Friday, December 24, 2010

Apabila suami menjadi matlamat.

(sekadar gambar hiasan)

Baru sebentar tadi saya ada terbaca di facebook,artikel mengenai poligami. ( asal buat artikel baru jer mesti pasal poligami,tak habis-habis ) kesimpulan yang saya dapat dari artikel tersebut adalah isteri-isteri perlulah mempunyai jati diri yang kuat,perlu banyak bersabar dan lain-lain. Nasihat kepada suami yang berpoligami dan juga isteri-isteri yang berpoligami.
Bagi saya bukan hanya isteri pertama atau isteri kedua,ketiga keempat sahaja yang perlu extra sabar n extra jati diri yang kuat tetapi semua wanita islam di atas muka bumi ini seharusnya mempunyai sifat sedemikian. Tahu kenapa? Kerana kebarangkalian suami suami anda berkahwin lagi juga adalah tinggi kerana itu adalah fitrah seorang manusia yang bergelar lelaki.
Saudari-saudari ku, ingatlah bahawa perkahwinan itu bukanlah segala-galanya. Ianya hanyalah wasilah kita untuk menuju matlamat kita yang sebenar iaitu syurga. Jadi apabila anda menjadikan suami anda sebagai matlamat anda secara tidak sedar(bagi yang sudah berkahwin) anda akan merasa sungguh dan tersangatlah kecewa dan sedih dan patah hati dan semua perasaan-perasaan negative akan merasuk hati jiwa dan minda anda apabila suami anda berkahwin lagi atau menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi atau yang lebih parah lagi curang dengan anda.

Sepatutnya anda tidak perlu merasa tertekan atau depressed apabila suami anda kahwin lagi kerana anda seharusnya memahami sedari anda kahwin dengan suami anda lagi anda sedar bahawa perkahwinanku ini adalah wasilah untukku menuju Pencipta ku iaitu Allah untuk mendapat syurganya dan Allah telah memberi aku seorang suami yang dapat membantu ku menuju-Nya. Dan suami ku ini adalah pinjaman Allah kepadaku untuk aku jaga dan taatinya sesuai perintah Penciptaku. Dan aku juga perlu ingat bahawa suami aku ini adalah manusia juga sepertiku. Dia bukanlah malaikat tetapi manusia yang diberi sifat-sifat dan fitrah seorang manusia bernama lelaki.

Apabila kita sebagai isteri memahami bahawa suami hanyalah pinjaman Allah kepada kita dan bukanlah matlamat kita dan segala-segalanya maka tidak susah untuk kita menerima hakikat bahawa suamiku ingin berkahwin lagi.
Bagi yang belum berkahwin pula,ingin saya nasihati dengan sedikit pesanan bahawa untuk mencari Mr.Right atau Mr.Perfect adalah sesuatu yang mustahil. Kerana pertamanya tidak ada manusia yang perfect di dalam muka bumi ini termasuklah diri anda sendiri jadi bagaimana anda mahu mencari the perfect guy?
Rata-rata saya lihat muslimah-muslimah hari ini walaupun sudah sampai masanya tetap tak kahwin-kahwin lagi adalah kerana salah mereka sendiri. Apabila mereka terlalu memilih,mahukan lelaki yang sebegitu dan sebegini mahukan yang kacak yang alim yang pandai yang tinggi yang itu yang ini jadi apabila ada lelaki yang tidak menepati kritirea-kritirea yang mereka sendiri gariskan maka dengan mudahnya mereka akan menolak lelaki-lelaki tersebut. Alangkah kasihannya lelaki-lelaki itu,hanya kerana dia tidak cukup pandai atau tidak cukup kacak maka lamarannya ditolak. Atau muslimah-muslimah ini member alasan yang merek amasih belum bersedia untuk berkahwin kerana umurnya baru 25,26 atau 27. Masih ada masa lagi untuk mencari Mr.Right mereka.

Tidakkah anda terfikir,tatkala anda sibuk menggariskan kritirea-kritirea yang anda mahu pada bakal calon suami anda,di pihak lelaki juga mereka mahukan muslimah muslimah seperti itu dan ini,yang begitu dan begini. Bakal isteri mereka mereka mahukan yang cantik yang gebu yang pandai yang itu yang ini. Dan apa perasaan anda apabila lelaki yang anda minati me-reject anda hanya kerana anda tidak ada satu atau dua kritirea-kritirea yang mereka mahukan? Pasti anda akan terkilan dan anda pasti akan katakan kenapa awak tidak boleh menerima saya seadanya?



Sedarlah,untuk mencari lelaki yang perfect sampai mati pun anda tidak akan menjumpainya. Dan sebelum anda mencari lelaki yang perfect adakah diri anda itu sendiri sudah cukup perfect? Kerana pastinya hanya lelaki yang perfect untuk wanita yang perfect. Jadi untuk mendapatkan Mr.perfect anda sendiri perlulah jadi Mrs.Perfect. barulah sesuai Mr and Mrs Perfect. Bukankah begitu?



Kalau anda mahukan bakal suami anda menerima kebaikan dan keburukan anda seadanya maka anda juga harus berbuat demikian pada bakal suami anda. Cuz what you give you get back. Sekiranya anda boleh memaafkan rupa bakal suami anda yang kurang hensem contohnya berbanding dengan jejaka pujaan anda tetapi oleh kerana dia adalah seorang yang hati baik maka anda menerimanya dengan ikhlas maka bakal suami anda juga akan berbuat begitu kepada anda.





Selamat mencuba~~




Wallahua’lam

4 comments:

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Dear, dear, I LIKE! ;)

p/s: menurut ilmu perubatan, penghasilan ovum mencapai kemuncaknya apabila wanita itu berumur dalam lingkungan 18-20 tahun. Selepas itu, penghasilan ovum mulai merosot sedikit demi sedikit. Dan akhirnya jika wanita itu masih tidak berkahwin pada umur sekitar 30-an, maka tinggallah ovum-ovum yang semakin rendah kualitinya untuk disenyawakan oleh sperma. So, you do the calculation....

Allahua'lam

en_me said...

salam ziarah jerr..

~ Dzar Huzaifa ~ said...

suka artikel ini :)

:-) said...

x suka artikel ni, dlm Islam, wanita ada hak utk tidak dipoligamikan oleh bakal suami, iaitu melalui taklik. Mohon maklum, tak semua wanita sama, mungkin majoriti wanita mungkin akan sampai satu tahap, tak kisah suami berpoligami, tetapi mungkin ada segelintir wanita, yg langsung tidak boleh jika suami berpoligami, hatta Fatimah r.a. tidak mahu berpoligami ketika Ali menyatakan hasratnya. Segelintir wanita yang tidak boleh jika suami berpoligami ini salah satu alasannya ialah, dia akan menjadi nusyuz kepada suaminya, jadi lebih baik memilih jalan yg selamat, iaitu, suami tidak berpoligami.