Oleh kerana blog ni saya khususkan untuk membincangkan persoalan wanita dan sekitarnya,maka saya hanya menugngkaikan dosa-dosa yang dianggap biasa yang biasanya dilakukan oleh wanita hari ini secara sedar atau secara tak sedar..Sesungguhnya sesuatu yang HARAM itu tetap HARAM dan hukumnya ialah berdosa.Tidak boleh menghalalkan yang HARAM dan mengharamkan yang HALAL.Apa-apa yang Allah telah jelaskan hukumnya di dalam al-quran telah jelas dan tidak boleh ‘digoreng’ oleh sesiapapun.
1. Tabarruj
Dalam bahasa yang mudah Tabarruj ialah ‘berhias’ dan yang dimaksudkan dengan berhias adalah kelihatan cantik tidak kira apa sekalipun pakaian seseorang wanita itu selagi dia mahu kelihatan cantik atau dia kelihatan cantik memakai sesuatu pakaian itu dia sudah dianggap bertabarruj dan hukumnya ialah HARAM…Seorang perempuan itu tidak boleh keluar dari
rumahnya kelihatan cantik dihadapan yang bukan mahramnya.Wanita hanya dibenarkan bertabarruj samada di hadapan suaminya atau mahramnya.Kerana itu seandainya seorang wanita itu mempunyai wajah yang cantik dan tidak kira apa pakaian sekalipun yang dipakainya dia tetap kelihatan cantik sehingga boleh menarik pandangan lelaki kerana kecantikan wajahnya maka dia WAJIB menutup wajahnya untuk mengelakkan fitnah.
(Tiada istilah "Bercantik-cantik" dalam menutup aurat)
Firman Allah SWT : “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu[1215] dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu[1216] dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait[1217] dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”(al-Ahzab : 33)
Firman Allah SWT : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. “(An-Nuur : 31)
2. Tidak menutup aurat
Tidak menutup aurat dari tidak memakai pakaian sesuai dengan syariat sehinggalah kepada tidak menutup aurat dengan sempurna iaitu wanita-wanita yang memakai tudung tetapi memakai lengan pendek,memakai seluar,memakai pakaian yang jarang,ketat dan menarik perhatian.Sekalipun seorang wanita itu sudah memakai tudung dan berbaju kurung,sekiranya tudung yang dipakainya singkat,baju kurung yang dipakainya jarang dan warna bajunya yang menarik perhatian dia tidaklah dikira sebagai menutup aurat.
Sekali lagi saya mesti ingatkan bahawa pakai-pakaian yang so called menutup aurat yang kononya berfesyen tudung lilit sana pusing sini sehingga menyerlahkan kecantikan seseorang wanita itu ianya tidak dikira menutup aurat kerana wanita itu telah menampakkan kecantikan dirinya dengan pakaiannya dan ketahuilah bahawa WANITA ITU SENDIRI ADALAH AURAT.Oleh itu seseorang wanita itu tidak boleh menampakkan kecantikannya baik dari segi wajah sehinggalah kepada pakaian yang dipakainya.Sesuai dengan Firman Allah SWT :
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(al-Ahzab : 59)
Ketahuilah bahawa banyak faedah yang terdapat dari menutup aurat dengan sempurna.Jangan berikan alas an bahawa Malaysia ni panas kerana ingatlah bahawa NERAKA LAGI PANAS.Jadi kepada sesiapa yang kononnya tak nak memakai tudung labuh atau berpakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh kerana tak tahan panas kat Malaysia maka bersedialah untuk TAHAN PANAS KAT NERAKA.(maaflah sekiranya terkasar bahasa,cakap baik2 pun tak guna,benda HARAM takda tolak ansur.)
Ketahuilah bahawa banyak faedah yang terdapat dari menutup aurat dengan sempurna.Jangan berikan alas an bahawa Malaysia ni panas kerana ingatlah bahawa NERAKA LAGI PANAS.Jadi kepada sesiapa yang kononnya tak nak memakai tudung labuh atau berpakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh kerana tak tahan panas kat Malaysia maka bersedialah untuk TAHAN PANAS KAT NERAKA.(maaflah sekiranya terkasar bahasa,cakap baik2 pun tak guna,benda HARAM takda tolak ansur.)
Kalau masih taknak tutup aurat kononya nanti dikatakan jumud dan tak ikut trend,ketahuilah bahawa mereka-mereka yang mencipta trend itu adalah orang-orang kafir dan mereka Allah telah katakana bahawa mereka akan jadi bahan bakar api neraka kelak.Seperti dalam firmanNYA :
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda dan anak-anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (siksa) Allah dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka”(Ali-Imraan : 10)
So sesiapa yang yang masih nak mempertahankan hujah mereka tak munutup aurat dan masih nak ambil ringan lagi soal aurat dan rasa-rasa nak join the club dengan orang-orang kafir yang telah merosakkan minda masyarakat kita dengan budaya mereka silakan….Memang seperti yang Rasulullullah pernah katakan bahawa yang akan banyak masuk neraka nanti ialah kaum wanita.So,tak hairanlah kalau masih ramai wanita yang enggan menutup aurat dengan sempurna.
3. Mendekati Zina
3. Mendekati Zina
Mendekati zina tidak bermaksud melakukan hubungan seks tanpa nikah.Tetapi mendekati zina adalah segala jalan yang boleh membawa kepada hubungan zina.Dan ianya adalah haram.Apakah jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina? Diantara jalan-jalan yag munuju zina ialah hubungan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak kira atas alas an apa sekalipun.Dan ingatlah bahawa juga sekali-kali tidak ada hubungan ‘ukhuwah fillah’ diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.’ukhuwah fillah’ diantara lelaki dan wanita hanyalah melalui akad nikah yang sah.Disamping itu percampuran diantara lelaki dan wanita tidak kira dimana-mana sekalipun adalah juga termasuk jalan menuju zina.Pakaian lelaki atau wanita yang menarik perhatian dan mengikut fesyen semasa juga menyumbang kepada perbuatan zina.sebab itulah pentingnya wanita-wanita menutup aurat dengan sempurna supaya tidak membawa kepada zina.
Seperti didalam hadith : “Narrated Ibn 'Abbas: I have not seen a thing resembling 'lamam' (minor sins) than what Abu Huraira 'narrated from the Prophet who said "Allah has written for Adam's son his share of adultery which he commits inevitably. The adultery of the eyes is the sight (to gaze at a forbidden thing), the adultery of the tongue is the talk, and the inner self wishes and desires and the private parts testify all this or deny it." (Book #74, Hadith #260)
Hadis Abu Hurairah r.a:
“Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mencatat bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak.”
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4801
“Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mencatat bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak.”
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4801
Kesimpulannya segala jalan2 yang boleh membawa kepada zina adalah haram.dan jangan berikan alas an mana ada kami bezina,ya memang anda tidak berzina tetapi anda telah mendekati zina.apa2 pun Allah telah menyebutkan di dalam al-quran :
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. “(al-Israa : 32)
Mendekatinya pun sudah dilarang apatah lagi membuat zina…Janganlah beralasan kerana anda beralasan tu bukannya dengan manusia tetapi dengan Allah Tuhan anda yang telah menciptakan anda dimuka bumi ini tidak lain hanya untuk beribadah kepadanya bukan untuk beralasan-demi alas an dengan perintah dan larangannya…Beringatlah sebelum memberi apa2 alasan sekalipun.
Wallahua’lam….
To Be Continued…..
No comments:
Post a Comment