Monday, August 31, 2009

Merdeka nya.....

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) .

Oleh kerana masyarakat kita hari ini menafsirkan maksud kemerdekaan secara zahir dan tidak berpandukan syariat Allah makanya Malaysia yang merdeka menjadilah sebuah Negara yang bebas melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan langsung dan menyedari bahawa kita sebenarnya belum merdeka. Maka muncullah slogan-slogan seperti ‘malaysia boleh’,ya….malaysia boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka. Kerana itu tidak hairanlah semasa ulangtahun kemerdekaan Malaysia banyak sekali kita lihat gejala-gejala social yang makin parah. Atas nama sambutan kemerdekaan yang ke sekian-sekian makanya bolehlah kita berhibur sesuka hati tanpa mempedulikan langsung hukum-hukum Allah. Konsert-konsert yang lebih best-nyer dirasmikan oleh pemimpin kita sendiri. Konsert-konsert yang mana kita boleh lihat ‘free show’,artis-artis Malaysia kita mendedahkan sebahagian tubuh mereka,tidak lupa juga masing-masing galak melalak ingin melawan lalakan anjing yang mana konsert-konsert seperti inilah yang anak-anak muda kita semakin galak dan ghairah meraikan ‘kemerdekaan’.

Maka sewaktu sambutan ulangtahun-ulangtahun seperti inilah maka lahirlah fenomena-fenomena yang sudah biasa dan menjadi ruji kita di Malaysia ini iaitu zina,rogol,minum arak dan berjudi. Tidak lupa juga kepada mereka-mereka yang ghairah menunjukkan kehebatan masing-masing baik di jalanraya,di atas katil atau di kelab-kelab malam. Fenomena seperti inilah yang biasa berlaku semasa ulangtahun kemerdekaan.

Merdekanya kita bila kita masih mengambil barat menjadi idola kita. Merdekanya kita bila kita masih suka melancong atau pergi ke Negara-negara barat tanpa sebab yang munasabah. Merdekanya kita bila masyarakat kita saling tak tumpah seperti masyarakat di Negara-negara eropah. Bebas bergaul lelaki dan perempuan. Bebas memakai pakaian yang kita suka. Bebas melakukan apa yang kita suka. Ya….. itulah kemerdekaan yang wujud di Negara kita.

Saya hairan, apalah ertinya merdeka bila kita masih tetap serupa tapi tak sama macam orang-orang kafir. Dimana maruah kita sebagai orang islam? Islam ialah agama yang suci dan agama yang agung. Bukanlah agama pilihan atau ciptaan manusia. Jadi mengapa pemikiran kita masih lagi mahu mengikut barat.? Sedarkah kita yang sebenarnya kita dipermainkan oleh barat? Barat mengkaburkan mata kita dengan siaran-siaran televisyen yang merosakkan? Muzik-muzik yang mengkhayalkan? Kemewahan hidup yang menyeronokkan? Sedarkah kita ?

Mengapa umat islam hari ini yang melaung-laungkan slogan kemerdekaan masih lagi tidak sedar yang kita sebenarnya masih belum lagi merdeka? Adakah hanya kita sebuah Negara yang tidak dijajah sudah cukup dikira sebagai sebuah Negara yang merdeka? Tetapi bagaimana pula dengan pemikiran kita? Pemikiran kita yang masih lagi dijajah oleh barat dan ditipu bula-bulat oleh pemimpin-pemimpin kita yang kononnya menjanjikan itu dan ini hakikatnya mereka sendiri seperti barat? Mengapa kerajaan kita mempromosikan kempen-kempen belilah barangan Malaysia,belilah buatan Malaysia,sokonglah jenama Malaysia dan menyuruh semua rakyatnya agar mempergunakan barangan dan keluaran Malaysia bilamana mereka sendiri yang mempromosikannya tidak menggunakannya? Bilamana kerajaan kita sendiri menggunakan jenama barat,pergi belajar ke Negara barat,dan menghantar anak-anak mereka ke Negara barat? Jadi tak hairanlah masyarakat kita saling tak tumpah seperti barat,kerana pemimpin kita sendiri yang mengajar kita benda tu semua secara tidak sedar. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Jadi bagaimana? Anda yang diluar sana tu tidak hairankah,kita taat kepada pemimpin yang munafiq,yang mengajar rakyatnya lain dan yang dia sendiri perbuat adalah lain.

Ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian, jika benarlah Malaysia ini sebuah Negara islam,buktikanlah ianya sebuah Negara islam. Kerana dari pengamatan saya,Malaysia saling tak tumpah seperti Negara-negara kuffar. Dimana islam yang kita junjung? Islam itu sesuai untuk sepanjang zaman dan dimana sahaja. Tolonglah jangan me-melaysiakan islam,sebaliknya Malaysia lah yang seharusnya di-islamkan. Tetapi saya sedih bilamana masih ada kata-kata yang islam ini harus ikut suasana di Malaysia. Kerana kata-kata seperti inilah makanya Malaysia hanya islam pada nama tidak pada perbuatan. Orang melayu kita dipijak-pijakkan cukup senang. Dihamburkan dengan kata-kata manis seperti ‘malaysia boleh’,’satu malaysia’,’cemerlang,gemilang dan terbilang’. Ya,memanglah Malaysia boleh…boleh melakukan apa sahaja yang disukai walaupun bercanggah dengan agama. Ya…satu Malaysia,bilamana orang-orang islam sendiri menghormati agama-agama lain,sekaligus mengiktiraf agama mereka. Dimana maruah islam yang kita pikul? Adakah islam itu sama seperti agama-agama yang lain? Mungkinlah bagi sesetengah masyarakat Malaysia. Ya…Malaysia sebuah Negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang dengan isu pergaduhan sesama bangsa,sesama agama,cemerlang dalam menaikkan graf gejala social yang semakin parah dikalangan kaum muda kita. Ya…itulah yang kita bangga-banggakan selama hari ini. Itulah merdeka yang kita ingini. Saya tidak boleh membayangkan bagaimanalah generasi muda kita akan menjadi pewaris Negara dengan sikap mereka yang seperti tidak beragama dan tidak berbangsa.

Itupun kita masih lagi enggan melakukan perubahan terhadap Negara dan agama kita. Masih lagi mahu mentaati pemerintah yang munafiq. Percayalah dengan sikap masyarakat kita yang hanya pandai mengikut maka Malaysia tidak akan berubah malah Negara kita akan menjadi lebih teruk dan parah lagi daripada Negara kafir.

Allah SWT berfirman : “Yaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata : "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula) : "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan) : "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan : "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, karena kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis.” (An-Nisaa’ : 46)

Adakah kita seperti mereka? Yang hanya pandai berka-kata tetapi tidak mahu mengamalkannya?.... sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah. Tidak ada ertinya sijil yang menggunung tetapi masih degil memerdekakan fikiran kita dari pemikiran barat. Tidak ada maknanya menyambut dan bergembira dengan status merdeka bila sebenarnya kita masih belum lagi merdeka . yang lebih menyedihkan kita sendiri pun tak sedar yang sebenarnya kita masih belum lagi merdeka. The only way nak menjadi betul-betul merdeka ialah dengan memerdekakan hidup,fikiran,hati dan perasaan kita daripada selain Allah. Apabila matlamat,hidup,hati dan perasaan kita semuanya kita lakukan kerana Allah semata-mata dan demi mencari keredhaannya barulah kita layak menggelarkan diri kita sebagai merdeka. Merdeka daripada syirik kepada Allah,Tuhan sekalian alam.

Wallahua’lam…..

No comments: