Sunday, November 13, 2011

Jangan Memfitnah Poligami.

Ramai wanita termasuk Ustazah Sunnah, seolah mendakwa Saidina Ali Bin Abi Tholib ra ialah seorang lelaki jahat dan suka mengikut hawa nafsu. Buktinya Rasululullah SAW pernah melarang Ali berpoligami kerana "KONON" takut melukai hati Fatimah tetapi selepas Nabi dan Fatimah wafat, Saidina Ali tetap berpoligami bahkan sampai empat isteri dan juga memiliki 19 orang hamba perempuan !

Al-Jawab, larangan dalam hadis hanya merujuk kepada niat Ali ra untuk menikahi "Anak Abu Jahal" dan larangan itu seperti yang dicatat oleh Imam Al-Bukhari dengan SABDA NABI SAW :
وإني لست أحرم حلالاً ولا أحل حراماً، ولكن والله لا تجتمع بنت رسول الله وبنت عدو الله أبداً.
"Dan aku tidaklah mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram TETAPI demi Allah tidak boleh mengumpulkan diantara anak perempuan rasul Allah dan anak perempuan musuh Allah (dibawah seorang lelaki) itu sama sekali !

Larangan ini semata-mata fitnah dan untuk mengelak musibah yang dikhuatiri menimpa ahli keluarga baginda (khasnya Fatimah) dan Ali ra sendiri semata-mata. Poligami itu halal dan jangan dipersusahkan, para sahabat ra ialah ikutan umat Islam, sunnah mereka juga adalah sunnah ar-rasyidin al-mahdiyin~ mereka lebih memahami sunnah dan sirah rasulullah dari kita !

Link senarai isteri Ali bin Abi Thalib ra :
http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=77452

Saidina Umar ra juga mempunyai ramai isteri ...ini senarai nama isterinya ...

http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=70141

Abu Bakar as-siddiq ra pun mempunyai 4 isteri dan ini senarai nama isteri beliau :

http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=106764

Fiqh Sirah ada usul dan kaedahnya dalam mengambil teladan dari sirah Rasulullah. Tindakan jahil/gopoh membuat kesimpulan dari sirah rasulullah dengan cara yang salah hanya membawa fitnah. Lebih dahsyat apabila mereka hanya mahu mengambil bahagian yang menepati kehendak mereka sahaja !

Tidak mengapa jika anda tidak mahu dimadukan oleh suami, itu tak berdosa tapi janganlah kaitkan dengan sunnah nabi kerana itu sudah dusta !

Fiqh alhayah, tidak berdosa dan tidak mengapa jika kita tidak suka atau tidak menyenangi sesuatu perkara sekalipun ianya halal kerana bukan semua perkara yang halal itu mesti dilakukan. Tetapi apabila kita mencari pasal dengan mengaitkan apa yang kita tidak suka itu dengan sunnah, hadis atau sirah maka kita sudah menimbulkan fitnah dan masalah. Janganlah kerana kita tidak suka dan tidak dapat mene...rima poligami maka kita pun mengaitkannya dengan Fatimah, lalu orang pun berkata Muhammad mengizinkan poligami untuk manusia tetapi tidak pula kepada anaknya sedangkan dalam hadis yang lain baginda pernah bersabda kalau Fatimah itu mencuri nescaya akan ku potong tangannya. Demikian juga para sahabat khulafa' ar-rasyidin yang empat, semuanya berpoligami. Pendek kata, Jangan dikaitkan dengan sunnah apa yang kamu tak suka duduk diam, jangan disebarkan derita kamu itu !

Wallahua'lam.

1 comment:

ummufurqan said...

assalamualaikum mimi, wanita suka mengikut hawa nafsu.. melencong quran dan hadis utk mengikut kehendak sendiri..... semoga diri Allah pelihara dari itu.

Mimi, ana ada cadangan utk blog ustaz emran, mungkin boleh ubah layoutnya jadi bukan background hitam dan tulisan putih yang terlalu kontra dan agak menyilaukan. macam blog mimi ni pun dah cantik :)

Sekadar masukan.. jazakillahu khayran.