok Janggut

” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.

Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen
setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang
pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.

Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.

Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.

Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.

Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. “

GAMBAR BERKAITAN

PADANG BANK, KOTA BHARU

Padang Bank di Kota Bharu 1930

* Poskad lama awal 1930an, yang memaparkan Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank di Kota Bharu. Imej ” dipinjam ” dari blog Northernmalaya. Turut kelihatan adalah bangunan Istana Jahar. Foto dirakam sekitar 1930an.

Tok Janggut

*dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Ada yang mengatakan ini bukan mayat Tok Janggut tetapi adalah salah seorang pengikutnya yang terbunuh dalam peperangan bersama Tok Janggut, ada yang mengatakan British tersalah mengecam identiti Tok janggut. Bagaimanapun, ia tidak disokong oleh bukti yang kuat. Penulis asal percaya inilah jasad Tok Janggut.

tok janggut digantung

*Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.

18384060jpg

* Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank pada masa sekarang. Foto dirakam awal Jun 2008.

a-bilingual-description-on-tok-janggut-and-his-life-story-and

*diskripsi dwibahasa mengenai Tok Janggut dan kisah hidupnya.


* Keadaan makam Tok Janggut pada masa sekarang di Pasir Pekan. Foto dirakam pada awal Jun 2008. Kawasan di mana jasad Tok Janggut dikebumikan bukanlah tanah perkuburan. Beliau ditanam bersendirian, jauh dari orang lain, di dalam sebuah liang lahad tanpa nisan (sehingga seseorang membuat keputusan untuk meletakkan sesuatu di kuburnya)

9728273

*Penduduk tempatan mahukan Tok Janggut dihormati.


* Tentera British bergambar. Tulisan di kaki mereka jelas menunjukkan Pasir Puteh 14-10-1915. Lebih kurang 5 bulan selepas pemberontakan yang mahsyur itu berlaku di tempat ini. Askar ini dihantar dari Singapore dan gambar ini membuktikan bahawa mereka masih berada di sana walaupun sudah berbulan berlalu sejak kematian Tok Janggut. Mungkin askar ini mahu berjaga-jaga dari pemberontakan yang mungkin berlaku oleh para pengikut Tok Janggut.

Sumber dari of Arkib Negara Malaysia ( National Archive ) search site.

www.kongsiblog.com/per...k-janggut/

Wallahua'lam....