"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." Ar-Rum (30) : 21
Wednesday, March 13, 2013
Suami sudah tidak sayang lagi....
Di manakah silapnya? Suamikah yang terlalu sibuk bekerja? Atau isterikah yang tidak pandai melayan suami? Hati semakin jauh ,cinta semakin pudar,kemesraan kasih sayang sudah tidak terasa lagi. Kemanakah sudahnya perkahwinan kita ini abang? Berpisahkah kita? Atau meneruskan sandiwara suami isteri yang tiada maknanya ini? Abang,sudah tidak sayangkah?
Mungkin inilah yang dihadapi rata-rata pasangan suami isteri hari ini. Isteri merasa sedih,berjauh hati dari suami. Suami pula sudah tidak peka lagi perasaan isteri.
Kadangkala saya terfikir,siapakah yang bersalah dalam hal ini? Suamikah? Atau isterikah? Saya bertanya pada suami akan hal ini. Mengapa ramai pasangan merasa (terutama isteri) selalu mengadu dan merasa suami sudah tidak sayang lagi? Benarkah suami sudah tidak sayang?
Ternyata jawapan yang diberikan oleh suami saya sangat terpukul di hati dan patut sekali saya rasakan untuk dikongsi. Katanya, bukanlah cinta dan kasih sayang suami itu hilang,tetapi isterilah yang selalu berburuk sangka pada suami merasa suami sudah tidak sayang lagi. Mengapa isteri merasa begitu? Mungkin kemesraan yang dirasakan isteri seperti di awal perkahwinan sudah tidak semanis sekarang. Mengapa begitu?
Ingatlah bahawa diantara suami dan isteri itu terdapat syaitan-syaitan baik yang berupa manusia ataupun jin yang kerjanya hanyalah untuk suami dan isteri bergaduh,dan apa yang mereka inginkan adalah untuk suami dan isteri itu berpisah. Maka akan bergembiralah syaitan jin dan syaitan manusia apabila perceraian terjadi. Kerana itu kebiasaannya isteri (kerana mereka makhluk yang halus dan mudah digoda perasaannnya) akan merasa ragu-ragu akan cinta suami,merasa suami sudah tidak mesra lagi,merasa suami sudah tidak sayang lagi. Dan ingatlah wahai saudari muslimahku apabila keraguan atau buruk sangka terhadap suami itu datang ketahuilah bahawa engkau sedang dihasut syaitan. Dihasut untuk menjauhi suami,dihasut untuk tidak memberikan layanan yang baik pada suami dengan anggapan bahawa suamiku sudah tidak sayang lagi.
Apabila ianya terjadi pada diri kita,apa yang harus kita lakukan? Bacalah istiazah(meminta perlindungan dari Allah dari godaan syaitan) ,sekiiranya perlu maka berwuduklah. Dan sentiasa ingatkan diri kita akan semua nikmat yang telah allah berikan kepada kita,kebaikan-kebaikan yang suami telah lakukan kepada kita dan bersyukurlah akan nikmat itu semua. Nescaya hati akan merasa tenang. Janganlah seorang isteri itu terlalu mengharap agar suaminyalah yang membelainya,mencintainya,melayaninya dengan penuh mesra,sebaliknya kitalah yang harus berbuat demikian. Biarlah Nampak seperti suami dingin,tapi jangan berputus asa dari mencintai suami sebagaimana suami tidak berputus asa dengan kita,kerana andai suami sudah berputus asa dengan kita nescaya suami akan menceraikan kita dan bersyukurlah kerana hal itu masih belum terjadi. Dan janganlah mengharapkan ianya terjadi. Binalah semula kasih sayang dan cinta yang pernah membara suatu ketika dahulu,hidupkanlah semula api cinta itu. Andai suami tidak menyatakan cinta,kitalah yang menyatakannya. Andai suami tidak memeluk atau mencium kita maka kitalah yang berbuat demikian. Jangan mengahrap suami tapi kitalah yang harus memulakannya. Tidak mengapa jika pada awalnya suami tidak membalas,jangan putus asa teruskan sehingga suami semakin sayang dan kalian akan dapati cinta itu masih membara lagi ! ;)
Saturday, November 17, 2012
Tabarruj
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti o...
Dan sabda nabiNya, مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا
Perumpamaan wanita yang berhias diri di hadapan lelaki yang bukan suami (ahli keluarganya) maka dia seperti kegelapan pada hari kiamat tiada cahaya baginya [riwayat Tirmidzi]
Berhiaslah memakai labuci, manik2, gincu, kasut tinggimu sehingga berjalan tungging jungkit punggungmu, kerana ia petandah wanita munafiqah bak kata nabi SAW 'وَشَرُّ نِسَائِكُمُ المُتَبَرِّجَاتُ المُتَخَيِّلاَتُ وَهُنَّ المُنَافِقَاتُ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ إلاَّ مِثْلَ الغُرَابِ الأعْصَمِ {seburuk2 wanita kamu ialah perempuan bersolek lagi suka berkhayal, mereka itu adalah perempuan munafiq, tidak akan masuk syurga kecuali seperti seperti burung gagak berkaki merah (jaranglah dpt masuk syurga). [riwayat Baihaqi disahihkan oleh Syeikh Albani]
http://www.saaid.net/book/open.php?cat=6&book=345
Menarik dan bagus untuk ikhtibar, pemakaian muslimah adalah tanggungjawab pihak walinya, suami dan kaum lelaki yg menjaganya. Mereka perlu menegurnya dan membimbingnya !
https://www.youtube.com/watch?v=1cffDShLm78
Medan Sebenar Seorang Muslimah
Sesuai dengan hadith (غيّر عتبة بابك) di dalam sahih al-bukhari berkenaan kisah Ibrahim AS yang menyuruh anaknya Nabi Ismail AS menukar muka pintunya (perumpamaan kepada isterinya) kerana selalu merungut dan tidak bersyukur maka ramai wanita salaf pula kita dapati telah memainkan peranan hebat & mustahak mereka dalam ...
Mana ada muslimah yang lebih hebat daripada Khadijah RA, Aisyah RA, Fatimah RA, Asma RA, Sumaiyyah RA, dll ummul mukminin dan sahabiyah dizaman nabi SAW. Merekalah umat yang terbaik dalam beragama namun kita melihat perjuangan/fokus mereka masih tak lari dan berkait dengan rumahtangga, suami dan anak-anak disamping mempertahankan aqidah dan Islam bersama rasulullah SAW.
Itulah medan sebenar wanita, mereka boleh menceburi apa jua bidang tetapi mereka harus cemerlang di medan keluarga dan teguh di belakang suami !
Thursday, May 24, 2012
Training Hala Tuju Muslimah
TTC akan mengadakan satu 'training' Hala Tuju Muslimah pada 27 Mei 2012 (Ahad) bertempat di TTC. Sesiapa yang berminat untuk mendaftar boleh hubungi 03-42604213/016-3329414 {Cik Zaihan}.
Antara diskusi menarik:
*Matlamat Hidup Seorang Muslimah
... *Peranan Wanita di Dalam Islam
*Muhasabah Kewajipan Wanita yang Terabai…’Di Mana Silapnya?’
*Hakikat Perhubungan Lelaki & Wanita di Dalam Islam.
Insya Allah diskusi&perkongsian tentang 'Hala Tuju Muslimah' akan disampaikan oleh:
USTAZ EMRAN BIN AHMAD (Emran Ahmad)
Konsultan Islami &
Pembangunan Insan TTC
{Penulis & Blogger –Pandangan Seorang Ustaz}
Universiti Malaya
Sunday, November 13, 2011
Jangan Memfitnah Poligami.
Al-Jawab, larangan dalam hadis hanya merujuk kepada niat Ali ra untuk menikahi "Anak Abu Jahal" dan larangan itu seperti yang dicatat oleh Imam Al-Bukhari dengan SABDA NABI SAW :
وإني لست أحرم حلالاً ولا أحل حراماً، ولكن والله لا تجتمع بنت رسول الله وبنت عدو الله أبداً.
"Dan aku tidaklah mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram TETAPI demi Allah tidak boleh mengumpulkan diantara anak perempuan rasul Allah dan anak perempuan musuh Allah (dibawah seorang lelaki) itu sama sekali !
Larangan ini semata-mata fitnah dan untuk mengelak musibah yang dikhuatiri menimpa ahli keluarga baginda (khasnya Fatimah) dan Ali ra sendiri semata-mata. Poligami itu halal dan jangan dipersusahkan, para sahabat ra ialah ikutan umat Islam, sunnah mereka juga adalah sunnah ar-rasyidin al-mahdiyin~ mereka lebih memahami sunnah dan sirah rasulullah dari kita !
Link senarai isteri Ali bin Abi Thalib ra :
http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=77452
Saidina Umar ra juga mempunyai ramai isteri ...ini senarai nama isterinya ...
http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=70141
Abu Bakar as-siddiq ra pun mempunyai 4 isteri dan ini senarai nama isteri beliau :
http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=106764
Fiqh Sirah ada usul dan kaedahnya dalam mengambil teladan dari sirah Rasulullah. Tindakan jahil/gopoh membuat kesimpulan dari sirah rasulullah dengan cara yang salah hanya membawa fitnah. Lebih dahsyat apabila mereka hanya mahu mengambil bahagian yang menepati kehendak mereka sahaja !
Tidak mengapa jika anda tidak mahu dimadukan oleh suami, itu tak berdosa tapi janganlah kaitkan dengan sunnah nabi kerana itu sudah dusta !
Fiqh alhayah, tidak berdosa dan tidak mengapa jika kita tidak suka atau tidak menyenangi sesuatu perkara sekalipun ianya halal kerana bukan semua perkara yang halal itu mesti dilakukan. Tetapi apabila kita mencari pasal dengan mengaitkan apa yang kita tidak suka itu dengan sunnah, hadis atau sirah maka kita sudah menimbulkan fitnah dan masalah. Janganlah kerana kita tidak suka dan tidak dapat mene...rima poligami maka kita pun mengaitkannya dengan Fatimah, lalu orang pun berkata Muhammad mengizinkan poligami untuk manusia tetapi tidak pula kepada anaknya sedangkan dalam hadis yang lain baginda pernah bersabda kalau Fatimah itu mencuri nescaya akan ku potong tangannya. Demikian juga para sahabat khulafa' ar-rasyidin yang empat, semuanya berpoligami. Pendek kata, Jangan dikaitkan dengan sunnah apa yang kamu tak suka duduk diam, jangan disebarkan derita kamu itu !
Wallahua'lam.
Tuesday, March 22, 2011
Wanita Melayu Menjadikan Allah Sebagai Jin Lampu

Di Copy Dan Paste dari www.ustaz.blogspot.com
Takala Islam datang membawa hukum keharusan poligami kepada lelaki maka mereka pun melenting dan berkata ini bukanlah sebuah keadilan tetapi sebenarnya kejahatan daripada tuhan dan agama yang mahu menindas golongan wanita. Lelaki tidak wajar dan tidak boleh berpoligami ! Biarkan tuhan mengizinkan tetapi saya sama sekali tidak bersedia untuk suami berpoligami.
Kata-kata mereka yang selalunya dijadikan hujah ialah jika tuhan itu sendiri tidak suka diduakan maka kenapakah wanita-wanita ciptaan tuhan pula mahu diduakan sedangkan kami adalah wanita-wanita yang baik ? Demikianlah ujar mereka yang perasan dirinya sedang disayangi tuhan.
Melihatkan kaum lelaki memonopoli urusan agama maka mereka juga mahu ke depan dan mengambil peranan sebagai hakim dalam urusan syariah. Ketika melihat al-quran dan hadis ditafsirkan dan diajar oleh kaum lelaki maka mereka juga tidak berpuas hati dan mahukan kedudukan yang sama untuk boleh mentafsir al-quran dan hadis demi memastikan tiada kezaliman yang akan dilakukan ke atas diri mereka.
Maka ditafsirlah agama dan disyarahkanlah al-quran dan hadis mengikut kesesuaian mereka dan diterima mana-mana yang tidak menyalahi perasaan dan hawa nafsu mereka sedangkan yang dianggap menindas dan sukar diterima oleh perasaan maka akan tertolaklah ia.
Kita melihat golongan wanita sekarang dan kita merasa kasihan.
Kasihan kerana mereka sedang disesatkan oleh perasaan, hidup dalam keadaan perasan dan setiap hari meneruskan kehidupan demi memenuhi perasaan mereka terhadap sesuatu. Makan dan minum kerana perasaan, berkahwin kerana perasaan dan segala-galanya dilakukan dengan mengikut kehendak perasaan.
Allah swt sebagai Jin Lampu (Khadam kepada kaum wanita)
Di sisi wanita-wanita yang mempertuhankan hawa nafsu dan diri mereka sendiri ini kedudukan Allah swt disamping mereka tidak lebih dari sekadar Teddy Bear yang comel dan diseru serta dipeluk di saat kesunyian, kesedihan dan sebagai teman gomol ketika tidur buat menemani diri mereka dan buat mengadu kesusahan. Manakala di saat kegembiraan, ketika dating dengan "boyfriend" dan sewaktu teman lelaki ajak ke kedai makan maka Allah swt akan dilupakan. Sewaktu dalam dakapan kekasih hati dan lelaki yang dicintai maka soal halal haram akan dihilangkan daripada ingatan.
Seumur hidup mereka bermula daripada soal aqidah (mengenal Allah swt) dan mengenali rasul-Nya tidaklah diambil peduli atau diambil kisah seperti mana mereka mengenali dan mengambil pusing berkenaan artis-artis barat dan pujaan hati. Ibadah mereka sangat caca merba dengan alasan datang bulan sambil bermusim-musim lamanya tidak menunaikan solat dan penuh dengan kelompongan dan kejahilan apabila makna bacaan dalam solat langsung tidak dihiraukan.
Pun begitu mereka akan mengaku sebagai beragama dan sangat cintakan tuhan. Buktinya adalah melalui ucapan dan kad-kad cinta serta nasyid-nasyid yang mengembirakan serta bacaan doa-doa yang dibaca agar Allah swt menjaga mereka agar selama mereka keluar dari rumah dengan tanpa mahram, keluar ke panggung wayang dan berdating dengan pakwe atau kekasih mereka maka mereka akan dipelihara oleh Allah swt.
Bukanlah Allah itu jin lampu yang boleh diseru untuk menunaikan segala hasrat mereka ? apabila ada keperluan maka akan digosok-gosoklah Al-Quran dan dibacalah ia dengan air mata bercucuran kerana telah bercerai, ditinggalkan atau ditipu kekasih hati. Datanglah Allah sekonyong-konyong dan bertanya mereka apakah hasrat kamu ?
Maka mereka pun akan memintalah kepada Allah itu ini...begini dan begitu...lalu berkata : "Thank you Allah.." kalau ada- apa lagi nanti i call you again...i love you...you have been so nice to me...i love you Allah...dengan wajah ceria, senyuman gembira kerana Allah telah memakbulkan hasrat mereka.
Hakikatnya mereka lebih mengasihi pakwe, suami dan kekasih mereka melebihi Allah swt, mereka mensyirikkan-Nya setiap masa tetapi itu tidak mengapa yang penting perasaan mereka terjaga.
Bukankah Islam ini datang untuk menjaga perasaan mereka ? Bukankah Allah itu teddy bear mereka ? Bukankah nabi salallahualaihiwassalam itu adalah rasul yang datang membawakan Islam sebagai motivasi kepada mereka agar dapat berjaya dalam peperiksaan, agar anak-anak mereka taat kepada mereka dan agar suami-suami mengasihi mereka ?
apa yang penting dalam hidup ini ialah diri mereka....perasaan mereka itulah lebih penting daripada bumi dan langit....
Kerana mereka adalah tuhan...
Perasaan itu sebenarnya adalah nafsu yang membawa mereka kepada kehancuran. Syaitan yang sedang menunggang hawa nafsu dan perasaan mereka kepada kesesatan dan mengikut jalan-jalan yang membawa kepada kegelapan.
Islam melarang mengikuti nafsu tanpa batasan
Ramai wanita tidak menyedari bahawa sebenarnya apa yang dianggap sebagai perasaannya itu hakikatnya adalah nafsu. Perasaan cinta itu adalah nafsu, perasaan sayang itu adalah nafsu dan perasaan suka dan berkehendak itu juga adalah nafsu. Nafsu ini boleh membawa kepada kerosakkan dan kehancuran jika tidak dapat dikawal oleh keimanan.
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusof : 53)
Manakala dalam ayat yang lain Allah swt berpesan yang bermaksud : “Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Shaad : 26)
Perasaan manusia itu terbahagi kepada dua, satu ialah bahagian yang fitrah yang menyeru kepada kebaikan dan hati nuraini serta naluri yang menuju kepada kebaikan manakala satu lagi bahagian ialah ruangan syaitan dan pintu masuk kepada kejahatan serta menjadi ruang serta alat untuk digunakan oleh Iblis dan syaitan. Perasaan yang kedua dikenali sebagai emosi dan rasa-rasa di hati yang didalangi oleh kehendak dan kecintaan kepada sesuatu. atau emosi yang terzahir melalui hasil pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara atau sebagai tindak balas terhadap kejadian yang menimpa dirinya.
Bagi perasaan dalam bahagian pertama maka ianya tidak salah dan Islam menitik beratkan persoalan hati dan perasaan manusia. Ini kerana dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat Allah yang mengajarkan hamba-hamba-Nya untuk menjaga hati dan perasaan manusia lain.
Firman Allah swt yang bermaksud :“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima) maka mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah : 262)
Manakala dalam ayat yang seterusnya Allah swt berfirman yang bermaksud : “Perkataan yang baik dan pemberian maaf itu adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al-baqarah : 263)
Berdasarkan ayat di atas, menjaga hati dan perasaan manusia sememangnya merupakan salah satu daripada suruhan agama. Begitu juga dengan perintah supaya tidak bercakap kasar, menghormati orang tua dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka serta lain-lain hal yang berkait bab akhlak dan adab yang diajarkan di dalam Islam semuanya adalah bertujuan untuk menjaga hati dan perasaan manusia kerana Allah swt memuliakan orang-orang yang berakhlak yang pandai memelihara hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan sesama manusia dan makhluk-makhluk-Nya.
Daripada Ibn Mas’ud ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : ““Apabila kamu bertiga , maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa disertai oleh yang seorang lagi , kecuali kamu berada dengan orang ramai , kerana perbuatan tersebut akan menyakitinya (orang ketiga tadi).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Walaubagaimanapun, disebalik segala suruhan supaya menjaga hati dan perasaan manusia kerana ianya merupakan perintah agama maka Allah swt juga memerintahkan manusia supaya tidak mengikut hawa nafsu dan perasaan sehingga melampaui batasan dan menjadikan ianya kiblat ikutan dalam kehidupan.
Ini ialah bahagian kedua perasaan manusia yang menjadi bahan dan alat tunggangan syaitan dalam menyesatkan kaum wanita serta anak adam.
Wanita Melayu mem”Pertuhan”kan Perasaan
Situasi umat Islam sekarang semakin parah dan berada dalam keadaan yang sangat tenat apabila kaum wanita mereka telah pun dikuasai oleh kejahilan dan hawa nafsu yang bernama perasaan.
Melalui perasaan sesuatu hukum agama boleh diterima atau ditolak secara mentah-mentah dan dengan perasaan seseorang wanita boleh mentafsirkan al-quran dan as-sunnah sekalipun tidak boleh berbahasa arab dan jahil tentang hokum hakamnya. Apa yang penting ialah memuaskan hati dan perasaannya.
Mereka beragama juga demi kerana menghilangkan rasa bersalah dan kerana mahu menjaga kestabilan perasaannya. Agama mampu menjaga perasaan dan merasakan diri mereka sedang dalam keadaan dirahmati dan dilindungi oleh tuhan. Perasaan demi perasaan kaum wanita menjadi panduan dalam kehidupan apabila segala-galanya bermula daripada soal jodoh, makanan, pekerjaan dan kehidupannya adalah ditentukan oleh perasaan dan bukanlah lagi Al-Quran dan As-sunnah mahupun Allah selaku tuhan.
