Friday, December 3, 2010

Ibu Oh Ibu!



Baru-baru ini saya ada terlihat di kaca TV sebuah “reality show” bertajuk anak derhaka.

Antara perkara-perkara yang disebut adalah tentang kewajipan seorang anak mentaati ibu dalam semua aspek. Seorang anak itu tidak boleh menegecilkan,menyakiti atau mengecewakan insan yang bergelar ibu. Kerana jasa dan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya tidak terbalas oleh si anak. Ibunyalah yang telah mengandungkannya di dalam rahimnya selama 9 bulan,yang telah melahirkannya dengan bersusah payah dan telah menjaga dan mendidik anaknya sehingga besar panjang. Oleh itu seorang anak wajib membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban untuknya.

Panas juga rasanya telinga saya apabila mendengar kata-kata seperti sebesar-besar dosa adalah derhaka kepada ibu bapa,rezeki datangnya daripada ibu,ibu itulah segala-galanya dan seumpamanya. Dan yang lebih memanaskan hati saya ialah imam muda yang dijemput itu langsung tidak menafikan kenyataan-kenyataan di atas. Dan kesimpulan yang saya dapat lihat dari program realiti itu ialah seorang anak itu wajib mentaati dan mendengar arahan ibunya,tidak boleh menderhakai ibu apatah lagi menyakiti hatinya. Kerana ibulah wanita yang paling unggul yang perlu kita hormati,taati dan jagai hatinya.

Persoalannya……

Benarkah begitu?

Benarkah seorang anak itu tidak boleh mengatakan sekalipun perkataan ‘ah’ kepada ibu? Benarkah seorang anak itu wajib mentaati semua perintah,arahan atau kehendak seorang yang bergelar ibu?

Soalan,

Kenapa seorang anak itu wajib mentaati ibunya?

Jawapan yang akan kita dapat ialah kerana ibulah yang telah bersusah payah mengandungkan,melahirkan dan menjaga kita sehingga kita dewasa.

Benarkah jawapan tersebut?

Pasti ramai yang akan mengatakan ya memang benar.

Tetapi ramai di kalangan kita yang masih tidak tahu jawapan yang sebenar-benarnya.

Jawapan yang sebenar-benarnya kepada persoalan di atas tadi ialah kenapa seorang anak itu wajib mentaati ibu nya ialah kerana ALLAH LAH YANG TELAH MENYURUHNYA BERBUAT DEMIKIAN.

Dan seorang anak itu mentaati ibunya hanyalah kerana Allah yang menyuruhnya mentaati ibunya dan menghormatinya.

Persoalannya,

Sejauh manakah ketaatan seorang anak itu terhadap ibunya?

Masayarakat kita hari ini memahami bahawa semua perintah,arahan atau kehendak ibu wajib dituruti oleh si anak,dan sekiranya anak tersebut ingkar maka beliau dikira sebagai anak derhaka.

Dalam bahasa mudahnya,seorang anak itu wajib menjadi hamba abdi kepada ibunya. Segala yang disuruh dituruti dan segala yang dilarang dijauhi.

Hmmm…tidakkah ini sama seperti seorang hamba dengan Tuhannya?

Seorang hamba itu wajib mentaati segala perintah Tuhannya dan menjauhi segala larangannya dan sekiranya seorang hamba itu gagal berbuat demikian maka jadilah ia seorang hamba yang kufur/derhaka pada Tuhannya.

Ketaatan seorang anak terhadap ibunya sama seperti ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya.

Bolehkah begitu?

Seolah-olah ibu itu sama darjatnya dengan Tuhan!

Nauzubillah minzaalik!

Sekiranya ibu itu bukan Tuhan dan Tuhan itu lebih tinggi darjatnya daripada seorang ibu maka wajiblah kita sebagai manusia mentaati Tuhan terlebih dahulu sebelum mentaati ibu.

Benarkan?

Kesimpulannya,

Tuhan menyuruh kita mentaati ibu selagi mana ibu itu tidak melanggar hukum-hukum dan syariat Tuhan.

Dan sekiranya arahan atau permintaan seorang ibu itu melanggar kehendak Tuhan maka wajibkah kita mentaatinya? Sudah tentu tidak.

Kerana yang menciptakan ibu itu ialah Tuhan dan yang menyuruh kita mentaati ibu itu pun juga ialah Tuhan. Sekiranya ibu melanggar arahan Tuhan maka tidak wajiblah kita mentaati ibu.

Kerana Tuhan itu yang terlebih dahulu perlu kita taati kerana TUHANLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN KITA DAN JUGA IBU.

Allah telah menyuruh ibu untuk mengandungkan,melahirkan dan mendidik kita supaya menjadi HAMBA TUHAN BUKAN nya menjadi HAMBA IBU.

Dan ibu perlulah melaksanakan perintah Tuhan dengan ikhlas dan tanpa mengharap balasan dari anak kerana Tuhanlah yang telah menyuruhnya berbuat demikian.

Kerana anak itu ialah AMANAH yang BESAR dari TUHAN yang diberikan pada ibu untuk dijaga AMANAH TUHAN ini dengan baik dan supaya ibu itu Berjaya menjadikan AMANAH TUHAN ini HAMBA TUHAN yang mentaati semua perintahnya dan menjauhi segala larangannya.

