Friday, December 24, 2010

Apabila suami menjadi matlamat.

(sekadar gambar hiasan)

Baru sebentar tadi saya ada terbaca di facebook,artikel mengenai poligami. ( asal buat artikel baru jer mesti pasal poligami,tak habis-habis ) kesimpulan yang saya dapat dari artikel tersebut adalah isteri-isteri perlulah mempunyai jati diri yang kuat,perlu banyak bersabar dan lain-lain. Nasihat kepada suami yang berpoligami dan juga isteri-isteri yang berpoligami.
Bagi saya bukan hanya isteri pertama atau isteri kedua,ketiga keempat sahaja yang perlu extra sabar n extra jati diri yang kuat tetapi semua wanita islam di atas muka bumi ini seharusnya mempunyai sifat sedemikian. Tahu kenapa? Kerana kebarangkalian suami suami anda berkahwin lagi juga adalah tinggi kerana itu adalah fitrah seorang manusia yang bergelar lelaki.
Saudari-saudari ku, ingatlah bahawa perkahwinan itu bukanlah segala-galanya. Ianya hanyalah wasilah kita untuk menuju matlamat kita yang sebenar iaitu syurga. Jadi apabila anda menjadikan suami anda sebagai matlamat anda secara tidak sedar(bagi yang sudah berkahwin) anda akan merasa sungguh dan tersangatlah kecewa dan sedih dan patah hati dan semua perasaan-perasaan negative akan merasuk hati jiwa dan minda anda apabila suami anda berkahwin lagi atau menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi atau yang lebih parah lagi curang dengan anda.

Sepatutnya anda tidak perlu merasa tertekan atau depressed apabila suami anda kahwin lagi kerana anda seharusnya memahami sedari anda kahwin dengan suami anda lagi anda sedar bahawa perkahwinanku ini adalah wasilah untukku menuju Pencipta ku iaitu Allah untuk mendapat syurganya dan Allah telah memberi aku seorang suami yang dapat membantu ku menuju-Nya. Dan suami ku ini adalah pinjaman Allah kepadaku untuk aku jaga dan taatinya sesuai perintah Penciptaku. Dan aku juga perlu ingat bahawa suami aku ini adalah manusia juga sepertiku. Dia bukanlah malaikat tetapi manusia yang diberi sifat-sifat dan fitrah seorang manusia bernama lelaki.

Apabila kita sebagai isteri memahami bahawa suami hanyalah pinjaman Allah kepada kita dan bukanlah matlamat kita dan segala-segalanya maka tidak susah untuk kita menerima hakikat bahawa suamiku ingin berkahwin lagi.
Bagi yang belum berkahwin pula,ingin saya nasihati dengan sedikit pesanan bahawa untuk mencari Mr.Right atau Mr.Perfect adalah sesuatu yang mustahil. Kerana pertamanya tidak ada manusia yang perfect di dalam muka bumi ini termasuklah diri anda sendiri jadi bagaimana anda mahu mencari the perfect guy?
Rata-rata saya lihat muslimah-muslimah hari ini walaupun sudah sampai masanya tetap tak kahwin-kahwin lagi adalah kerana salah mereka sendiri. Apabila mereka terlalu memilih,mahukan lelaki yang sebegitu dan sebegini mahukan yang kacak yang alim yang pandai yang tinggi yang itu yang ini jadi apabila ada lelaki yang tidak menepati kritirea-kritirea yang mereka sendiri gariskan maka dengan mudahnya mereka akan menolak lelaki-lelaki tersebut. Alangkah kasihannya lelaki-lelaki itu,hanya kerana dia tidak cukup pandai atau tidak cukup kacak maka lamarannya ditolak. Atau muslimah-muslimah ini member alasan yang merek amasih belum bersedia untuk berkahwin kerana umurnya baru 25,26 atau 27. Masih ada masa lagi untuk mencari Mr.Right mereka.

Tidakkah anda terfikir,tatkala anda sibuk menggariskan kritirea-kritirea yang anda mahu pada bakal calon suami anda,di pihak lelaki juga mereka mahukan muslimah muslimah seperti itu dan ini,yang begitu dan begini. Bakal isteri mereka mereka mahukan yang cantik yang gebu yang pandai yang itu yang ini. Dan apa perasaan anda apabila lelaki yang anda minati me-reject anda hanya kerana anda tidak ada satu atau dua kritirea-kritirea yang mereka mahukan? Pasti anda akan terkilan dan anda pasti akan katakan kenapa awak tidak boleh menerima saya seadanya?