Di dalam sebuah forum wanita yang dianjurkan oleh sebuah persatuan wanita maka berbicaralah orang-orang di dalamnya berkenaan hal-ehwal kaum wanita. Segala isu dan cerita yang terkeluar adalah tidak menyalahi lima perkara iaitu : tentang isu yang menyentuh perasaan, apa perasaan kita, kenapa kita berperasaan seperti itu, penegasan bahawa perasaan perlu dijaga, perkongsian perasaan antara satu sama lain.
Sikap mereka ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah kufur kepada tuhan dan mempertuhankan perasaan dan hawa nafsu mereka dengan menjadikan ianya bukan sahaja sebagai Rabb sembahan, Illah dan ikutan sebaliknya menjadikan perasaan mereka sebagai berhala-berhala yang disembah setiap masa dan ketika.
Tanyakanlah mereka kenapakah kamu bersolat ?
Mereka akan menjawab kerana solat itu dapat membuatkan hati menjadi tenteram dan perasaan saya menjadi tenang. Kasihan mereka yang sudah terkeliru dalam sembahan apabila menyangka bahawa kehidupan mereka itu sebenarnya untuk memenuhi perasaan mereka sendiri bukannya untuk mengabdikan diri kepada tuhan di waktu senang dan di waktu sempit.
Kasihan dengan generasi masa depan kerana mereka sama sekali tidak akan bertemu dengan zaman kegemilangan. Masakan umat boleh gemilang jika wanitanya masih tenggelam dalam khayalan perasaan.
Saturday, March 12, 2011
Perkahwinan adalah Wasilah....
Wednesday, March 2, 2011
School Holiday Activities For Kids!

Tuesday, February 22, 2011
Sungguh Jahat!
Isnin Februari 14, 2011
Amalan Poligami Antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim
KUALA TERENGGANU: Amalan berpoligami adalah antara penyumbang kepada kanser pangkal rahim di kalangan wanita berikutan sikap segelintir suami mengabaikan kebersihan diri.
Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Marang Dr. Suhazeli Abdullah berkata, ada isteri-isteri yang mengalami penyakit pembunuh senyap itu, menderita setelah dijangkiti virus daripada lelaki yang berpoligami atau lelaki yang melakukan hubungan seks rambang.
"Kebersihan itu sangat penting bagi lelaki yang berpoligami bagi mencegah kanser pangkal rahim terhadap isteri mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah ”Penyakit Alaf Baru Pembunuh Senyap” anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melibatkan 200 pelajar dan kakitangan UMT di sini, Isnin.
Dr. Suhazeli berkata, sebagai langkah awal bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim, Kementerian Kesihatan menggalakkan semua pelajar perempuan tingkatan satu dan dua mengambil suntikan Human Papillomavirus (HPV). -BERNAMA
Friday, December 24, 2010
Apabila suami menjadi matlamat.
Bagi saya bukan hanya isteri pertama atau isteri kedua,ketiga keempat sahaja yang perlu extra sabar n extra jati diri yang kuat tetapi semua wanita islam di atas muka bumi ini seharusnya mempunyai sifat sedemikian. Tahu kenapa? Kerana kebarangkalian suami suami anda berkahwin lagi juga adalah tinggi kerana itu adalah fitrah seorang manusia yang bergelar lelaki.
Saudari-saudari ku, ingatlah bahawa perkahwinan itu bukanlah segala-galanya. Ianya hanyalah wasilah kita untuk menuju matlamat kita yang sebenar iaitu syurga. Jadi apabila anda menjadikan suami anda sebagai matlamat anda secara tidak sedar(bagi yang sudah berkahwin) anda akan merasa sungguh dan tersangatlah kecewa dan sedih dan patah hati dan semua perasaan-perasaan negative akan merasuk hati jiwa dan minda anda apabila suami anda berkahwin lagi atau menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi atau yang lebih parah lagi curang dengan anda.
Sepatutnya anda tidak perlu merasa tertekan atau depressed apabila suami anda kahwin lagi kerana anda seharusnya memahami sedari anda kahwin dengan suami anda lagi anda sedar bahawa perkahwinanku ini adalah wasilah untukku menuju Pencipta ku iaitu Allah untuk mendapat syurganya dan Allah telah memberi aku seorang suami yang dapat membantu ku menuju-Nya. Dan suami ku ini adalah pinjaman Allah kepadaku untuk aku jaga dan taatinya sesuai perintah Penciptaku. Dan aku juga perlu ingat bahawa suami aku ini adalah manusia juga sepertiku. Dia bukanlah malaikat tetapi manusia yang diberi sifat-sifat dan fitrah seorang manusia bernama lelaki.
Apabila kita sebagai isteri memahami bahawa suami hanyalah pinjaman Allah kepada kita dan bukanlah matlamat kita dan segala-segalanya maka tidak susah untuk kita menerima hakikat bahawa suamiku ingin berkahwin lagi.
Tidakkah anda terfikir,tatkala anda sibuk menggariskan kritirea-kritirea yang anda mahu pada bakal calon suami anda,di pihak lelaki juga mereka mahukan muslimah muslimah seperti itu dan ini,yang begitu dan begini. Bakal isteri mereka mereka mahukan yang cantik yang gebu yang pandai yang itu yang ini. Dan apa perasaan anda apabila lelaki yang anda minati me-reject anda hanya kerana anda tidak ada satu atau dua kritirea-kritirea yang mereka mahukan? Pasti anda akan terkilan dan anda pasti akan katakan kenapa awak tidak boleh menerima saya seadanya?

Kalau anda mahukan bakal suami anda menerima kebaikan dan keburukan anda seadanya maka anda juga harus berbuat demikian pada bakal suami anda. Cuz what you give you get back. Sekiranya anda boleh memaafkan rupa bakal suami anda yang kurang hensem contohnya berbanding dengan jejaka pujaan anda tetapi oleh kerana dia adalah seorang yang hati baik maka anda menerimanya dengan ikhlas maka bakal suami anda juga akan berbuat begitu kepada anda.

Selamat mencuba~~
Wallahua’lam
Wednesday, December 8, 2010
Ketuanan Melayu ?

Saya hairan dan pelik dengan sikap orang-orang melayu,apabila ‘ketuanan’ melayu dicabuli hak-haknya,dihina atau diperlecehkan pasti ramai yang akan bangkit menentang mempertahankan ‘ketuanan’ melayu ini.
Friday, December 3, 2010
Ibu Oh Ibu!

