Monday, August 17, 2009

Kerana wanita terlalu ingin dimengerti

Kerana wanita-wanita itu terlalu ingin dimengerti hinggakan mereka tega membiarkan minat,hati,nafsu dan perasaan mereka menguasai diri mereka sendiri secara sedar atau tidak. Mereka beralasan bahawa kami ini makhluk yang lemah,yang perlu dibimbing,dilayani dan dihormati sebagai seorang wanita sesuai dengan ciri-ciri kewanitaannya tetapi mereka sendiri cukup angkuh dan sombong untuk mengakui kebenaran dan terlalu mengikutkan perasaan dan minat mereka walaupun sudah terang,jelas dan nyata sesuatu kebenaran itu. Mereka ingin dimengerti,hati dan perasaan mereka ingin dijagai,mereka inginkan itu dan ini,alasan demi alasan diberikan asalkan hati, kehendak dan perasaan mereka terpenuhi. Sedangkan mereka lupa akan hadith yang telah jelas oleh Rasulullah SAW ;

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Hadits ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tentang penduduk Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan neraka yang majoriti penduduknya adalah wanita. Tetapi hadith ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menghantarkan mereka ke dalam neraka dan menjadi majoriti penduduknya, namun disebutkan dalam hadith lainnya.

Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka maka beliau bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita". Sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

Sesungguhnya di dalam hadith ini dapat kita ambil beberapa point yang ingin disampaikan oleh Rasulullah ; pertamanya : Kaum wanita lah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Kerana apa kaum wanitalah yang ramai menghuni neraka?kerana kekufuran mereka. Keduanya : di dalam hadith ini Rasulullah sendiri mengakui bahawa walaupun seorang wanita itu telah dilayani dengan baik oleh suaminya dalam jangka masa yang panjang kemudian apabila terdapat sifat atau perbuatan dari diri suaminya yang tidak ia sukai nescaya dia akan berkata : “ aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu”. Tetapi adakah hanya kerana inilah wanita diamasukkan ke neraka?
Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).

Antara juga penyebab kenapa ramai kaum wanita memasuki neraka adalah kerana, pertama : hawa nafsu mereka. Nafsu meraka kepada dunia,harta dan sesisinya. Kedua : kerana mereka inginkan hidup bersenang-senang di dunia. Tidak mahu hidup susah apatah lagi berkahwin dengan lelaki yang susah. Ketiga : kerana lemahnya akal mereka,mereka mudah ditipu oleh kemewahan hidup di dunia,yang mana menyebabkan mereka malas untuk beramal dan beribadah kepada Allah. Keempat : wanita-wanita itu adalah fitnah dan wanita-wanita itu jugalah yang menjadi penyebab kaum lelaki terpedaya dengan kecantikan susuk tubuh mereka dan wangian-wangian mereka. Keenam : kaum wanita terutamanya di zaman sekarang mudah terpedaya dengan hal-hal dunia dan kejayaan yang dikecapinya di dunia tetapi mereka lupa untuk mencari kejayaan di akhirat yang lebih kekal abadi.

Sememangnya naluri dan fitrah seorang wanita itu lemah lembut,mudah tersinggung dan di ibaratkan oleh Nabi seperti tulang rusuk yang bilamana cuba diluruskan akan patah dan jika dibiarkan akan terus membengkok. Kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya berlaku baik terhadap wanita yakni isteri-isteri mereka dan tidak adalah seorangpun yang lebih baik terhadap isteri-isteri mereka melainkan Rasulullah SAW sendiri. Oleh itu sewajarnya lelaki-lelaki yang bergelar suami melayani isteri-isteri serta perempuan-perempuan mereka seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Wanita-wanita islam di Malaysia hari ini ramai yang mengaku muslimah,mujahidah,solehah dan sebagainya tetapi adakah tafsiran solehah itu hanya dengan memakai tudung labuh,mendengar nasyid-nasyid islamik,ukhuwah fillah sana dan sini,pergi ke kelas-kelas agama di university atau di masjid-masjid sudah dikira solehah tanpa ingin bersusah payah dan berusaha serta berjuang bermati-matian untuk menegakkan islam seperti isteri-isteri Nabi dan para sahabat-sahabat wanita yang lain ?

Sebelum kita wanita-wanita islam di Malaysia ini khususnya mahu dimengerti,difahami,dibelai dan dilayani dengan lemah lembut,sopan dan santun oleh suami-suami atau bapak-bapak kita. Mahu ditegur dan dinasihati dengan baik serta mahu dijaga perasaanya oleh lelaki-lelaki,haruslah kita ingat bahawa adakah kita seperti isteri-isteri Rasulullah atau isteri-isteri para sahabat atau seperti wanita-wanita Ansar?

Diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:
“Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (Q.S. An-Nur: 31).

Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala dan wajahnya, karena percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya.

Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.
"Sesungguhnya jawapan orang-orang muk’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab :

“Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (Q.S. An-Nur: 51-52) .

