Tuesday, October 20, 2009

Kejahilan yang tersusun

Saya hairan dengan situasi masyarakat melayu di Malaysia ini. Kehidupan masyarakat melayu di Malaysia seolah-olah mempunyai satu sistem yang dimana semua masyarakat melayu mengikuti sistem itu tanpa mereka sedari. Sungguhpun sistem tersebut bercanggah dengan syariat Islam.


Mari kita lihat apa yang sebenarnya saya maksudkan dengan ‘sistem’ yang tersusun. Seseorang melayu yang dilahirkan secara automaticnya menjadi Islam,selepas dilahirkan dijaga dan dibesarkan sehingga usia mencapai 3-4 tahun dimana pada usia ini mereka akan dihantar ke taska atau tadika untuk memulakan sesi pembelajaran di dalam hidup mereka. Setelah meningkat usia 7 tahun,mereka di hantar ke sekolah rendah bagi memulakan sesi pembelajaran yang lebih tersusun mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Setelah meningkat darjah 6,mereka akan mengambil ujian UPSR(yang mana saya pun tak tahu apa tujuan ujian ini sebenarnya). Kemudian mereka akan melangkah masuk pula ke tingkatan 1,fasa pembelajaran sesuai usia keremajaan mereka. Mereka akan mengambil peperiksaan PMR pada usia 15 tahun dan peperiksaan SPM pada usia 17 tahun. Setelah tamat sesi persekolahan mereka akan melangkah masuk pula ke sesi pengajian yang lebih tinggi iaitu di peringkat university/kolej dan seumpamanya. Setelah tamat pembelajaran di peringkat university maka bermulalah fasa ‘bekerja’. Setelah itu mungkin berkahwin mengikut adat istiadat melayu,melahirkan anak,mendidik anak-anak sepertimana mereka dididik dahulu yakni menghantar anak-anak ke sekolah sehingga ke peringkat university dan seterusnya dan benda ini berpusing-pusing dan apakah kesudahannya?


Adakah kita hidup di dunia ini sebagai seorang Islam yang mengamalkan ajaran dan undang-undang islam atau seorang bangsa melau yang beragama Islam yang menetap di Malaysia dan mengikut ajaran yang diterapkan di sekolah-sekolah dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan?

Apakah tujuan dan matlamat hidup kita di dunia ini? Adakah untuk belajar,bekerja,kemudian berkahwin dan berharap hidup bahagia dengan perkahwinan dan anak-anak sahaja? Atau lebih dari itu?


Bukankah tujuan dan matlamat asal kita sebagai manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepadanya? “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”(Adz-Zaariyaat : 56)

Marilah kita bermuhasabah kembali, adakah dengan cara kehidupan kita yang tersusun mengikut sistem yang telah ditetapkan ini membantu kita dalam mengabdikan diri kepada Allah? Sejak dari bangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan percampuran di antara lelaki dan perempuan,atas nama rakan sekelas atau classmate. Sedangkan di dalam islam melarang sama sekali percampuran di antara lelaki dan perempuan kecuali dengan ikatan perkahwinan. Segala ilmu yang kita pelajari sejak dari sekolah rendah sehingga ke peringkat university,adakah semua ilmunya dari sumber yang sahih. Sedangkan di dalam teks sejarah sekolah menengah banyak penipuan dan penyelewengan tentang sejarah dunia. Dan anak-anak kita mempelajari ilmu yang telah ditapis sumbernya dan maklumatnya semata-mata hanya untuk lulus periksa.


Bukankah ianya agak melucukan? Anak-anak kita menjadi seperti robot yang di arahkan untuk ke sekolah mempelajari ilmu yang telah siap dimasak tanpa menokok nambah dan disuruh untuk belajar rajin-rajin supaya boleh lulus periksa. Matlamat anak-anak ke sekolah adalah untuk lulus periksa. Bukannya untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. Sama sahaja dengan mereka yang di peringkat university. Mempelajari bidang-bidang tertentu yang telah ditetapkan untuk mendapatkan sekeping ijazah yang hanya diperbuat daripada kertas supaya membolehkan mereka untuk menggunakan ijazah tersebut bagi menacari pekerjaan. Sekiranya takder nijazah maka tak boleh atau sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Siapakah yang menetapkan sistem pembelajaran sebegini? Yang semua orang akan merasa tidak senang duduk dan tidak kena apabila gagal mendapatkan segulung ijazah. Dan bagi mereka yang Berjaya mendapatkan ijazah pula amat berbangga dengan sijil di tangan mereka. Seolah-olah kita semua ini adalah robot yang telah diprogramkan untuk mempelajari bidang sekian sekian dan mendapat pekerjaan sekian sekian. Masyarakat kita terlalu sibuk mengejar sekeping ijazah,baik master atau pHD. Tetapi tidak ada pun yang sibuk nak mempelajari ilmu agama dengan bersungguh-sungguh sepertimana mereka mempelajari ilmu-ilmu dunia. Bagi mereka ilmu dunia kena belajar sungguh-sungguh sebab nak lulus periksa. Tapi ilmu agama tak perlu sungguh-sungguh sebab takder siapa nak periksa.