Baru-baru ini saya ada terlihat di kaca TV sebuah “reality show” bertajuk anak derhaka.
Antara perkara-perkara yang disebut adalah tentang kewajipan seorang anak mentaati ibu dalam semua aspek. Seorang anak itu tidak boleh menegecilkan,menyakiti atau mengecewakan insan yang bergelar ibu. Kerana jasa dan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya tidak terbalas oleh si anak. Ibunyalah yang telah mengandungkannya di dalam rahimnya selama 9 bulan,yang telah melahirkannya dengan bersusah payah dan telah menjaga dan mendidik anaknya sehingga besar panjang. Oleh itu seorang anak wajib membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban untuknya.
Panas juga rasanya telinga saya apabila mendengar kata-kata seperti sebesar-besar dosa adalah derhaka kepada ibu bapa,rezeki datangnya daripada ibu,ibu itulah segala-galanya dan seumpamanya. Dan yang lebih memanaskan hati saya ialah imam muda yang dijemput itu langsung tidak menafikan kenyataan-kenyataan di atas. Dan kesimpulan yang saya dapat lihat dari program realiti itu ialah seorang anak itu wajib mentaati dan mendengar arahan ibunya,tidak boleh menderhakai ibu apatah lagi menyakiti hatinya. Kerana ibulah wanita yang paling unggul yang perlu kita hormati,taati dan jagai hatinya.
Persoalannya……
Benarkah begitu?
Benarkah seorang anak itu tidak boleh mengatakan sekalipun perkataan ‘ah’ kepada ibu? Benarkah seorang anak itu wajib mentaati semua perintah,arahan atau kehendak seorang yang bergelar ibu?
Soalan,
Kenapa seorang anak itu wajib mentaati ibunya?
Jawapan yang akan kita dapat ialah kerana ibulah yang telah bersusah payah mengandungkan,melahirkan dan menjaga kita sehingga kita dewasa.
Benarkah jawapan tersebut?
Pasti ramai yang akan mengatakan ya memang benar.
Tetapi ramai di kalangan kita yang masih tidak tahu jawapan yang sebenar-benarnya.
Jawapan yang sebenar-benarnya kepada persoalan di atas tadi ialah kenapa seorang anak itu wajib mentaati ibu nya ialah kerana ALLAH LAH YANG TELAH MENYURUHNYA BERBUAT DEMIKIAN.
Dan seorang anak itu mentaati ibunya hanyalah kerana Allah yang menyuruhnya mentaati ibunya dan menghormatinya.
Persoalannya,
Sejauh manakah ketaatan seorang anak itu terhadap ibunya?
Masayarakat kita hari ini memahami bahawa semua perintah,arahan atau kehendak ibu wajib dituruti oleh si anak,dan sekiranya anak tersebut ingkar maka beliau dikira sebagai anak derhaka.
Dalam bahasa mudahnya,seorang anak itu wajib menjadi hamba abdi kepada ibunya. Segala yang disuruh dituruti dan segala yang dilarang dijauhi.
Hmmm…tidakkah ini sama seperti seorang hamba dengan Tuhannya?
Seorang hamba itu wajib mentaati segala perintah Tuhannya dan menjauhi segala larangannya dan sekiranya seorang hamba itu gagal berbuat demikian maka jadilah ia seorang hamba yang kufur/derhaka pada Tuhannya.
Ketaatan seorang anak terhadap ibunya sama seperti ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya.
Bolehkah begitu?
Seolah-olah ibu itu sama darjatnya dengan Tuhan!
Nauzubillah minzaalik!
Sekiranya ibu itu bukan Tuhan dan Tuhan itu lebih tinggi darjatnya daripada seorang ibu maka wajiblah kita sebagai manusia mentaati Tuhan terlebih dahulu sebelum mentaati ibu.
Benarkan?
Kesimpulannya,
Tuhan menyuruh kita mentaati ibu selagi mana ibu itu tidak melanggar hukum-hukum dan syariat Tuhan.
Dan sekiranya arahan atau permintaan seorang ibu itu melanggar kehendak Tuhan maka wajibkah kita mentaatinya? Sudah tentu tidak.
Kerana yang menciptakan ibu itu ialah Tuhan dan yang menyuruh kita mentaati ibu itu pun juga ialah Tuhan. Sekiranya ibu melanggar arahan Tuhan maka tidak wajiblah kita mentaati ibu.
Kerana Tuhan itu yang terlebih dahulu perlu kita taati kerana TUHANLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN KITA DAN JUGA IBU.
Allah telah menyuruh ibu untuk mengandungkan,melahirkan dan mendidik kita supaya menjadi HAMBA TUHAN BUKAN nya menjadi HAMBA IBU.
Dan ibu perlulah melaksanakan perintah Tuhan dengan ikhlas dan tanpa mengharap balasan dari anak kerana Tuhanlah yang telah menyuruhnya berbuat demikian.
Kerana anak itu ialah AMANAH yang BESAR dari TUHAN yang diberikan pada ibu untuk dijaga AMANAH TUHAN ini dengan baik dan supaya ibu itu Berjaya menjadikan AMANAH TUHAN ini HAMBA TUHAN yang mentaati semua perintahnya dan menjauhi segala larangannya.
Dan jangan pula kita lupa bahawa ibu juga adalah hamba Tuhan. Dan kerana kita semua adalah hamba Tuhan maka kita semua WAJIB MENTAATI TUHAN MELEBIHI SESIAPA PUN DI ATAS MUKA BUMI INI TERMASUK IBU.
Kerana Tuhanlah yang telah menciptakan kita,yang telah memberikan rezeki kesihatan tubuh badan,makanan dan daya upaya kita semuanya datang dari Tuhan. Hatta tanpa rahmat Tuhan maka untuk meminum air dari sebiji gelas pun kita tidak akan mampu tanpa rahmat dari Tuhan.
Tujuan kita diciptakan di muka bumi ini adalah untuk beribadah dan berbakti kepada Tuhan kita yang telah banyak memberikan rahmat dan rezeki kepada kita. Apalah sangat yang ibu kita telah lakukan sehinggakan kita perlu tunduk dan patuh padanya sekalipun ianya bercanggah dengan kehendak Tuhan? Tuhanlah yang telah menciptakan segala sesuatu di muka bumi ini dan yang menggerakkan alam ini.
Jadi, siapalah ibu nak dibandingkan dengan Tuhan?
Janganlah pula ketaatan kita kepada ibu itu menyebabkan kita SYIRIK PADA TUHAN.
Dan suka sekali saya mengingatkan, dimana saya mendengar sendiri dengan anugerah pendengaran yang telah Tuhan berikan kepada saya dimana saya mendengar seorang gadis itu mengatakan di kaca TV bahawa “rezeki itu datangnya dari ibu” dan yang amat menyedihkan dan membakar hati saya ialah imam muda yang berada di sebelah gadis tersebut langsung tidak memperbetulkannya.