Adakah kita wanita-wanita di malaysia ini yang apabila telah diperintahkan menutup auratnya segera menutup aurat mereka tanpa berdolak dalih dan mempersoalkan serta merubah-rubah perintah yang telah diturunkan? Adakah kita seperti wanita-wanita Ansar yang apabila telah diperintahkan untuk menutup aurat mereka segera mentaatinya tanpa banyak soal jawab. Adakah kita seperti mereka? Kami dengar dan kami taat.?

Adakah kita apabila Allah telah memerintahkan agar ditutup auratnya termasuk wajah-wajah mereka agar tidak menjadi fitnah segera kita menutup wajah-wajah kita tanpa mempersoalkan adakah sesuai atau tidak pada waqi’ malaysia dan sebagainya? Sesungguhnya Allah telah melarang kita,janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji,yakni semua jalan-jalan yang boleh menuju kepada zina itu adalah haram lebih-labih lagi percampuran antara lelaki dan perempuan baik di sekolah-sekolah,universiti-universiti atau di tempat-tempat pekerjaan. Adakah kita apabila telah dilarang bercampur dengan lelaki dan perempuan bertekad tidak mahu mengambil bidang-bidang pengajian di universiti yang banyak melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan ? terutamanya bidang-bidang pengajian seperti kejuruteraan, yang mana bidang ini memang akan melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan,dan juga bidang-bidang lain yang sama sepertinya sungguhpun ini adalah minat saya dan cita-cita atau impian saya sedari kecil.? Adakah kita akan segera menolak tawaran-tawaran melanjutkan pengajian akademik di negara-negara eropah dengan beralasan wanita tidak boleh bermusafir tanpa mahram,lagikan pula ianya di Negara kafir ? adakah kita akan segera menerima pinangan dari lelaki-lelaki soleh dan baik agamanya kerana ingin mengelakkan fitnah dan menjaga agama kita sugguhpun kita tidak mempunyai perasaan kasih atau suka sekalipun terhadap lelaki tersebut ? dan bahawa kita tahu bahawa kita harus dibimbing dan oleh itu kita memerlukan seorang suami yang baik agamanya dan soleh untuk membimbing kita mencapai matlamat kita iaitu syurga. Adakah kita akan terus menyetujui dan redha sekiranya suami kita ingin berpoligami tanpa mempersoalkan status kewangannya dan meyoalkan adakah suamiku mampu berlaku adil? Mampukah kita mengenepikan perasaan minat,cinta,cemburu dan sebagainya kerana Allah semata-mata ? mampukah kita segera berhenti kerja sekiranya kita dapati bahawa pekerjaan kita itu memang banyak memerlukan urusan antara lelaki dan perempuan sekalipun gajinya lumayan dan itulah minat kita ? adakah kita akan segera bernikah sekiranya telah dilamar oleh lelaki yang baik dan soleh tanpa memberi alasan mahu membalas jasa ibu bapa (menjaga mereka)dahulu atau saya masih belum bersedia untuk bernikah ? Ramai pastinya akan mengatakan bahawa bukankah Rasulullah memberi hak kepada wanita untuk berkahwin tanpa dipaksa-paksa ? Ya, memang benar Rasulullah memberi hak kepada wanita untuk memilih samada mahu berkahwin atau tidak tanpa dipaksa –paksa tetapi adakah wajar kita menolak pinangan lelaki yang baik demi hanya kerana belum bersedia untuk berkahwin dan sedangkan kita tahu bahawa usia kita memang patut pun untuk berkahwin ? tidakkah kita berfikir bahawa di dunia zaman sekarang yang telah rosak ini bahawa aku ingin berkahwin untuk menjaga agama ku dan sekiranya aku tidak berkahwin maka akan lebih bnyak mendatangkan fitnah kepada diri ku ?

Adakah kita akan menerima kebenaran itu sekalipun pahit menelannya dengan hati yang terbuka dan ikhlas ? adakah kita akan mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan iman dengan memperjuangkan agama kita bermati-matian sekalipun terpaksa berpapa kedana? Adakah kita seperti wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah yang bersusah payah,berhempas pulas demi menjaga maruah dan agama mereka? Adakah kita akan kurangkan bertanya soalan yang remeh temeh dan terus sahaja mentaati dan melaksanakan perintah Allah kepada kita? Adakah kita akan menyesuaikan islam dengan diri kita atau kita akan menyesuaikan diri kita dengan islam ?