Begitulah mentality masyarakat kita yang terlalu taasub dengan sistem pembelajaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa dengan mengikut sistem pembelajaran yang telah ditetapkan inilah yang menyebabkan mereka menjadi jahil agama,taasub buta dan di control oleh kerajaan juga pihak-pihak tertentu. Mereka gentar dan resah apabila anak-anak mereka tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam pelajaran di sekolah atau university sedangkan mereka tidak pula risau atau resah sekiranya anak-anak mereka tidak menutup aurat dan tidak solat.


Bagi mereka agama itu cukup sekadar dengan pergi solat jumaat tiap-tiap hari jumaat,berpuasa di bulan ramadhan,bayar zakat n cukup dengan hanya sesekala mengikuti kelas-kelas agama di masjid atau di surau. Dengan hanya mendengar apa yang disampaikan samada yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan atau menerima apa yang diceramahkan bulat-bulat tanpa mencari adakah ilmu yang aku dapati dari masjid atau surau ini sahih atau tidak.
Mereka sanggup menghabiskan duit beribu-ribu ringgit supaya anak mereka dapat belajar sehingga ke luar Negara. Yang mana mereka tidak sedar apabila anak-anak mereka ke luar Negara itulah yang makin merosakkan anak-anak mereka dengan gejala sosialnya dan sebagainya.bagi mereka adalah satu kebanggaan sekiranya anak-anak mereka menyambung pelajaran di luar Negara terutamanya di Negara-negara barat. Tetapi langsung tidak terdetik di hati mereka untuk memberikan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Cukuplah sekadar anak aku tahu berpuasa di bulan ramadhan dan boleh beraya apabila tiba syawal.


Sungguh tidak malu masyarakat kita ini,mereka tidak mahu mengikut ajaran dan undang-undang islam dengan sebaik-baiknya tetapi tergedik-gedik apabila tibanya syawal. Hari raya ialah hari yang Allah suruh umat Islam bergembira setelah sebulan berpuasa. Tetapi masyarakat kita hanya mahu mengikut yang seronok sahaja. Bab-bab lain yang Allah suruh buat,halal dan haram yang Allah telah tetapkan semuanya mereka langgar. Dan yang lebih melucukan ialah mereka merasa bersalah dan takut sekiranya melanggar lampu isyarat,tidak mempunyai surat nikah,tiada surat beranak atau tidak ke sekolah tetapi mereka tidak pula takut dan rasa bersalah apabila tidak menutup aurat,tidak solat,musafr tanpa mahram dan sebagainya. Mereka lebih taat dan takutkan undang-undang kerajaan melebihi takut dan taat mereka kepada undang-undang Allah. Mereka lebih taat dan takut kepada raja-raja dan perdana menteri melabihi taat dan takut mereka kepada Allah. Sedarkah mereka bahawa yang menciptakan raja-raja dan perdana menteri itu adalah Allah Tuhan sekalian alam? Yang tanpa rahmat dan ihsan daripada-Nya orang-orang islam dan juga kafir,munafik atau yang syirik kepada-Nya masih dapat menikmati hidangan makanan dan meminum air yang menghilangkan dahaga mereka? Yang tanpa rahmat-Nya mereka tidak akan dapat apa yang mereka dapat sekarang?

Hairan…. Allah tuhan yang akan mengadili mereka dan menghukum mereka atas dosa-dosa yang mereka lakukan di dunia ini di akhirat kelak tidak mereka takuti tetapi mereka lebih takutkan ancaman,amaran dan hukuman dari kerajaan yang entah esok lusa akan digulingkan. Siapa tahu?


Wahai muslimin dan muslimat sekalian,ingatlah bahawa Syeikhul islam Muhammad bin Abdul Wahab itu memberontak terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah,bukan kerana kezaliman kerajaan Turki Uthmaniyyah tetapi kerana mereka telah SYIRIK kepada Allah. Dan kita pula yang memang kita tahu kerajaan dan sistem undang-undang di Malaysia ini banyak yang melanggar syariat Allah dan dengan mengikutinya secara membuta tuli kita sebenarnya telah disyirikkan oleh kerajaan yang kononnya mengaku beragama islam dan masih kita tidak sedar? Masih lagi kita mahu taat dan mengikuti sistem yang telah ditetapkan? Jangan salah faham….bukannya saya menyarankan atau mengajak anda untuk memberontak tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir,apakah yang selama hari ini kita buat ni menepati kehendak Allah dan mengikut syariat Islam? Baik dari segi pembelajaran,pekerjaan,perkahwinan dan sebagainya. Benarkah kita hidup ini kita telah mengabdikan diri kepada Allah? Setiap perbuatan dan pekerjaan serta perasaan kita semata-mata hanya untuk Allah. Atau kita telah mensyirikkan Allah? Baik mensyirikkan Allah dengan kerajaan,isteri,ibu-bapa,anak-anak hatta perasaan kita sendiri? Amatlah mudah untuk kita syirik kepada Allah tanpa kita sedari terutamanya bagi kaum wanita yang kerap kali saya lihat melebihkan hati dan perasaan mereka melebihi Allah. Dan mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah mensyirikkan Allah dengan perasaan mereka.

