Saturday, October 31, 2009

Peringatan Untuk Kita


Sabda Rasulullah : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah Wanita yang solehah." (Hadis riwayat Muslim)

Wanita diciptakan mempunyai matlamat dan tujuan ianya diciptakan.

Pertama : Sebagai Hamba Allah

Kedua : Sebagai Isteri

Ketiga : Sebagai Ibu

Sebagai seorang wanita Islam sekiranya kita adalah seorang isteri atau seorang ibu hendaklah kita berusaha untuk menjadi seorang isteri yang taat kepada perintah suami selagi mana ia memenuhi tuntutan syarak, menjaga maruah diri dan suami,menjaga harta suami dan keluarga serta berusaha mencari ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Begitu juga peranan kita sebagai seorang ibu kepada anak-anak. Tugas kita ialah mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dalam mematuhi dan memenuhi kehendak Allah SWT mengikut panduan dan ajaran yang telah diberikan oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah semampu kita. Kita harus ingat bahawa anak-anak ialah AMANAH Allah kepada kita untuk kita pelihara dan didik mengikut syariat Allah. Anak-anak ialah pinjaman dan amanah Allah kepada kita yang harus kita bertanggungjawab ke atasnya.Dan bukanlah anak-anak kita itu milik kita akan tetapi hanyalah amanah dan pinjaman Allah kepada kita dalam mencapai matlamat dan tujuan Utama kita diciptakan iaitu sebagai Hamba Allah.

Dan sekiranya kita bukanlah lagi bergelar seorang isteri ataupun seorang ibu maka tanggungjawab kita sebagai hamba Allah harus dan wajib kita penuhi. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke perkara yang lebih besar. Bagi mereka yang masih berstatus 'bujang' hendaklah kita sentiasa ingat bahawa Allah lah yang menciptakan kita diatas muka bumi ini yang tanpaNya kita pun tidak akan wujud di dunia ini untuk merasai nikmat yang kita perolehi hari ini. Oleh itu saudari-saudari ku,dalam apa sahaja yang kita lakukan,ingatlah bahawa Allah itu sentiasa melihat dan mengetahui gerak geri,perbuatan serta percakapan kita.

Pendek kata sekiranya saudari-saudari yang masih belum bergelar isteri dan ibu yang hanya mempunyai satu peranan iaitu sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini gagal untuk melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya,maka apalah guna dan manfaat kita hidup di dunia ini ? sedangkan fungsi dan tugas utama kita diciptakan iaitu sebagai hamba Allah pun gagal kita penuhi,apalah yang tinggal pada diri kita ini? ijazah?harta?kecerdikan?kecantikan?....semuanya tidak berguna jika tugas utama kita sebagai hamba Allah pun gagal kita penuhi. Sama-samalah kita bermuhasabah dan berfikir...

There is still a long way to go after we die....Is it Heaven or Hell ? ARE WE PREPARED ?



Wallahua'lam

Friday, October 30, 2009

Nasihat Buat Hati yang Ragu

Usah Bersedih, Bimbang dan Ragu Membuat Keputusan

Imam Tirmizi r.a meriwayatkan dalam sunannya sebuah hadis daripada Abdullah bin 'Abbas r.a yang berkata: Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari dan baginda bersabda : "Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah ALLAH (pelihara hak-NYA), nescaya ALLAH akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH (taati perintah-NYA dan jauhi larangan-NYA), nescaya engkau akan mendapati DIA akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada ALLAH dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada ALLAH.

واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ولو اجتمعواعلى أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك رفعت الأقلام وجفت الصحف

Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah dapat memberi mudharat mereka itu kepada-Mu melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan).”
- Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2516.


Monday, October 26, 2009

Masalah Oh Masalah !



Di dalam dunia ini tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari diuji oleh Allah. Baik berupa ujian dari segi kewangan,rumahtangga,pekerjaan dan sebagainya. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang kita hadapi,baik masalah yang kecil atau yang besar. Sungguhpun begitu,kita harus ingat bahawa sedangkan setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati inikan pula masalah yang kita hadapi hari-hari,pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang yang benar-benar beriman dengan Allah akan mengambil setiap masalah yang dihadapi sebagai ujian atau peluang kepada dirinya. Samada ujian bagi meningkatkan imannya,ujian untuk menjadikan dirinya seorang yang lebih matang atau menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Dia juga akan mengambil ujian atau masalah yang dihadapinya sebagai peluang kepada dirinya. Peluang untuk berubah. Berpindah dari satu fasa ke fasa yang lebih baik. Tetapi ramai diantara kita yang gagal dalam melihat bahawa ujian atau sesuatu masalah itu sebgai ujian buat diri kita dan juga sebagai peluang untuk kita.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”(Al-Ankabut : 2)

Apabila seseorang itu gagal menangani masalah yang dihadapinya dengan baik,maka akan timbullah seribu satu macam masalah lagi seperti tekanan perasaan,stress dan pelbagai penyakit lain. Ini hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Oleh kerana itu kita haruslah mengetahui bagaimana nak menangani masalah yang kita hadapi. Saya bukanlah seorang pakar perunding atau kaunselor,tetapi dengan ilmu saya yang tidak seberapa ini bolehlah saya kongsikan sedikit sedikit sebanyak apa yang saya tahu.

Pertamanya, the first rule in handling a bad situation or a problem is always think positively. Sekiranya apabila datang kepada kita sesuatu masalah atau ujian jika pada mulanya kita sudah memandang ianya sebagai sesuatu yang negative maka tindakan,perbuatan kita yang seterusnya akan menyebabkan kita semakin tertekan dengan masalah yang dihadapi. Tetapi sekiranya kita memandang sesuatu ujian atau masalah itu dengan pandangan yang positif pasti kita akan dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah kita ini dengan mudah. Benda ni memerlukan latihan. Maksud saya ialah memang agak sukar apabila datangnya sesuatu masaah itu kita nak melihatnya sebagai sesuatu yang positif tetapi sekiranya kita telah melatih otak kita untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan pasti ianya akan menjadi mudah. Seperti sentiasa bersangka baik dengan apapun dan sesiapa pun. Dengan cara ini kita dapat melatih otak kita untuk memikirkan perkara yang positif dahulu sebelum perkara yang negative.

Kedua, kita haruslah sentiasa tenang. Ada perkara yang kita perlu take it seriously dan ada perkara yang tidak perlu take it seriously pada waktu itu (masanya belum tiba). Apabila kita tenang dalam menghadapi hidup kita yang hari-hari ditimpa seribu satu masalah,maka kita akan dapat mengatur masalah itu mengikut priority nya. Maksudnya,masalah mana yang perlu difikirkan dahulu dan mencari jalan penyelesaiannya dan masalah mana yang tidak perlu sekarang untuk difikirkan kerana tidak ada apa yang boleh kita buat tentang masalah itu dalam waktu sekrang sekalipun kita bersusah payah memikirkannya. Dengan cara ini kita dapat megurangkan stress dan dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah dengan cepat dan mudah. Sekiranya kita memikirkan kesemua masalah yang kita hadapi secara serentak maka lama-lama kita boleh dapat brain damage…. ;D bukan jadual seharian sahaja yang perlu kita susun mengikut waktu dan masanya tetapi juga masalah kita. Perlu kita susun masalah kita mengikut waktu dan masanya.

Ketiga, sentiasa mengingati Allah. “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”(al-Ra’d : 28)

Ingatlah bahawa setiap ujian atau masalah yang datang semuanya telah ditakdirkan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Tinggal sahaja kita samada pandai mengendalikan masalah tersebut dengan cara yang betul atau salah. Ucapkanlah Innalillahiwainnailaihiraajiuun, setiap kali kita ditimpa masalah.

Keempat, sabar. “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah : 153). Kita harus banyakkan bersabar dengan cara beristghfar dan mengingati Allah supaya kita tidak cepat melatah apabila ditimpa sesuatu masalah.

Kadangkala Sesuatu masalah itu timbul adalah kerana dari kesalahan diri kita sendiri. Oleh itu sebelum kita menuding jari kepada orang lain, lihatlah diri kita sendiri. Tanyakan kepada diri kita, mengapa masalah sebegini boleh timbul? Adakah kerana aku tersilap melakukan itu dan ini.? Sehingga menyebabkan masalah yang aku hadapi ini timbul? Muhasabahlah kembali,kadang kala masalah itu timbul memang berpunca dari diri kita sendiri. Kerana itu kita disuruh mengambil ujian atau masalah itu sebagai satu eluang untuk kita memperbaiki diri supaya kelak tidak akan berulang lagi masalah yang sama. Terimalah nasihat dari sesiapapun sekalipun ianya pahit untuk ditelan. Ingat ! bahawa bukan semua ubat itu manis rasanya. Adakalanya ia terlalu pahit untuk ditelan tetapi kita harus gagahkan juga diri kita untuk menelannya supaya dengan izin Allah kita beroleh manfaat darinya.