Sedarlah,untuk mencari lelaki yang perfect sampai mati pun anda tidak akan menjumpainya. Dan sebelum anda mencari lelaki yang perfect adakah diri anda itu sendiri sudah cukup perfect? Kerana pastinya hanya lelaki yang perfect untuk wanita yang perfect. Jadi untuk mendapatkan Mr.perfect anda sendiri perlulah jadi Mrs.Perfect. barulah sesuai Mr and Mrs Perfect. Bukankah begitu?



Kalau anda mahukan bakal suami anda menerima kebaikan dan keburukan anda seadanya maka anda juga harus berbuat demikian pada bakal suami anda. Cuz what you give you get back. Sekiranya anda boleh memaafkan rupa bakal suami anda yang kurang hensem contohnya berbanding dengan jejaka pujaan anda tetapi oleh kerana dia adalah seorang yang hati baik maka anda menerimanya dengan ikhlas maka bakal suami anda juga akan berbuat begitu kepada anda.





Selamat mencuba~~




Wallahua’lam

Wednesday, December 8, 2010

Ketuanan Melayu ?



Saya hairan dan pelik dengan sikap orang-orang melayu,apabila ‘ketuanan’ melayu dicabuli hak-haknya,dihina atau diperlecehkan pasti ramai yang akan bangkit menentang mempertahankan ‘ketuanan’ melayu ini.

Apakah sebenarnya ‘ketuanan’ melayu ini?

Orang melayu diberi hak-hak istimewa?orang melayu perlu dihormati dan disanjungi?

Persoalannya,

Apa ada pada ketuanan melayu ?

Berbaloikah berjuang bermati-matian demi ketuanan melayu ini?

Apakah hasilnya?

Melayu mendapat hak-hak istimewa?

Itu sahaja?

Kenapa orang melayu yang mengaku beragama islam ini sanggup berjuang mempertahankan bangsanya tetapi tidak agamanya?

Kenapa apabila seorang itu berkorban memperjuangkan bangsanya dan beliau mati dalam keadaan mempertahankan bangsanya beliau dianggap sebagai pahlawan/hero, tetapi apabila seorang itu mahu atau mati memperjuangkan agamanya(Islam) beliau dianggap pengganas?

Hairan saya.

Apabila bangsa melayu dihina,orang-orang melayu bangkit mempertahankannya,tetapi apabila Islam dihina di depan mata kita sendiri,tidak ada seorang pun yang mahu mempertahankannya.

Orang-orang melayu naik berang apabila ada yang mempersoalkan ketuanan melayu tetapi tidak ada pula yang naik berang apabila ketuanan islam dipermainkan.

Ingatlah,

Manusia akan dibangkitkan pada hari akhirat mengikut agama masing-masing bukan bangsanya atau warna kulit,negerinya atau tempat tinggalnya.

Tiada apa pada bangsa hanya nama.

Tiada apa perlu dibanggakan menjadi orang melayu sebaliknya memalukan!

Malu saya berada di dalam negeri yang berbangsa tidak beragama. Memartabatkan bangsa tetapi menghina agama.

Buktinya,

Lihat sahaja di surat khabar….

Berita-berita panas tentang ketuanan melayu,

Adalah bukti memartabatkan ketuanan melayu.

Berita-berita tentang artis-artis dan hiburan,

Adalah bukti menghina islam.

Wanita-wanita dibiarkan mendedahkan aurat,lelaki perempuan dibiarkan bercampur bebas,

Tiada siapa yang peduli.

Tidak hairanlah kes buang bayi semakin meningkat,tidak hairanlah banyak kes khalwat,zina,cabul,rogol yang mana semuanya melibatkan bangsa melayu yang mengaku beragama islam.

Bukan pihak luar yang mencabuli ketuanan melayu tetapi bangsa melayu sendiri. Bukan pihak luar yang menghina orang melayu tetapi melayu itu sendiri.

Kenapa jadi begini?

Kerana melayu tidak memartabatkan islam.

Tidak mengamalkan ajaran islam.

Kerana itu.