Jadi bagaimanakah solusinya? Kerana itu kita disuruh menuntut ilmu untuk diamalkan bukan untuk lulus periksa atau nak sambung master atau pHD. Adalah lebih penting menuntut dan mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi ilmu-ilmu dunia. Bukan maksud saya ilmu dunia ini tidak penting sama sekali,tetapi ilmu agama itulah lebih peniting jangan sampai ada yang bertanyakan “aqidah tu apa”? which I doubt masih ramai lagi yang tidak tahu aqidah itu apa. Which is,amatlah berbahaya sekali kerana ianya boleh menyebabkan kita syririk dan kufur kepada Allah tanpa kita sedari. Instead of kita hantar anak-anak kita pergi mengaji bidang kejuruteraan atau apa sajalah bidang ke luar Negara yang menelan belanja beribu-ribu ringgit adalah lebih baik kita habiskan duit tersebut menghantar anak-anak kita ke markaz-markaz belajar mengaji secara talaqqi dengn syeikh-syeikh yang berfahaman sunnah. Bukankah nanti anak-anak kita yang SOLEH itu akan mendoakn kita apabila kita sudah tiada? Ingat! Hanya anak yang SOLEH bukan sebarang anak yang doanya diterima oleh Allah apbila kita sudah mati.

Semua yang didunia ini akan terputus hubungannya dengan si mati kecuali 3 perkara. Ilmu yang BERMANFAAT,sedekah jariah dan anak-anak SOLEH yang mendoakn kita. Bukannya master atau pHD kita,bukannya harta kekayaan kita dan bukannya title yang kita sandang tetapi 3 perkara itulah sahaja .

Ini baru bab sistem pembelajaran di Malaysia,belum masuk bab pekerjaan,perkahwinan,adat istiadat dan sebagainya. Yang mana sistem-sistem yang telah ditetapkan inilah yang menyebabkan kita yang mengikutinya telah turut sama menjadi jahil. Dijahil dan disesatkan oleh sistem-sistem yang sedia ada dan lebih malang lagi,kita meredhainya dan mengikutinya atas nama sistem,undang-undang atau yang seangkatan dengannya. Sebab itu tidak hairan banyak amalan dan budaya orang melayu yang bercanggahan dengan syariat. Sebab kita adalah masayarakat robot yang hanya mengikut sistem dan undang-undang sedia ada tanpa mempertikaikan samada ianya menepati syarak atau tidak.

Kita sudah lupa siapa yang menciptakan kita dan tujuan asal kita diciptakan. Apa yang saya lihat berlaku di Malaysia ini seolah-olah kerajaan lah yang telah menciptakan kita,yang memberi kita makan dan minum. Bukannya Allah. Sebab kita lebih takut dan taat pada sistem dan undang-undang kerajaan melebihi takut dan taat kita kepada undang-undang dan sistem yang telah Allah tetapkan.

Naudzubillahiminzaalik! Inilah yang saya maksudkan dengan kejahilan(sistem) yang tersusun.

Wallahua’lam.

1 comment:

~UmMu SuMayYah aZiZaH binTu JaBaR ~ said...

AsSalamua'alaykum~

ukhti, baru teringat ana baca kat blog ukhti la bab 'kejahilan tersusun yang kita chat tu.

setelah 2nd round membaca baru nak komen =p...

Barakallahufik ukhti...
artikel yg sangat menarik dan membuka minda. Setuju sangat umat islam di Mesia nie (orang melayu) bagai telah di setting kat minda aras kejahilan yang tersusun nie.

ana dulu masa kecik2(zaman kegelapan) pun tertanya2 kenapa kena ambik UPSR, PMR dan SPM? buntu fikir, hanya dapat jawapan...'oh kakak2 abg2 aku ambik aku pun kena ambik la'...masa tu di hati terasa kegersangan ilmu agama. bukan tiada subjek pendidikan islam dan kelas fardhu ain...tetapi subjek P.Islam seperti subjek lain orientasi peperiksaan semata. maka tidak hairanlah lepasan sekolah agama pun lepas sekolah tamat juga lah amalan beragamanya. inilah hasil sistem yang memisahkan agama dengan kehidupan.

Allahu'alam~