Wallahua’lam.

Tuesday, October 20, 2009

Kejahilan yang tersusun

Saya hairan dengan situasi masyarakat melayu di Malaysia ini. Kehidupan masyarakat melayu di Malaysia seolah-olah mempunyai satu sistem yang dimana semua masyarakat melayu mengikuti sistem itu tanpa mereka sedari. Sungguhpun sistem tersebut bercanggah dengan syariat Islam.


Mari kita lihat apa yang sebenarnya saya maksudkan dengan ‘sistem’ yang tersusun. Seseorang melayu yang dilahirkan secara automaticnya menjadi Islam,selepas dilahirkan dijaga dan dibesarkan sehingga usia mencapai 3-4 tahun dimana pada usia ini mereka akan dihantar ke taska atau tadika untuk memulakan sesi pembelajaran di dalam hidup mereka. Setelah meningkat usia 7 tahun,mereka di hantar ke sekolah rendah bagi memulakan sesi pembelajaran yang lebih tersusun mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Setelah meningkat darjah 6,mereka akan mengambil ujian UPSR(yang mana saya pun tak tahu apa tujuan ujian ini sebenarnya). Kemudian mereka akan melangkah masuk pula ke tingkatan 1,fasa pembelajaran sesuai usia keremajaan mereka. Mereka akan mengambil peperiksaan PMR pada usia 15 tahun dan peperiksaan SPM pada usia 17 tahun. Setelah tamat sesi persekolahan mereka akan melangkah masuk pula ke sesi pengajian yang lebih tinggi iaitu di peringkat university/kolej dan seumpamanya. Setelah tamat pembelajaran di peringkat university maka bermulalah fasa ‘bekerja’. Setelah itu mungkin berkahwin mengikut adat istiadat melayu,melahirkan anak,mendidik anak-anak sepertimana mereka dididik dahulu yakni menghantar anak-anak ke sekolah sehingga ke peringkat university dan seterusnya dan benda ini berpusing-pusing dan apakah kesudahannya?


Adakah kita hidup di dunia ini sebagai seorang Islam yang mengamalkan ajaran dan undang-undang islam atau seorang bangsa melau yang beragama Islam yang menetap di Malaysia dan mengikut ajaran yang diterapkan di sekolah-sekolah dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan?

Apakah tujuan dan matlamat hidup kita di dunia ini? Adakah untuk belajar,bekerja,kemudian berkahwin dan berharap hidup bahagia dengan perkahwinan dan anak-anak sahaja? Atau lebih dari itu?


Bukankah tujuan dan matlamat asal kita sebagai manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepadanya? “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”(Adz-Zaariyaat : 56)

Marilah kita bermuhasabah kembali, adakah dengan cara kehidupan kita yang tersusun mengikut sistem yang telah ditetapkan ini membantu kita dalam mengabdikan diri kepada Allah? Sejak dari bangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan percampuran di antara lelaki dan perempuan,atas nama rakan sekelas atau classmate. Sedangkan di dalam islam melarang sama sekali percampuran di antara lelaki dan perempuan kecuali dengan ikatan perkahwinan. Segala ilmu yang kita pelajari sejak dari sekolah rendah sehingga ke peringkat university,adakah semua ilmunya dari sumber yang sahih. Sedangkan di dalam teks sejarah sekolah menengah banyak penipuan dan penyelewengan tentang sejarah dunia. Dan anak-anak kita mempelajari ilmu yang telah ditapis sumbernya dan maklumatnya semata-mata hanya untuk lulus periksa.


