Friday, July 17, 2009

Dosa-dosa yang dianggap biasa....

Oleh kerana blog ni saya khususkan untuk membincangkan persoalan wanita dan sekitarnya,maka saya hanya menugngkaikan dosa-dosa yang dianggap biasa yang biasanya dilakukan oleh wanita hari ini secara sedar atau secara tak sedar..Sesungguhnya sesuatu yang HARAM itu tetap HARAM dan hukumnya ialah berdosa.Tidak boleh menghalalkan yang HARAM dan mengharamkan yang HALAL.Apa-apa yang Allah telah jelaskan hukumnya di dalam al-quran telah jelas dan tidak boleh ‘digoreng’ oleh sesiapapun.

1. Tabarruj

Dalam bahasa yang mudah Tabarruj ialah ‘berhias’ dan yang dimaksudkan dengan berhias adalah kelihatan cantik tidak kira apa sekalipun pakaian seseorang wanita itu selagi dia mahu kelihatan cantik atau dia kelihatan cantik memakai sesuatu pakaian itu dia sudah dianggap bertabarruj dan hukumnya ialah HARAM…Seorang perempuan itu tidak boleh keluar dari
rumahnya kelihatan cantik dihadapan yang bukan mahramnya.Wanita hanya dibenarkan bertabarruj samada di hadapan suaminya atau mahramnya.Kerana itu seandainya seorang wanita itu mempunyai wajah yang cantik dan tidak kira apa pakaian sekalipun yang dipakainya dia tetap kelihatan cantik sehingga boleh menarik pandangan lelaki kerana kecantikan wajahnya maka dia WAJIB menutup wajahnya untuk mengelakkan fitnah.


(Tiada istilah "Bercantik-cantik" dalam menutup aurat)

Firman Allah SWT : “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu[1215] dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu[1216] dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait[1217] dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”(al-Ahzab : 33)

Firman Allah SWT : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. “(An-Nuur : 31)

2. Tidak menutup aurat

Tidak menutup aurat dari tidak memakai pakaian sesuai dengan syariat sehinggalah kepada tidak menutup aurat dengan sempurna iaitu wanita-wanita yang memakai tudung tetapi memakai lengan pendek,memakai seluar,memakai pakaian yang jarang,ketat dan menarik perhatian.Sekalipun seorang wanita itu sudah memakai tudung dan berbaju kurung,sekiranya tudung yang dipakainya singkat,baju kurung yang dipakainya jarang dan warna bajunya yang menarik perhatian dia tidaklah dikira sebagai menutup aurat.

Sekali lagi saya mesti ingatkan bahawa pakai-pakaian yang so called menutup aurat yang kononya berfesyen tudung lilit sana pusing sini sehingga menyerlahkan kecantikan seseorang wanita itu ianya tidak dikira menutup aurat kerana wanita itu telah menampakkan kecantikan dirinya dengan pakaiannya dan ketahuilah bahawa WANITA ITU SENDIRI ADALAH AURAT.Oleh itu seseorang wanita itu tidak boleh menampakkan kecantikannya baik dari segi wajah sehinggalah kepada pakaian yang dipakainya.Sesuai dengan Firman Allah SWT :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(al-Ahzab : 59)

Ketahuilah bahawa banyak faedah yang terdapat dari menutup aurat dengan sempurna.Jangan berikan alas an bahawa Malaysia ni panas kerana ingatlah bahawa NERAKA LAGI PANAS.Jadi kepada sesiapa yang kononnya tak nak memakai tudung labuh atau berpakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh kerana tak tahan panas kat Malaysia maka bersedialah untuk TAHAN PANAS KAT NERAKA.(maaflah sekiranya terkasar bahasa,cakap baik2 pun tak guna,benda HARAM takda tolak ansur.)

