Saturday, October 31, 2009

Peringatan Untuk Kita


Sabda Rasulullah : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah Wanita yang solehah." (Hadis riwayat Muslim)

Wanita diciptakan mempunyai matlamat dan tujuan ianya diciptakan.

Pertama : Sebagai Hamba Allah

Kedua : Sebagai Isteri

Ketiga : Sebagai Ibu

Sebagai seorang wanita Islam sekiranya kita adalah seorang isteri atau seorang ibu hendaklah kita berusaha untuk menjadi seorang isteri yang taat kepada perintah suami selagi mana ia memenuhi tuntutan syarak, menjaga maruah diri dan suami,menjaga harta suami dan keluarga serta berusaha mencari ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Begitu juga peranan kita sebagai seorang ibu kepada anak-anak. Tugas kita ialah mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dalam mematuhi dan memenuhi kehendak Allah SWT mengikut panduan dan ajaran yang telah diberikan oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah semampu kita. Kita harus ingat bahawa anak-anak ialah AMANAH Allah kepada kita untuk kita pelihara dan didik mengikut syariat Allah. Anak-anak ialah pinjaman dan amanah Allah kepada kita yang harus kita bertanggungjawab ke atasnya.Dan bukanlah anak-anak kita itu milik kita akan tetapi hanyalah amanah dan pinjaman Allah kepada kita dalam mencapai matlamat dan tujuan Utama kita diciptakan iaitu sebagai Hamba Allah.

Dan sekiranya kita bukanlah lagi bergelar seorang isteri ataupun seorang ibu maka tanggungjawab kita sebagai hamba Allah harus dan wajib kita penuhi. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke perkara yang lebih besar. Bagi mereka yang masih berstatus 'bujang' hendaklah kita sentiasa ingat bahawa Allah lah yang menciptakan kita diatas muka bumi ini yang tanpaNya kita pun tidak akan wujud di dunia ini untuk merasai nikmat yang kita perolehi hari ini. Oleh itu saudari-saudari ku,dalam apa sahaja yang kita lakukan,ingatlah bahawa Allah itu sentiasa melihat dan mengetahui gerak geri,perbuatan serta percakapan kita.

Pendek kata sekiranya saudari-saudari yang masih belum bergelar isteri dan ibu yang hanya mempunyai satu peranan iaitu sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini gagal untuk melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya,maka apalah guna dan manfaat kita hidup di dunia ini ? sedangkan fungsi dan tugas utama kita diciptakan iaitu sebagai hamba Allah pun gagal kita penuhi,apalah yang tinggal pada diri kita ini? ijazah?harta?kecerdikan?kecantikan?....semuanya tidak berguna jika tugas utama kita sebagai hamba Allah pun gagal kita penuhi. Sama-samalah kita bermuhasabah dan berfikir...

There is still a long way to go after we die....Is it Heaven or Hell ? ARE WE PREPARED ?



Wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

salamm..terima kasih atas post yg sikit sbyk dpt menyedarkan diri ini..

Taufik Hidayah said...

Salam....menarik dan bermakna grafiknya..pohon dikongsi...selamat maju jaya...ameen.