Bukankah ianya agak melucukan? Anak-anak kita menjadi seperti robot yang di arahkan untuk ke sekolah mempelajari ilmu yang telah siap dimasak tanpa menokok nambah dan disuruh untuk belajar rajin-rajin supaya boleh lulus periksa. Matlamat anak-anak ke sekolah adalah untuk lulus periksa. Bukannya untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. Sama sahaja dengan mereka yang di peringkat university. Mempelajari bidang-bidang tertentu yang telah ditetapkan untuk mendapatkan sekeping ijazah yang hanya diperbuat daripada kertas supaya membolehkan mereka untuk menggunakan ijazah tersebut bagi menacari pekerjaan. Sekiranya takder nijazah maka tak boleh atau sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Siapakah yang menetapkan sistem pembelajaran sebegini? Yang semua orang akan merasa tidak senang duduk dan tidak kena apabila gagal mendapatkan segulung ijazah. Dan bagi mereka yang Berjaya mendapatkan ijazah pula amat berbangga dengan sijil di tangan mereka. Seolah-olah kita semua ini adalah robot yang telah diprogramkan untuk mempelajari bidang sekian sekian dan mendapat pekerjaan sekian sekian. Masyarakat kita terlalu sibuk mengejar sekeping ijazah,baik master atau pHD. Tetapi tidak ada pun yang sibuk nak mempelajari ilmu agama dengan bersungguh-sungguh sepertimana mereka mempelajari ilmu-ilmu dunia. Bagi mereka ilmu dunia kena belajar sungguh-sungguh sebab nak lulus periksa. Tapi ilmu agama tak perlu sungguh-sungguh sebab takder siapa nak periksa.



Begitulah mentality masyarakat kita yang terlalu taasub dengan sistem pembelajaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa dengan mengikut sistem pembelajaran yang telah ditetapkan inilah yang menyebabkan mereka menjadi jahil agama,taasub buta dan di control oleh kerajaan juga pihak-pihak tertentu. Mereka gentar dan resah apabila anak-anak mereka tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam pelajaran di sekolah atau university sedangkan mereka tidak pula risau atau resah sekiranya anak-anak mereka tidak menutup aurat dan tidak solat.


Bagi mereka agama itu cukup sekadar dengan pergi solat jumaat tiap-tiap hari jumaat,berpuasa di bulan ramadhan,bayar zakat n cukup dengan hanya sesekala mengikuti kelas-kelas agama di masjid atau di surau. Dengan hanya mendengar apa yang disampaikan samada yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan atau menerima apa yang diceramahkan bulat-bulat tanpa mencari adakah ilmu yang aku dapati dari masjid atau surau ini sahih atau tidak.
Mereka sanggup menghabiskan duit beribu-ribu ringgit supaya anak mereka dapat belajar sehingga ke luar Negara. Yang mana mereka tidak sedar apabila anak-anak mereka ke luar Negara itulah yang makin merosakkan anak-anak mereka dengan gejala sosialnya dan sebagainya.bagi mereka adalah satu kebanggaan sekiranya anak-anak mereka menyambung pelajaran di luar Negara terutamanya di Negara-negara barat. Tetapi langsung tidak terdetik di hati mereka untuk memberikan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Cukuplah sekadar anak aku tahu berpuasa di bulan ramadhan dan boleh beraya apabila tiba syawal.


Sungguh tidak malu masyarakat kita ini,mereka tidak mahu mengikut ajaran dan undang-undang islam dengan sebaik-baiknya tetapi tergedik-gedik apabila tibanya syawal. Hari raya ialah hari yang Allah suruh umat Islam bergembira setelah sebulan berpuasa. Tetapi masyarakat kita hanya mahu mengikut yang seronok sahaja. Bab-bab lain yang Allah suruh buat,halal dan haram yang Allah telah tetapkan semuanya mereka langgar. Dan yang lebih melucukan ialah mereka merasa bersalah dan takut sekiranya melanggar lampu isyarat,tidak mempunyai surat nikah,tiada surat beranak atau tidak ke sekolah tetapi mereka tidak pula takut dan rasa bersalah apabila tidak menutup aurat,tidak solat,musafr tanpa mahram dan sebagainya. Mereka lebih taat dan takutkan undang-undang kerajaan melebihi takut dan taat mereka kepada undang-undang Allah. Mereka lebih taat dan takut kepada raja-raja dan perdana menteri melabihi taat dan takut mereka kepada Allah. Sedarkah mereka bahawa yang menciptakan raja-raja dan perdana menteri itu adalah Allah Tuhan sekalian alam? Yang tanpa rahmat dan ihsan daripada-Nya orang-orang islam dan juga kafir,munafik atau yang syirik kepada-Nya masih dapat menikmati hidangan makanan dan meminum air yang menghilangkan dahaga mereka? Yang tanpa rahmat-Nya mereka tidak akan dapat apa yang mereka dapat sekarang?

Hairan…. Allah tuhan yang akan mengadili mereka dan menghukum mereka atas dosa-dosa yang mereka lakukan di dunia ini di akhirat kelak tidak mereka takuti tetapi mereka lebih takutkan ancaman,amaran dan hukuman dari kerajaan yang entah esok lusa akan digulingkan. Siapa tahu?