Jadi,

Apa ada pada ketuanan melayu,

Pada bangsa melayu?

Yang ada hanyalah

MALU!!!!

Wallahua’lam

Maaf kiranya terkasa bahasa.

Friday, December 3, 2010

Ibu Oh Ibu!



Baru-baru ini saya ada terlihat di kaca TV sebuah “reality show” bertajuk anak derhaka.

Antara perkara-perkara yang disebut adalah tentang kewajipan seorang anak mentaati ibu dalam semua aspek. Seorang anak itu tidak boleh menegecilkan,menyakiti atau mengecewakan insan yang bergelar ibu. Kerana jasa dan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya tidak terbalas oleh si anak. Ibunyalah yang telah mengandungkannya di dalam rahimnya selama 9 bulan,yang telah melahirkannya dengan bersusah payah dan telah menjaga dan mendidik anaknya sehingga besar panjang. Oleh itu seorang anak wajib membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban untuknya.

Panas juga rasanya telinga saya apabila mendengar kata-kata seperti sebesar-besar dosa adalah derhaka kepada ibu bapa,rezeki datangnya daripada ibu,ibu itulah segala-galanya dan seumpamanya. Dan yang lebih memanaskan hati saya ialah imam muda yang dijemput itu langsung tidak menafikan kenyataan-kenyataan di atas. Dan kesimpulan yang saya dapat lihat dari program realiti itu ialah seorang anak itu wajib mentaati dan mendengar arahan ibunya,tidak boleh menderhakai ibu apatah lagi menyakiti hatinya. Kerana ibulah wanita yang paling unggul yang perlu kita hormati,taati dan jagai hatinya.

Persoalannya……

Benarkah begitu?

Benarkah seorang anak itu tidak boleh mengatakan sekalipun perkataan ‘ah’ kepada ibu? Benarkah seorang anak itu wajib mentaati semua perintah,arahan atau kehendak seorang yang bergelar ibu?

Soalan,

Kenapa seorang anak itu wajib mentaati ibunya?

Jawapan yang akan kita dapat ialah kerana ibulah yang telah bersusah payah mengandungkan,melahirkan dan menjaga kita sehingga kita dewasa.

Benarkah jawapan tersebut?

Pasti ramai yang akan mengatakan ya memang benar.

Tetapi ramai di kalangan kita yang masih tidak tahu jawapan yang sebenar-benarnya.

Jawapan yang sebenar-benarnya kepada persoalan di atas tadi ialah kenapa seorang anak itu wajib mentaati ibu nya ialah kerana ALLAH LAH YANG TELAH MENYURUHNYA BERBUAT DEMIKIAN.

Dan seorang anak itu mentaati ibunya hanyalah kerana Allah yang menyuruhnya mentaati ibunya dan menghormatinya.

Persoalannya,

Sejauh manakah ketaatan seorang anak itu terhadap ibunya?

Masayarakat kita hari ini memahami bahawa semua perintah,arahan atau kehendak ibu wajib dituruti oleh si anak,dan sekiranya anak tersebut ingkar maka beliau dikira sebagai anak derhaka.

Dalam bahasa mudahnya,seorang anak itu wajib menjadi hamba abdi kepada ibunya. Segala yang disuruh dituruti dan segala yang dilarang dijauhi.

Hmmm…tidakkah ini sama seperti seorang hamba dengan Tuhannya?

Seorang hamba itu wajib mentaati segala perintah Tuhannya dan menjauhi segala larangannya dan sekiranya seorang hamba itu gagal berbuat demikian maka jadilah ia seorang hamba yang kufur/derhaka pada Tuhannya.

Ketaatan seorang anak terhadap ibunya sama seperti ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya.

Bolehkah begitu?

Seolah-olah ibu itu sama darjatnya dengan Tuhan!

Nauzubillah minzaalik!

Sekiranya ibu itu bukan Tuhan dan Tuhan itu lebih tinggi darjatnya daripada seorang ibu maka wajiblah kita sebagai manusia mentaati Tuhan terlebih dahulu sebelum mentaati ibu.

Benarkan?

Kesimpulannya,

Tuhan menyuruh kita mentaati ibu selagi mana ibu itu tidak melanggar hukum-hukum dan syariat Tuhan.

Dan sekiranya arahan atau permintaan seorang ibu itu melanggar kehendak Tuhan maka wajibkah kita mentaatinya? Sudah tentu tidak.