Kalau masih taknak tutup aurat kononya nanti dikatakan jumud dan tak ikut trend,ketahuilah bahawa mereka-mereka yang mencipta trend itu adalah orang-orang kafir dan mereka Allah telah katakana bahawa mereka akan jadi bahan bakar api neraka kelak.Seperti dalam firmanNYA :

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda dan anak-anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (siksa) Allah dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka”(Ali-Imraan : 10)

So sesiapa yang yang masih nak mempertahankan hujah mereka tak munutup aurat dan masih nak ambil ringan lagi soal aurat dan rasa-rasa nak join the club dengan orang-orang kafir yang telah merosakkan minda masyarakat kita dengan budaya mereka silakan….Memang seperti yang Rasulullullah pernah katakan bahawa yang akan banyak masuk neraka nanti ialah kaum wanita.So,tak hairanlah kalau masih ramai wanita yang enggan menutup aurat dengan sempurna.

3. Mendekati Zina

Mendekati zina tidak bermaksud melakukan hubungan seks tanpa nikah.Tetapi mendekati zina adalah segala jalan yang boleh membawa kepada hubungan zina.Dan ianya adalah haram.Apakah jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina? Diantara jalan-jalan yag munuju zina ialah hubungan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak kira atas alas an apa sekalipun.Dan ingatlah bahawa juga sekali-kali tidak ada hubungan ‘ukhuwah fillah’ diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.’ukhuwah fillah’ diantara lelaki dan wanita hanyalah melalui akad nikah yang sah.Disamping itu percampuran diantara lelaki dan wanita tidak kira dimana-mana sekalipun adalah juga termasuk jalan menuju zina.Pakaian lelaki atau wanita yang menarik perhatian dan mengikut fesyen semasa juga menyumbang kepada perbuatan zina.sebab itulah pentingnya wanita-wanita menutup aurat dengan sempurna supaya tidak membawa kepada zina.

Seperti didalam hadith : “Narrated Ibn 'Abbas: I have not seen a thing resembling 'lamam' (minor sins) than what Abu Huraira 'narrated from the Prophet who said "Allah has written for Adam's son his share of adultery which he commits inevitably. The adultery of the eyes is the sight (to gaze at a forbidden thing), the adultery of the tongue is the talk, and the inner self wishes and desires and the private parts testify all this or deny it." (Book #74, Hadith #260)

Hadis Abu Hurairah r.a:

“Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mencatat bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak.”

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4801

Kesimpulannya segala jalan2 yang boleh membawa kepada zina adalah haram.dan jangan berikan alas an mana ada kami bezina,ya memang anda tidak berzina tetapi anda telah mendekati zina.apa2 pun Allah telah menyebutkan di dalam al-quran :

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. “(al-Israa : 32)

Mendekatinya pun sudah dilarang apatah lagi membuat zina…Janganlah beralasan kerana anda beralasan tu bukannya dengan manusia tetapi dengan Allah Tuhan anda yang telah menciptakan anda dimuka bumi ini tidak lain hanya untuk beribadah kepadanya bukan untuk beralasan-demi alas an dengan perintah dan larangannya…Beringatlah sebelum memberi apa2 alasan sekalipun.

Wallahua’lam….

To Be Continued…..

Sunday, July 12, 2009

The muslim Marwa al-Sherbini killed in German court drama with 18 stabs

Seorang Muslimah yang dibunuh oleh seorang kafir kerana mempertahankan HIJABNYA.....



boleh lihat link dibawah....


http://al-fikrah.net/News/article/sid=691.html


Tetapi apa yang menyedihkan hari-hari kita diberitakan dengan kes rogol pelajar atau perempuan itu dan ini....

kenapa ini semua boleh terjadi?

jawapannya mudah sahaja...

kerana perempuan-perempuan di Malaysia tidak langsung mementingkan soal aurat dan hijab mereka!!

kerana itulah kes rogol makin berleluasa....anak-anak lelaki muda mudi dijamu matanya dengan perempuan-perempuan yang free-free mempertontonkan body mereka kepada lelaki....

dan lelaki pun dah dapat tengok benda free apa salahnya rasa sekali...tak betul?

yang perempuan-perempuan yang cerdik pandai ditipu dan diperdaya oleh lelaki tu kenapa??!!

bila kes rogol jadi nak salahkan siapa??
diri sendiri tak nak tutup aurat,terdedah sana sini,lepastu bila kena raba kena cabul kehormatan menangis.....nak menangis kenapa?? ketawalah....salah sendiri....bukannya tak tahu Allah suruh tutup aurat...bukannya tak belajar kat sekolah...tapi sajerjer nak tunjuk ayu-lah-sangat kat jantan... rasalah sendiri....