Wahai muslimin dan muslimat sekalian,ingatlah bahawa Syeikhul islam Muhammad bin Abdul Wahab itu memberontak terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah,bukan kerana kezaliman kerajaan Turki Uthmaniyyah tetapi kerana mereka telah SYIRIK kepada Allah. Dan kita pula yang memang kita tahu kerajaan dan sistem undang-undang di Malaysia ini banyak yang melanggar syariat Allah dan dengan mengikutinya secara membuta tuli kita sebenarnya telah disyirikkan oleh kerajaan yang kononnya mengaku beragama islam dan masih kita tidak sedar? Masih lagi kita mahu taat dan mengikuti sistem yang telah ditetapkan? Jangan salah faham….bukannya saya menyarankan atau mengajak anda untuk memberontak tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir,apakah yang selama hari ini kita buat ni menepati kehendak Allah dan mengikut syariat Islam? Baik dari segi pembelajaran,pekerjaan,perkahwinan dan sebagainya. Benarkah kita hidup ini kita telah mengabdikan diri kepada Allah? Setiap perbuatan dan pekerjaan serta perasaan kita semata-mata hanya untuk Allah. Atau kita telah mensyirikkan Allah? Baik mensyirikkan Allah dengan kerajaan,isteri,ibu-bapa,anak-anak hatta perasaan kita sendiri? Amatlah mudah untuk kita syirik kepada Allah tanpa kita sedari terutamanya bagi kaum wanita yang kerap kali saya lihat melebihkan hati dan perasaan mereka melebihi Allah. Dan mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah mensyirikkan Allah dengan perasaan mereka.

Jadi bagaimanakah solusinya? Kerana itu kita disuruh menuntut ilmu untuk diamalkan bukan untuk lulus periksa atau nak sambung master atau pHD. Adalah lebih penting menuntut dan mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi ilmu-ilmu dunia. Bukan maksud saya ilmu dunia ini tidak penting sama sekali,tetapi ilmu agama itulah lebih peniting jangan sampai ada yang bertanyakan “aqidah tu apa”? which I doubt masih ramai lagi yang tidak tahu aqidah itu apa. Which is,amatlah berbahaya sekali kerana ianya boleh menyebabkan kita syririk dan kufur kepada Allah tanpa kita sedari. Instead of kita hantar anak-anak kita pergi mengaji bidang kejuruteraan atau apa sajalah bidang ke luar Negara yang menelan belanja beribu-ribu ringgit adalah lebih baik kita habiskan duit tersebut menghantar anak-anak kita ke markaz-markaz belajar mengaji secara talaqqi dengn syeikh-syeikh yang berfahaman sunnah. Bukankah nanti anak-anak kita yang SOLEH itu akan mendoakn kita apabila kita sudah tiada? Ingat! Hanya anak yang SOLEH bukan sebarang anak yang doanya diterima oleh Allah apbila kita sudah mati.

Semua yang didunia ini akan terputus hubungannya dengan si mati kecuali 3 perkara. Ilmu yang BERMANFAAT,sedekah jariah dan anak-anak SOLEH yang mendoakn kita. Bukannya master atau pHD kita,bukannya harta kekayaan kita dan bukannya title yang kita sandang tetapi 3 perkara itulah sahaja .

Ini baru bab sistem pembelajaran di Malaysia,belum masuk bab pekerjaan,perkahwinan,adat istiadat dan sebagainya. Yang mana sistem-sistem yang telah ditetapkan inilah yang menyebabkan kita yang mengikutinya telah turut sama menjadi jahil. Dijahil dan disesatkan oleh sistem-sistem yang sedia ada dan lebih malang lagi,kita meredhainya dan mengikutinya atas nama sistem,undang-undang atau yang seangkatan dengannya. Sebab itu tidak hairan banyak amalan dan budaya orang melayu yang bercanggahan dengan syariat. Sebab kita adalah masayarakat robot yang hanya mengikut sistem dan undang-undang sedia ada tanpa mempertikaikan samada ianya menepati syarak atau tidak.

Kita sudah lupa siapa yang menciptakan kita dan tujuan asal kita diciptakan. Apa yang saya lihat berlaku di Malaysia ini seolah-olah kerajaan lah yang telah menciptakan kita,yang memberi kita makan dan minum. Bukannya Allah. Sebab kita lebih takut dan taat pada sistem dan undang-undang kerajaan melebihi takut dan taat kita kepada undang-undang dan sistem yang telah Allah tetapkan.

