Friday, July 10, 2009

Apa Salahnya Berpoligami.....?

Apa salahnya Wanita dimadukan dan dipoligami ?

Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka perlulah bekorban dan menyedari bahawa usia mereka yang lanjut pastinya akan mengurangkan rasa kurang selesa dan senang di sisi suami apabila mereka telah hilang kecantikan dan kesegaran sebagai wanita.

Apa salahnya mereka dimadukan ? Mengapa mesti bencikan poligami dan menghalang suami bernikah lagi ?

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).

Seandainya suami tidak mampu dari sudut kewangan untuk bernikah lagi maka mengapa tidak dibantu sahaja si suami yang masih muda dan gagah untuk berkahwin lagi ? Apakah sukar mengeluarkan wang simpanan milik peribadi untuk diberi kepada suami supaya dapat berkahwin lagi ?

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Hal ini tentu sahaja sukar bagi wanita yang hatinya dibelit dunia dan kecintaan kepada akhiratnya sangat sedikit dan keimanannya pula tipis. Sama sahaja perihalnya dengan Allah menyifatkan solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.

“ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Al-baqarah : 45).

Adapun bagi wanita yang beriman dan solehah, mereka tanpa segan silu mengeluarkan wang simpanan kerja (KWSP) untuk diberi kepada suami sebagai modal untuk bernikah lagi supaya suaminya dapat bergembira dengan umur yang masih muda dan gagah moga dengan perkahwinan baru dapat menambah zuriat dan anak-anak generasi Islam yang dia tidak mampu lagi berikan kerana usia yang sudah meningkat.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita” (Al-Baqarah : 277).

Atau dengan pengorbanan itu si suami mampu dapat lebih semangat dan gigih berusaha untuk dakwah dan mentaati Allah dan rasul dan lebih kukuh berpegang kepada agama.

“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Wanita yang beriman sedar bahawa di akhirat tidak akan ada cemburu dan hasad, bahkan di akhirat sekiranya berjaya ke syurga yang abadi manusia di sana tidak punyai sedikit keluh kesah dan si suami akan bersama puluhan bidadari dan dia sendiri akan dimadukan oleh Allah dan yang paling penting ialah mendapat redha ilahi dan berbakti kepada suami termasuklah salah satu jalan mutlak kepada ilahi.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Dapatlah difahami bahawa wanita yang berusia dan berkahwin dengan lelaki muda perlu melakukan beberapa pengorbanan dan sebagai hasilnya mereka akan mendapat pelbagai kehormatan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.

“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Kesimpulannya perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah mempunyai apa-apa mudharat dan sebaliknya jika wujud kelebihan dan kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan dianjurkan supaya fitrah manusia terpenuhi.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Apa salahnya seorang lelaki yang masih muda bernikah dengan wanita yang lebih berusia ? Seterusnya jika wanita itu sudah hilang kecantikan dan kemanisan wanita maka dia lelaki muda itu masih dapat berkahwin lagi sehingga dia merasa cukup dan puas dengan Islam memberi had sehingga 4 orang isteri selama dia dapat berlaku adil.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana” (hadith sahih riwayat tirmidzi ).

Isteri yang solehah pastinya dapat membantu suaminya dan membimbing suaminya dalam hak keadilan dan menolong suaminya mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mereka sentiasa bekorban kepentingan diri demi kebahagiaan suami dan tidak terlalu berkira , tidak cerewet dan tidak tamak akan dunia dan kebendaan.

“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


“Sesungguhnya Allah bersama dengan golongan yang sabar” (Al-baqarah : 153).

“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

Dari Mus’ab bin Said dari bapanya ra berkata : Aku bertanya kepada rasulullah siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya” (hadith hasan Sahih, riwayat tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad).

Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).




bersambung....

3 comments:

ai said...

salam sokongan,

poligami mmg tak salah...tp persepsi masyarakat hari ni ttg poligami kbnyakannya yg salah...

bg laki,
nak cari keseronokan

bg pompuan,
poligami menindas hak wanita

mgkn tak suma laki n pmpuan camtu tp kbnykn masyarakat kita hari ni tak paham sgt konsep poligami ni...even me myself..

sekadar memberi pandangan, kalo tersilap memang bole betulkan...

Amiratun Nadhirah said...

wsalam,

pertamanya kenapa persepsi masyarakat hari ini tentang poligami kebanyakannya salah?..jawapannya kerana masyarakat kita sekarang adalah masyarakat jahiliyah yang sudah jauh tersimpang dari al-quran dan sunnah.dan sekiranya masyarakt tidak memahami al-quran dan as-sunnah dengan sebetul betulnya jadi bagaiman nak faham konsep poligami dengan betul?yer kan?..

kemudian jawapan kepada "bagi lelaki : nak cari keseronokan".pertamanya kalau benar mmg lelaki nak cari keseronokan maka sesunggunhnya dia telah melebihkan hawa nafsunya daripada Allah.dan sekiranya lelaki tersebut berfikir kembali,keseronokan apakah yg dia dapat?kalau kedua-dua isteri sering bertengkar,tanggungjawab nak sara 2 isteri...melainkan suami tersebut mmg langsung tidak ada pengetahuan agama maka no comment lah..

"bg pompuan : poligami menindas hak wanita"...apakah hak2 wanita yang tertindas itu?boleh saya tahu?pertamanya kalau seorang perempuan itu melihat poligami dari sudut positif dan tidak bersangka buruk dengan suami atau madunya,saling bertolak ansur,bantu membantu pasti tidak akan ada masalah...dan yang paling penting mengutamakan Allah dan Rasul iaitu al-quran dan sunnah melebihi hati dan perasaannya...masalahnya perempuan2 zaman sekarang susah kalau nak abaikan perasaan derang..mesti nak ikut perasaan...jadi macammana nak faham konsep poligami dengan betul kalu mula2 lagi dah buruk sangka...takkanlah Allah membenarkan sesuatu yang boleh mengenepikan hak2 wanita...Allah zalimkah?

seperti yang saya katakan tadi bagaimana mahu faham konsep poligami dengan betul sekiranya berdegil nak ikut perasaan dan tak mahu memahami al-quran dan sunnah dengan ikhlas mencari redha Allah?

kalaulah seorang isteri itu faham konsep bahawa semua yang ada padanya bukanlah milknya termasuk suaminya dan semua itu hanyalah pinjaman n alat menuju Allah SWT,mencari redhaNYa dan syurgaNya pasti isteri tersebut tidak lokek mahu berkongsi suami.kerana suaminya bukanlah milknya dan suaminya hanyalah alat menuju Allah,dan ingatlah bahawa akhirat matlamat kita bukan hidup bahagia di dunia..."ad-dunya sijnul mu'min wal jannatu aafir" yang bermaksud dunia ini penjara bagi org mumin dan syurga bagi org kafir...jadi masihkah kita mengaharap hidup di dunia dengan bahagia?

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku
suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana
menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

so,menegakkan islam ni takkan boleh jadi mudah dan tak boleh mudah....

wallahua'lam..

ummi09 said...

assalamualaykum.. saudari isteri pertama ustaz kan? isteri kedua ada di Malaysia juga? ada blog dia?..

salam ukhwah..

Hikmah, Scotland.