Dan jangan pula kita lupa bahawa ibu juga adalah hamba Tuhan. Dan kerana kita semua adalah hamba Tuhan maka kita semua WAJIB MENTAATI TUHAN MELEBIHI SESIAPA PUN DI ATAS MUKA BUMI INI TERMASUK IBU.

Kerana Tuhanlah yang telah menciptakan kita,yang telah memberikan rezeki kesihatan tubuh badan,makanan dan daya upaya kita semuanya datang dari Tuhan. Hatta tanpa rahmat Tuhan maka untuk meminum air dari sebiji gelas pun kita tidak akan mampu tanpa rahmat dari Tuhan.

Tujuan kita diciptakan di muka bumi ini adalah untuk beribadah dan berbakti kepada Tuhan kita yang telah banyak memberikan rahmat dan rezeki kepada kita. Apalah sangat yang ibu kita telah lakukan sehinggakan kita perlu tunduk dan patuh padanya sekalipun ianya bercanggah dengan kehendak Tuhan? Tuhanlah yang telah menciptakan segala sesuatu di muka bumi ini dan yang menggerakkan alam ini.

Jadi, siapalah ibu nak dibandingkan dengan Tuhan?

Janganlah pula ketaatan kita kepada ibu itu menyebabkan kita SYIRIK PADA TUHAN.

Dan suka sekali saya mengingatkan, dimana saya mendengar sendiri dengan anugerah pendengaran yang telah Tuhan berikan kepada saya dimana saya mendengar seorang gadis itu mengatakan di kaca TV bahawa “rezeki itu datangnya dari ibu” dan yang amat menyedihkan dan membakar hati saya ialah imam muda yang berada di sebelah gadis tersebut langsung tidak memperbetulkannya.

Tahukah anda kata-kata gadis tersebut itu adalah kata-kata yang SYIRIK?

Pasti ramai yang tidak menyedari tetapi itulah hakikatnya masyarakat kita di Malaysia ini,langsung tidak mengambil peduli malah saya yakin ramai di antara penonton yang mendengarnya menyetujui kata-kata gadis tersebut.

ASTAGHFIRULLAHHALA’ZIM

Pesanan ini saya tujukan kepada semua ibu-ibu diluar sana termasuk saya. Janganlah kita menjadi ibu yang lupa pada Tuhannya dan sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah AMANAH DARI ALLAH kepada kita untuk kita didik mengikut kehendak ALLAH dan bukannya kehendak kita. Dan ingatlah bahawa di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah ini.

Dan jangan lupa, semua di dunia ini akan terputus amalannya dari kita apabila kita sudah mati kecuali 3 perkara 1. ANAK SOLEH yang mendoakan kita 2. Amal jariyah 3. Ilmu yang bermanfaat.

Bukan sebarang anak yang doanya kepada ibunya yang telah mati akan membantu ibunya tetapi HANYA ANAK YANG SOLEH.

Sekiranya kita mahu anak kita mendoakan kita apabila kita sudah mati maka didiklah anak kita menjadi anak yang soleh mengikut kehendak Allah bukan kehendak kita.

Wallahua’lam

4 comments:

Humairah said...

Assalamualaikum wbt. mimi, mohon copy paste ye...

Dr Nazatul Shiha said...

Salam,
Bukan mudah utk kebanyakan ibu bapa kita memahami bahawa ketaatan kpd Allah dan Rasul itu melebihi segala - galanya yg ada di muka bumi ini. Tambahan pula bg ibu bapa yg tenggelam dgn 'agama adat' rather than agama Islam yg berpandukan AQ dan Sunnah. Masalah syirik bukanlah perkara main2 namun yg sedihnya ramai di antara kita yg masih tidak menyedari bhw byk perkara di dunia ini yg blh menyebabkan seseorang itu jatuh syirik tanpa sedar. Dan jika diterangkan dgn sejelas mungkin sekalipun, ramai saja yg tidak sanggup menerima hakikat kebenaran yg pahit itu.
Maka jika ada anak - anak yg sedikit celik dan cuba menyedarkan ibu bapa mereka demi kerana cinta dan kasih dan tak sanggup melihat ibu bapa sendiri yg tenggelam dgn 'hukum adat', sebaliknya mereka dicerca, dihina, dan dianggap sbg ANAK DERHAKA..

xuerytha said...

Assalamualaikum,
apa khabar Mimie dan Kak Shiha?ni Zu..alhamdulillah topik yg menarik dgn ulasan dr Kak Shiha yg juga menarik..zu nak minta izin utk copy paste kat mana2 tempat yg boleh dikongsi dgn org ramai..boleh tak?
jazakallahukhairan jaza..
apa2pun teruskan perkongsian ilmu yg bermanfaat ni..barakillah

Humairah said...

betul tu kak.... hati ank2 yg berusaha penuh kebimbangan memikirkan aqidah si ibu bapa.. nmpak kebenran tp tk mampu nk tegakkan dn bwk mereka ke jln benar....