Hello!! pikirlah sikit,lelaki pun nak kahwin depa cari yang baik2 jugak...bukannya perempuan yang konon bertudung tapi sebenarnya TELANJANG!...

sama-samalah kita fikirkan...

contohilah Marwa al-Sherbini yang sanggup mempertahankan agamanya walaupun nyawanya melayang......

bukannya mempertahankan so called pakwe sampai sanggup lari dari rumah dan buat perkara-perkara bodoh....

wassalam...


Friday, July 10, 2009

Perkara Yang Pelik Tetapi Benar..

Perkara Yang PElik TApi BEnar


Sesungguhnya banyak perkara pelik dan janggal berlaku di sisi masyarakat Islam namun kerana kejahilan atau mungkin kerana kealpaan maka ianya berlaku menjadi kebiasaan.


1) Seorang penyanyi lebih mulia dan dihormati dari seorang ustaz dan ulama’
2) Muslimat yang bertudung kerana kononnya menutup aurat (rambut dari dilihat lelaki) tetapi berjalan berpegangan tangan dengan pakwe (boyfriend) bukan setakat bersentuh kulit lagi bahkan ada yang sampai berpelukan.
3) Muslimat yang menutup rambut dan pakai tudung tapi memakai pakaian ketat sehingga menampak bentuk badan.
4) Muslimat yang siqah dan nampak wara’ tidak melayan lelaki tapi ramai pula kawan lelaki dan berhubung dan bertukar-tukar fikiran dengan lelaki.
5) Muslimat yang nampak baik dan siqah tapi bermusafir tanpa mahram atas alasan yang tidak syar’ie namun kerana dia siqah maka jadi tidak mengapa.
6) Orang ramai lebih gemar ke umrah berkali-kali dan menunaikan haji sedangkan haji hanya wajib sekali dan bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim lebih utama dari mengerjakan umrah berkali-kali.
7) Orang lebih suka kepada ceramah yang banyak ketawa dan hiburan lelucon dari ceramah pengisian ilmiah sedangkan tujuan mendengar ceramah ialah untuk mendapat ilmu bukan untuk berhibur.
8) Nasyid walaupun disertai oleh alatan muzik dan bunyian rancak seperti lagu rock dan lain-lain namun kerana penyanyinya ialah seorang penyanyi nasyid maka apa pun lagu dan muzik yang dinyanyikan akan tetap dinamakan nasyid dan diterima.
9) Pendakwah bebas selalunya kaya mengapa ?
10) Mengapa apabila kita bertemu seseorang yang cintakan Islam dan sukakan agama dan berani berkorban untuk agama maka dia mesti terpengaruh dengan ajaran ikhwan muslimun yang di asaskan oleh hasan Al-banna sedangkan gerakan ini baru ditubuhkan bukankah ajaran Islam yang dibawa oleh rasulullah dan keilmuan Islam dan perjaungan salaf soleh itu sudah lama mengapa sukar bertemu orang yang bersemangat untuk Islam tetapi tidak terikat dan bukan dari fikrah ikhwan muslimun sebaliknya bersemangat dengan ajaran salaf soleh yang lebih lama dan terdahulu dari ikhwan ? Apakah perjuangan Islam itu sudah dimonopoli oleh ikhwan ?
11) Mengapa kita sukar bertemu muslimat yang tidak suka mendengar nasyid lagu dan muzik-muzik sebaliknya suka mendengar Al-Qur’an ?
12) Mengapa sukar menemui muslimat yang tidak bermusafir tanpa mahram dan tidak keluar rumah tanpa ditemani mahramnya ?
13) Mengapa sukar menemui muslimat yang menutup muka dan wajahnya serta menjaga peribadinya ?
14) Mengapa setiap kali kita menemui muslimat bertudung labuh, berjubah berakhlak baik maka kita akan mendapati dia mesti terlibat dengan jemaah tertentu ? Mengapa ? Apakah tarbiyah ayah ibu tidak cukup ? Apakah tarbiyah dari Al-Qur’an dan sunnah sudah tidak cukup atau kerana mungkin ibu ayah jahil agama lalu menyebabkan dia terpaksa mencari tarbiyah dari kumpulan dan jemaah tertentu untuk menjadi muslimah yang solehah ?
15) Mengapa muslimah yang berakhlak baik dan berjubah, bertudung labuh serta kuat pegangan agamanya ini mesti terlibat dalam jemaah atau kumpulan tertentu ? Mengapa dia mudah bergaul dan menghormati ahli kumpulannya dari orang luar walaupun wujud orang luar jemaahnya yang lebih baik dan bagus ?
16) Mengapa ramai muslimat suka untuk musafir ke Negara barat seperti Paris, New Zealand, Britain, Amerika ?
17) Mengapa ramai muslimah sukakan sajak, syair dan cerpen atau novel dan kisah-kisah cinta ?

Akan bersambung Mengapa dan mengapa ????

Apa Salahnya Berpoligami.....?

Apa salahnya Wanita dimadukan dan dipoligami ?

Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka perlulah bekorban dan menyedari bahawa usia mereka yang lanjut pastinya akan mengurangkan rasa kurang selesa dan senang di sisi suami apabila mereka telah hilang kecantikan dan kesegaran sebagai wanita.

Apa salahnya mereka dimadukan ? Mengapa mesti bencikan poligami dan menghalang suami bernikah lagi ?

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).

Seandainya suami tidak mampu dari sudut kewangan untuk bernikah lagi maka mengapa tidak dibantu sahaja si suami yang masih muda dan gagah untuk berkahwin lagi ? Apakah sukar mengeluarkan wang simpanan milik peribadi untuk diberi kepada suami supaya dapat berkahwin lagi ?

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Hal ini tentu sahaja sukar bagi wanita yang hatinya dibelit dunia dan kecintaan kepada akhiratnya sangat sedikit dan keimanannya pula tipis. Sama sahaja perihalnya dengan Allah menyifatkan solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.

“ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Al-baqarah : 45).

Adapun bagi wanita yang beriman dan solehah, mereka tanpa segan silu mengeluarkan wang simpanan kerja (KWSP) untuk diberi kepada suami sebagai modal untuk bernikah lagi supaya suaminya dapat bergembira dengan umur yang masih muda dan gagah moga dengan perkahwinan baru dapat menambah zuriat dan anak-anak generasi Islam yang dia tidak mampu lagi berikan kerana usia yang sudah meningkat.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita” (Al-Baqarah : 277).

Atau dengan pengorbanan itu si suami mampu dapat lebih semangat dan gigih berusaha untuk dakwah dan mentaati Allah dan rasul dan lebih kukuh berpegang kepada agama.

“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Wanita yang beriman sedar bahawa di akhirat tidak akan ada cemburu dan hasad, bahkan di akhirat sekiranya berjaya ke syurga yang abadi manusia di sana tidak punyai sedikit keluh kesah dan si suami akan bersama puluhan bidadari dan dia sendiri akan dimadukan oleh Allah dan yang paling penting ialah mendapat redha ilahi dan berbakti kepada suami termasuklah salah satu jalan mutlak kepada ilahi.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Dapatlah difahami bahawa wanita yang berusia dan berkahwin dengan lelaki muda perlu melakukan beberapa pengorbanan dan sebagai hasilnya mereka akan mendapat pelbagai kehormatan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.