Kerana yang menciptakan ibu itu ialah Tuhan dan yang menyuruh kita mentaati ibu itu pun juga ialah Tuhan. Sekiranya ibu melanggar arahan Tuhan maka tidak wajiblah kita mentaati ibu.

Kerana Tuhan itu yang terlebih dahulu perlu kita taati kerana TUHANLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN KITA DAN JUGA IBU.

Allah telah menyuruh ibu untuk mengandungkan,melahirkan dan mendidik kita supaya menjadi HAMBA TUHAN BUKAN nya menjadi HAMBA IBU.

Dan ibu perlulah melaksanakan perintah Tuhan dengan ikhlas dan tanpa mengharap balasan dari anak kerana Tuhanlah yang telah menyuruhnya berbuat demikian.

Kerana anak itu ialah AMANAH yang BESAR dari TUHAN yang diberikan pada ibu untuk dijaga AMANAH TUHAN ini dengan baik dan supaya ibu itu Berjaya menjadikan AMANAH TUHAN ini HAMBA TUHAN yang mentaati semua perintahnya dan menjauhi segala larangannya.

Dan jangan pula kita lupa bahawa ibu juga adalah hamba Tuhan. Dan kerana kita semua adalah hamba Tuhan maka kita semua WAJIB MENTAATI TUHAN MELEBIHI SESIAPA PUN DI ATAS MUKA BUMI INI TERMASUK IBU.

Kerana Tuhanlah yang telah menciptakan kita,yang telah memberikan rezeki kesihatan tubuh badan,makanan dan daya upaya kita semuanya datang dari Tuhan. Hatta tanpa rahmat Tuhan maka untuk meminum air dari sebiji gelas pun kita tidak akan mampu tanpa rahmat dari Tuhan.

Tujuan kita diciptakan di muka bumi ini adalah untuk beribadah dan berbakti kepada Tuhan kita yang telah banyak memberikan rahmat dan rezeki kepada kita. Apalah sangat yang ibu kita telah lakukan sehinggakan kita perlu tunduk dan patuh padanya sekalipun ianya bercanggah dengan kehendak Tuhan? Tuhanlah yang telah menciptakan segala sesuatu di muka bumi ini dan yang menggerakkan alam ini.

Jadi, siapalah ibu nak dibandingkan dengan Tuhan?

Janganlah pula ketaatan kita kepada ibu itu menyebabkan kita SYIRIK PADA TUHAN.

Dan suka sekali saya mengingatkan, dimana saya mendengar sendiri dengan anugerah pendengaran yang telah Tuhan berikan kepada saya dimana saya mendengar seorang gadis itu mengatakan di kaca TV bahawa “rezeki itu datangnya dari ibu” dan yang amat menyedihkan dan membakar hati saya ialah imam muda yang berada di sebelah gadis tersebut langsung tidak memperbetulkannya.

Tahukah anda kata-kata gadis tersebut itu adalah kata-kata yang SYIRIK?

Pasti ramai yang tidak menyedari tetapi itulah hakikatnya masyarakat kita di Malaysia ini,langsung tidak mengambil peduli malah saya yakin ramai di antara penonton yang mendengarnya menyetujui kata-kata gadis tersebut.

ASTAGHFIRULLAHHALA’ZIM

Pesanan ini saya tujukan kepada semua ibu-ibu diluar sana termasuk saya. Janganlah kita menjadi ibu yang lupa pada Tuhannya dan sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah AMANAH DARI ALLAH kepada kita untuk kita didik mengikut kehendak ALLAH dan bukannya kehendak kita. Dan ingatlah bahawa di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah ini.

Dan jangan lupa, semua di dunia ini akan terputus amalannya dari kita apabila kita sudah mati kecuali 3 perkara 1. ANAK SOLEH yang mendoakan kita 2. Amal jariyah 3. Ilmu yang bermanfaat.

Bukan sebarang anak yang doanya kepada ibunya yang telah mati akan membantu ibunya tetapi HANYA ANAK YANG SOLEH.

Sekiranya kita mahu anak kita mendoakan kita apabila kita sudah mati maka didiklah anak kita menjadi anak yang soleh mengikut kehendak Allah bukan kehendak kita.

Wallahua’lam