Tuesday, December 1, 2009

Banyak meminta Kurang memberi..

Sebagai seorang perempuan,seringkali kita lupa,alpa dan leka dengan sikap kita sendiri. Sikap yang manakah itu? Sikap kita sebagai manusia yang inginkan itu dan ini.

Sebagai isteri, kita inginkan layanan dan belaian mesra dari suami. Ingin suami memanjakan dan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Kita juga inginkan pakaian-pakaian yang baru,kasut baru,beg tangan baru dan macam-macam lagi yang kita nak.

Sebagai seorang ibu,kita inginkan anak-anak mendengar kata-kata kita,mengikut cakap kita tidak kurang juga menghulur sekeping dua untuk kita.

Sebagai seorang perempuan,kita inginkan perasaan kita dijaga,hati kita di ambil,dilayan dengan baik,dipuji tak kurang juga dihormati.

Sebagai seorang anak, kita inginkan perhatian ibu bapa,nasihat mereka,kasih sayang mereka atau bagi yang masih muda dan bujang inginkan itu dan ini daripada ibu bapa.

Tetapi,pernahkah kita terfikir atau memikirkan aku sebagai seorang isteri inginkan layanan dan belaian mesra dari suami,tetapi adakah aku memberikan layanan dan belaian mesra kepada suami? Aku ingin suamiku memanjakan dan memebelaiku dengan penuh kasih sayang,tetapi adakah aku memanjakan dan membelai suamiku dengan penuh kasih sayang? Seringkali saya lihat kita sebagai isteri inginkan suami menyayangi dan mencintai kita hanya seorang. Sehinggakan apabila suami menyuarakan hasrat untuk berpoligami maka ributlah satu kampong. Tetapi kita sering lupa dan tidak memikirkan adakah aku seorang isteri yang baik? Yang taat pada suami? Yang sanggup berkorban untuk suami? Yang membantu suami?yang pandai berhias untuk suami? Mari kita sama-sama bermuhasabah balik, adakah aku seorang isteri yang tip top layanannya terhadap suami? Apa yang kita terer adalah meleter suami,demand itu ini,sedang diri kita ? tanyakan kepada diri kita sendiri adakah aku seorang isteri yang baik? Yang solehah? Kadangkala terasa malu dan segan pada suami lantaran diri yang banyak menyusahkan suami dari membantu tetapi inginkan itu dan ini. Ingatlah wahai saudariku,suami juga adalah manusia,sebagaimana kita ingin dibelai dan dimanja,begitulah juga suami kita. Dan kita juga sering terlupa untuk bersyukur,walau dalam keadaan diri kita yang banyak kelemahan, suami kita tetap juga pandai mengambil hati kita,bergurau,bermesra dan melayani kita dengan penuh kasih sayang. Kadangkala dibelikannya kita apa yang kita minta jika mampu. Itupun kita sebagai isteri tidak Nampak betapa dalamnya kasih sayang suami kepada kita. Seringkali kita lebih banyak merungut dari bersyukur. Merungut dengan sikap suami yang itu dan ini. Tetapi tidak pula kita melihat kepada sikap kita kepada suami. Apabila teringatkan sikap dan layanan kita pada suami dibandingkan dengan apa yang suami beri kepada kita,ah….terlalu malu sungguh rasanya diri ini.

Kita juga sebagai ibu seringkali kita lupa bahawa anak-anak kita juga adalah manusia. Sebagaimana kita ingin dilayan begitulah seharusnya kita melayani orang. Seringkali kita memarahi anak-anak kita kerana kesalahan mereka. Cepat melenting dan merasakan akulah sahaja yang betul. Tetapi pernahkah kita terfikir atau memikirkan…mengapa anak aku berkelakuan sedemikian? Adakah aku kurang perhatian terhadapnya? Atau adakah aku kurang tegas dan disiplin padanya? Atau masih belum cukup ilmu dan didikan yang aku beri padanya? Seringkali ibu-ibu seperti kita lupa untuk menyoal kembali diri kita sendiri. Adakah aku seorang ibu yang baik? Sebaliknya kita lebih Nampak kesalahan anak-anak berbanding kelebihan-kelebihan mereka. Kita ingin mereka mendengar cakap kita tapi kita tak mahu mendengar cakap mereka. Mulalah hai kecil kita berbisik,ah! Dia anakku,masih muda dan mentah..aku yang lebih dahulu makan garam darinya. Seharusnya dialah yang perlu mendengar cakap aku. Kadangkala kita lupa bahawa anak kita sudah menginjak dewasa,banyak ilmu-ilmu yang dipelajarinya mungkin tidak kita tahu. Ya,tidak dinafikan pengalaman hidup kita sebagai ibu jauh lebih banyak daripada anak-anak kita yang baru berusia setahun jagung. Tetapi itu soal kehidupan,bagaimana pula dengan soal agama,ilmu dan lain-lain? Dunia sudah berubah,zaman sudah maju… anak-anak kadang lebih advance dari kita ibu-ibu. Dan kadangkala kita yang harus belajar dari anak kita bukan sebaliknya. Adapun bagi saya yang lebih tepat ialah kita sama-sama belajar di antara satu sama lain. Ibu harus belajar mendengar jika mahu anak mendengar. Ibu harus memahami anak jika mahu anak memahami. Treat others like you want to be treated. Samalah kita dengan anak-anak.