Tahukah anda kata-kata gadis tersebut itu adalah kata-kata yang SYIRIK?
Pasti ramai yang tidak menyedari tetapi itulah hakikatnya masyarakat kita di Malaysia ini,langsung tidak mengambil peduli malah saya yakin ramai di antara penonton yang mendengarnya menyetujui kata-kata gadis tersebut.
ASTAGHFIRULLAHHALA’ZIM
Pesanan ini saya tujukan kepada semua ibu-ibu diluar sana termasuk saya. Janganlah kita menjadi ibu yang lupa pada Tuhannya dan sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah AMANAH DARI ALLAH kepada kita untuk kita didik mengikut kehendak ALLAH dan bukannya kehendak kita. Dan ingatlah bahawa di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah ini.
Dan jangan lupa, semua di dunia ini akan terputus amalannya dari kita apabila kita sudah mati kecuali 3 perkara 1. ANAK SOLEH yang mendoakan kita 2. Amal jariyah 3. Ilmu yang bermanfaat.
Bukan sebarang anak yang doanya kepada ibunya yang telah mati akan membantu ibunya tetapi HANYA ANAK YANG SOLEH.
Sekiranya kita mahu anak kita mendoakan kita apabila kita sudah mati maka didiklah anak kita menjadi anak yang soleh mengikut kehendak Allah bukan kehendak kita.
Wallahua’lam
Thursday, October 28, 2010
Poligami ; Satu Alternatif

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengupdate blog. I have come up with an idea to write about polygamy. Which I know every women or maybe most hate to talk about.
Setelah saya melihat dan berfikir kembali, mengapa dan kenapa kes perceraian di Malaysia semakin menjadi-jadi,tidak kurang juga kes-kes jenayah atau ‘kerosakan akhlak’ di kalangan anak-anak semakin meningkat? Apa yang saya dapati ialah,majority kes-kes jenayah di kalangan remaja atau pelajar sekolah,kebanyakkan dari pesalah-pesalah ini datangnya dari keluarga yang berpecah belah,samada ibu bapa mereka bercerai atau menghadapi krisis rumahtangga yang serius.
Dan saya juga mendapati bahawa kebanyakkan atau majority ibu bapa di Malaysia khususnya seakan-akan fobia akan krisis rumahtangga yang semakin menjadi-jadi menyebabkan mereka mengawal atau mempersiapkan anak-anak mereka agar apabila mereka sudah berkahwin nanti tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti perceraian atau penganiayaan. Tindakan mereka ini menyebabkan anak-anak yang sudah sampai masa untuk berkahwin tidak dapat berkahwin kerana alasan-alasan dari ibu bapa seperti tidak habis belajar,belum bekerja,pasangan mereka tidak menepati criteria-kriteria yang mereka kehendaki atau tidak bersedia. (If I continue on writing about our parents typical attitude I am going far away from what I want to actually write about) so,this ends here.
Baiklah,berbalik kepada topic yang saya ingin ketengahkan. Rata-rata saya dapati majority perempuan-perempuan yang bermastautin di KL ini terutamanya adalah mereka-mereka yang bekerja. Kos sara hidup yang tinggi di kota metropolitan ini menyebabkan kedua-dua pasangan suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung hidup di kota yang mencabar ini. Secara fitrahnya,perempuan itu tempatnya di rumah,kerana seorang perempuan itu adalah surirumah kepada suaminya,kerana beliaulah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal rumahtangga dari mengemas,memasak,membasuh dan mengasuh anak-anak. Tugas-tugas seorang surirumah itu sedari pagi beliau bangun dari tidur sehinggalah ke malam hari dan tugasnya tamat adalah apabila mereka tidur. Sekalipun seorang wanita itu bekerja mancari nafkah membantu suami dalam ekonomi rumahtangga,apabila beliau pulang ke rumah pada petang hari,beliau tetap perlu menjalanksn tugas-tugas beliau sebagai seorang isteri(melayan suami) dan sebagai seorang ibu(melayan kerenah anak-anak) tidak dicampur lagi dengan tugas-tugas yang lain seperti membasuh,mengemas dan memasak.
Jadi anda bayangkan seorang wanita yang sedari pagi bangun untuk menyiapkan pakaian serta sarapan suami dan anak-anak terpaksa pula pergi bekerja di pejabat sehinggalah ke petang barulah pulang bersama-sama suami yang juga penat seharian bekerja,terpaksa pula melayan suami yang kepenatan dan menyiapkan makanan keluarga yang kelaparan. Jadi bagaimana dengan keadaan wanita itu sendiri? Tidakkah beliau juga kepenatan seperti sang suami? Sudahlah penat bekerja,terpaksa pula melayan suami dan anak-anak. Lebih parah lagi apabila sang suami langsung tidak membantu dirinya dalam menguruskan serba sedikit hal-hal rumahtangga. Menyebabkan lama-kelamaan isteri yang kepenatan bekerja ini yang terpaksa bekerja pula di rumah mengalami tekanan kerana tanggungjawab yang banyak dan tidak henti-henti. Maka berlakulah pertengkaran di antara suami dan isteri dimana seorang isteri yang mengalami tekanan kerana kepenatan bekerja naik marah kepada suami yang mengharapkan perhatian dan tidak membantu meringankan bebannya sebaliknya hanya mengarahnya itu dan ini. Dari sekecil-kecil hal seperti inilah maka timbulnya hal-hal yang lebih besar seperti suami tidak pulang ke rumah,suami curang dan sebagainya. Saya tidak menyalahkan pihak suami seratus peratus kerana tidak mahu pulang ke rumah atau berlaku curang dengan isteri. Kerana lelaki fitrahnya memang mahukan perhatian dan layanan daripada perempuan(isterinya). Jadi sekiranya seorang suami pulang ke rumah tidak mendapat layanan yang mesra dari isteri untuk menghilangkan kepenatan beliau bekerja kerana isterinya juga yang kepenatan bekerja tidak mampu secara kudratnya untuk melayani suami menyebabkan si suami ini tadi merasa malas untuk pulang ke rumah kerana tiada bezanya beliau pulang ke ruamh sekiranya isteri tidak mampu melayani mereka. Dan alternative mereka adalah melepak bersama kawan-kawan sekerja yang senasib dengannya atau mencari perempuan lain yang boleh melayani mereka. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Suami atau isteri?
