Wednesday, March 13, 2013

Suami sudah tidak sayang lagi....

Kesibukan kehidupan sepasang suami dan isteri yang hidup di kota metropolitan ini sedikit sebanyak mempengaruhi hubungan kasih sayang mereka. Isteri merasakan suami sudah tidak sayang,suami pula merasa layanan isteri semakin hari semakin dingin. Mungkin, suami sibuk dengan kerjayanya,sibuk meguruskan rumahtangga agar isteri dan anak-anak dapat hidup selesa di kota yang penuh sesak ini. Dan mungkin juga isteri sibuk menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumahtangga yang pasti tiada hentinya. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, sehingga akhirnya walau jasad mereka dekat di mata tapi mereka merasa jauh sekali di hati.

Di manakah silapnya? Suamikah yang terlalu sibuk bekerja? Atau isterikah yang tidak pandai melayan suami? Hati semakin jauh ,cinta semakin pudar,kemesraan kasih sayang sudah tidak terasa lagi. Kemanakah sudahnya perkahwinan kita ini abang? Berpisahkah kita? Atau meneruskan sandiwara suami isteri yang tiada maknanya ini? Abang,sudah tidak sayangkah?

Mungkin inilah yang dihadapi rata-rata pasangan suami isteri hari ini. Isteri merasa sedih,berjauh hati dari suami. Suami pula sudah tidak peka lagi perasaan isteri.

Kadangkala saya terfikir,siapakah yang bersalah dalam hal ini? Suamikah? Atau isterikah? Saya bertanya pada suami akan hal ini. Mengapa ramai pasangan merasa (terutama isteri) selalu mengadu dan merasa suami sudah tidak sayang lagi? Benarkah suami sudah tidak sayang?

Ternyata jawapan yang diberikan oleh suami saya sangat terpukul di hati dan patut sekali saya rasakan untuk dikongsi. Katanya, bukanlah cinta dan kasih sayang suami itu hilang,tetapi isterilah yang selalu berburuk sangka pada suami merasa suami sudah tidak sayang lagi. Mengapa isteri merasa begitu? Mungkin kemesraan yang dirasakan isteri seperti di awal perkahwinan sudah tidak semanis sekarang. Mengapa begitu?

 Ingatlah bahawa diantara suami dan isteri itu terdapat syaitan-syaitan baik yang berupa manusia ataupun jin yang kerjanya hanyalah untuk suami dan isteri bergaduh,dan apa yang mereka inginkan adalah untuk suami dan isteri itu berpisah. Maka akan bergembiralah syaitan jin dan syaitan manusia apabila perceraian terjadi. Kerana itu kebiasaannya isteri (kerana mereka makhluk yang halus dan mudah digoda perasaannnya) akan merasa ragu-ragu akan cinta suami,merasa suami sudah tidak mesra lagi,merasa suami sudah tidak sayang lagi. Dan ingatlah wahai saudari muslimahku apabila keraguan atau buruk sangka terhadap suami itu datang ketahuilah bahawa engkau sedang dihasut syaitan. Dihasut untuk menjauhi suami,dihasut untuk tidak memberikan layanan yang baik pada suami dengan anggapan bahawa suamiku sudah tidak sayang lagi.

Apabila ianya terjadi pada diri kita,apa yang harus kita lakukan? Bacalah istiazah(meminta perlindungan dari Allah dari godaan syaitan) ,sekiiranya perlu maka berwuduklah. Dan sentiasa ingatkan diri kita akan semua nikmat yang telah allah berikan kepada kita,kebaikan-kebaikan yang suami telah lakukan kepada kita dan bersyukurlah akan nikmat itu semua. Nescaya hati akan merasa tenang. Janganlah seorang isteri itu terlalu mengharap agar suaminyalah yang membelainya,mencintainya,melayaninya dengan penuh mesra,sebaliknya kitalah yang harus berbuat demikian. Biarlah Nampak seperti suami dingin,tapi jangan berputus asa dari mencintai suami sebagaimana suami tidak berputus asa dengan kita,kerana andai suami sudah berputus asa dengan kita nescaya suami akan menceraikan kita dan bersyukurlah kerana hal itu masih belum terjadi. Dan janganlah mengharapkan ianya terjadi. Binalah semula kasih sayang dan cinta yang pernah membara suatu ketika dahulu,hidupkanlah semula api cinta itu. Andai suami tidak menyatakan cinta,kitalah yang menyatakannya. Andai suami tidak memeluk atau mencium kita maka kitalah yang berbuat demikian. Jangan mengahrap suami tapi kitalah yang harus memulakannya. Tidak mengapa jika pada awalnya suami tidak membalas,jangan putus asa teruskan sehingga suami semakin sayang dan kalian akan dapati cinta itu masih membara lagi ! ;)