“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Kesimpulannya perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah mempunyai apa-apa mudharat dan sebaliknya jika wujud kelebihan dan kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan dianjurkan supaya fitrah manusia terpenuhi.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Apa salahnya seorang lelaki yang masih muda bernikah dengan wanita yang lebih berusia ? Seterusnya jika wanita itu sudah hilang kecantikan dan kemanisan wanita maka dia lelaki muda itu masih dapat berkahwin lagi sehingga dia merasa cukup dan puas dengan Islam memberi had sehingga 4 orang isteri selama dia dapat berlaku adil.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana” (hadith sahih riwayat tirmidzi ).

Isteri yang solehah pastinya dapat membantu suaminya dan membimbing suaminya dalam hak keadilan dan menolong suaminya mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mereka sentiasa bekorban kepentingan diri demi kebahagiaan suami dan tidak terlalu berkira , tidak cerewet dan tidak tamak akan dunia dan kebendaan.

“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


“Sesungguhnya Allah bersama dengan golongan yang sabar” (Al-baqarah : 153).

“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

Dari Mus’ab bin Said dari bapanya ra berkata : Aku bertanya kepada rasulullah siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya” (hadith hasan Sahih, riwayat tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad).

Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).




bersambung....

Friday, May 15, 2009

Which Is True?...You Choose....

Action Speaks Louder.....












Than Words......








So Similar,Yet So Different......

Wallahua'lam....

Believe It or Not!

Kesedihan Hati Seorang Ustaz Dalam Realiti Umat

Semalam hujan lebat di sini
Daku terperangkap di ruangan maya
Melayari web dan blog yang bercambah
sangat menyedihkan
sangat mengecewakan
tiada lebih dari
hidangan yang memualkan

Cinta, cinta, cinta,
apa tiada yang lebih berharga dari cinta ?
apa tiada topik lain selain cinta ?
Apa tiada modal menulis selain cinta ?

Aku melayari weblogs, friendnster, myspace muslimat
ramailah mendakwa pejuang muslimat
mujahidahlah, solehahlah, mujadidahlah, mukminahlah, muslimahlah....

semuanya hanya pooodaaah !!
langsung tiada faedah
hanya kata dan cakap indah

cerpen, novel, cerita pendek, cerita panjang...
syair , sajak, sendu, sayu semuanya cerita cinta
kisah cinta suka, cinta duka,
cinta pejuang itu, cinta pejuang ini
apa tanpa cinta tidak boleh berjuang ??

Nasyid menghiasi minda dan telinga...
tidak salah bernasyid
sudah dijelaskan oleh ulama dalam tajuk muzik
tapi biar berkadar hanya menghilang letih badan
bukan menjadi fanatik
bukan menjadi rutin wajib

Itulah wanita malaysia
jauh beza dari wanita Islam dunia luar...

Hairan,
yang mendakwa dirinya mujahidah
tapi tidak mampu miss filem korea petang sabtu

hairan,
mendakwa dirinya muslimah
tapi tidak dapat elak dari rindu cinta sendu
bercouple tidak menentu
berjiwang tanpa terpandu

sekadar berkongsi kecewa biar aku cerita,

di luar sana
di Negara Gersang persis Yaman ada perempuan
wajah tutup mukanya tidak pernah kelihatan
kepada lelaki yang bukan mahram
suaminya sahaja melihat
itulah wanita yang terpelihara iman...

Di sana
ada wanita
dirinya tidak pernah berkata-kata
kepada lelaki bukan mahram


di sana
ada wanita
dirinya tidak pernah
keluar dari rumah tanpa teman mahram
apatah lagi ke pekan berjalan-jalan

Di sana
ada wanita
yang telinganya terpelihara
walau dari sekadar bunyi-bunyian radio
atau nasyid dan suara lelaki yang bukan mahram

Di sana ada wanita
hafaz al-qur'an, hafaz hadith
tahu halal haram
kenali fiqih pelbagai mazhab
dirinya wanita suci
terpelihara dari lelaki

telinganya terjaga
hatinya terpelihara
matanya tertunduk mulia
wajahnya tertutup muka
maruahnya terpelihara...

adakah wanita malaysia sepertinya ?
kecil sahaja sudah kenali cinta
besar sedikit belajar bercinta
remaja sibuk bercinta
dewasa hanyut bercinta

pejuangnya pun bercinta
menulis sajak-sajak cinta
cerpen cinta
ustaz itu bercinta dengan ustazah itu
ustazah bercinta dengan ustaz itu
pejuang ini dengan pejuang itu
pejuang apa ?

pejuang cinta ??

jadilah pejuang agama
jadilah seperti Atiqah ra
sudah sampai masa bernikah saja
Suaminya Ibnu Umar ra
suaminya Zubair ra
ada banyak biacara ?

Jadilah pejuang agama
tumpu perihal agama
jaga bab aqidah
fikir bab feqah
ketahui bab sirah
pelajari bab muamalah
amalkan bab akhlak
fahami bab sunnah

lihat tafsir
lihat kitab hadith
lihat buku fiqih
lihat kitab deeni

sayang…seribu sayang
yang utama di abaikan
yang sampingan diketepikan
yang membuang masa itu yang dipentingkan


wallahualam..
yang sedih dan kecewa

-ustaz.blogspot.com-

Wednesday, May 13, 2009

Apa Nak Jadi?...

Saya hairan......kenapa mat-mat rempit suka merempit?......adakah kerana kepuasan diri? atau kerana habuan yang bakal diterima?....

Saya ada terbaca di akhbar baru2 ini tentang seorang gadis.....tapi apa yang menghairankan saya ialah kata-katanya yang berbunyi :

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing."

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.
Kata-katanya yang menghairankan saya ialah "menunjukkan kehebatan masing-masing"..... Kehebatan apa? Siapa yang lebih laju? yang lebih berani membuat aksi-aksi berani mati? kehebatan itukah yang dimaksudkan? Bukankah Allah telah berfirman :
"kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). (At Takaatsur: 8)
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."(al-Hadiid : 20)

Kedua, "tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri"...... saya teringin nak bertanya kepada mereka-mereka yang dikatakan konon tak takut mati ni ; sekiranya anda menemui kemalangan dan ditakdirkan anda mati, maka apakah selepas itu?.. samakah anda dengan mereka-mereka yang tidak takut mati demi menegakkan agama Allah dimuka bumi? seperti pengebom-pengebom berani mati di Afghanistan,Iraq dsbnya.....Samakah ??.....



"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."(al-Baqarah : 207)

Sekiranya mereka adalah juara..... apakah habuan yang akan diterima?

1. Arak kah?


Dapat minum arak mahal...... mabuk.....hilang semua masalah buat sementara.... kemudian apa?.....

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."(al-Maaidah : 91)


2. Perempuan-perempuan yang cantikkah?


Dapat menyetubuhi seorang atau dua orang perempuan yang cantik..... adakah mereka secantik bidadari-bidadari syurga? dan ketahuilah bahawa perempuan-perempuan solehah yang memasuki syurga adalah lebih cantik dari bidadari-bidadari syurga....sungguhpun di dunia ini mereka tidak cantik.....

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.(ar-Rahmaan : 56)


3. wang yang banyakkah?

dapat duit,boleh bayar hutang,boleh beli itu ini....lagi?....lama-lama duit pun habis......lalu apa?...


Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(al-Hadiid : 20)


Tidak cukupkah janji-janji Allah untuk hamba-hambanya yang mentaatinya dan amaran-amaran Allah terhadap mereka yang mengingkarinya?



"Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau[486], dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at[487] selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu (al-Anaam : 70)


"Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (at-Taubah : 24)


Alangkah indahnya mat-mat rempit yang begitu ramai tu,daripada membazir minyak,menambah dosa dan mati sia-sia,pergi berjihad menegakkan agama Allah....sekurang-kurangnya dijamin terus ke syurga......

Fikir-fikirkanlah..... Hidup di dunia tak lama...tau-tau dah 20,30,40,50...dan tau-tau dah mati.....
Wallahua'lam....