Seperti fitrah wanita ingin disayangi dan dibelai oleh suami begitu juga fitrah suami ingin dilayan dan dimanjakan oleh isteri. Kerana dengan senyuman dan kucupan mesra dari isteri tercinta merekalah yang dapat menghilangkan segala rasa penat dan lelah mereka seharian bekerja mencari nafkah. Jika seorang suami itu merasa gembira disambut isteri dengan senyuman mesra apabila pulang ke rumah tidakkah seorang isteri itu juga turut gembira melihat suami? Kerana seorang isteri yang benar-benar mencintai suaminya hanya mahukan suaminya sentiasa gembira dan tersenyum. Manakala wanita-wanita yang hanya mahu mengongkong suami dan hanya mengharap itu dan ini dari suami tanpa memberikan apa-apa kepada suami sebagai balasan bagi saya mereka-mereka ini adalah wanita-wanita yang mementingkan diri sendiri dan tamak.
Wanita-wanita ini hanya mahukan suami mereka tetap terus menyayangi mereka hanya seorang. Mereka akan mudah marah nak mengamuk sekiranya mereka mendapat tahu suami berlaku curang atau ingin berkahwin lagi. Terus terang saya katakan,wanita-wanita seperti ini adalah wanita-wanita yang tamak dan hanya mementingkan diri mereka sendiri. Mereka sudah maklum bahawa kesibukan mereka bekerja di pejabat tidak memampukan mereka melayani kerenah suami dan anak-anak sepenuh perhatian namun mereka tetap enggan membenarkan suami-suami mereka berkahwin lagi.
Seharusnya wanita-wanita yang suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi ini bersyukur kerana suami mereka berterus terang dengan mereka ingin berkahwin lagi dan bukannya mereka(suami) berlaku curang terhadap isteri. Bukanlah seorang suami itu dengan menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin lagi itu menandakan mereka tidak menyayangi isterinya tetapi mereka memahami bahawa isterinya seorang sahaja tidak mampu untuk bekerja membantunya mencari nafkah sekaligus menjadi surirumah yang Berjaya. Kerana itulah poligami menjadi satu alternative.
Bayangkan anda mempunyai seorang madu(suami berkahwin lagi). Bukankah dengan mempunyai 2 orang isteri tugas-tugas sebagai seorang isteri dapat dikurangkan? Contohnya isteri pertama adalah surirumah sepenuh masa,bertanggungjawab dalam menjaga makan,pakai dan hal-hal rumahtangga yang lainnya dan isteri kedua pula dapat bekerja membantu suami mencari nafkah bagi meringankan beban keluarga. Suami mendapat seorang isteri yang dapat membantunya mencari nafkah dan juga seorang lagi isteri yang dapat menguruskan hal-hal rumahtangga. Kepulangan suami dapat disambut baik oleh isteri yang menjadi surirumah kerana tidak terbeban perlu bekerja dan isteri kedua tidak perlu khuatir dan berpenat lelah melayani suami mereka dan menguruskan hal-hal rumahtangga yang lainnya. Dengan cara ini suami merasa gembira dan bahagia isteri merasa tenang dan selesa. Apabila suami kita gembira dan bahagia tidakkah kita juga turut merasainya?
Hanya jika anda seorang wanita yang tamak tidak mahu berkongsi suami yang hanya pentingkan diri sendiri mahu kehendaknya sahaja yang terpenuhi,sekiranya suatu hari nanti suami yang anda kepung dan cinta bagai nak mati itu menceraikan anda kerana perempuan lain,maka tidak ada gunanya anda menggigit kaki sekalipun kerana baru anda akan menyedari bahawa penat anda mencintai suami bagai nak mati tapi apa yang anda perolehi ? ditinggalkan seorang diri rasa nak mati. Sudah tidak ada maknanya lagi.
Fikir-fikirkanlah,adakah anda benar-benar mencintai suami?atau hanya pentingkan diri sendiri? Poligami itu boleh menjadi indah dan seronok sekiranya anda sendiri yang mahukan ianya menjadi seperti itu. Most people are as happy as they make up their minds to be. Make the change you want to see in the world. Adapun soal cabaran dan ujian berpoligami,sekiranya anda mampu menghadapinya dengan tenang then you have made yourself even better and what else can I say,you are a winner!
Action speaks louder than words, so make it happen and you’ll see that you have changed to be an even a better person.
Wallahua’lam….
Monday, July 12, 2010
Suami,Isteri dan dot dot dot



Always remember,where there is a will there is a way. Its all inyour mind. You decide whether to be happy or not,to love or to hate. Don’t hesitate to change before it is to late….
Friday, July 9, 2010
Ibarat Sebuah Rumah....

Saturday, April 17, 2010
Menghinakan Diri Di Bumi Sendiri...
Kapal Flor De La Mar milik Portugis ( Replika )
- Nama kapal ni ialah FLOR DE LA MAR.
- Sebuah kapal Portugis yang dibina di Lisbon.
- Digunakan sebagai kapal perang induk ketika menghadapi perang di laut.
- Kapal perang utama yang mengetuai angkatan laut untuk menyerang Melaka pada tahun 1511.
- Digunakan oleh Alfonso De Albuquerque untuk berulang alik ke Goa( India ) dan Lisbon.
- Diakui sebagai kapal milik Portugis yang paling besar dan mempunyai peralatan perang yang serba lengkap.
- Terlanggar batu karang dekat Jambu Aye, Acheh pada malam 1512 dan tenggelam. Bersemadi di dasar Laut Selat Melaka sejak lima kurun yang lalu.
Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal yang mashyur. Sebelum tahun 1511, ia merupakan sebuah kapal perang harapan kepada bangsa Portugis dalam mengekalkan penguasaan mereka di Goa, India pada kurun ke 16. Selepas tahun 1511, kehebatan kapal ini bertambah lagi. Kali ini bukan disebabkan menang dalam peperangan, sebaliknya kerana ia pecah dua dan tenggelam setelah dilanda ribut taufan dan terlanggar batu karang besar berdekatan dengan Tanjung Jambu Aye, Acheh dalam tahun 1512. Tenggelamnya ia di dasar laut Selat Melaka yang gelap dan berlumpur itu terus menjulang kemashyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga seperti emas, intan berlian, barang-barang tembaga yang diambil dari Istana Melaka yang hancur akibat diserang Portugis itu.