Saturday, November 17, 2012

Tabarruj

Buat orang2 yang suka mengharuskan perhiasan2 muslimah supaya kelihatan cantik dan menawan dihadapan lelaki ajnabi...

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti o...
rang-orang jahiliyah.” (Al-Ahzab: 33)

Dan sabda nabiNya, مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا
Perumpamaan wanita yang berhias diri di hadapan lelaki yang bukan suami (ahli keluarganya) maka dia seperti kegelapan pada hari kiamat tiada cahaya baginya [riwayat Tirmidzi]

Berhiaslah memakai labuci, manik2, gincu, kasut tinggimu sehingga berjalan tungging jungkit punggungmu, kerana ia petandah wanita munafiqah bak kata nabi SAW 'وَشَرُّ نِسَائِكُمُ المُتَبَرِّجَاتُ المُتَخَيِّلاَتُ وَهُنَّ المُنَافِقَاتُ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ إلاَّ مِثْلَ الغُرَابِ الأعْصَمِ {seburuk2 wanita kamu ialah perempuan bersolek lagi suka berkhayal, mereka itu adalah perempuan munafiq, tidak akan masuk syurga kecuali seperti seperti burung gagak berkaki merah (jaranglah dpt masuk syurga). [riwayat Baihaqi disahihkan oleh Syeikh Albani]
 
 Sebaik2nya kitab ini dibaca oleh ustazah/pendakwah wanita dan kaum muslimah : Hirasah al-fadhilah, karya Syeikh Dr. Bakr Abu Zaid

http://www.saaid.net/book/open.php?cat=6&book=345
 
Perihal tabarruj, oleh Syeikh Muhammad Hassan...

Menarik dan bagus untuk ikhtibar, pemakaian muslimah adalah tanggungjawab pihak walinya, suami dan kaum lelaki yg menjaganya. Mereka perlu menegurnya dan membimbingnya !

https://www.youtube.com/watch?v=1cffDShLm78

Medan Sebenar Seorang Muslimah

Muslimah boleh cemerlang dlm apa jua bidang namun mereka tidak boleh sama sekali gagal menunaikan KEWAJIPAN FITRAH sebagai isteri dan ibu !
 
Muslimah di zaman Nabi SAW, kehebatannya ialah dengan menjadi pendokong suami !

Sesuai dengan hadith (غيّر عتبة بابك) di dalam sahih al-bukhari berkenaan kisah Ibrahim AS yang menyuruh anaknya Nabi Ismail AS menukar muka pintunya (perumpamaan kepada isterinya) kerana selalu merungut dan tidak bersyukur maka ramai wanita salaf pula kita dapati telah memainkan peranan hebat & mustahak mereka dalam ...
sejarah dengan berdiri teguh dibelakang suami.

Mana ada muslimah yang lebih hebat daripada Khadijah RA, Aisyah RA, Fatimah RA, Asma RA, Sumaiyyah RA, dll ummul mukminin dan sahabiyah dizaman nabi SAW. Merekalah umat yang terbaik dalam beragama namun kita melihat perjuangan/fokus mereka masih tak lari dan berkait dengan rumahtangga, suami dan anak-anak disamping mempertahankan aqidah dan Islam bersama rasulullah SAW.

Itulah medan sebenar wanita, mereka boleh menceburi apa jua bidang tetapi mereka harus cemerlang di medan keluarga dan teguh di belakang suami !

Thursday, May 24, 2012

Training Hala Tuju Muslimah

Khas buat para muslimah di luar sana ..... Di jemput hadir. =)

 TTC akan mengadakan satu 'training' Hala Tuju Muslimah pada 27 Mei 2012 (Ahad) bertempat di TTC. Sesiapa yang berminat untuk mendaftar boleh hubungi 03-42604213/016-3329414 {Cik Zaihan}.