Keinginan,naluri dan perasaan seorang perempuan itu memang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Sehingga seringkali kita sebagai perempuan membuatkan lelaki tertanya-tanya,apakah maksud kita? Apakah yang kita mahu? Kaum lelaki boleh menjadi pening dan buntu melihat sikap kita yang cepat berubah musim. Kita perempuan lebih suka melayani perasaan kita baik berupa sedih,kecewa,marah,gembira atau apa sahajalah sehingga kadangkala kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya telah menyusahkan atau merisaukan beberapa pihak. Kita perempuan terlalu sibuk dan mementingkan diri sendiri kerana asyik memikirkan perasaan kita hati kita dan kehendak kita. Tetapi kita terlupa malah tidak terfikir pun untuk memikirkan perasaan orang,hati orang dan kehendak orang. Kita mahu orang mengikut hati dan perasaan kita tapi tidak pula kita memikirkan hati dan perasaan orang. Kita marah apabila orang tidak menerima atau menolak pendirian kita,tapi tidak pula kita fikir apa perasaan orang apabila kita melakukan hal yang sama kepada mereka? Kita perempuan selalu lupa dan malah tidak sedar pun yang sebenarnya perbuatan kita itu telah menyusahkan ramai pihak,walaupun bagi kita ianya tidaklah apa-apa. Kita terlalu memilih,inginkan sesuatu atau seseorang yang mengikut taste kita. Kita hanya pandai memilih,mahu yang seperti itu dan ini tetapi kita tidak terfikir adakah aku akan terpilih. Kasihan kaum lelaki yang menjadi mangsa pilihan kita,sedangkan lelaki tidaklah begitu cerewet seperti kita dalam hal-hal pilih memilih ni. Lelaki tidak cerewet memilih bakal isteri tetapi kita perempuan pula yang cerewet,inginkan yang seperti itu dan ini. Dalam pada kita sibuk memilih criteria2 yang kita nak dan sibuk melayan perasaan kita,kita lupa untuk melihat kembali pada diri kita sendiri,adakah aku sudah cukup baik? Atau adakah aku layak pun untuk memilih-milih sedangkan aku tidaklah sehebat mana. Sedangkan sahabat-sahabat wanita tidak cerewet memilih pasangan hidup mereka,kita pula yang tak tahu malu inginkan itu dan ini. Bak kata seorang sahabat baik saya,jangan terlalu melihat pada keburukan seseorang kerana pasti ada kebaikan padanya yang masih belum kita Nampak. Dan jangan terlalu melihat kebaikannya sahaja kerana dia juga manusia pasti ada kelemahannya yang masih kita belum Nampak.

Sebagai seorang anak kita lupa bahawa kita ada ibu dan bapa yang perlu dihormati. Seringkali kita terasa seperti ibu kita mahu mengongkong kita dari berbuat itu dan ini dan dari pergi kemana yang kita mahu. Tetapi kita lupa untuk memikirkan kenapa ibu aku begitu manjaga aku dengan begitu ketat sekali tidak seperti adik-adik lelaki atau abang-abang ku yang lain yang lebih bebas berbuat apa yang mereka suka. Mungkin kebanyakan kita remaja perempuan masih tidak menyedari,tujuan ibu dan ayah kita begitu menjaga setiap gerak geri an perlakuan kita adalah kerana mereka sayangkan kita. Mereka tidak mahu kita menjadi seperti barang-barang kemas palsu yang bersepah di kaki lima atau di pasaraya-pasaraya yang sesiapa sahaja boleh memegang dan membelinya tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal. Sebaliknya mereka mahu kita menjadi seperti barang kemas yang harganya mencecah ribuan,malah puluhan ribu ringgit yang tersimpan cantik di dalam gelas atau kotak yang dijaga rapi,tanpa ada sesiapa yang boleh memegang hatta mencuitnya sekalipun. Hanya bagi mereka yang layak n berkemampuan sahaja yang dibenarkan melihat dan membelinya. Adik-adikku,mahukah kalian menjadi barang kemas murahan dan palsu atau ingin menjadi barang kemas yang mahal dan asli? Sedangkan kita perempuan kalau berhias pun hanya mahukan yang cantik dan ori,apatah lagi lelaki. Lelaki juga mahukan perempuan yang cantik dan ori,bukan perempuan murahan dan palsu yang gemar berlegar-legar di pusat membeli belah atau melepak2 tanpa arah tuju. Seperti mana kita sukakan barang-barang yang cantik,mahal-mahal,berjenama dan bergaya begitu jugalah dengan lelaki. Jadi janganlah merendahkan martabat kita sebagai perempuan yang mana martabat kita telah diangkat oleh islam. Tujuan kita disuruh menutup aurat dengan sempurna(bukan hanya bertudung) tidak lain ntuk mejaga maruah dan diri kita dari dilihat dan diusik oleh lelaki-lelaki jahat diluar sana. Islam mahu memlihara kita tetapi mengapa kita pula yang enggan dan angkuh? Ingatlah adik-adikku,tidak ada yang kekal di dalam dunia ini baik kecantikan,harta atau apa sahaja. Semuanya akan berlalu pergi. Jadi mengapa membuang masa,tenaga dan wang kita pada alat-alat make-up,pakaian yang beratus ringgit hanya semata mata untuk bergaya,kelihatan cantik dihadapan orang ramai. Kalau di hadapan suami,lainlah cerita,besar pahala menanti anda.

Ingatlah kita semua akan mati,entah esok atau lusa. Jadi bersukurlah dengan apa yang kita ada,hargailah orang-orang disekeliling kita,sebelum kita meminta muhasabah diri kita. Jangan pentingkan diri sendiri.

Wallahua'lam...

No comments: