Monday, July 12, 2010

Suami,Isteri dan dot dot dot


When we talk about generations, what do we see? Future generations. Of course we see our kids or as the saying goes pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara. Our teenagers and our kids are our future generations.
I must say that we are losers. You know why? Malaysia diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam,tetapi apa yang menyedihkan adalah statistic tahap jenayah di Malaysia di kalangan remaja menunjukkan kes yang melibatkan kaum melayu adalah yang paling tinggi. Bukankah bangsa melayu sinonim dengan agama Islam? Adakah islam mengajar manusia menjadi seorang penjenayah? Tentulah tidak. Jadi dimana silapnya? Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan remaja berkenaan sepenuhnya,tetapi bagi saya punca mengapa remaja tersebut menjadi ‘rosak’ adalah kerana dari didikan ibu bapa mereka juga. Dan apa yang saya dapati ialah majority remaja-remaja yang bermasalah ini datangnya dari keluarga yang bermasalah. Kebanyakan dari mereka kurang perhatian atau kurang kasih sayang.

Saya yakin ramai yang tahu bahawa punca gejala social di kalangan remaja pada hari ini adalah kerana kurangnya didikan agama. Semua orang tahu. Dan apa yang mereka buat? Mereka hantar anak-anak mereka pergi sekolah agama…… habis cerita. Ibu bapa mengharapkan sekolah-sekolah agama ini dapat menukarkan anak hantu mereka menjadi malaikat. Betulkah tindakan ini? I must say,ianya satu usaha yang baik,tetapi cukupkah hanya dengan mengharapkan kepada sekolah agama 100% untuk mengubah atau mendidik anak kita menjadi seorang manusia yang baik? Sudah tentu tidak. Dan disinilah peranan ibu bapa yang amat penting yang majority di kalangan ibu bapa hari ini terlepas pandang. Si ibu mengharapkan si ayah mendidik anak dan si ayah mengharap si ibu mendidik anak. Sama-sama mengharap dan jadilah anak yang tak boleh diharap. Betulkah begitu? Sedangkan di dalam cerita wonderpets pun ada mengajar kita untuk saling bekerjasama barulah masalah menjadi takda masalah. Kenapa di dalam sebuah rumahtangga si ayah tidak boleh bekerjasama dengan si ibu dalam mendidik anak-anak? Dalam hal ini ada beberapa cara yang saya Nampak dapat membantu ibu dan bapa mendidik anak.

Pertamanya,saya amat-amatlah menyarankan agar ibu-ibu yang bekerja di luar sana untuk berhenti kerja dan jadilah seorang surirumah sepenuh masa. Dengan cara inilah baru anda dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak-anak dan keluarga. Tugas sebagai surirumah itu sahaja sudah berat yang mana semua perempuan yang bergelar isteri tidak akan terlepas dari tanggungjawab ini jadi mengapa di tambah beban di bahu dengan pergi bekerja? Sekiranya anda tetap mahu bekerja,maka jadilah seorang guru. Guru kepada anak-anak anda. Ajarkan mereka ilmu-ilmu yang baru setiap hari. Dengan cara ini barulah hubungan ibu dan anak itu dapat dieratkan. Saya tahu kehidupan di Bandar ini memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Tetapi adakah anda tidak beriman dengan qada dan qadar Allah? Adakah anda menyangka apabila kedua-dua suami dan isteri bekerja,perbelanjaan anda bertambah banyak dan sekiranya salah seorang tidak bekerja perbelanjaan anda menjadi berkurangan? Bukankah Allah telah menetapkan rezeki setiap anak adam itu sejak dia dilahirkan lagi? Jadi mengapa perlu risau? Sejak di sekolah rendah lagi kita sudah diajar tentang subjek bahagi. Kita diajar untuk berkongsi. Jadi mengapa suami dan isteri tidak boleh membahagikan tugas masing-masing dan berkongsi masalah masing-masing? Bukankah Allah telah menetapkan bahawa lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Maka suami adalah ketua keluarga.bukannya isteri. Oleh kerana suami adalah ketua keluarga maka tugas yang paling berat sekali iaitu mencari nafkah untuk menyara keluarga sudah tentulah terletak di atas bahunya.bukan pada isteri. Tugas isteri apabila suami keluar bekerja mencari nafkah untuk keluarga adalah dengan membalas budi suami dengan cara menjaga harta benda suami,menjaga makan pakai suami,menjaga anak-anak suami dan yang paling penting adalah mendidik anak-anak suami. Tetapi saya hairan mengapa wanita-wanita masa kini enggan berbuat demikian. Masing-masing nak tunjuk hero dan nak tunjuk hebat mereka setanding dengan lelaki. Wahai para wanita di luar sana,apabila anda berkeras juga nak bekerja dengan memberi alasan itu dan ini, maka janganlah anda marah dan naik hantu apabila suami anda nak kahwin lagi. Fitrah kaum lelaki mahu diberi perhatian dan dilayani oleh perempuan.. Saya tahu isteri-isteri yang bekerja apabila pulang dari rumah lewat petang,badan pun dah letih nak kena buat itu nak kena buat ini jadi takda masa nak layan suami. Suami pulak bila dah balik lewat petang,penat seharian bekerja,mereka nak apabila balik dari rumah disambut oleh isteri yang berwajah ceria,melayan keperluan suami dan sebagainya. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Isteri-isteri apabila nak keluar bekerja,make up macam bidadari kayangan,tapi apbila di rumah macam nenek kebayan. Macam mana suami tak cari lagi? Anda tak mahu berpoligami tapi anda tidak berusaha membuat suami hanya pandang anda seorang sahaja.