Antara diskusi menarik:

*Matlamat Hidup Seorang Muslimah
... *Peranan Wanita di Dalam Islam
*Muhasabah Kewajipan Wanita yang Terabai…’Di Mana Silapnya?’
*Hakikat Perhubungan Lelaki & Wanita di Dalam Islam.

Insya Allah diskusi&perkongsian tentang 'Hala Tuju Muslimah' akan disampaikan oleh:

USTAZ EMRAN BIN AHMAD (Emran Ahmad)
Konsultan Islami &
Pembangunan Insan TTC
{Penulis & Blogger –Pandangan Seorang Ustaz}
 

DR NAZATUL SHIHA (Nazatul Shiha)
Pensyarah Perubatan
Universiti Malaya


Sunday, November 13, 2011

Jangan Memfitnah Poligami.

Ramai wanita termasuk Ustazah Sunnah, seolah mendakwa Saidina Ali Bin Abi Tholib ra ialah seorang lelaki jahat dan suka mengikut hawa nafsu. Buktinya Rasululullah SAW pernah melarang Ali berpoligami kerana "KONON" takut melukai hati Fatimah tetapi selepas Nabi dan Fatimah wafat, Saidina Ali tetap berpoligami bahkan sampai empat isteri dan juga memiliki 19 orang hamba perempuan !

Al-Jawab, larangan dalam hadis hanya merujuk kepada niat Ali ra untuk menikahi "Anak Abu Jahal" dan larangan itu seperti yang dicatat oleh Imam Al-Bukhari dengan SABDA NABI SAW :
وإني لست أحرم حلالاً ولا أحل حراماً، ولكن والله لا تجتمع بنت رسول الله وبنت عدو الله أبداً.
"Dan aku tidaklah mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram TETAPI demi Allah tidak boleh mengumpulkan diantara anak perempuan rasul Allah dan anak perempuan musuh Allah (dibawah seorang lelaki) itu sama sekali !

Larangan ini semata-mata fitnah dan untuk mengelak musibah yang dikhuatiri menimpa ahli keluarga baginda (khasnya Fatimah) dan Ali ra sendiri semata-mata. Poligami itu halal dan jangan dipersusahkan, para sahabat ra ialah ikutan umat Islam, sunnah mereka juga adalah sunnah ar-rasyidin al-mahdiyin~ mereka lebih memahami sunnah dan sirah rasulullah dari kita !

Link senarai isteri Ali bin Abi Thalib ra :
http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=77452

Saidina Umar ra juga mempunyai ramai isteri ...ini senarai nama isterinya ...

http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=70141

Abu Bakar as-siddiq ra pun mempunyai 4 isteri dan ini senarai nama isteri beliau :

http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=106764

Fiqh Sirah ada usul dan kaedahnya dalam mengambil teladan dari sirah Rasulullah. Tindakan jahil/gopoh membuat kesimpulan dari sirah rasulullah dengan cara yang salah hanya membawa fitnah. Lebih dahsyat apabila mereka hanya mahu mengambil bahagian yang menepati kehendak mereka sahaja !

Tidak mengapa jika anda tidak mahu dimadukan oleh suami, itu tak berdosa tapi janganlah kaitkan dengan sunnah nabi kerana itu sudah dusta !

Fiqh alhayah, tidak berdosa dan tidak mengapa jika kita tidak suka atau tidak menyenangi sesuatu perkara sekalipun ianya halal kerana bukan semua perkara yang halal itu mesti dilakukan. Tetapi apabila kita mencari pasal dengan mengaitkan apa yang kita tidak suka itu dengan sunnah, hadis atau sirah maka kita sudah menimbulkan fitnah dan masalah. Janganlah kerana kita tidak suka dan tidak dapat mene...rima poligami maka kita pun mengaitkannya dengan Fatimah, lalu orang pun berkata Muhammad mengizinkan poligami untuk manusia tetapi tidak pula kepada anaknya sedangkan dalam hadis yang lain baginda pernah bersabda kalau Fatimah itu mencuri nescaya akan ku potong tangannya. Demikian juga para sahabat khulafa' ar-rasyidin yang empat, semuanya berpoligami. Pendek kata, Jangan dikaitkan dengan sunnah apa yang kamu tak suka duduk diam, jangan disebarkan derita kamu itu !