Demikianlah kehebatan kapal yang bernama Flor De La Mar sehingga kini, kerajaan Negeri Melaka tidak sanggup untuk melupakan kapal ini, walaupun ianya sudah bersemadi begitu lama di dasar laut. Sebagai tanda ingatan, ianya dibina semula mengikut rekabentuk asalnya, tetapi bukan untuk kapal perang sebaliknya replika ini dijadikan Muzium Samudera tanda ingatan kepada Kapal Flor De La Mar. Replika muzium kapal terbesar ini berharga RM 3.8 juta. Direka oleh arkitek dari Jabatan Kerja Raya, Encik Kamarudin bin Mohd. Said dan dibina dengan menggunakan kayu jenis bermutu tinggi oleh orang pembuat kapal yang mahir dan terkenal di negeri Terengganu. Muzium Samudera ini dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai oleh Dato’ Seri Dr.Mahathir b.Mohamad, pada 13hb Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di tepi Sungai Melaka, tempat yang dipercayai berlakunya serangan Angkatan Portugis ke atas Melaka kira-kira lima kurun yang lalu. Muzium Samudera ini dibina begitu rupa bagi menimbulkan suasana sebenar berada di dalam sebuah kapal yang sedang belayar dengan susunan-susunan peralatan pelayaran yang bersejarah. Terdapat beberapa pameran yang berkaitan dengan sejarah pelayaran dan kesultanan Melaka dipamerkan di dalam muzium tiga tingkat ini. Paparan sejarah banyak dilahirkan dalam bentuk tulisan, lakaran peta, replika kapal-kapal purba, termasuk jua barang-barang yang ditemui di dasar laut seperti peti besi, tempayan dan cebisan-cebisan rangka kapal purba.
Dalam beberapa tinjuan yang dilakukan oleh saya melalui penelitian, pembacaan berkaitan dengan kapal ini, replika kapal ini merupakan antara 13 daya penarik orang ramai untuk datang ke Negeri Melaka ( selain shoppling di Mahkota Prade dll). Dalam Novel 1511, ada sekurang-kurangnya 6 perenggan yang memerihalkan tentng kegagahan kapal Flor De La Mar ini.
“Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque” (1515:63)
“Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun”( 1515:246)
Kini semua ini tinggal sejarah negara. Semoga negara kita yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi untuk selama-lamanya…
-----------------------------------------------------------
Sedarkah anda bahawa kapal Flor De La Mar inilah yang telah menyerang kota Islam Melaka? Didalamnya terdapat seorang Portugis Alfonso De Albuquerque yang mana beliau bukanlah seorang Islam. Sebaliknya beliau adalah seorang kafir yang ingin menyerang sebuah kota Islam. atau dalam bahasa mudahnya beliau adalah seorang musuh Islam!..
Sedarkah anda?
Alangkah hairannya saya dan cukup sedih apabila melihat Kapal yang telah menjatuhkan empayar Islam Melaka itu dijadikan replika,dibanggakan serta menjadi tourist attraction pulak di negeri Melaka. Tahukah dan sedarkah anda bahawa pelancong-pelancong asing yang melawat kapal Flor De La Mar itu mentertawakan kita kerana kita berbangga dengan Kapal yang telah menyerang negeri kita dan telah menjatuhkan empayar Islam kita! How we make a fool of ourselves. And yet we are not ashamed of it.
Sepatutnya kita membenci kapal Flor De La Mar itu kerana kapal itulah yang telah menyerang Melaka. Di atas kapal itulah orang-orang Portugis telah berpesta dan bersuka ria dengan arak dan perempuan kerana telah berjaya menjatuhkan empayar Islam Melaka. dan orang-orang kita masih boleh lagi seronok dan bergembira di atas kapal yang telah menyerang dan membunuh nenek moyang kita . Alangkah malu dan sedihnya saya melihatkan fenomena itu di kota Melaka. Sungguh masyarakat kita tidak ada langsung kesedaran dan keinginan dalam menegakkan islam! Sebaliknya lebih suka menjadi "buttkiss" kepada orang-orang kafir!
sedarlah wahai manusia sekalian,janganlah kita menghinakan diri kita kerana kebodohan kita sendiri. Sedarlah dan berfikirlah buat seketika. Sedarlah sebelum terlewat. Bezakan yang mana kawan yang mana lawan,yang mana buruk dan yang mana baik...kalau itupun kita tak boleh nak buat.jadilah kita sebuah masyarakt yang hina,dipandang hina dan akan dihinakan sepanjang masa...
wallahua'lam.
Saturday, April 3, 2010
Mantap !

Akhbar harian Kommersant hari ini melaporkan, pengebom itu dikenali sebagai Dzhennet Abdurakhmanova, malah ia turut menyiarkan gambar remaja itu yang mempunyai muka kebudak- budakan.
Dalam gambar bersama arwah suaminya, Umalat Magomedov yang menyaksikan kedua-dua mereka memegang pistol, Abdurakhmanova dilihat memakai tudung.
Akhbar sama memetik penyiasat di Dagestan sebagai berkata, Magomedov merupakan seorang militan Dagestan yang maut dalam satu operasi khas tahun lalu.
Masih belum jelas sama ada pasangan itu telah berkahwin secara rasmi kerana dalam gambar tersebut Magomedov dilihat tidak memakai cincin.
Kommersant dalam pada itu melaporkan, Abdurakhmanova turut mempunyai nama keluarga lain iaitu Abdulayev.
Menurut laporan Kommersant , Abdurakhmanova datang dari daerah Khasavyurtovsky di Dagestan dan bertemu Magomedov semasa berumur 16 tahun selepas dia menghubungi pemberontak melalui internet.
Kommersant memberitahu, identiti Abdurakhmanova dikenal pasti melalui gambarnya.
Penyiasat Rusia percaya Abdurakhmanova bertanggungjawab di atas serangan berkembar pertama Isnin lalu yang mengorbankan 39 nyawa.
Kommersant melaporkan, pihak penyiasat masih belum mengenal pasti identiti pengebom kedua, namun satu sumber mengenal pasti pengebom itu sebagai wanita Chechnya bernama Markha Ustarkhanova, juga isteri kepada seorang militan Caucasus. - AFP
Friday, March 26, 2010
Apabila Cinta menjadi Buta
Apabila cinta manusia menjadi buta,
Manusia lupa akan Tuhannya,
manusia lupa asal-usulnya,
apabila cinta manusia menjadi buta,
manusia lupa mengapa Tuhan menciptakannya,
apabila cinta manusia menjadi buta,
manusia tidak kenal lagi siapa Tuhannya,
maka berlakulah kerosakan merata-rata,
manusia tidak takut akan Tuhannya,
kerana cinta manusia sudah buta.
Benarkah cinta itu buta?
Cinta tidak buta bila ia mengajak manusia kepada Tuhannya,
Cinta membawa manusia mengenal akan Tuhannya,
Siapa penciptanya,
Siapakah dirinya,
Mengenalkan manusia akan tugas-tugasnya,
Sebagai hamba Tuhannya,
Mencintai saudaranya kerana Tuhannya,
Cinta tidak buta apabila ia mengenal Tuhannya,
Ia tahu membezakan mana permata mana yang kaca,
Ia tidak mudah tertipu dengan perhiasan dunia,
Kerana cinta itu tidak buta,
Tetapi manusialah yang buta!
Bukan cinta.
Celiklah manusia,
Cintailah Tuhannya,
Nescaya manusia akan mencintainya…