Naudzubillahiminzaalik! Inilah yang saya maksudkan dengan kejahilan(sistem) yang tersusun.

Wallahua’lam.

Thursday, October 15, 2009

Sejarah Melayu - Tok Janggut

Perjuangan Sebenar Tok Janggut



Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.

Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh zionis kuffar. Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.

Tok Janggut …….
atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei 1915,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,


Zionis kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini (baca: gugusan kepulauan melayu), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. Pemikiran ini telah ditanam dari nenek moyang kita sehinggalah ke generasi hari ini. Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam. Dan Tok Janggut adalah antara figure yang cuba menjalankan kewajipan syahadah ini.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [Surah Al-Baqarah, 2:30]

Di bawah ini disertakan bahan perkongsian yang dipetik dari laman web raykinzoku yang ditulis oleh Tengku Ahmad Zarir, seorang graduate dari Kinki University, Osaka.

Penulis asal berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang
demi agama dan bangsa.

Dahulu, lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya pernah mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut.

Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :

i am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of Tok Janggut’s grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.

Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.

Apa yang saya maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.


Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :

Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.

Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.

Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.

From :
Arkib Negara Malaysia : Hari Ini Dalam Sejarah Online : ” PERANG TOK JANGGUT “

[img]http://iniceritakita.files.wordpress.com/2008/11/184532791.jpg?w=500&h=345[/img]

* Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )

Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?

Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) …..

…. dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !

Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :



Source :
The New York Times Online Archive, 15 November 1914 ( PDF format here )

Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.

Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama – tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..

Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?

Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ” ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).

Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.

Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.

Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “ ).

Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.

Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.

Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas – sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.

Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam – kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.

Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.

Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

BACAAN BERKAITAN

Nasron Sira Rahim, Berita Harian : ” Tok Janggut “

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Rujukan alternatif

Emmeline Tan, The Star Online ; November 24, 2007 : ” One Moment In Time “

The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.

A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.

SP Star : ” Penentangan di Kelantan “

Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.

Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.

Hasrizal Abdul Jamil : ” Hubungan Alam Melayu – Turki : Merentasi Sejarah “

Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.

Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.

Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.

w3.spancity.com/yosri/DaftarT.htm

Tok Janggut

” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.

Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen
setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang
pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.

Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.

Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.

Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.

Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. “

GAMBAR BERKAITAN

PADANG BANK, KOTA BHARU

Padang Bank di Kota Bharu 1930

* Poskad lama awal 1930an, yang memaparkan Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank di Kota Bharu. Imej ” dipinjam ” dari blog Northernmalaya. Turut kelihatan adalah bangunan Istana Jahar. Foto dirakam sekitar 1930an.

Tok Janggut

*dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Ada yang mengatakan ini bukan mayat Tok Janggut tetapi adalah salah seorang pengikutnya yang terbunuh dalam peperangan bersama Tok Janggut, ada yang mengatakan British tersalah mengecam identiti Tok janggut. Bagaimanapun, ia tidak disokong oleh bukti yang kuat. Penulis asal percaya inilah jasad Tok Janggut.

tok janggut digantung

*Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.

18384060jpg

* Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank pada masa sekarang. Foto dirakam awal Jun 2008.

a-bilingual-description-on-tok-janggut-and-his-life-story-and

*diskripsi dwibahasa mengenai Tok Janggut dan kisah hidupnya.


* Keadaan makam Tok Janggut pada masa sekarang di Pasir Pekan. Foto dirakam pada awal Jun 2008. Kawasan di mana jasad Tok Janggut dikebumikan bukanlah tanah perkuburan. Beliau ditanam bersendirian, jauh dari orang lain, di dalam sebuah liang lahad tanpa nisan (sehingga seseorang membuat keputusan untuk meletakkan sesuatu di kuburnya)

9728273

*Penduduk tempatan mahukan Tok Janggut dihormati.


* Tentera British bergambar. Tulisan di kaki mereka jelas menunjukkan Pasir Puteh 14-10-1915. Lebih kurang 5 bulan selepas pemberontakan yang mahsyur itu berlaku di tempat ini. Askar ini dihantar dari Singapore dan gambar ini membuktikan bahawa mereka masih berada di sana walaupun sudah berbulan berlalu sejak kematian Tok Janggut. Mungkin askar ini mahu berjaga-jaga dari pemberontakan yang mungkin berlaku oleh para pengikut Tok Janggut.

Sumber dari of Arkib Negara Malaysia ( National Archive ) search site.

www.kongsiblog.com/per...k-janggut/

Wallahua'lam....