Wanita-wanita islam hari ini hanya mahu mengikut islam dengan cara dan minat mereka bukan mahu mengikut islam dengan al-quran dan as-sunnah. Baik dari kalangan wanita-wanita islam biasa-biasa atau yang menggelar diri mereka muslimah,solehah dan sebagainya . semua wanita adalah sama sahaja selagi mana mereka meletakkan hawa nafsu,minat dan perasaan mereka melebihi kebenaran al-quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak ada maknanya kita memakai tudung labuh dan mengikuti kelas-kelas agama,merasakan diri kita sudah cukup baik dan bagus kalau kita masih mengikut hati,perasaan dan minat kita walaupun telah nyata sesuatu kebenaran itu. Lebih parah lagi wanita-wanita islam di Malaysia hari ini mereka langsung tidak mempunyai matlamat hidup. Kononya matlamat mereka adalah syurga,tetapi mahu memasuki syurga dengan bersenang-senang tanpa perlu bersusah payah dan berkorban. Mereka inginkan syurga Allah tetapi mereka enggan dan angkuh ingin mengikuti dan melaksanakan perintah-perintah Allah. Jadi bagaimana ? tidakkah ianya sesuatu yang melucukan apabila kita ingin dibelai dan dimanja tetapi diri kita sendiri masih belum mampu nak berkorban walau sedikitpun untuk islam?

Ramai pastinya yang akan memberi alasan demi alasan bahawa nak buat itu dan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ya , memang saya nyatakan dan tegaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang senang dan saya ingin ingatkan bahawa untuk menjadi wanita solehah itu juga bukanlah senang,dan untuk mendapatkan syurgaNya bukanlah senang. Kerana itu Allah telah menceritakan perihal wanita-wanita ahli syurga dan wanita-wanita ahli neraka untuk dijadikan sebagai pedoman dan ikutan . kerana itu kita disuruh mengambil contoh dari ibu-ibu kita ummul mukiminin yakni isteri-isteri Rasulullah sepertimana Khadijah ra yang menghabiskan seluruh hartanya di jalan Allah . jangan beralasan kita tidak mampu menjadi sekuat isteri-isteri nabi atau para sahabat-sahabat wanita yang lain kerana merekalah contoh terbaik wanita-wanita solehah yang dijamin syurga. Punca utama mengapa kita beralasan bahawa kita bukanlah seperti mereka kerana kita enggan dan bongkak mahu menerima apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita tanpa banyak soal dan usul periksa. Ketidakupayaan,ketidak bolehan dan alasan itu semua berpunca dari diri kita sendiri yang lemah dan mengikut hawa nafsu. Ingatlah bahawa wanita-wanita di zaman Rasulullah juga adalah wanita seperti kita,mempunyai fitrah yang sama seperi kita tetapi mengapa mereka para sahabat dan isteri-isteri Nabi boleh melakukannya,boleh berusaha untuk membayar harga untuk menjadi seorang wanita solehah tetapi mengapa tidak kita ? mengapa kita ingin menjadi wanita solehah dengan cara yang mudah tanpa perlu bersusah payah ? mengapa kita gemar memberi alasan demi alasan dan mempersoalkan hukum-hukum Allah terhadap kita sedangkan wanita-wanita zaman Rasulullah dulu langsung tidak menyoalkan perintah yang telah diturunkan kepada mereka.

Jadi bagaimana kita ingin dimengerti ? bagaimana kita ingin dibelai,dilayan dengan lemah lembut dan dijagai hatinya sedangkan kita masih lagi ingkar dan angkuh mahu menerima perintah Allah dengan hati yang ikhlas dan terbuka ? seharusnya kita wanita-wanita zaman sekarang memuhasabah balik diri kita,melihat kembali dimana salah kita sebelum kita ‘demand’ itu dan ini dari suami kita… sebelum kita layak untuk dimengerti.

Wanita solehah tidak banyak khayalnya atau rambangnya dalam sirah Islam, mereka menyedari bahawa matlamat hidup ialah untuk beribadah kepada Allah lalu mereka berlumba-lumba kepada kebaikan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Di antara kebaikan ialah menerima dan menyukai kebaikan serta berani melakukannya tanpa ragu-ragu.

Sayang sekali wanita yang baik dan dididik dengan suasana yang baik tidak menghargai peluang untuk menerima kebaikan dan sebaliknya bersikap ragu-ragu dan masih bertanya untuk apa kebaikan tersebut diberikan kepadanya.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar." (At-Taubah: 71).

Baginda rasulullah juga bersabda : “Bersedeqahlah kalian! Kerana kebanyakkan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai
Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari) .

Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”.

Pada riwayat lain dalam Sahih Muslim dari Sahabat Jabir Rasulullah mengisyaratkan dengan sabdanya: ”Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan, dan membelakangi dalam bentuk syaitan.”

“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Q.S. Al A’raaf: 27 ).

Jadilah seorang wanita islam yang solehah sebelum anda layak untuk dimengerti atau anda ingin dimengerti.

Wallahua'lam.....

2 comments:

ummi09 said...

salam ukhti, saya minta untuk paste artikel ukhti ni kat blog sy. moga ada izinnya.. syukran.

wassalam.

ukhti humaira'

Amiratun Nadhirah said...

silakan,

moga-moga bermanfaat...

=)