Wallahua'lam.

Tuesday, March 22, 2011

Wanita Melayu Menjadikan Allah Sebagai Jin Lampu


Di Copy Dan Paste dari www.ustaz.blogspot.com

Apabila Allah memerintahkan wanita Islam supaya menutup aurat maka mereka pun menjawab kembali dengan mengatakan perasaan saya belum bersedia untuk menerimanya. Apabila sudah bertudung dan memakai tutup kepala maka wanita diarahkan pula untuk melabuhkan pakaian mereka dan menutup tudung sehingga menutupi dada maka mereka pun akan berkata lagi ini sesuatu yang menyusahkan dan perasaan saya semakin rasa tidak selesa dan tidak tenteram kenapa harus wanita yang menutup badan bukannya lelaki yang menundukkan pandangan ?

Takala Islam datang membawa hukum keharusan poligami kepada lelaki maka mereka pun melenting dan berkata ini bukanlah sebuah keadilan tetapi sebenarnya kejahatan daripada tuhan dan agama yang mahu menindas golongan wanita. Lelaki tidak wajar dan tidak boleh berpoligami ! Biarkan tuhan mengizinkan tetapi saya sama sekali tidak bersedia untuk suami berpoligami.

Kata-kata mereka yang selalunya dijadikan hujah ialah jika tuhan itu sendiri tidak suka diduakan maka kenapakah wanita-wanita ciptaan tuhan pula mahu diduakan sedangkan kami adalah wanita-wanita yang baik ? Demikianlah ujar mereka yang perasan dirinya sedang disayangi tuhan.

Melihatkan kaum lelaki memonopoli urusan agama maka mereka juga mahu ke depan dan mengambil peranan sebagai hakim dalam urusan syariah. Ketika melihat al-quran dan hadis ditafsirkan dan diajar oleh kaum lelaki maka mereka juga tidak berpuas hati dan mahukan kedudukan yang sama untuk boleh mentafsir al-quran dan hadis demi memastikan tiada kezaliman yang akan dilakukan ke atas diri mereka.

Maka ditafsirlah agama dan disyarahkanlah al-quran dan hadis mengikut kesesuaian mereka dan diterima mana-mana yang tidak menyalahi perasaan dan hawa nafsu mereka sedangkan yang dianggap menindas dan sukar diterima oleh perasaan maka akan tertolaklah ia.

Kita melihat golongan wanita sekarang dan kita merasa kasihan.

Kasihan kerana mereka sedang disesatkan oleh perasaan, hidup dalam keadaan perasan dan setiap hari meneruskan kehidupan demi memenuhi perasaan mereka terhadap sesuatu. Makan dan minum kerana perasaan, berkahwin kerana perasaan dan segala-galanya dilakukan dengan mengikut kehendak perasaan.

Allah swt sebagai Jin Lampu (Khadam kepada kaum wanita)

Di sisi wanita-wanita yang mempertuhankan hawa nafsu dan diri mereka sendiri ini kedudukan Allah swt disamping mereka tidak lebih dari sekadar Teddy Bear yang comel dan diseru serta dipeluk di saat kesunyian, kesedihan dan sebagai teman gomol ketika tidur buat menemani diri mereka dan buat mengadu kesusahan. Manakala di saat kegembiraan, ketika dating dengan "boyfriend" dan sewaktu teman lelaki ajak ke kedai makan maka Allah swt akan dilupakan. Sewaktu dalam dakapan kekasih hati dan lelaki yang dicintai maka soal halal haram akan dihilangkan daripada ingatan.

Seumur hidup mereka bermula daripada soal aqidah (mengenal Allah swt) dan mengenali rasul-Nya tidaklah diambil peduli atau diambil kisah seperti mana mereka mengenali dan mengambil pusing berkenaan artis-artis barat dan pujaan hati. Ibadah mereka sangat caca merba dengan alasan datang bulan sambil bermusim-musim lamanya tidak menunaikan solat dan penuh dengan kelompongan dan kejahilan apabila makna bacaan dalam solat langsung tidak dihiraukan.

Pun begitu mereka akan mengaku sebagai beragama dan sangat cintakan tuhan. Buktinya adalah melalui ucapan dan kad-kad cinta serta nasyid-nasyid yang mengembirakan serta bacaan doa-doa yang dibaca agar Allah swt menjaga mereka agar selama mereka keluar dari rumah dengan tanpa mahram, keluar ke panggung wayang dan berdating dengan pakwe atau kekasih mereka maka mereka akan dipelihara oleh Allah swt.

Bukanlah Allah itu jin lampu yang boleh diseru untuk menunaikan segala hasrat mereka ? apabila ada keperluan maka akan digosok-gosoklah Al-Quran dan dibacalah ia dengan air mata bercucuran kerana telah bercerai, ditinggalkan atau ditipu kekasih hati. Datanglah Allah sekonyong-konyong dan bertanya mereka apakah hasrat kamu ?

Maka mereka pun akan memintalah kepada Allah itu ini...begini dan begitu...lalu berkata : "Thank you Allah.." kalau ada- apa lagi nanti i call you again...i love you...you have been so nice to me...i love you Allah...dengan wajah ceria, senyuman gembira kerana Allah telah memakbulkan hasrat mereka.

Hakikatnya mereka lebih mengasihi pakwe, suami dan kekasih mereka melebihi Allah swt, mereka mensyirikkan-Nya setiap masa tetapi itu tidak mengapa yang penting perasaan mereka terjaga.

Bukankah Islam ini datang untuk menjaga perasaan mereka ? Bukankah Allah itu teddy bear mereka ? Bukankah nabi salallahualaihiwassalam itu adalah rasul yang datang membawakan Islam sebagai motivasi kepada mereka agar dapat berjaya dalam peperiksaan, agar anak-anak mereka taat kepada mereka dan agar suami-suami mengasihi mereka ?

apa yang penting dalam hidup ini ialah diri mereka....perasaan mereka itulah lebih penting daripada bumi dan langit....

Kerana mereka adalah tuhan...

Perasaan itu sebenarnya adalah nafsu yang membawa mereka kepada kehancuran. Syaitan yang sedang menunggang hawa nafsu dan perasaan mereka kepada kesesatan dan mengikut jalan-jalan yang membawa kepada kegelapan.

Islam melarang mengikuti nafsu tanpa batasan

Ramai wanita tidak menyedari bahawa sebenarnya apa yang dianggap sebagai perasaannya itu hakikatnya adalah nafsu. Perasaan cinta itu adalah nafsu, perasaan sayang itu adalah nafsu dan perasaan suka dan berkehendak itu juga adalah nafsu. Nafsu ini boleh membawa kepada kerosakkan dan kehancuran jika tidak dapat dikawal oleh keimanan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusof : 53)

Manakala dalam ayat yang lain Allah swt berpesan yang bermaksud : “Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Shaad : 26)

Perasaan manusia itu terbahagi kepada dua, satu ialah bahagian yang fitrah yang menyeru kepada kebaikan dan hati nuraini serta naluri yang menuju kepada kebaikan manakala satu lagi bahagian ialah ruangan syaitan dan pintu masuk kepada kejahatan serta menjadi ruang serta alat untuk digunakan oleh Iblis dan syaitan. Perasaan yang kedua dikenali sebagai emosi dan rasa-rasa di hati yang didalangi oleh kehendak dan kecintaan kepada sesuatu. atau emosi yang terzahir melalui hasil pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara atau sebagai tindak balas terhadap kejadian yang menimpa dirinya.

Bagi perasaan dalam bahagian pertama maka ianya tidak salah dan Islam menitik beratkan persoalan hati dan perasaan manusia. Ini kerana dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat Allah yang mengajarkan hamba-hamba-Nya untuk menjaga hati dan perasaan manusia lain.

Firman Allah swt yang bermaksud :“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima) maka mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah : 262)

Manakala dalam ayat yang seterusnya Allah swt berfirman yang bermaksud : “Perkataan yang baik dan pemberian maaf itu adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al-baqarah : 263)

Berdasarkan ayat di atas, menjaga hati dan perasaan manusia sememangnya merupakan salah satu daripada suruhan agama. Begitu juga dengan perintah supaya tidak bercakap kasar, menghormati orang tua dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka serta lain-lain hal yang berkait bab akhlak dan adab yang diajarkan di dalam Islam semuanya adalah bertujuan untuk menjaga hati dan perasaan manusia kerana Allah swt memuliakan orang-orang yang berakhlak yang pandai memelihara hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan sesama manusia dan makhluk-makhluk-Nya.

Daripada Ibn Mas’ud ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : ““Apabila kamu bertiga , maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa disertai oleh yang seorang lagi , kecuali kamu berada dengan orang ramai , kerana perbuatan tersebut akan menyakitinya (orang ketiga tadi).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Walaubagaimanapun, disebalik segala suruhan supaya menjaga hati dan perasaan manusia kerana ianya merupakan perintah agama maka Allah swt juga memerintahkan manusia supaya tidak mengikut hawa nafsu dan perasaan sehingga melampaui batasan dan menjadikan ianya kiblat ikutan dalam kehidupan.

Ini ialah bahagian kedua perasaan manusia yang menjadi bahan dan alat tunggangan syaitan dalam menyesatkan kaum wanita serta anak adam.

Wanita Melayu mem”Pertuhan”kan Perasaan

Situasi umat Islam sekarang semakin parah dan berada dalam keadaan yang sangat tenat apabila kaum wanita mereka telah pun dikuasai oleh kejahilan dan hawa nafsu yang bernama perasaan.

Melalui perasaan sesuatu hukum agama boleh diterima atau ditolak secara mentah-mentah dan dengan perasaan seseorang wanita boleh mentafsirkan al-quran dan as-sunnah sekalipun tidak boleh berbahasa arab dan jahil tentang hokum hakamnya. Apa yang penting ialah memuaskan hati dan perasaannya.

Mereka beragama juga demi kerana menghilangkan rasa bersalah dan kerana mahu menjaga kestabilan perasaannya. Agama mampu menjaga perasaan dan merasakan diri mereka sedang dalam keadaan dirahmati dan dilindungi oleh tuhan. Perasaan demi perasaan kaum wanita menjadi panduan dalam kehidupan apabila segala-galanya bermula daripada soal jodoh, makanan, pekerjaan dan kehidupannya adalah ditentukan oleh perasaan dan bukanlah lagi Al-Quran dan As-sunnah mahupun Allah selaku tuhan.

Di dalam sebuah forum wanita yang dianjurkan oleh sebuah persatuan wanita maka berbicaralah orang-orang di dalamnya berkenaan hal-ehwal kaum wanita. Segala isu dan cerita yang terkeluar adalah tidak menyalahi lima perkara iaitu : tentang isu yang menyentuh perasaan, apa perasaan kita, kenapa kita berperasaan seperti itu, penegasan bahawa perasaan perlu dijaga, perkongsian perasaan antara satu sama lain.



Sikap mereka ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah kufur kepada tuhan dan mempertuhankan perasaan dan hawa nafsu mereka dengan menjadikan ianya bukan sahaja sebagai Rabb sembahan, Illah dan ikutan sebaliknya menjadikan perasaan mereka sebagai berhala-berhala yang disembah setiap masa dan ketika.

Tanyakanlah mereka kenapakah kamu bersolat ?

Mereka akan menjawab kerana solat itu dapat membuatkan hati menjadi tenteram dan perasaan saya menjadi tenang. Kasihan mereka yang sudah terkeliru dalam sembahan apabila menyangka bahawa kehidupan mereka itu sebenarnya untuk memenuhi perasaan mereka sendiri bukannya untuk mengabdikan diri kepada tuhan di waktu senang dan di waktu sempit.

Kasihan dengan generasi masa depan kerana mereka sama sekali tidak akan bertemu dengan zaman kegemilangan. Masakan umat boleh gemilang jika wanitanya masih tenggelam dalam khayalan perasaan.

Saturday, March 12, 2011

Perkahwinan adalah Wasilah....


Sekiranya ditanya apakah matlamat hidup anda? Pasti ramai yang akan berkata untuk beribadah kepada Allah. Tetapi cuba anda Tanya diri anda sendiri,deep down inside, benarkah itu matlamat hidup anda? Benarkah anda hidup semata-mata kerana Allah? Ibadahku,Hidupku,matiku hanya kerana Allah? Perkataan yang akan diulang-ulang oleh kita setiap hari dalam solat 5 waktu. Benarkah?

Tepuk dada tanyalah iman. Adakah aku hidup demi mancapai matlamatku untuk menjadi seorang doctor?seorang lawyer? Seorang arkitek atau seorang jurutera.? Atau adakah hidupku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku semata-mata?atau adakah hidupku hanyalah untuk cinta kepada si dia?

Apabila ditanya,mahukah kamu masuk ke syurga? Pasti semua akan mengatakan YA,SAYA MAHU MASUK KE SYURGA!.... tidak ada seorang pun yang apabila ditanya,mahu masuk ke neraka. Semuanya inginkan nikmat syurga yang tak tergambar oleh kata-kata. Tetapi sedarkah anda,bahawa untuk memasuku ke syurga itu ada harganya. Apa anda ingat dengan hanya belajar tinggi-tinggi mengejar impian anda,Berjaya dalam kerjaya,berkahwin,beranak dan menghabiskan masa tua di rumah sambil menerima duit pencen itu sudah cukup untuk membawa anda masuk ke syurga?

Tentulah ianya tidak semudah itu. Bayangkan apabila semua manusia berkumpul di padang mahsyar nanti dan apabila tiiba giliran anda disoal oleh Allah Tuhan yang menciptakan anda di muka bumi ini untuk beribadah kepadaNya,apakah sumbangan dan jasa kamu kepada Islam? Apakah yang kamu lakukan sehingga melayakkan kamu untuk memasuki syurga? Sekiranya tiada sumbangan kamu kepada agamamu,maka apakah kamu kuat beribadah?banyak bersedekah?atau ikhlas membantu anak-anak yatim dan fakir miskin? Apakah sumbangan kamu?

Maka apakah yang anda akan katakan? Siapakah diri anda ketika di dunia? Saya adalah seorang CEO atau pengarah kepada sebuah syarikat yang gagah di dunia. Atau sya adalah seorang doctor pakar yang kaya raya semasa di dunia? Adakah anda mengira tuhan akan melihat kepada jawatan anda,kekayaan anda dan kemewahan yang anda miliki? Atau adakah anda menyangka tuhan akan melihat kepada cantikkah isteri anda,ramaikah anak-anak anda atau kacakkah suami anda? No,no no… Tuhan hanya akan melihat kepada amalan anda di dunia ini. Apakah anda ikhlas melakukan ibadah kepadaNya? Adakah anda tidak atau telah mensyirikkannya? Itulah yang akan dilihat oleh Allah SWT di akhirat kelak. Apakah anda melebihkan ibu bapa anda,suami anda,isteri anda dan anak-nak anda melabihi Allah. Atau apakah anda membawa kelaurga anda menuju Allah?

Anda lebih mengetahui jawapannya.

Berbalik kepada tajuk yang ingin saya ketengahkan. Iaitu perkahwinan adalah wasilah.

Ramai yang mengambil masa yang begitu lama untuk mendirikan sebuah rumahtangga. Ada yang menelan belanja beribu-ribu untuk belanja perkahwinannya. Dan ada pula yang terlalu memilih sehinggakan tidak berkahwin-kahwin sehinggalah lanjut usianya. Sedarkah anda hidup di dunia ini hanya sementara? Entah esok entah lusa Allah akan mengambil nyawa kita. Dan perkahwinan itu adalah sunnah nabi dan sesuatu yang disukai oleh Baginda SAW. Sesiapa yang membencinya atau menolaknya maka dia bukanlah dari Golongannya(nabi SAW).

Jadi mangapa masih ramai yang belum berkahwin? Mengapa masih ramai yang bercerai kerana hal yang remeh temeh? Mengapa? Tahukah anda perkahwinan ini hanyalah wasilah untuk anda menuju kepada Tuhan anda? Kerana perkahwinan juga adalah ibadah. Ianya adalah ibadah bilamana anda berkahwin kerana Allah semata-mata dan demi mencari keredhaannya. Ianya tidak menjadi ibadah sekiranya anda berkahwin kerana cinta dengan pasangan anda dan anda claim anda kahwin kerana allah. Sedang anda tahu memang anda berkahwin dengannya kerana anda terlalu cinta kepadanya.

Dimanakah nilai ibadah di dalam sebuah perkahwinan apabila anda berkahwin dengan majlis yang gilang gemilang,bercampur lelaki dan perempuan dan pengantin perempuannya dihias bagai bidadari dunia yang tak sampai lagi ke syurga? Dan nyanyian serta tarian yang memekakkan telinga serta menyakitkan mata yang melihatnya? Dimanakah nilai ibadahnya di dalam perkahwinan seperti itu? Ingatlah saat anda sedang bercinta dengan pasangan anda dengan asyiknya dan anda merasakan yng dunia ini seperti anda yang punya dan semua yang bergerak di atas muka bumi ini terasa begitu sempurna dengan kehadiran si dia,akan tiba di satu saat cinta anda itu akan diuji. Diuji bilamana anda sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.mampukah anda mempertahankan cinta anda yang mekar suatu ketika dahulu itu tatkala anda sedang menghadapi ribut dan badai di dalam bahtera rumahtangga anda itu? Ada yang mampu dan ada yng tidak.

Kerana cinta itu ada pasang surutnya. Kerana itulah kita diilarang berkahwin semata-mata kerana cinta,kerana apabila pudarnya cinta berlakulah pergolakan di dalam rumahtangga. Mampukah anda menyelamatkan bahtera yang anda naiki bersama-sama dengan si dia itu? Mampukah?

Dan berbeza dengan mereka yang berkahwin kerana Allah semata-mata,mereka mencintai pasangan mereka kerana Allah. Sungguhpun pasangan mereka tidak secantik atau sekacak mana. Tetapi kerana mereka mencintainya kerana Allah maka Allah akan memelihara cinta mereka. Kerana mereka hidup dan berumahtangga kerana Allah dan mereka hanya menjadikan perkahwinan itu sebagai wasilah mereka menuju Allah. Dan bukan matlamat mereka.Maka Allah memelihara mereka. Kerana mereka tahu tujuan mereka berkahwin,dan hidup di atas muka bumi ini adalah kerana mahu mencari keredhaan Allah semata-mata. Bukannya keredhaan manusia. Biarlah mereka dihina dan dibenci masyarakat,dikatakan jumud,kampong dan sebagainya. Selagi mereka tahu dan yakin dengan hidup dan matlamat mereka menuju Allah itu nescaya Allah akan menolong hamba-hambanya yang ikhlas.

Jadi menagapa masih ada yang runsing dan pening bila berhadapan dengan soal perkahwinan? Anda seharusnya memastikan bahawa pasangan anda itu boleh atau tidak boleh membawa anda menuju syurganya. Dapatkah pasangan anda itu membantu anda menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya,atau anda dan pasangan hanya sama-sama 2 x 5? Sekirranya pasangan yang anda cintai bagai nak mati itu tidak boleh membawa anda ke syurga,maka apakah maknanya perkataan “bercinta sampai ke syurga”? sekiranya pasangan anda itu sendiri tidak mampu membawa anda ke syurga. Maka nasihat saya,sekiranya anda menjumpai atau dilamar oleh seseorang yang anda tahu deep down inside he or she can take you to heaven jadi mengapa saya harus menolak?? Sekiranya anda berjumpa dengan seorang yang anda cinta dan sayang tetapi deep down inside he or she cannot take me to heaven then I must and I have to say NO.

Ingatlah seorang suami akan ditanya oleh Allah sejauh mana anda mengajar dan mendidik anak-anak anda menuju Tuhannya? Dan seorang isteri akan ditanya sejauh mana ketaatan anda kepada suami dan mampukah anda menjaga diri,maruah dan harta suami dengan sebaiknya?

Kerana perkahwinan adalah ibadah dan wasilah menuju Allah. Dan ingatlah perkahwinan bukan semta-mata kerana cinta. Cuz there is more than that.

Remember who you are……

Wassalam.