Seringkali manusia seperti kita ini lupa dan sering terlupa bahawa betapa pemurahnya Tuhan kita iaitu Allah SWT. Dalam pada kita kecewa,sedih,tertekan dengan berbagai masalah yang menghujani kita,berbagai ujian yang menimpa kita,kita terlupa untuk mensyukuri nikmat rezeki yang Allah berikan kepada kita. Kerana kita selalu terlupa dan keliru dengan makna rezeki. Kita sangkakan bahawa rezeki itu hanya dalam bentuk wang,makanan dan minuman tetapi kita lupa akan nikmat rezeki yang begitu melimpah ruah Allah berikan kepada kita. Kerana salah nampak kita akan rezeki Allah ini maka kita pun lupa untuk mensyukuri nikmat rezekinya kepada kita. Kita kecewa,sedih dan tertekan dengan masalah yang kita rasakan begitu berat sekali. Kita sedih dengan poket yang kosong. Kita tertekan dengan hutang keliling pinggang. Dan berbagai-bagai lagi masalah kita sehari-hari.
Tetapi setiap hari kadangkala kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Sejak dari awal kita mencelikkan mata bangun pagi,kita lupa untuk bersyukur bahawa kita masih bernyawa,masih lagi bernafas untuk melihat dunia ini. bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita tidak dapat mencelikkan mata pada keesokan hari. adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi mati ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki penglihatan,pendengaran dan percakapan yang masih lagi berfungsi. Bagaimanalah agaknya keadaan kita sekiranya kita buta ? atau bisu ? atau pekak ? bagaimanalah keadaan kita?. Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki kaki,tangan dan anggota badan kita yang sempurna dan cukup sifatnya. Bagaimanalah keadaan kita sekiranya tangan kita kudung ? atau kaki kita tempang ? atau anggota badan kita tidak sempurna dan kurang sifatnya? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki masih dikurniakan ibu,ayah,suami,isteri,adik beradik dan anak-anak yang mendampingi kita. bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita hilang salah seorang dari mereka ? atau kita hilang semuanya dan tinggal sebatang kara ? Bagaimanalah keadaan kita ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki memiliki pakaian yang cantik-cantik,rumah yang mewah,kereta yang selesa,memiliki segala isi perabot dan apa yang ada di dalam rumah kita. Bagaimanalah keadaannya sekiranya kita hanya mempunyai sehelai pakaian untuk dipakai? hanya berumahkan pondok atau lebih teruk tidak berumah ? tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak ? tidak memiliki apa yang kita miliki sekarang ? bagaimanalah keadaan kita ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki memakan makanan yang sedap-sedap dan tidak kebuluran. Bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita tidak mempunyai walau sesuap nasi untuk dijamah ? walau seteguk air bersih untuk diminum ? dan selama berhari-hari kita terpaksa mengikat perut ? bagaimanalah keadaan kita ? Kita lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki dikurniakan tubuh badan yang sihat,mempunyai kekasih hati,teman-teman yang sentiasa mendampingi kita. Bagaimanalah keadaan kita sekirana kita sakit ? tidak dicintai dan tidak mempunyai teman-teman atau sesiapa yang peduli tentang kita. sedihkan?
Punca utama yang menyebabkan kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat rezeki yang Allah berikan kepada kita adalah kerana kita terlalu melihat kepada apa yang kita tiada berbanding dengan apa yang kita ada. Kita terlalu melihat kemewahan tanpa melihat kemiskinan. Kita melihat mereka yang di atas tanpa melihat kepada mereka yang di bawah.
Apabila kita mula melihat apa yang kita ada berbandig apa yang kita tiada,apabila kita mula melihat kemiskinan berbanding kemewahan,apabila kita mula melihat apa yang di bawah berbanding apa yang diatas. Kita akan mula menyedari betapa bertuah dan beruntungnya aku,memiliki apa yang akau miliki hari ini,makan apa yang aku makan hari ini. dan dengan cara ini barulah kita boleh benar-benar mensyukuri nikmat rezeki yang melimpah ruah Allah berikan kepada kita saban hari.
Bersyukurlah dengan segala rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita. hargailah apa yang kita miliki. Bak kata pepatah ; Jangan yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran. Jangan sampai Allah menarik balik semua nikmat rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita baru kita terasa akan kehilangannya. walaupun kita tidak mempunyai walau RM10 pada hari ini,tapi bersyukurlah kita masih mempunyai saki baki makanan yang tersimpan di dalam peti. Masih lagi boleh menjamah apa yang ada walau tidak mewah.
bayangkanlah penderitaan mereka-mereka yang berada di negara-negara yang diserang musuh,yang hidup dalam ketakutan,yang tiada tempat tinggal,hatta makanan untuk dimakan. Bayangkanlah.... dan bersyukurlah negara kita masih aman dari serangan walau dengan seribu satu pertelingkahan. Kita masih tidak hidup dengan ketakutan.
Bersyukurlah dengan segala rezeki yang Allah kurniakan. Gunakanlah segala rezeki yang Allah berikan kepada kita itu kejalan yang diredhainya. Taati lah perintahnya,jauhilah larangannya. Ikutilah dan beramallah semampu kita. Sedarlah siapa diri kita...TanpaNya siapalah kita?