Friday, July 9, 2010

Ibarat Sebuah Rumah....


Di dalam nak membina sebuah rumah,apakah yang kita perlukan? alat?ilmu?plan? dan apa lagi? sebelum kita hendak membina sebuah rumah sebagai contoh,kita mestilah mempunyai tenaga atau kekuatan untuk nak membuat rumah. Setelah kita mempunyai kekuatan itu,barulah kita pergi mencari ilmu untuk nak buat rumah,setelah kita dah dapat ilmu nak buat rumah then barulah kita buat plan rumah,rumah apa kita nak buat,besar mana dan sebagainya,dan akhir skali barulah kita cari alat-alat untuk membuat rumah,seperti tenaga kerja,bahan-bahan,wang dsbnya...


Ibarat sebuah rumah,begitulah juga diri kita. Seringkali saya mendengar rungutan atau kenyataan-kenyataan seperti apa matlamat hidup saya?apa harus saya buat? dan yang seumpama dengannya. In order for us to achieve something we must put our heart and soul into it and then strive for it. That is the basic rule of life. Begitulah juga di dalam Islam,kalau kita benar-benar nak menjadi seorang hamba allah yang baik dan taat,hati dan perasaan kita hanyalah milik Allah dan allah itu pemilik cinta kita maka kita kenalah berusaha untuk dapatkannya kan? Tapi bagaimana? adakah cukup sekadar menghadiri kelas-kelas agama dan membaca kitab-kitab agama karangan ulama-ulama tersohor dunia? sudah pasti tidak cukup.


Baiklah mungkin anda tak faham, let me put it this way. Sebagai contoh yang paling mudah dan paling banyak didengari, dalam bab kahwin atau jodoh. Ramai di kalangan wanita-wanita masa kini yang sorry to say,dah berumur tapi masih tak kahwin-kahwin lagi. Apabila ditanya kenapa tak kahwin lagi? jawapnya, saya tak jumpa mr.right saya lagi lah. atau dia tak sesuai dengan sayalah atau saya nak yang begini dan begitu dan bla bla bla. So many reasons and yet no answer. Dan apabila di tanya apakah matlamat hidup awak? dengan laju dan penuh yakinnya mereka menyatakan Allah lah matlamat hidup saya. Sekiranya Allah adalah matlamat hidup anda jadi mengapa anda harus memilih dan lorat dalam memilih calon suami? bukankah suami itu hanyalah alat anda untuk menuju Allah? Ibarat anda ke kedai nak beli alat atau mesin pemotong rumput,ada banyak jenis,macam-macam rupa dan harga pun berbeza. Bolehkah anda nak pi try setiap satu mana yang baik mana yang tak? sudah tentu tak boleh kan? anda tetap perlu membuat keputusan pada masa itu yang anda rasakan mana yang paling baik dan berbaloi. dan anda beli mesin tu dan anda pakai. Bukan hanya pada mesin rumput sahaja malah pada semua benda pun termasuklah calon suami. apabila anda sudah berjumpa dengan seorang lelaki yang anda redhai agamanya dan apa yang anda tunggu lagi? pintu hati nak terbuka ? takkan anda nak pi try semua lelaki dulu baru boleh tahu mana yang best atau tak? di mana maruah dan harga diri kita? dan sebelum anda nak memilih calon suami,anda seharusnya ada matlamat hidup dulu. Determine apakah matlamat hidup anda dan carilah pasangan yang dapat membantu anda merealisasikan matlamat anda itu. tapi sebelum anda mempunyai atau menentukan apakah matlamat hidup anda, anda haruslah mempunyai ilmu terlebih dahulu. dan jalan menuntut ilmu itu bukanlah sesuatu yang mudah,anda harus mempunyai kekuatan jiwa dan keinginan yang tinggi untuk mencari,memahami dan mengamalkan ilmu.


Bukalah hati anda untuk menuntut ilmu,kuatkan jiwa anda dalam nak menuntut ilmu. apabila anda sudah berilmu barulah anda tahu apa matlamat hidup anda dan apa yang anda perlukan untuk merialisasikan matlamat anda itu. And so you know that nak menguatkan jiwa itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Itulah yang saya ibaratkan dengan sebuah rumah tadi,sekiranya anda nak bina sebuah rumah batu 2 tingkat,anda memerlukan batu.tapi sekiranya anda nak buat rumah batu tapi anda pi cari kayu. Jadi tak rumah batu anda? Jadilah ia rumah impian batu tapi kayu. Begitulah juga dalam hidup ini,sekiranya matlamat anda adalah Allah. Maka carilah pasangan yang anda yakin boleh membawa anda menuju Allah jangan pula yang sebaliknya.


Sifirnya, 1.kuatkan jiwa anda,bukalah hati anda 2.Tuntutlah ilmu 3.tentukan matlamat hidup anda 4.carilah 'alat' atau apa yang anda perlukan base on matlamat anda itu tadi. Barulah hidup anda tak serabut dan kucar kacir.


Semoga Berjaya ~~ =)


Wallahua'lam


p/s: sekiranya anda tak faham,please let me know. Thanks.

4 comments:

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Nasihat yang ikhlas straight from the heart... harap ada sambungan artikel mengenai kekuatan jiwa ;)

orenBlossom said...

Salam

Saya pernah dengar hadis yang menyebut tentang kalau ada lelaki yang diyakini akhlaknya datang melamar kena terima.

Saya nak tanya, macammana lelaki yang dikatakan diyakini akhlaknya? dan agamanya?



http://orenblossom.blogspot.com

orenBlossom said...

Salam

Saya pernah dengar hadis yang mengatakan apabila datang lelaki yang diyakini akhlahnya maka terimalah.....

Saya nak tanya, macammana lelaki yang dikatakan diyakini akhlaknya dan agamanya?

http://orenblossom.blogspot.com

Amiratun Nadhirah said...

salam saudari oren blossom,

untuk menjawab pertanyaan saudari,bolehlah saudari baca artikel di bawah

http://ustaz.blogspot.com/2009/10/salah-faham-umat-islam-berkenaan-jodoh.html

http://saifulislam.com/?p=4858

wallahua'lam