"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." Ar-Rum (30) : 21
Tuesday, March 2, 2010
Seperti Tin yang Kosong
Sana sini masih lagi hangat dengan isu penggunaan kalimah Allah. Saya hairan melihat masyarakat melayu-malaysia-islam yang suka sangat berdemonstrasi dan menimbulkan “kekecohan” apabila ada sahaja isu hangat tidak kira isu penggunaan kalimah Allah,bantahan ISA dan sebagainya. Suka sangatlah masyarakat melayu-malaysia-islam or so-called islam nak menarik perhatian dan menjadi tumpuan. Ibarat menggoncang sebiji batu dalam tin yang kosong (peribahasa sendiri),bunyi sahaja yang kuat,isinya tiada.
Daripada masyarakat kita dok sibuk ‘angin’ dengan isu penggunaan KALIMAH Allah,adalah lebih baik kita ‘angin’ dengan masyarakat yang tidak sensitive langsung dengan isu perlaksanaan menegakkan kalimah TAUHID. Kita marah bila orang-orang kristian menggunakan kalimah Allah,tapi kita langsung tak marah bila orang tak ikut perintah Allah. Contoh mudah dan terang, isu menutup aurat pun masyarakat kita tak settle lagi kita dok nak bising isi penggunaan kalimah ALLAH. Ada banyak lagi isu-isu besar yang masyarakat kita masih lemah dan jahil lagi janganlah kita dok sibuk pada perkara-perkara yang lain.
Perkataan ALLAH itu sahaja sudah membawa maksud yang besar dan berat,bukan hanya pada nama. Jadilah kita seorang yang menentang sekeras-kerasnya isu penggunaan kalimah Allah tetapi sekiranya amalan kita pun tidak seberapa tidak ada gunanya. Kalau betul lah masayarakat melayu-malaysia-islam yang ada pada hari ini betul-betul mengakui mereka beragama islam dan mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,maka tinggalkanlah amalan-amalan syirik,mantapkanlah hati kita dengan ilmu-ilmu agama,jangan hanya cintakan dunia,ber amallah selagi hayat dikandung badan. Berusahalah semampu kita,sekalipun kita tidak Berjaya seperti apa yang kita harap-harapkan tetapi Allah itu Maha Adil,Allah melihat kepada usaha kita mencari petunjuk-Nya.
Pergilah kita berdemonstrasi menghabiskan tenaga dan suara sedangkan 7 syarat-syarat keimanan diterima pun kita tak tahu,perkara-perkara yang membatalkan iman pun kita tak tahu tidak ada maknanya…. Masyarakat kita masih lagi JAHIL dengan ilmu agama tetapi semuanya mengaku TAHU ilmu agama,masih lagi melakukan perkara-perkara syirik,hanya sibuk dengan hal dunia tiba-tiba nak marah dan mengamuk pulak bila orang kafir menggunakan kalimah Allah?
Saya bukannya nak membincangkan isu penggunaan kalimah Allah sebab dah banyak pun yang memperkatakan tentangnya tetapi apa yang cuba saya sampaikan ialah,masyarakat seharusnya lebih peka kepada isu-isu atau hal-hal yang lebih besar dari sibuk dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Tanyalah diri kita sendiri,cukupkah iman di dada?dijaminkah aku masuk syurga? Sempurnakah islam ku? Jangan hanya tahu menyibuk tepi kain orang tapi diri kita sendiri pun tidak terurus. Khususnya bagi kaum wanita,bab aurat pun kita tak lepas,hati masih berat nak tutup aurat,hubungan dengan lelaki pun kita tak jaga sedangkan itu semua perintah ALLAH yang wajib kita patuhi dan berdosa hukumnya sekiranya kita meninggalkannya,tapi kita dok sibuk nak berpolitik dan buat perkara-perkara yang tak bermanfaat. Janganlah kita hanya islam pada nama tetapi tidak pada perbuatan.
Wallahua’lam. Sekadar peringatan buat diriku yang sering terlupa. Segala salah silap atau terkasar bahasa harap dimaafkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,
betul tu,ada banyak perkara yang lebih berat yang perlu diutamakan..perkara wajib banyak diabaikan, tengok sajelah, berleluasa pembuangan bayi sekarang. ditambah lagi kes penderaan.
salam, just went through ur blog..amiratun nadhirah, a very beautiful name..saya pernah guna nama nie dulu masa zaman chatting =)..x sangka ada org lain yg guna nama nie skrg..papepun, moga istiqamah dlm menegakkan agama Allah..
Post a Comment