Seringkali saya ditanya oleh beberapa orang wanita,tentang isu suami ingin berpoligami atau dirinya akan dimadukan dan sebagainya. Dan seringkali juga saya terfikirkan apakah jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka-mereka yang bertanya : menagapa anda sanggup berpoligami ?
Menjawab persoalan rela bermadu,ada beberapa perkara yang sering bermain difikiran saya dalam soal rela bermadu,antaranya ialah :
1. Memahami dan mengetahui bahawa suami ialah ALAT dan bukan MATLAMAT. Yang dimaksudkan dengan alat ialah suami hanyalah wasilah kita mencapai matlamat kita yang utama iaitu Allah. Bagaimana suami dapat membantu kita mendekati Allah. Kebahagiaan yang sebenar bukan terletak pada bahagianya sesebuah rumahtangga kerana kebahagiaan alam rumahtangga hanyalah sementara. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila sepasang suami isteri yang berganding bahu dan berusaha sedaya mampu mereka untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki iaitu di syurga kelak.
2. Memahami dan mengetahui bahawa suami hanyalah PINJAMAN Allah kepada kita. Dan pada bila-bila masa Allah boleh mengambilnya semula. Banyak kes-kes yang kita dengar di dada-dada akhbar sepasang suami isteri yang baru menikah kemalangan dan menemui ajal. Dan banyak lagi kisah-kisah seumpamanya. Adakah dengan kita Berjaya mengahwini lelaki yang kita cintai separuh hati itu boleh menjamin kebahagiaan sehingga ke tua? Bak kata pepatah,Kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari. Boleh jadi seseorang itu walau sudah berpuluh tahun kahwin dan bercucu tetap boleh berpisah apatah lagi kita,apa yang akan jadi sepanjang perkahwinan kita hanya Allah lah yang mengetahui.
3. Ramai yang kita temui tidak sanggup bermadu... punca utama kenapa mereka enggan bermadu adalah kerana pada dasarnya tujuan mereka berkahwin adalah atas dasar cinta semata-mata. Maka apabila suami menyuarakan hasrat untuk berpoligami maka si isteri akan merasakan bahawa suaminya telah mengkhianati cinta mereka. Dan mereka merasakan bahawa diri mereka tidak disayangi lagi oleh si suami. Kerana itu ada yang sampai bercerai berai. Sekiranya tujuan mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta sebaliknya kerana Allah semata-mata,maka mereka tidak akan merasa takut atau resah sekiranya suami mereka ingin berkahwin lagi. Kerana mereka tahu bahawa suami mereka hanyalah sebagai alat dan pinjaman Allah kepada mereka untuk mencapai syurgaNya.
4. Saya kurang bersetuju dengan kata-kata bahawa apabila suami fitrahnya sukakan poligami maka isteri sebaliknya. Tetapi pada pendapat saya yang fitrahnya seorang isteri ialah mempunyai perasaan cemburu,bukannya tidak sukakan poligami. Kerana ramai yang saya lihat sahabat-sahabat saya yang bermadu dan rela bermadu dengan senang hati,sekiranya masih terdapat wanita-wanita seperti mereka ini jadi mana mungkin fitrahnya serang wanita tidak suka dimadu. Tetapi asam garam rumahtangga dan fitrahnya seorang manusia bukan sahaja wanita tetapi juga lelaki untuk mempunyai sifat cemburu. Hanya yang membezakan ialah bagaimana mereka menangani sifat cemburu itu.
5. Bagi saya tidak ada yang peliknya apabila seorang wanita yang masih muda merelakan dirinya dipoligami. Kerana bagi saya mereka faham bahawa agama mesti didahulukan dan diutamakan berbanding perkara yang lainnya termasuk perasaan mereka,kata-kata masyarakat atau budaya nya. Kerana mereka tahu mereka bukanlah manusia yang sempurna. Kerana mereka sayangkan suami merekalah yang menyebabkan mereka merelakan suami mereka berpoligami. Kerana mereka faham tujuan dan matlamat suami mereka ingin berpoligami. Kerana mereka inginkan suami mereka tidak terus bergelumang dengan dosa menatap dan berbicara dengan wanita yang bukan mahram mereka dalam dunia yang semakin rosak ini. Kerana mereka sayangkan suami-suami mereka dan mereka ingin melihat suami-suami mereka merasa gembira dan bahagia dan mereka sanggup berkorban apa sahaja asalkan dapat melihat suami mereka tenang dan tersenyum gembira.
Mereka-mereka inilah yang baru benar-benar menyayangi dan mencintai suami mereka. Bukanlah dengan mengepung suami-suami mereka dan tidak membenarkan mereka berpoligami itu tandanya sayang tetapi itulah tanda-tanda orang yang mementingkan diri sendiri. Seorang isteri itu lebih tahu kebaikan-kebaikan suaminya yang dapat dikongsi oleh wanita lain. Bukannya dengan hanya melihat kepada keburukan-keburukan suami mereka dan mengatakan bahawa suami-suami mereka sebenarnya tidak mampu atau tidak layak berpoligami. Bak kata pepatah lagi,buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Melihat kepada kelemahan atau keburukan suami semata-mata untuk mencipta alasan bahawa suami ku sebenarnya tidak layak berpoligami hanyalah akan menumbuhkan bibit-bibit benci di hati kita terhadap suami. Tetapi sebaliknya lihatlah kepada kebaikan-kebaikannya terhadap kita,kasih sayangnya,keprihatinannya,senda guraunya dan lain-lain yang mana apabila kita melihat kepada kebaikan-kebaikan dan keistimewaan suami kita bahkan menambahkan dan menguatkan lagi cinta kita terhadap suami. Dan ingatlah bahawa ajal,maut,jodoh dan pertemuan dan rezeki setiap seorang itu telah dicatatkan dan telah ditetapkan oleh Allah SWT,maka apakah yang kita khuatiri dan bimbangkan,sedangkan setiap manusia itu ada rezekinya masing-masing. Berimanlah dengan qada dan qadar Allah nescaya anda mampu mengahadapi asam garam rumahtangga dengan mudah. Insya Allah...
Sebagai penutup bicara,ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Dan kita adalah apa yg kita beri dan bukan apa yg kita simpan. Lebih banyak kita memberi lebih banyak ‘simpanan’ kita di akhirat kelak. Remember : sharing is caring... =)

1 comment:
salam dik.. akk nak minta izin copy paste ke blog akk... JazakaLlah
(blog akk tu private untuk akk sorang jek)
Post a Comment