Thursday, July 23, 2009

Dunia akhir zaman...

Suasana di Yaman jauh berbeza dengan suasana di Malaysia,sedangkan kedua-duanya adalah negara Islam...

Di Yaman,wanita-wanitanya semuanya memakai niqab,menutup aurat....tetapi di Malaysia wanita-wanitanya majoritinya tidak menutup aurat.....Di Yaman mereka amat menghormati kaum wanita,wanita-wanita diberikan tempat duduk sekiranya menaiki kenderaan awam dan wanita-wanita mereka diberi keistimewaan yang lebih berbanding lelaki....Tetapi di Malaysia,semua baik lelaki dan wanita sama sahaja tiada bezanya.Di Yaman,mereka mengasingkan antara lelaki dan wanita,baik di restoran-restoran,di kenduri kahwin juga di sekolah-sekolah dan universiti-universiti.Tetapi di Malaysia,lelaki dan perempuan bercampur aduk,sampaikan kadang-kadang kita terkeliru adakah si polan itu lelaki atau perempuan?Di Yaman,nampak perbezaannya diantara lelaki dan perempuan...Tetapi di Malaysia,lelaki macam peempuan dan perempuan macam lelaki....Di Yaman,jarang kita mendengar kes-kes rogol,pelacuran,rempit dan yang sewaktu dengannya.Tetapi di Malaysia,hari2 ada sahaja kes-kes rogol atau yang sewaktu dengannya.

Kenapa di Yaman wanita2nya boleh menutup aurat dan memakai niqab tetapi di Malaysia amat susah sekali wanita2nya hendak menutup aurat apatah lagi memakai niqab...sehinggakan boleh jadi isu pulak nak pakai niqab ke tak? Kenapa di Yaman mereka begitu menghormati wanita,dan orang2 tua...tetapi di Malaysia susah sekali kita nak nampak sikap hormat dalam diri masyarakat kita baik terhadap wanita atau orang tua. Kenapa di Yaman mereka boleh mengasingkan diantara lelaki dan Wanita tetapi di Malaysia bukannya mereka tak boleh mengasingkan tetapi sengaja tidak mahu mengasingkan lelaki dan wanita.Kenapa di Yaman,kurangnya kes2 jenayah...tetapi di Malaysia kes2 jenayah tumbuh bagaikan cendawan...

Kenapa oh Kenapa,Malaysia dan Yaman kedua-duanya negara islam tapi amat berbeza sekali perbezaannya.Malaysia yang so called negara Islam langsung tidak menunjukkan ciri2 sebuah negara dan masyarakat islam.Tetapi semua yang di Malaysia mengaku mereka beragama Islam.tetapi sifat dan tingkahlakunya tak ubah seperti mereka2 yang bukan sebuah negara Islam.Hairan.Pelik dan Ajaib.

“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik” (Al-kahfi : 103-104).

“Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat kepada wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak , kuda yang bagus , biantang ternak dan tanam-tanaman dan demikian itulah kehidupan dunia namun di sisi Allah jugalah sebaik-baik tempat kembali” (Ali –Imran : 14).

Telah bersabda baginda rasulullah kepada kita semua dengan sabdanya yang mulia : “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak no.63).

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Al An’am : 116)

Sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang bukan dari kami (yakni bukan dari pertunjuk sunnah) maka ianya ditolak” (Hadith Sahih Mutafaqun alaih).

Daripada Anas ibn Malik ra bekata, Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2260).

“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab : “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (An-Nur: 51-52).

Walaupun begitu banyak sekali Dalil-dalil dari al-quran dan sunnah menyuruh kita membuat semua yang diperintahkan dan meniggalkan semua yang dilarang,ancaman Allah terhadap mereka yang ingkar tetapi masyarakat kita lebih suka mengambil barat sebagai Tuhan mereka tetapi bukan Allah SWT.Mereka mengaku beriman tetapi mereka mempertuhankan kuffar...Mereka mengikut telunjuk kuffar,mereka mentaati pemerintah yang tidak mengamalkan hukum-hukum islam di dalam perundangan.astaghfirullah.....bagaimanalah masyarakat kita tidak rosak dan 'gila'?? Mereka hanya mahukan islam yang mudah dan bersenang-senang dengan kereta mewah dan rumah besar.Mereka hanya mahu berdakwah dan menegakkan islam dengan cara yang mudah,hanya dengan pergi berceramah ke masjid-masjid dan pulang ke rumah mendapat habuan.Langsung tidak ada yang mahu berjihad di Jalan Allah,yang mahu dan sanggup mengorbankan nyawa mereka di Jalan Allah.

Bukankah hadith telah menyebutkan : Daripada Anas ibn Malik ra bekata, Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2260).

Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa jalan dakwah yang sahih itu sukar sekali dan pastinya bukan jalan mudah yang dilalui oleh para penceramah Islam yang mengaku pejuang Islam dengan menaiki kereta Mercedes sebagai konon wakil rakyat yang memperjuangkan Islam kerana perjuangan mereka bukanlah memegang bara api sebaliknya menggengam wang ringgit dan hanya menghadapi sedikit tekanan politik dari pihak yang sekuler.

Masyarakat kita terlalu inginkan kesenangan dan kemewahan hidup di dunia dalam masa yang sama mereka kononnya nak menegakkan agama Allah.Ingatlah wahai saudari2 sekalian,nak menegakkan agama Allah bererti kita harus berkorban,bukan sahaja hati dan perasaan tetapi khidupan dunia dan juga nyawa.Ingatlah bahawa dunia ini penjara bg orang mu'min dan syurga bagi orang kafir.kalau kita benar2 mahu menegakkan agama Allah maka bersedialah untuk bersusah dan ditohmah.sekiranya kita mahu bersenang lenang,habis SPM masuk universiti,belajar 3-4 tahun,grad...kerja...kemudian kahwin dengan pilihan kita...terlampau senang hidup kita...mana dia islam yang kita mahu tegakkan?sekiranya benar anda mahu menegakkan islam,anda tidak pergi ke kuliah2 yang bercampur lelaki perempuan...majlis2 yang bercampur lelaki perempuan...anda akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan tidk kira dimana anda berada.tetapi,ramai wanita2 yang mengaku 'mujahidah solehah' tetapi tidak amar ma'ruf nahi mungkar.

kadang-kadang saya dah naik bosan dah nak ulang benda yang sama 2-3 kali.tapi masyarakat kita still degil jugak.baik lelaki atau perempuan kedua-duanya sibuk mengejar ilmu dunia,sibuk nak siapkan master n phd.tapi ilmu akhirat dipandang sambil lewa...

hmm entahlah,dunia akhir zaman.nak meninggalkan apa yang di larang tu memanglah susah tapi itulah harganya kalau kita nak masuk syurga.Ingatlah bahawa there is no shortcut to heaven.nak hidup senang kat akhirat kenalah hidup susah di dunia.(sendiri mau ingat)

Wallahua'lam

No comments: