Saturday, April 3, 2010

Mantap !


MOSCOW 2 April - Pasukan penyiasat Rusia mengenal pasti identiti seorang daripada dua pengebom berani mati wanita yang melakukan serangan ke atas stesen kereta api bawah tanah di Moscow, sebagai remaja berusia 17 tahun yang juga balu kepada seorang militan Caucasus.

Akhbar harian Kommersant hari ini melaporkan, pengebom itu dikenali sebagai Dzhennet Abdurakhmanova, malah ia turut menyiarkan gambar remaja itu yang mempunyai muka kebudak- budakan.

Dalam gambar bersama arwah suaminya, Umalat Magomedov yang menyaksikan kedua-dua mereka memegang pistol, Abdurakhmanova dilihat memakai tudung.

Akhbar sama memetik penyiasat di Dagestan sebagai berkata, Magomedov merupakan seorang militan Dagestan yang maut dalam satu operasi khas tahun lalu.

Masih belum jelas sama ada pasangan itu telah berkahwin secara rasmi kerana dalam gambar tersebut Magomedov dilihat tidak memakai cincin.

Kommersant dalam pada itu melaporkan, Abdurakhmanova turut mempunyai nama keluarga lain iaitu Abdulayev.

Menurut laporan Kommersant , Abdurakhmanova datang dari daerah Khasavyurtovsky di Dagestan dan bertemu Magomedov semasa berumur 16 tahun selepas dia menghubungi pemberontak melalui internet.

Kommersant memberitahu, identiti Abdurakhmanova dikenal pasti melalui gambarnya.

Penyiasat Rusia percaya Abdurakhmanova bertanggungjawab di atas serangan berkembar pertama Isnin lalu yang mengorbankan 39 nyawa.

Kommersant melaporkan, pihak penyiasat masih belum mengenal pasti identiti pengebom kedua, namun satu sumber mengenal pasti pengebom itu sebagai wanita Chechnya bernama Markha Ustarkhanova, juga isteri kepada seorang militan Caucasus. - AFP

Friday, March 26, 2010

Apabila Cinta menjadi Buta


Apabila cinta manusia menjadi buta,

Manusia lupa akan Tuhannya,

manusia lupa asal-usulnya,

apabila cinta manusia menjadi buta,

manusia lupa mengapa Tuhan menciptakannya,

apabila cinta manusia menjadi buta,

manusia tidak kenal lagi siapa Tuhannya,

maka berlakulah kerosakan merata-rata,

manusia tidak takut akan Tuhannya,

kerana cinta manusia sudah buta.

Benarkah cinta itu buta?

Cinta tidak buta bila ia mengajak manusia kepada Tuhannya,

Cinta membawa manusia mengenal akan Tuhannya,

Siapa penciptanya,

Siapakah dirinya,

Mengenalkan manusia akan tugas-tugasnya,

Sebagai hamba Tuhannya,

Mencintai saudaranya kerana Tuhannya,

Cinta tidak buta apabila ia mengenal Tuhannya,

Ia tahu membezakan mana permata mana yang kaca,

Ia tidak mudah tertipu dengan perhiasan dunia,

Kerana cinta itu tidak buta,

Tetapi manusialah yang buta!

Bukan cinta.

Celiklah manusia,

Cintailah Tuhannya,

Nescaya manusia akan mencintainya…

Tuesday, March 2, 2010

Seperti Tin yang Kosong


Sana sini masih lagi hangat dengan isu penggunaan kalimah Allah. Saya hairan melihat masyarakat melayu-malaysia-islam yang suka sangat berdemonstrasi dan menimbulkan “kekecohan” apabila ada sahaja isu hangat tidak kira isu penggunaan kalimah Allah,bantahan ISA dan sebagainya. Suka sangatlah masyarakat melayu-malaysia-islam or so-called islam nak menarik perhatian dan menjadi tumpuan. Ibarat menggoncang sebiji batu dalam tin yang kosong (peribahasa sendiri),bunyi sahaja yang kuat,isinya tiada.

Daripada masyarakat kita dok sibuk ‘angin’ dengan isu penggunaan KALIMAH Allah,adalah lebih baik kita ‘angin’ dengan masyarakat yang tidak sensitive langsung dengan isu perlaksanaan menegakkan kalimah TAUHID. Kita marah bila orang-orang kristian menggunakan kalimah Allah,tapi kita langsung tak marah bila orang tak ikut perintah Allah. Contoh mudah dan terang, isu menutup aurat pun masyarakat kita tak settle lagi kita dok nak bising isi penggunaan kalimah ALLAH. Ada banyak lagi isu-isu besar yang masyarakat kita masih lemah dan jahil lagi janganlah kita dok sibuk pada perkara-perkara yang lain.

Perkataan ALLAH itu sahaja sudah membawa maksud yang besar dan berat,bukan hanya pada nama. Jadilah kita seorang yang menentang sekeras-kerasnya isu penggunaan kalimah Allah tetapi sekiranya amalan kita pun tidak seberapa tidak ada gunanya. Kalau betul lah masayarakat melayu-malaysia-islam yang ada pada hari ini betul-betul mengakui mereka beragama islam dan mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,maka tinggalkanlah amalan-amalan syirik,mantapkanlah hati kita dengan ilmu-ilmu agama,jangan hanya cintakan dunia,ber amallah selagi hayat dikandung badan. Berusahalah semampu kita,sekalipun kita tidak Berjaya seperti apa yang kita harap-harapkan tetapi Allah itu Maha Adil,Allah melihat kepada usaha kita mencari petunjuk-Nya.

Pergilah kita berdemonstrasi menghabiskan tenaga dan suara sedangkan 7 syarat-syarat keimanan diterima pun kita tak tahu,perkara-perkara yang membatalkan iman pun kita tak tahu tidak ada maknanya…. Masyarakat kita masih lagi JAHIL dengan ilmu agama tetapi semuanya mengaku TAHU ilmu agama,masih lagi melakukan perkara-perkara syirik,hanya sibuk dengan hal dunia tiba-tiba nak marah dan mengamuk pulak bila orang kafir menggunakan kalimah Allah?

Saya bukannya nak membincangkan isu penggunaan kalimah Allah sebab dah banyak pun yang memperkatakan tentangnya tetapi apa yang cuba saya sampaikan ialah,masyarakat seharusnya lebih peka kepada isu-isu atau hal-hal yang lebih besar dari sibuk dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Tanyalah diri kita sendiri,cukupkah iman di dada?dijaminkah aku masuk syurga? Sempurnakah islam ku? Jangan hanya tahu menyibuk tepi kain orang tapi diri kita sendiri pun tidak terurus. Khususnya bagi kaum wanita,bab aurat pun kita tak lepas,hati masih berat nak tutup aurat,hubungan dengan lelaki pun kita tak jaga sedangkan itu semua perintah ALLAH yang wajib kita patuhi dan berdosa hukumnya sekiranya kita meninggalkannya,tapi kita dok sibuk nak berpolitik dan buat perkara-perkara yang tak bermanfaat. Janganlah kita hanya islam pada nama tetapi tidak pada perbuatan.

Wallahua’lam. Sekadar peringatan buat diriku yang sering terlupa. Segala salah silap atau terkasar bahasa harap dimaafkan.

Tuesday, February 23, 2010

Hati Yang Kuat


Dalam kehidupan kita sehari-hari,setiap saat dan detik kita lalui pada hari ini sebenarnya ada begitu banyak sekali ujian yang datang tanpa kita sedari. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah kepada yang lebih besar. Kita diuji dengan kerenah anak-anak yang sememangnya memerlukan kita untuk mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kita diuji dengan tekanan dan masalah serta kerja-kerja yang tertangguh di pejabat. Urusan anak-anak,keluarga,wang,hubungan dan lain-lain sememangnya sentiasa menghantui kita saban hari. Dan sebenarnya kunci utama kita dalam menyelesaikan dan menghadapi ujian demi ujian ini adalah dengan mempunyai hati yang kuat.

Bagaimana untuk memiliki hati yang kuat? Sehingga kita mampu bersabar tatkala api kemarahan sedang menyala-nyala di dalam diri kita,sehingga kita mampu untuk redha tatkala ditimpa musibah yang kita rasakan amat berat menimpa diri kita,sehingga kita mampu untuk bercakap benar walau pahit untuk menyatakannya,sehingga kita mampu untuk menahan air mata dari mengalir tatkala hati kita dilukai,sehingga kita mampu untuk taat baik kepada suami atau ibu bapa tanpa perlu banyak soal,sehingga kita mampu untuk mengawal hawa nafsu dari terus menguasai diri kita atau sehingga kita mampu untuk memadamkan api cemburu yang menyala-nyala tanpa perlu melukai hati orang lain… mampukah hati kita ? kuatkah hati kita ?

Kerana itu kita sering diingatkan baik oleh ibu bapa,guru,suami atau sesiapa sahaja agar sentiasa mengingati Allah. Apabila kita sentiasa ingat kepada Allah setiap detik dan setiap saat kita bernafas,maka dalam apa jua perkara apabila ingatan kita kepada Allah mengatasi segalanya dan juga kita mampu setiap saat dan detik untuk bersangka baik pada Allah juga pada manusia yang disekeliling kita maka mampulah kita untuk bersabar tatkala marah,kerana kita akan tahu bahawa tidak ada gunanya kita menurutkan hawa nafsu amarah ini kerana ianya hanya akan merosakkan diri,dan melukai hati mereka-mereka yang kita sayangi . kita juga mampu untuk redha dengan segala ujian,dugaan,cabaran yang kita lalui pada hari itu kerana kita tahu bahawa ini semua adalah dari Allah dan Allah tidak akan membebankan aku dengan ujian yang tidak mampu aku harungi. Juga mampu untuk bercakap benar walau seluruh manusia menentang kita kerana kita tahu bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Juga mampu untuk menahan air mata dari mengalir walau hati kita dilukai kerana kita tahu bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan Allah juga tahu apa yang ada dalam hati kita. Juga mampu untuk taat kepada suami,ibu dan bapa kerana kita tahu bahawa semua itu adalah untuk kebaikan kepada diri kita. Juga mampu untuk mengawal nafsu tatkala ia sedang rancak menari di dalam diri kita kerana kita tahu bahawa Allah sentiasa melihat kita dan sebagaimana kita tidak mahu keburukan menimpa keluarga kita begitu juga kita tidak akan sanggup menurutinya. Dan juga kita mampu untuk mengawal api cemburu dari terus membakar diri kita kerana kita tahu semua yang kita miliki bukanlah milik kita tetapi hanyalah pinjaman semata-mata.

Dan juga salah satu bahan yang kita perlukan dalam menjadikan hati kita kuat adalah dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik;pada Allah juga pada manusia sekeliling kita. Ingatlah,sebelum kita membuka mulut untuk marah,sukakah kita jika dimarahi sebegitu rupa?apakah kita juga tidak ada melakukan kesilapan yang menyebabkan orang lain turut marah kepada kita. Maafkanlah,dan itu akan menjadikan hati kita lebih tenang. Ingatlah,tatkala kita ditimpa musibah atau ujian yang kita rasakan begitu berat bahu memikul,fikirkanlah mereka-mereka yang lebih malang nasibnya dari kita,mereka-mereka yang ujiannya lebih berat dari kita,nescaya akan terasa ringanlah beban di bahu kita. Ingatlah,tatkala kita takut untuk bercakap benar disaat-saat kita perlu melakukannya,mampukah kita bertahan disaat-saat kita pula memerlukan orang lain untuk berkata benar. Ingatlah,sebelum kita menitiskan air mata,wajarkah aku menangis kerananya atau akukah yang terlalu lemah sehingga begitu mudah untuk menitiskan air mata? Ingatlah,tatkala kita hendak membuka mulut mengingkari arahan atau permintaan suami juga ibu bapa kita,bukankah apa yang mereka pinta itu adalah untuk kebaikan aku juga? Bukankah ianya untuk manfaat diriku juga dan aku,ibarat menolak haruman bunga. Ingatlah,tatkala hawa nafsu bermaharajalela,mahukah aku melihat anak serta keluargaku menerima nasib yang serupa? Dan ingatlah tatkala cemburuku membuta,bukankah nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepadaku sudah cukup buat diriku dan haruskah aku menjadi seorang yang tamak haloba?

Ingatlah, kalau kita tidak mahu perkara itu dan ini dilakukan kepada diri kita maka elakkanlah dari melakukannya kepada orang lain juga. Always remember,what you give,you get back n what goes around comes around. If you want a strong heart u must have a happy heart. Always smile even when your world is torn apart. A happy heart makes a strong heart. It is always easier said than done, but trust me its all in your mind…. =)

Tuesday, February 9, 2010

Something 2 Share...


(Found this on the net... Quite interesting....=) )

Polygamy

Polygamy, hmm tell me my sister, what is the big deal

Your husband, my husband can have up to four wives if Allaah may will.

Explain to him why are you stressing as though all the responsibilities are on you.

Fast Ramadan, guard your salah, obey your husband and do what you do.

We as women are not like the men. We take our husbands to be our best and closest friend

But Allah did not create the men like the women.

Take two, three or four so don't blame him sister if he want more.

Why make haram for him what Allah has made halal.

You deny him of this, then have the courage to stand before him looking all wild.

Polygamy is something that is easier said than done. On the brother's part and on the sister's part.

But don't worry about who he loves more in his heart.

This matter is with Allaah, so strive to please your Lord.

Your destination is the Jannah, this dunya is just room and board.

Sister please don't worry yourself with "what are they doing". You continue to do what you do.

Have your stuff planned out, laid out and be beautified for the time that he spends with you.

Yes I understand polygamy can be very hard on the first wife.

And for some of us it cuts worst than the sharpest knife.

But what about your new co-wife? Who don't know your husband like you do.

So, it has to be scary for her too.

Sure, go ahead explain to her how he like his meat cooked.

And she will share with you her favorite cookbook.

Remember you are striving for the Jannah, not only for the love of this man,

If he is your ultimate goal, then my sister you have the wrong game plan.

This deen is good advice and this is mine to you.

Don't worry about what they are doing,

just handle yours when it's time for him to be with you.

Monday, January 25, 2010

A Letter To My Daughter...

By Ummi
Jan 28,2006

In the name of Allah. All praise to Allah. Peace and blessings on the Messenger of Allah.
As-salamu `alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.

My dearest daughter,
I choose to send you this letter rather than speak to you because I know you love to receive and reread e-mails. I am concerned about what I see developing in you and in many of the youth of your generation. This is why I am asking Allah to guide me as I offer you my advice in the following matters.

You should refrain from spending so much of your time on the computer playing silly games and listening to un-Islamic music or wasting your time chit-chatting with your friends which will give way to syaitan inviting you to do ghibbah(gossip) . They corrupt the heart and soul. They occupy precious space in the mind that should be used for deep thought and contemplation on life and the real issues that affect you as a Muslim.

“Allah says: Son of Adam: Fill your time with My worship and I will fill your heart with richness, and end your poverty. But if you do not, I would make your hands completely busy (in worldly affairs) and I would not end your poverty.“ (At-Tirmidhi; confirmed to be a strong hadith)

Sheikh Ibn Al-Qayyim once wrote:
Our purpose of existence on earth is more meaningful than being slaves to worldly gains. There can be no meaningful life better than that prescribed by our Creator Allah. Every act done according to Allah’s way is an act of worship.

I want you to make a habit of visiting the following links:
§ Islam Online
§ Islaam.com
§ Harun Yayha: Invitation to Truth

Here at these sites, you can learn more about your deen, about Allah‘s creation, and about the world outside the very small circle that you live in. After the Islamic sciences, no other knowledge is more critical to the development of your mind than subjects such as science, geography, history, and world politics. Pay special attention to news articles about Muslims around the world. Focus on and give deep thought to the articles on `ibadah (worship), iman (faith), tarbiyyah (Islamic upbringing and education) and tazkiyya (purification of the heart and soul).

You should also spend time browsing the fatwa databases. The databases contain Islamic rulings and advice from authentic Islamic scholars on issues that come up in the everyday life of Muslims. It is useful because we need to learn the Islamic perspective on these issues according to the Shari`ah. As Muslims, we can seek the advice of scholars on these matters, and this is the only way we can know how to best handle them. In doing so and by acting upon these rulings, we make sincere efforts to guard ourselves from sins and innovations that lead to the Fire.

Knowledge gained should bring us closer to Allah Most High, for all knowledge has its beginning with Him. Any knowledge that takes you away from the remembrance of Allah Most High is useless knowledge. It is like a ball and chain that you drag along behind you. It‘s “dead weight“ that has no real benefit other than to slow you down and keep you distracted. It‘s like eating a candy bar. Surely it has some tasty significance, but it weighs you down with calories and has no nutrition. Worse yet, it takes up resources that could be put to better use learning useful knowledge.

I worry about you because you are in the stage of your development where you sometimes neglect doing what you know is right out of fear of how your peers may respond towards you. Never allow the fear of what others may say or think about you sway you from either acquiring knowledge or putting into action what you have previously learned. Fear Allah alone and He will make things right for you in the long run.

[If Allah assists you, then there is none that can overcome you, and if He forsakes you, who is there then that can assist you after Him? And on Allah should the believers rely.] (Aal `Imran 3:160)

I‘ve watched how quickly you pick up on things. That‘s why I‘m confident that if you truly understood the motivation of those who promote and distribute the songs that your generation listens to, the television and movies that they watch, the clothes that they wear, the fads and trends that they follow, and the games that they play, you would easily be able to discern that the motivation is not just to make lots of money. The intentions of these corporations and the people who run them are far more sinister.

Back in the year 1897, a secret document was uncovered. This document was like a blueprint for physically and mentally enslaving masses of people. The author of this document is without a doubt a treacherous enemy of Allah Most High, as well as an enemy to the entire human family. In one section of the document, which is still on display today in the British Museum, it states:
We further distract them with amusements, games, pastimes, passions, people’s palaces. … Soon we shall begin through the press to propose competitions in art, in sport in all kinds: these interests will finally distract their minds from questions in which we should find ourselves compelled to oppose them. Growing more and more unaccustomed to reflect and form any opinions of their own, people will begin to talk in the same tone as we because we alone shall be offering them new directions for thought ... of course through such persons as will not be suspected of solidarity with us.

Let‘s take apart the above quote and examine it with today‘s context in mind. We will discover just how much Allah‘s enemy has progressed in hoodwinking and enslaving so many of us since this document first surfaced over 100 years ago!

In fact, nearly everything about this pop, hip-hop, and rock culture is fake—fake hair, fake nails, fake body implants, fake teeth, fake eye colors, and fake symbols of wealth—like designer labels on clothes, shoes, and accessories that were made for pennies on the dollar in nameless sweat shops, with child labor or in slave “welfare” camps scattered across scores of poor, underdeveloped nations. The desperate people of these nations are being blackmailed and pimped by the International Money Fund—forced to work under unbearable conditions to produce the kinds of material goods that are ultimately transformed into icons of status here in the West simply by merit of having a designer label sewn on and a hefty price tag affixed.
Finally, with his subjects spiritually defeated and deeply indebted to his master plan, the enemy of Allah boasts

“People will begin to talk in the same tone as we because we alone shall be offering them new directions for thought.”

As I conclude, I again caution you against wasting so much of your time. You should get as much benefit from me as you can now because I may not be with you much longer. No, I am not feeling ill, but it’s that kind of time that we live in today. Allah’s enemy hates to see a strong Muslim mother guiding her children with Islamic teachings, training them to think critically, and developing in them a millah (religion) that is conscientious of the cause and effect of what they see happening around them. Seek knowledge, my child, and you will find that it opens many doors—doors that you never even realized were there before. My love and duty to you is solely for Allah and Allah alone I ask forgiveness if I have failed to teach you to be good muslims.Whatever happen I will always love you and forgive you.My dua for your and the rest of your siblings will never stop. May we be as family again in Jannah…I love you very much my dearest daughter.

Belajar Untuk Bersyukur...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam
hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman
hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang
ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya
mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT ......*