Kalau nak cakap pasal ni,3 hari 3 malam pun tak habis kalau masing-masing tidak ada kesedaran nak berubah. Tidak berani nak berubah dan tidak mahu berubah. Apa yang pastinya,ialah tugas seorang perempuan yang bergelar ibu dan isteri ini,pejabatnya adalah di rumah. Anda bekerja di rumah. Pelanggan anda adalah suami anda. Sebagaimana anda melayan client-client anda di luar sana dengan penuh sopan santun dan berhemah begitulah seharusnya anda melayan suami anda. Tidak mengapa anda tidak pandai memasak,jangan putus asa untuk mencuba. Setiap hari cubalah resipi-resipi baru dan belajarlah dari situ satu demi satu. Dalam hal ini suami perlulah memberi kerjasama dengan membantu menaikkan semangat isteri untuk menjadi seorang surirumah yang baik antaranya dengan cara menjadi pelanggan setia kepada isteri. Apa sahaja yang isteri anda masak setiap hari janganlah teragak-agak untuk mencubanya. Walaupun anda tahu isteri anda tidak sehebat ibu anda dalam bab masakan but why not give her a chance? Mungkin harini tak sedap,mungkin esok sedap. Nasihati isteri dengan baik,berilah kata-kata perangsang kepada isteri untuk memperbaiki bukan sahaja mutu masakannya tetapi juga dirinya hari demi hari. Tak jatuh maruah anda sebagai suami apabila memuji masakan isteri sekiranya sedap. Dengan cara ini isteri bertambah yakin dan ghairah setiap hari mahu mencuba resipi-resipi baru untuk santapan suami.

Apa yang penting? Kerjasama! Itulah yang diperlukan di dalam sesebuah rumahtangga untuk menjadikannya sebuah keluarga yang harmoni. Suami bantu isteri,isteri bantu suami. Saling bantu membantu meringankan beban masing-masing. Dan satu lagi masalah ketara yang saya dapat lihat di kalangan para suami dan isteri adalah mereka tidak menunujukkan yang mereka sayang. Masa tengah hangat bercinta dulu hujan lebat sanggup ku redahi,bila dah jadi bini,kau peganglah payung sendiri…..

Ingatlah hidup di dunia ini tidak lama. Entah esok entah lusa kita akan mati. Hargailah pasangan masing-masing sebelum anda menyesal kemudian hari. We can make it better,its our choice. Tidakkah anda mahu menjadi pasangan suami isteri yang saling cinta mencintai? Become one then you don’t need to watch others and become jealous . its bad for your heart ;)
Always remember,where there is a will there is a way. Its all inyour mind. You decide whether to be happy or not,to love or to hate. Don’t hesitate to change before it is to late….

Dan apabila suami dan isteri saling bantu mambantu dalam rumahtangga,anak-anak tengok ibu bapa bahagia,anak-anak pun gembira dan mendengar kata. Barulah kita boleh mendidik anak-anak dengan ilmu agama. Betulkan diri kita dahulu sebelum kita nak betulkan orang lain termasuk anak-anak. Kerana ibu bapa adalah role model kepada anak-anak. Dan yang paling penting above all adalah ilmu agama.

Wallahua'lam

2 comments:

yippie said...

salam...
saya nk tnye...
ape mksud hurrun ain min raudhatul asyiqeen??

Amiratun Nadhirah said...

wsalam,

maksudnya :

hurrun ain = bidadari2
min = daripada
raudhatul = taman2
asyiqeen = org2 yg mengasyikkan